Assalamualaikum u olls.. Entry ni merupakan sambungan dari INI. Dalam entry yang lepas aku cerita aku gi dua tempat kat Damansara, tapi sempat cerita pasal gi ke Empire Damansara je. Ni nak sambung story seperti yang dijanjikan. Kali ni aku ke Encorp Strand Mall pulak. Encorp Strand Mall merupakan sebuah mall kepunyaan Encorp Sdn. Bhd dan terletak di Kota Damansara.
Mall ni baru dibuka pada 28 May 2014, aku pun first time dengar pasal tempat ni. Alang-alang aku ke sana bawak kamera, gatal pulak tangan ni nak tangkap gambar banyak-banyak. Motif sangat kan!
The Surau
The toilet yang seriously posh!
Mall ni baru dibuka pada 28 May 2014, aku pun first time dengar pasal tempat ni. Alang-alang aku ke sana bawak kamera, gatal pulak tangan ni nak tangkap gambar banyak-banyak. Motif sangat kan!
The Surau
The toilet yang seriously posh!
Ada 'pulau', dan lampu chandeliar yang bertukar warna setiap beberapa saat. Kalau kawan lama sangat dalam toilet duduk la sini tunggu.
Banyak cermin..kaki selfie dalam toilet so gonna love this!
The attractions
A/X World- 6D Cinema. Biasa 2,3 atau 4 je kan? Aku tengok dari luar je, tak masuk.
TGV Cinemas, yang agak sunyi. Sesuai untuk korang yang nak lepak tempat tak ramai orang. Sesetengah orang, macam aku, tak suka tempat crowded.
Buktinya, tengok la arcade game ni. Kalau kat Ampang mahu penuh sampai melimpah ruah.
J-Kids Centre. Tempat mainan untuk kanak-kanak, obviously. Ada kolam untuk baby jugak. Ala, yang korang selalu tengok ramai blogger bawak baby mandi-manda. Ini antara cawangan diorang.Yang ni pun tak ramai orang. Kalaulah dekat memang memanjang aku bawak anak sedara aku mai sini. Nasib baik jugak jauh,sebab makcik korang ni kedekut. Main kat taman permainan cukuplah. Free pun free. Muahahaha.
Kedai-kedai lain
Directory yang interactive. Gigih Kak Sal korang tangkap gambar.
Thw whole tingkat tiga dan empat adalah untuk parking
Lat- Merdeka and Unity Photo Exhibition
Banyak kedai belum beroperasi
Thw whole tingkat tiga dan empat adalah untuk parking
OKlah, just in case korang tertanya-tanya, tujuan aku ke Encorp Strand Mall ni bukan untuk setakat tangkap gambar dan update dalam blog je, tapi sebab kerja. Kali ni ni department aku buat event ni..
Ha, nilah dia punca aku sibuk sampai tak sempat nak blogwalking atau join segmen. Sempena Hari Kemerdekaan, unit Pusat Sumber NSTP, dengan kerjasama Encorp Sdn. Bhd mengadakan pameran kartun-kartun lukisan Datuk Lat bertemakan kemerdekaan dan kesatuan rakyat Malaysia. U olls kenal kan Datuk Lat ni? Datuk Lat, atau nama sebenarnya Mohammad Nor Khalid merupakan pelukis yang telah menghasilkan banyak komik-komik terkenal seperti Kampung Boy, Mat Som dan Town Boy. Antara karier awal beliau adalah sebagai wartawan di New Straits Times pada tahun 70-an dan kemudian menjadi pelukis sepenuh masa. Sampai sekarang, walaupun dah tak bekerja untuk NSTP, beliau still kirimkan kartun untuk disiarkan dalam suratkhabar BH, Metro dan New Straits Times. Oh ye, beliau juga merupakan abang kepada pengarah terkenal, Mamat Khalid.
Aku dah banyak kali jumpa Datuk Lat ni, sebab dia memang selalu datang office. Seorang yang sangat humble dan ramah. Teringin nak tangkap gambar ngan dia tapi malu sebab setiap kali pun dia datang atas urusan rasmi dengan bos aku. Takut orang office kata aku starstruck pulak! Huhuhuhu. Nantilah, suatu hari nanti. Nak jugak buat kenangan kan..
Disebabkan aku lambat update entry ni, pameran foto ni pun dah tamat. So sorry guys,huhuhu... Sebagai ganti, ni aku belanja gambar aku selfie sebijik!
Sekarang ni unit kitorang buat event Merdeka Photo Exhibition kat Setia City Mall, Shah Alam. Sesiapa yang berminat nak tengok gambar-gambar bertemakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia bolehlah menyinggah di ruang legar tingkat satu, betul-betul depan North Court Entrance. Pameran akan berlangsung sampai 5hb September ni. Kalau jumpa aku jaga booth kat exhibition tu nanti tegur la ye...
Till then, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan untuk semua!
Entry ni pun scheduled post..
Selamat Hari Merdeka..MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA
ReplyDeleteFuhhh...Toiliet yg paling cantik dan tertarik pernah akak tengok..sekali pandang seperti bukan toilet..harap2 lah pengguna toilet menggunakan nya dengan berhemah..jgn nanti rupda dah cantik tapi bila masuk...OMG huhuhu
Salam hujung minggu Sal & Salam 57 tahun Kemerdekaan Malaysia. Alhamdulillah banyak tempat lepak kat Malaysia kan..I love it...
ReplyDeleteeh, ada orang tu selfie lah. hehehe..
ReplyDeleteoh, patutlah tak pernah dengar.. yang saya tahu kat Damansara ada ikea, ikano, the curve and seangkatan dengannya tu je. nanti kalau dah abes final, nak try ajak member g situ lah. heeeeeeeeeee
p/s : akak punya ranking alexa pun 4k la XP
Haha. .4k? ? Serius..tak pernah pun check..hehe.
Deleteiye, betul. hehehee...
DeleteDatuk Lat mmg terkenal dan sgt dihormati. Karya lukisannya bnyk mencuit hati rakyat Malaysia dgn mesej2 yg baik. Sambil berhibur melihat kartun2nya, sambil tu bnyk mesej tauladan yg kita pelajari kan... Salam kemerdekaan Sal.. Merdeka!!!
ReplyDeleteBetul tu abang Khir. .saya kalau baca kartun 2 Datuk Lat selalu gelak sorang - sorang. Tapi memang banyak mesej tersirat
Deletesalam merdeka sal.. mama tak pernah jumpa Datuk Lat ni, tengok toilet kemain lawa lagi.. bila masuk tak nak keluar terus.. hihi
ReplyDeleteSelamat hari kebangsaan Sal..amboi makan angin nampak..hehe..nice sharing mana tahu kut2 tersesat ke sana nanti.. :)
ReplyDeleteHaha..kerja lah kak ana. .kalau tak memang tak sampai. Kena jaga booth sempena pameran kartun Lat,tu yang ada kat situ.
Deletecool ke? hehe
ReplyDeletehaha..sarcasm je tu...biasa je aku rasa
Deletedah pegi holiday yea? semoga bertemu idaman hati..
ReplyDeleteBelum pergi lagi kak..next month
DeleteWoooww cantik betul toilet tu..
ReplyDeleteApe maksud 6D cinema?
ReplyDeleteYang 3D pun x pernah masuk.
tak tau la shikin...hari tu lalu je.kalau masuk takut lama pulak
DeleteTGV lengang? memang tempat fevret aku ni...
ReplyDeletehaha..memang tak ramai orang kot baru-baru ni
Deleteselamat hari merdeka Sal!!
ReplyDeleteseronoknya boleh jumpa ngan Dato' Lat..kalu akak hari pertama jumpa lagi dah ajak selfie..haha..
hari pertama jumpa tengok dari jauh je. hari kedua,ketiga dan seterusnya borak jugak, tapi sebab kerja.haha..segan lah nak ajak tangkap gambar.
Deletekalau jumpa selebriti..mcm tu la..malu2 tapi mau diajak bergambar...
ReplyDeletekalau ada kawan ajak, memang saya tumpang sekaki
Deletebetul, peminat dia memang ramai
ReplyDeletebersih toilet dia.
ReplyDeleteMemang bersih.. Ini baru Malaysia..wah,datuk lat kartunis terkenal tu..
ReplyDeleteCT kalau kat damansara tu tau mutiara damansara aje.. ikea la the curve itu saja. wow dah ada shopping mall baru. makin bersepahla shopping mall kat damansara tu sampai kekadang nak melepak tak tahu nak pilih pi mna..
ReplyDeleteokaaaay toilet itu sangatlah mengadaaanya hahaha. very the vogue gitu. memang sambil tunggu member berbusiness memang boleh posing sakan. huuurm tempat baru ni so tngh cantik lagi.
alhamdulillah surau selesa. kekadang tu amboi mentang mentang la surau.. management ambil endah tak endah saja. main bedal saja sediakan tempat tapi tak ambil peduli. baguslah selesa..
surau dia selesa..selalunya shopping mall gempak, tapi surau nan hado..huhu.
Deletehaha, makin banyak tempat lepak.akak suka tempat baru macam ni, tak ramai orang.kalau macam KLCC tu nak berjalan pun kena laju-laju takut orang marah
Mall baru bukakkan? Eee..sepinye. Tak function sgt kot. Dalam dia pun dah hotel2 je. Tandasnye lagi laa..khas utk selpie. Haha.
ReplyDeletehaah..baru sesangat.sesuai la untuk orang yang suka gi tempat tak ramai orang.
DeleteWoww... hebat tempat tu... k idah tak pernah sampai lagi... masa untuk nak lepak2 santai terhad sekarang nie.. :D
ReplyDeletesubhanallah surau memg cntik..akak terpegun
ReplyDeleteNi kira sambil menyelam minum ayaqlah ni .....hehe...Rasanya mcm tak pernah sampai sini lagilah Sal...
ReplyDeletehrp2 x jadi laa mcm surau kt klcc...dulu mmg awesome (pd sy laa) tp laa ni rs mcm..... mmmm...
ReplyDeletemaybe sebab orang ramai sangat kot, tu yang rasa sesak tu.
DeleteSelamat Hari Merdeka.
ReplyDeleteLepas ni mesti ramai akan selfie di toilet yang cantik tu.
Sebab dalam toilet buruk pun ramai suka selfie.
haha, betul tu.terutama budak-budak.mak budak pun kadang-kadang sama.
DeleteMemang cool...
ReplyDeleteFuhhh tempat nie mmg best.. =D
ReplyDeleteWoww, best gilaa!
ReplyDeletemak ai , toilet dia cantik gila . bersih lak tu ...
ReplyDeleteBestnya dapat jumpa Datuk Lat..
ReplyDeleteSuka kartun beliau..