Kegilaan aku terhadap drama-drama TVB

Thursday 18 September 2014

Television Broadcasts Limited atau nama singkatannya TVB merupakan sebuah syarikat penyiaran di Hong Kong. Kalau kat Malaysia ni, TVB terkenal dengan drama-dramanya. Zaman remaja dulu aku suka tengok drama-drama TVB. Mungkin pengaruh rakan sebaya sebab sekolah menengah aku dulu ramai Chinese. In fact, dulu aku agak fasih berbahasa Kantonis sebab dok bergaul dengan diorang hari-hari. Sekarang ni kalau korang suruh aku cakap conform ke laut!

Aku suka tengok drama bersiri terbitan diorang sebab cerita Cina takde 'scene membazir masa'. Setiap babak dia significant, takde scene termenung, menangis sorang-sorang atau flashback yang entah apa-apa. Tu yang drama dia tak panjang meleret-leret dan yang paling aku suka adalah ending yang unpredictable. Cerita Cina selalunya banyak twist. Watak yang muka suci tu sebenarnya paling badass. Antara tema yang popular adalah drama korporat. Memang dioranglah juara sebab kita tahu orang Cina kan memang otak business. Selain dari tu, aku suka gak tengok kisah zaman Maharaja dan ada aksi kungfu. Cerita polis pun best jugak.

Just that cerita Cina ni kena follow betul-betul. Terlepas satu episod dah tak faham perjalanan cerita. Bagi aku, tu kelebihan yang membuatkan aku lebih suka cerita Cina berbanding siri televisyen dari negara-negara lain. Bukanlah nak kata yang lain aku tak tengok just that this one aku lebih prefer.

Antara drama-drama favourite aku adalah:

 At the Threshold of an Era
Siapa pilihan anda - Ah Tim atau Ah Hui?

 Burning Flame
Citer abang bomba. Yang ni sampai 3 season tak silap aku.

A Taste of Love
Tengok tajuk pun dah tau, cerita masak-masak

War and Beauty
Kisah gundik diraja, panglima dan permaisuri kuat jeles. Typical but I love it. Hehe. Aku memang suka costume drama macam ni. Selalu berangan nak pergi China posing tepi tasik dengan sanggul atas kepala.

Life Made Simple
Kisah this guy yang kureng sikit dan telah jatuh cinta kat best friend dia. Dia sayang gila kat that girl walaupun kawan dia dah ada boyfriend yang kacak bergaya. Memang cerita yang sangat touchy feely.

Kalau nak ikutkan ba...nyak lagi tapi aku tak ingat tajuk. Yelah, dah lama sangat kan. Tapi itu semuanya kenangan, sekarang ni dah malas nak commit kepada cerita bersiri.

Syok jugak buat entry mengenang kisah lalu macam ni...Oh ye, ini bukan entry cabar mencabar.

 *Scheduled publish* Aku mungkin sedang sibuk settlekan kerja dengan hati yang bengkak sebab opis blok game dalam FB...Huhuhuhu.

58 comments

  1. Citer chef tu mcm best jer.. Akak suke gak nengok costume diorg.. Ada gak fefeeling nak pakai ngeh3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..cmanela diorang bawak sanggul yang berat tu..siap bulu-bulu lagi

      Delete
  2. Akak dulu pun suka gak drama chinese, just that masa tu tv3 selalu tayang waktu maghrib,takleh jadi, tinggalkan jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya start tengok pun lepas waktu drama dianjak ke pukul enam.masa tayang pukul 7 tu memang tak dapat la..

      Delete
  3. mama tak tahu langsung citer2 ni.. aduh.. jarang tengok tv mama ni.. tengok pun cerita yang mama suke je.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..mama kan dulu suka tengok citer filipina. saya dulu zaman sekolah memang hantu TV.dah besar ni kurang la

      Delete
  4. dulu farah pun suka layan citer cina jugak.. tapi skrg dah tak follow drama bersiri cina nie.. sebab skrg dok layan drama2 bersiri hindustan pulak setiap petang...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama bersiri hindustan best jugak..tapi suka 'zoom' macam sinetron.dulu-dulu layan gak

      Delete
  5. hehehe.. unik!
    sis tak pernah betol2 ikut cite cina.
    kenapa entah.. selalu tgk drama melayu jer.
    kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama melayu saya suka gak..haha,saya kalau ada kat umah memang melekat depan tv je. :)

      Delete
  6. War and Beauty citer febret ana! Weeee~ best kut citer tuh.

    Psssstt..kak sal, bos dah tau akak main game time keje. Tu ah kene blok. Wakakaka. Sabar tau. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? kan? memang best!

      tulah pasal, nasib baik tak block blogger.adalah hiburan di waktu rehat macam ni

      Delete
    2. Kak sal, ana tag kak sal. ^_^ kalau sudi jawablah tau.

      http://annaputri20.blogspot.com/2014/09/liebster-awards-part-2.html

      Delete
  7. Assalamualaykum (^___^)
    datang menziarah sini dan terus follow di 124 ;)
    salam ukhwah ye dari puan eeiyss ~

    ReplyDelete
  8. sekarang dah jarang tengok cita cina... dulu suka fong sai yuk!!! ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka jugak..kalut nak siapkan kerja sekolah cepat-cepat nak tengok fong sai yuk punya pasal..haha

      Delete
  9. drama melayu no 2 mengarut selepas drama indon..:)
    akak suka tgk dulu2...zaman Chow Yun Fatt...Leslie Chung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu-dulu drama melayu best la jugak..zaman drama melayu RTM...la ni balik-balik adaptasi novel..huhuhu.

      Delete
  10. lama dah tak layan cerita2 macam nie..mana yang sempat tengok jelah..hehe

    ReplyDelete
  11. entry ni mengingatkn sy ms lps pmr dulu...tiap pukul 7 mesti terpacak da dpn tv ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..entry ni terhasil sebab tetibe terkenang zaman dulu....hahaha

      Delete
  12. bestla ada banyak masa untuk tengok cite..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu-dulu zaman sekolah n kat uni adalah...sekarang tak dapat.

      Delete
  13. dulu zaman2 sekolah kot layan juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni memang favourite zaman sekolah saya la ni

      Delete
  14. lama dah tak tengok tv yunk.. sejak2 tv dah antar balik semenanjung..sobsob

    ReplyDelete
  15. Kathy pun suka drama TVB juga..

    ReplyDelete
  16. Dah lama tak layan cerita kat tv..huhu

    ReplyDelete
  17. Okje mmg tak suka tengok drama zaman maharaja Sal hehe.....tak sukalah tengok costume dia cenggitu......kalau drama Cina miden boleh gak layan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik apa kak kostum dia, except kasut diorang...lain semua saya suka.kain sutera cina lawa-lawa, rasa nak gi China beli kain tu banyak-banyak buat baju

      Delete
  18. haa, dulu layan fei mauuu! huish. ingat lagi. sekarang je susah benor nak melayan citer cina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu zaman sekolah bolehla scha..dah kerja ni mana ada masa..

      Delete
  19. War & Beauty tu mesti best kan Sal..kita pun suka.ada sikit-sikit macam beauty rival in the palace kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..that one pun best jugak..tapi war n beauty ending dia sedih..

      Delete
  20. satu ketika dulu kakak pun suka tengok cerita cina ni sal...siap tunggu hari2 kalau drama bersiri..skng ni bila anak2 selalu layan korea...kakak ikut2 lah juga hihiiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..sekarang orang suka tengok cerita korea..saya kureng sikit cerita korea ni,pernah tengok 2,3 series je..tu pun tak habis..hehe

      Delete
  21. Cerita TVB ni klu dah melekat mmg susah nak tinggalkan.. :D

    ReplyDelete
  22. dulu memang anto betul cerite2 cina ni.. siaran TV2 dgn TV3 ade je.. skrng musim endon ng korea.. crte cina dah lama tak ditayangkan da..

    ReplyDelete
  23. hahahaha....sally suka gila cite mandarin, kantonis! My Fair Princess :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..akak pun suka. Memang jatuh cinta la kat hero dia si Alex Su yang comel tu

      Delete
  24. Sama macam husband saya suka sangat tgk cerita kungfu cina ni.
    Badass tu ape, sal?
    * Saya ni suka tgk cerita2 lawak je.

    ReplyDelete
  25. suka gak drama cina ni dulu. hehe. petang2 je melekat dpan tv.. ade satu lagi, drama condor lovers, richie ren tu.. yg tu lah paling best. hehe

    ReplyDelete
  26. Akak dulu2 minat giler kat cerita2 China ni... tiap petang mesti tengok.. tapi skrg dah kurang tengok..balik rumah ptg, dah busy di dapur plak.. ehhe

    ReplyDelete
  27. sal, kak rajin gak dulu layan cerita2 cina dulu. kantonis drama dulu disebut. la ni, tak sempat dah...

    ReplyDelete
  28. betul la sal...drama melayu memang dah agak endingnya cemane..haha..tapi citer burning flame tu mmg best!!

    ReplyDelete
  29. drama2 tu mmg best.. zaman cerita ni .kalu tetinggal episod pun tetap juga faham jalan cerita dia...

    salam perkenalan dari mommylina..blog yang simple but sangat nice...

    ReplyDelete
  30. Salam singgah,

    Yes, teringat zaman remaja dulu-dulu. Memang layan cerita Cina. Sanggup bermasam muka dengan arwah abah apa ke tidaknya nak tengok cerita Cina pukul 7 malam, arwah abah nak tengok berita pukul 7.30 malam (masa tulah, masa tu...)

    Cerita yang pertama tu saya tengok juga tapi dah tak ingatlah pasal apa. Yang pasti saya suka itu lelaki di sebelah kanan. Dia banyak jadi hero kan dan kalau dia yang jadi hero, memang ohsem sungguh drama tersebut!

    Oh, melebih-lebih pulak komen!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, memang banyak kenangan cerita-cerita gini kan.saya pun suka hero tu.Apa ntah nama dah lupa plak.

      Delete
  31. Akak x sempat layan TVB ni sbb lebih kepada Korea dan KIX HD

    ReplyDelete
  32. dulu saya suka tengok cerita cina pasal peguam2!! dengan polis :D wajib layan masa sekolah rendah dulu. haha. skang ni macam ada yang merepek je. hmm

    ReplyDelete
  33. lupa lak nak cakap. kak sal!!!!!!!!!!!!! rindu kita tak? XP

    ReplyDelete
  34. Dulu layan juga cerita cina sbb anak tengok..KY pun join..

    ReplyDelete
  35. bhahahhaa satu pun CT tak
    pernah came across apekah o.O sebab tak minat kot.

    ReplyDelete
  36. masa zaman sekolah dulu, ada layan.. syok.. tapi sekarang ni entah kenapa tak tertengok pula..

    ReplyDelete
  37. Teringat dulu2 beratur baring depan tv ramai2 tonton drama tvb pukul 6 petang.
    Akak pernah subscribe Astro On Demand sebab kemaruk citer2 tvb. Moonlight Resonance, The Last One Standing, Forensic Heroes hihihihi

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah