Covid19 di tahun 2022 - Sekarang tak perlu pakai gelang pink

Sunday, 13 February 2022

Assalamualaikum dan hai semua! 

Rabu lepas, on the way balik kerja tiba-tiba selsema and tekak tak selesa. Ingatkan sebab makan pedas or sebab opis sejuk sangat. Semua sweater and jaket aku dah angkut bawak balik rumah dari tahun 2020 lagi. Tak terfikir pulak nak bawak balik once dah kembali keje opis. 

Balik tu makan ubat selsema dan ubat batuk then tidur. 

Pagi Khamis bangun nak pergi kerja rasa tak sedap badan and sakit kepala. Damn..taknaklah demam. Ikut hati nak lanyak je gi kerja tapi takut plak kat opis kang tetibe sakit. Dah tak memasal famili aku kena datang amik. So aku cakap dengan bos nak amik MC. 

Dalam pukul 2 macam tu, before g klinik, buat RTK dulu. Risau la jugak. Takut bawak virus kat staf klinik dan pengunjung lain. Dok doa janganla 2 line. Padahal bila dok google simptom macam Covid 19. Sebab kalau allergy reaction atau resdung selalunya tak demam. 

Mengelirukan betul result test ni sebab line bawah tu pudar. Tapi aku pernah buat RTK ni, kalau negatif, memang bawah tu takde line langsung. Ni ada line walaupun halus, consider positif la. Terus contact HR, contact bos dan update MySejahtera. Itu pun jenuh wasap sini sana bertanya prosedur. Aku memang takde pengalaman Covid19 ni. Swab test pun tak pernah tau. Dara lagi hidung aku. 

Gara-gara aku, semua yang ada kat opis tu kena balik and ditutup seminggu untuk sanitasi. Aku rasa bersalah pulak. Benda ni takkan jadi kalau aku keje dari rumah. Sejak kes naik balik hari tu, bos aku memang cakap siapa yang boleh WFH, sila kembali WFH. Aku je yang degil sebab macam best lak keje opis. Pergi boleh rilek-rilek naik LRT. Badan pun senang letih and malam tidur lena. 

Kesian opismate aku sebab kat opis kitorang pakai PC, bukan laptop. Kena angkut balik on the spot. PC dahla berat namatey. Opis aku jenis company ol skool, pakai PC. Lainla company moden cam opis korang. 

Aku? PC aku je yang masih kat opis. Ah.. Aku menyumpah diri aku. Serius aku menyesal tak ambil lepas siap repair hari tu. Semua gara-gara aku takut bawak kete gi opis. Masa nak hantar repair, aku gigih pergi masa cuti Chinese New Year sebab boleh park tingkat 2. Tapi tulah, lepas habis cuti CNY la baru PC tu siap. 

Aku trauma la, kereta aku pernah tersagat parking opis masa on the way turun, dekat RM300 duit aku melayang untuk repair. Opis aku parking sempit dan kena park tingkat 13 ke atas. Bab driving and parking aku memang bangang sikit. Memang tak suka drive, tapi takkan nak bawak PC seberat dosa silam tu naik LRT. 

So.. Nampaknya sampai hari ke 7 kuarantin aku menung je kat rumah. Aku ok je kalau kena kerja dari rumah time kuarantin provided aku sihat. Tapi dah takde PC, cmane nak kerja

Sambung cerita tadi...Khamis tu memang aku demam, badan seram sejuk, selsema, batuk dan sakit tekak. Rawat la diri sendiri, duduk sorang dalam bilik. Makanan pun mak aku hantarkan. Susah sikit bab tandas jela sebab rumah aku satu tandas, satu bilik mandi tapi takkanlah nak memerut kat bilik mandi. Lepas guna je kena sanitize. Dalam dok sakit tu buat jela. Risau kalau jangkit kat ahli keluarga lain. 

Tengahari Jumaat baru Mysejahtera update, kuarantin sampai Khamis depan. Seminggu je sebab aku dah booster dan sebab aku tak gejala teruk. Jumaat tu demam dah kebah cuma masih batuk. Takdelah sampai sesak nafas dan muka jadi biru. 

Sabtu dapat mesej suruh pergi CAC tapi aku ignore sebab aku dapat info yang kategori 2B ke atas je yang kena pergi. Just that dekat MySejahtera bahagian 'Things To Do' tu kena update simptom dan bacaan suhu badan, tahap oksigen, heartbeat etc setiap hari. 

Malam tu dapat mesej sama lagi, so aku pakat dengan famili aku, pergi jugaklah CAC. Kang takut plak tetibe muncul ambulan depan rumah. Padahal time tu aku dah sihat sikit. Dah boleh vakum bilik and aku intai-intai TV. Malam siap layan game Man Utd filem Khushi kat Awesome TV. 

Pagi tadi (Ahad) pergilah kami sekeluarga ke CAC yang dekat dengan rumah. Aku drive sendiri la tak boleh share kereta dengan ahli keluarga lain. Nasib baik CAC aku pergi tu parking senang and orang tak ramai sebab hari Ahad. 

 
Sampai CAC, jumpa seorang pegawai bertugas, dia tengok MySejahtera aku pastu dia kata tak payah datang pun sebenarnya. I was like... Eh... Habis tu mesej ni? 

Mesej tu rupanya auto send dekat orang yang report result test positif di MySejahtera. Tapi takpelah, puas hati dapat tanya sendiri. Petugas tu bagitau yang sekarang tak pakai gelang. Oh pulak. Hanya datang CAC kalau gejala kategori 2b ke atas atau warga emas atau ada sakit kronik. 

So kami pun pulang. Kalau tak kerana kuarantin boleh gi breakfast kat pasar Dato Keramat. Haha. 

Alhamdulillah, ramai jiran-jiran dan kawan yang baik hati bagi makanan macam-macam sepanjang kami sekeluarga kuarantin ni. Aku actually risaukan mak ayah and adik aku je. So aku stay sejauh-jauhnya dari diorang. Aku cuba lah untuk uruskan diri sendiri macam basuh cawan dan kemas sisa makan aku sendiri. Axion dan span aku guna asing. Toiletries pun sama. Tu pun aku dok leter diorang pakai sarung tangan dan facemask bila masuk toilet and guna sinki.

Sewaktu entry ini ditaip, hari ke tiga kuarantin, aku dah makin sihat. Suhu normal, paras oksigen lebih 95 dan heartbeat normal. Cuma kahak ni je liat nak tinggalkan tekak walaupun dah bercawan-cawan honey lemon aku minum. 

4 hari lagi. Entahlah Jumaat HR benarkan aku gi opis ke tidak. Itupun kena buat RTk dulu make sure negative. Kalau benarkan aku kena gi amik PC. Suka tak suka kenalah drive. Kang naik LRT lagi kang bos aku bising sebab aku suspect dapat Covid19 ni dalam tren.

Dah nak kena kan. Apa boleh buat. Vaksin 2 dos tak dapat Covid, lepas booster pulak kena. Padahal selama ni ke hilir Sungai Kinta sampai ke puncak Genting aku merayap. Pergi opis yang jarak 15 km dari rumah tu yang kena. Omicron sangat mudah berjangkit. 

Guess I really need to watch my health lah. Mentally and physically. Last month demam and period delayed. Bulan ni kena Covid pulak. Teguran Allah lah tu pada aku.

Oh by the way kalau allignment entry ni tunggang-langgang, terima jelah sebab aku update pakai hp. PC rumah ni kt ruang tamu so tak dapat guna. Job hunting pun dah berapa hari miss. Sedihnya. 

So kesimpulannya..ini apa yang korang kena buat lepas buat self test RTK dan dapat result positif. 

1. Report di MySejahtera - cari icon Covid19 Self test. 
2. Tick simptom yang berkenaan. Jawab dengan jujur. Standby alat pengukur tekanan darah, oxymeter (ukur paras oksigen) dan termometer di rumah. 
3. Self treat kalau takde gejala ekstrem macam sesak nafas or muka dan tangan bertukar kebiruan. 
4. MySejahtera akan tunjuk berapa lama kena kuarantin dan samada kena ke CAC atau tidak. 
5. Update status kesihatan setiap hari. Bacaan suhu, heartbeat etc. 

So marilah kita terus jaga SOP. Nak pesan korang supaya stay at home macam tak patut pulak sebab aku sendiri pun kuat berjalan. Haha. 

Doakan aku sihat. Ada idea nak buat apa 4 hari ni? Jemu tengok skrin handphone. 

42 comments

  1. Aduhai!
    Begitulah kisahnya sejak akhir-akhir ini Sal.
    Di tempat Kak Amie pun setiap hari ada rakan yang positif. Cepat sangat merebak wabak tu kali ini.
    Take care Sal. Moga cepat sembuh sepenuhnya.
    Jangan terlalu menyalahkan diri ya sayang. Semua yang berlaku itu bukan dalam kawalan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haih memang tulah sifat saya kak Amie. Tak senang duduk kalau orang susah sebab saya. Padahal colleagues saya ok je. Siap tanya khabar lagi hari-hari

      Delete
  2. Harap2 tak serius dan cepat sembuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih WP. Kategori 2a sahaja. Insha Allah tak lama lagi boleh kembali bebas

      Delete
  3. Allah.. semoga Allah beri kesembuhan. Amal doa Bismillah 5. bole cari di youtube.. Inshallah cepat lega. yang penting jgn stress

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Naim. Nanti akak cari. Stress jugak kuarantin ni

      Delete
  4. Semoga lekas sembuh. Tapi macam pelik pula self kuarantin tak pakai gelang kan. Buatnya ada yang degil. Adehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully guard check betul-betul la profil Mysejahtera orang awam sebelum masuk premis. Tu jelah kawalan yang boleh. Hoppefully yang patut kuarantin tak degil

      Delete
  5. Allahuakbar.... Allah nak beri peringatan tu. Tak pe rehat banyak-banyak jangan aktif sangat. Rehat ni baca lah buku-buku yang agaknya dah lama tak baca. Apa pun take care ok. Takpe pengalaman tu sekurang-kurangnya ada pengalaman menjadi pesakit positif covid 19. Semuga Allah jaga sal dan keluarga. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak aktif dalam bilik sekangkang kera ni pun tak boleh. Hehe. Rehat jela. Habiskan lagi 3 hari. Saya ni workaholic. Memang stress bila disuruh rehat

      Delete
  6. sekarang ni omicron sedang melanda. Pusat Cac dah mula ramai orang tapi yang banyak tu simptom 1 dan 2 kategori. Yang serius sampai masuk icu dah berkurangan mungkin sebab peratusan yang ambik vaksin dah tinggi. Dapat vaksin bukannya kata tak boleh dapat virus covid 19 cuma dia kurang sikit simptomnya tapi tahu je lah bila dengar positif je emmm semua orang pun rasa macam nampak hantu. hehehehe Bertabah le kalau dah terkena. Semuga Allah sembuh kan semua pesakit covid 19. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau kalau covid ni terjangkit dekat golongan high risk je. Oh.. Hari tu saya gi CAC tak ramai pulak. Baguslah dah berkurang yang masuk ICU sebab Covid

      Delete
  7. Kes semakin menaik ni.... jaga sop ye kawan-kawan. Semuga semua dilindungi Allah SWT hendaknya dari di jangkiti kuman Virus covid 19. Aamiin. Take care semua.

    ReplyDelete
  8. Semoga cepat sembuh Sal...ala ammi nak balik naik LRT gak jap lagi. Risau risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai double mask kak. Tapi akak selalu avoid peak hour kan. Insha Allah. Doa banyak-banyak

      Delete
  9. Allah... Semoga bertambah sihat ye sal.. Ekceli kita pun risau jgk sbb kdg x pasti dpt dr mana kan.. Kita mmg punya la jaga tp klu nk gerkena jg tu yg x bole nak elak.. Pape pun semoga takde yg serius.. Cepat2 sembuh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak Ret. Padahal selama ni dah jauh saya berjalan-jalan. Maybe sebab masa ni immune sistem down. Emosi pun terganggu. Tu yang senang sakit. Wallahualam

      Delete
  10. Semoga cepat sihat Sal. Oo..dah tak payah bergelang sekarang kalau positif.
    Baca buku, dapatlah kurangkan tengok skrin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Baca buku and majalah lama nak rehatkan mata

      Delete
  11. iye ke da x bergelang?
    alamak aii Sal. kalau yg patuh mcm Sal ok la.
    yg tak reti dok diam tu, lepas check up, gi restoran makan :(

    no wonder la kes jadik tinggi.
    aida syak benda ni la kot. sendiri kuarantin.
    ada plak yg degil, merayau :( alamak aii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. MySejahtera still merah, close contact akan oren. So, if pak guard check before masuk premis tak lepas lah. Itulah, harap yang kena kuarantin tu dengar cakap dan tak ke sana ke sini. Takde gelang kan, cmane nak detect

      Delete
  12. Allahuakbar. Semoga Sal baik baik je. Sikit hari je lagi tu Sal. Usah difikir pasal kerja dulu. Yang penting Sal sihat sihat je. Sekarang ni covid dah bertebaran, jaga SOP dan ada booster pun boleh terkena sama. Kuat tau Sal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Fizah. Cuma bila dah booster ni takdelah teruk sangat simptom. Omicron lagi senang berjangkit berbanding varian lain. Lagipun dah boleh ke sana sini kan

      Delete
    2. A ah, dah booster ni at least memmbantu kurangkan simptom dia. Betul, cepat betul dia merebak kan. Ye lah kan sebab sekarang pergerakan bebas.

      Delete
  13. Syafakillah Sal, take care..

    office akk pun masih guna desktop PC..masa WFH, kalau yg takde laptop, mmg kena angkut PC balik rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyelah kan, company lama-lama memang macam tu. Company moden banyak yang pakai laptop. Tq kak nohas atas doanya

      Delete
  14. mugo cepat sembuh ciksal lesung pipit ittewww.. 😅😅

    ReplyDelete
  15. Allahuakbar,Berbanyak berehat Sal, biar dulu hal kerja. semoga Sal cepat sembuh dan sihat sepenuhnya. InshaAllah. Aameen. Dan Sal sekeluarga dilindungiNya selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sis. Susah jugak jadi orang workaholic ni. Disuruh rehat pun dia fikir opis jugak

      Delete
  16. semoga cepat sembuh, take care semua. betul tu sekarang ni kes mencanak2 plak naik. adik ipar ngan 2 anak kecik dia positif, adik (suami) ngan anak yg besar ok je. tak boleh nak jangka ngan covid ni. kuarantine time..layan movie, mengemas..baca novel....benda2 yg time busy ngan kerja x leh buat...time kuarantin leh la buat .. he he he..stay safe key!

    ReplyDelete
  17. ALHAMDULILLAH SEMAKINN BERANSUR SIHAT JAGA DIRI SAL

    ReplyDelete
  18. Risau betul dengan covid ni.. betul2 mengusahkan..2 tahun dah tak hilang2..

    ReplyDelete
  19. Enak ya. Dikarantina banyak sobat yang ngasih makanan. Di sini orang dikarantina, malah dikucilkan tetangga selamat siang ananda Sal.

    ReplyDelete
  20. Kak Sue pun lemah kalau bab parking nie tau, apapun syafakillah ya Sal..

    ReplyDelete
  21. mungkin sebab naik LRT kot senang berjangkit. Semoga cepat sembuh kak sal.

    ReplyDelete
  22. Kalau sama2 mcm tu boleh jadi +ce sal. Take care ye

    ReplyDelete
  23. Semoga semakin sihat sis Sal inshaAllah amin. Takut juga ye sekarang macam tak dapat trace mana dapat.

    ReplyDelete
  24. ni dah ok ke belum? jaga diri dan kesihtn juga ye . moga dpermudahkan sgla urusan. aamiin

    ReplyDelete
  25. skrg sal macam mana.. dah sihat ke

    ReplyDelete
  26. Sal ada post covid simptom tak..
    Sha lepas covid cepat penat tapi gagah jugalah aktifkan diri..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah