Thursday, 26 March 2015

Seminggu dua

Assalamualaikum dan apa khabar semua!! Aduh mak ai (pinjam trademark Hud - Cinta Ilahi), rindu giler nak tulis blog! Kepada yang baca entry ni mesti dapat detect yang seminggu dua ni aku agak jiwa kacau. Berat rasanya nak bercerita kat blog sebab terlalu peribadi, lagipun aku tak nak panjangkan hal tersebut. Aku bukan jenis yang suka meroyan kat media sosial, tapi entahlah bila aku tulis kat sini dan luahkan kat korang, rasa lega sikit hati aku. Sometimes it feels better to confide in stranger, because they don't judge you.

Thanks a lot kak MD, Farah, kak Farrah MF, Ibu Sham, Wanie, Abang Khir, kak Kathy, kak JM, Scha, CT Humairah, SS, Nazeck, abang MKL, kak Fidah, kak Deanna dan ramai lagi (tak mampu nak taip semua!) yang still sudi datang komen kat blog aku ni dan memberi kata-kata semangat walaupun korang tak tau pun apa masalah yang aku lalui. Segan pulak sebab aku sendiri takde mood nak balas kunjungan time tu.

Dalam seminggu dua ni aku belajar banyak benda. Betapa manusia selalunya leka. Bila dah dilanda ujian baru nak berlama atas sejadah. Kalau tak, doa cepat-cepat pastu blah. Allah, sayangnya Kau dekat aku yang banyak dosa ni. Bak kata ulama', mungkin Allah uji kita sebab dia nak kita mengadu dekat Dia. Sebab hati kalau dah keras dengan dosa, memang susah nak menangis! Syukur, ujian ni buat aku makin dekat dengan Dia. Moga aku istiqamah.

Seminggu dua ni aku sedar, yang aku masih ada kawan. Yang still sudi layan aku bercerita walaupun diorang pun sibuk dan serabut dengan masalah sendiri. Thanks korang! You know who you are! (tu pun kalau korang terbaca entry ni lah kan)


Seminggu dua ni buat aku hargai keluarga aku. Sepanjang minggu diorang takde sebab gi bercuti, taulah cuti sekolah. Aku tak ikut sebab plan last minute. Aku tak cerita kat diorang pun pasal krisis aku tapi the moment diorang balik aku terus peluk Mak dan anak-anak sedara aku. Diorang pelik agaknya sebab aku kena tinggal sebulan pun takdelah nampak rindu sampai macam tu. Perhaps, bila diorang takde aku sunyi. Dan bila sunyi, hati makin tak tentu arah. Kehadiran diorang macam sejenis ubat yang boleh numb the pain mungkin.

Seminggu dua ni aku belajar yang aku kena kuat dan 'buat pekak'. People will hurt you, tak kisahlah sengaja atau tidak. Takde sape yang nak jaga hati kita melainkan diri sendiri.

Nanti aku free aku sambung blogwalking lagi ek.. Cerita USS pun cam dah tergantung je. Huhuhu. Lately agak busy, which is good. Busy ni boleh distract kita, so fikiran tu takdelah melayang.

See you next time, peeps! Thanks for reading!


Friday, 20 March 2015

Big girls do cry..They just don't do it in public

Masa aku sekolah rendah, ada sorang budak perempuan ni. Dia kememeh, senang nangis. Ada sekali, satu kelas kena rotan ngan cikgu sebab nakal. Bila sampai turn dia, tetibe cikgu tak jadi. Sebab dia menangis. Bebudak lelaki pun tak berani kacau dia, sebab baru diorang try, dia dah tekup muka.

Aku? Kena rotan 3 kali atas tangan pun sengih je.

Tapi pernah sekali, aku bengang dengan seorang budak ni sebab amik barang aku. Aku lupa barang apa. Aku pun try trick tutup muka ngan tangan, acah-acah konon nak nangis. Budak tu panik, terus bagi balik barang aku. Komen dia tu yang tak tahan.

"Tak sangka kau nak nangis. Aku tak pernah tengok kau nangis." Lebih kurang gitulah ayat dia. Ala, ayat budak darjah empat. Mana ada seni sangat.

Budak nakal tu terus bagi balik barang aku dan dah tak kacau aku dah. So, berguna jugak trick tu. Tapi dengan cikgu or parents tak berani pulak aku nak try.

Sekarang, bila dah dewasa, aku terfikir nak guna trick tu. Sebab bila kita tunjuk muka riang gembira sepanjang masa, orang dah mula anggap kita ni takde perasaan.

Ala, dia tu OK. Takkan dia nak sentap.

Wrong! Orang yang banyak ketawa tu tak semestinya tak reti menangis. Diorang cuma tak suka gunakan air mata sebagai senjata. Diorang takut dianggap lemah sebab dah terbiasa pura-pura kuat. Hakikatnya, diorang tu hati tisu. Lembik!

Tabahlah ye Sal... *Take a deep breath*

Nota kaki: I'm going through hard times lately. Sorry guys, belum ada mood nak blogwalking. Thanks masih sudi singgah sini. Special thanks untuk mereka-mereka yang selalu whatsapp dan menceriakan hari-hari aku. You know who you are :)


Wednesday, 18 March 2015

Logik ke lelaki tak minat bola sepak?

Assalamualaikum semua! Lama giler tak borak-borak pasal bola sepak kan? Sempena  meraikan kejayaan Atletico Madrid ke quarterfinals UCL dan berita super awesome aku dapat dari Anies, meh la bukak topik favourite aku. Sukati korang la nak baca ke tidak. Hehehe.

My favourite part masa penentuan penalti pagi tadi. Yang sedang berdoa tu adalah Arda Turan, pemain Islam dari Turki.

Antara perkara paling ironi tentang aku, walaupun aku ni kaki bola, aku selalu 'tersangkut' dengan lelaki yang tak suka bola sepak. Serius! Ada tu memang tahap clueless tak perasan pun World Cup dah start! Wujud ke lelaki-lelaki tak suka bola sepak ni? Of courselah wujud. Entah-entah lagi ramai dari perempuan yang minat bola.

Tapi kenapa? Kan ke lagi best kalau minat sama? Personally, aku suka lelaki yang tak minat bola sepak sebab bila kitorang hang out, boleh borak topik selain dari bola. Bab bola ni boleh buat gaduh tau! Tak naklah aku gaduh semata-mata sebab dia sokong Manchester United, aku sokong Liverpool. Tak berbaloi!

Orang lelaki yang suka bola sepak mungkin akan rasa annoyed bila perempuan yang tak minat bola  pura-pura cakap pasal bola untuk impress diorang. Tapi aku rasa lelaki yang buat-buat tahu pasal bola sebab nak impress perempuan kaki bola memang sangat comel!!!! Memang kelakar bila diorang dengan confident kata Ronaldo tu main untuk Spain. Sangat charming dan cute. Boleh melting tau!

Lagi satu, sebab aku tak nak diorang mimpi ngeri lepas teman aku tengok bola, tak kisahlah kat Mamak atau kat stadium. Yelah, kadang-kadang masa dok cheer atau mengutuk tu memang hilang kawalan sikit.

Kesimpulannya, aku OK je dengan lelaki tak minat bola sepak. Tetap lelaki jugak, macam perempuan yang tak suka tengok drama suamiku encik itu ini, tetap perempuan jugak.

Tapi bab jodoh ni aku terima je dapat yang minat bola sepak ke, minat memancing ke, minat membaca ke... Tu hobi dia, sukati dia lah. Jangan lupa anak bini sudah!!

Indahnya kalau dapat yang boleh kejutkan aku pukul 3 pagi. Bukan sebab dah start kick-off, tapi ajak Tahajud bersama. Sweet tak? Hehehehe. Kalau dapat yang macam tu, Fernando Torres datang serah diri pun aku tolak tepi!


So, what says you? Korang prefer pasangan yang minat sama ke minat lain-lain? Share lah kat sini..

Ironi adalah bercakap tentang lelaki idaman dan jodoh padahal hati tengah patah seribu.
 #BeStrong

USS Part 4 - Far Far Away

Assalamualaikum semua! Adakah kalian masih sudi membaca blog aku? Malas betul nak update lately, idea pun takde. Setakat cerita aku gi makan kenduri atau cerita pasal bola macam boring pulak.

Hari tu kak Jari Manis tanya kenapa entry USS Part 3 pendek sangat? Almaklumlah aku ni biasanya kalau menulis memang panjang-panjang. Ini 'baru kentut, belum hilang bau dah sambung' ... bukan aku kata tau, kak JM yang kata. Hehehe.

Aku saja je buat trick macam tu sebab nak banyak modal tulis entry. Huhuhu. Kalau tulis by part ni silap gaya lepas raya haji esok baru tamat kot! Yayyyy!! *Gelak blogger keji* Sebenarnya aku kecewa sebab trip bulan lapan aku cancel. Hati tu teringin nak berjalan tapi takde geng. Ada sesapa nak teman aku tak? Kita gi dekat-dekat je, Krabi ke, Bali ke...kot korang adventurous bolehlah kita ke Amsterdam terus. Hehehe.

OKlah, daripada aku dok merepek, baik sambung entry ke Universal Studio Singapore. Kali ni kita ke tempat ala-ala fairytale iaitu.. Far Far Away.

Asyik gambar aku je, mesti korang bosan kan. Nilah dia dua orang BFF aku yang ke USS dengan aku. Alang-alang diorang bagi kebenaran guna gambar diorang kat blog, maka aku pun dengan sesuka hati menggunakan kuasa sebagai tuan tanah.

Tempat ni memang sesuai untuk korang nak fefeeling princess! Cantik gilos! Anggap jelah ni istana kat Disneyland tu.

Far Far Away ni merupakan set untuk francais filem Shrek, antara kartun favourite aku. Selama ni aku ingat Shrek ni filem Disney, tapi rupanya Universal Studio. Aku suka filem Shrek sebab tak macam typical fairytale lain. Lepas tu dalam filem-filem dia ada semua watak cerita kanak-kanak macam Humpty Dumpty, Phinochio, Puss In Boots, Robin Hood dan banyak lagi lah.

Kat Far-Far Away ni boleh enjoy teater 6D dia dan ride roller coaster yang takdelah extreme sangat.

Tak tau nak cerita apa, kita layan gambar jelah.


Dari kejauhan kitorang nampak ride ni... ND kata ni baru, last time dia datang belum ada lagi. Nampak best..jom kita!


Sekali..

Belum bukak lah... Coming Soon katanya! Huwaaaaa! Kesian diorang ni frust.

Dahlah frust tak dapat naik ride baru. Kena pulak layan Puteri Sepanyol Dah Turun Takhta ni bergambar. Jadi part time photographer jap. Thanks ND and SR, sudi bertahan dengan kerenah aku. Hahaha.

Bajet comel..pelempang nak?

Depan rumah Shrek

Gaya seorang puteri kena halau dari istana

Nak lagi gambar? Cukuplah tu, muntah darah jap lagi. Hehehe..menyesal tak korang baca Blog Sal? Kalau tak menyesal, nanti baca sambungan na..

Till then, adios!

Thursday, 12 March 2015

USS Part 3 - Egypt and Jurassic Park

Assalamualaikum semua! Kita sambung entry ke Universal Studios Singapore ni dengan pantun terlajak femes abad ini:

Pergi USS nak naik Battlestar
Battlestar tutup. Kah kah kah

Tak faham boleh refer entry SINI.

Kesian kan, hampa harapan makcik! Ops, aku rasa ramai pembaca macam kak MD yang selama ni keliru sebab tahu aku takut tinggi. Dah kata takut tinggi, tapi sibuk nak naik Battlestar Galactica tu dah kenapa? Hehehe...sebab Battlestar ni tak tinggi mana pun. Aku kalau tak tinggi aku berani je walaupun laju. Kepala ke bawah pun takpe. My only Fear Factor is height. Dan cicak.

Dah frust tu, kita proceed jelah ke area 'Egypt'. OKlah, nak pergi Mesir yang sebenar belum berkesempatan, kita pergi jelah Mesir palsu ni. Bolehlah aku nak feeling Puteri Nefertiri. Tak pun Permaisuri Anack Su Namun (abaikan kalau korang tak tengok The Mummy)

Pengawal, tangkap tiga orang rakyat jelata yang menyibuk dalam gambar beta ni!

Meh kita memburu harta Qarun!

Rick O' Connell takde kena drive sendiri la.. (again, The Mummy reference)


Kat area Egypt ni ada ride yang sangat extreme iaitu 'Revenge of The Mummy'. Disebabkan ramai yang warning ride tu sangatlah scary, kitorang decide untuk skip dulu. Kalau tetibe keberanian tu datang mungkin kitorang akan patah balik ke area Egypt dan naik. Takpelah, kita gi area Jurassic Park pulak.

Jurassic Park ni memang best sebab dari jauh kau dah boleh dengar lagu filem Jurassic Park, macam dalam filem tu! Wajib ambil gambar depan pintu gerbang dia! Gambar aku kat handphone kawan aku, dia tak bagi lagi sebab dia busy. So, tak dapat up kat sini. Huhuhu.

Ada gambar ni je...

Kitorang naik ride ni! Best! Kaki tergantung-gantung, aku siap bukak kasut. Satu USS bau kaki aku! Hahaha.

OKlah u olls, nanti aku sambung lagi ek.

Monday, 9 March 2015

Kenapa aku single?

Hari tu hari Jumaat. Tetibe rasa malas gila nak gosok baju gi keje. Mungkin sebab dah buat rekod pakai baju kurung gi office sampai 3 hari berturut-turut. Since hari tu boleh pakai casual, sambar ajelah jeans, jersey dan shawl cotton.

Satu peristiwa terjadi masa aku naik lif kat tempat kerja. Masuk je nampak penulis lirik lagu 'Di Pintu Syurga', Iman Imran. Dia dengan kawan-kawan dia. Dalam ramai-ramai tu, ada seorang yang sejuk mata aku ni memandangnya. Mungkin kerana dia pakai baju Melayu kaler hijau, padahal kawan-kawan dia yang lain ada je lagi hensem.

Aku senyum kat Iman tu. Tak tengok pun kawan-kawan dia. Dia senyum balik. Tetibe Encik Baju Melayu tegur:

"Wah..penyokong Liverpool ke?".

Aku yang dok humming lagu Di Pintu Syurga dalam hati tergamam sekejap. Alamak, dia cakap dengan aku. Eh...cmane dia tahu ni? Adoi, Sal, kan kau pakai baju Liverpool! Kot kau pakai baju JDT dia kata lah kau sokong JDT! Chill, brain, chill.. nak jawab apa ni? Nak jawab apa ni?

"Sokonglah...kot?".

Ceh, itu je respons yang keluar dari mulut aku! Kot? Kot? Kau tak cukup tidur sebab tengok bola selama ni dan kau jawab tu je?

"Eh, boleh pulak kot. Tak sure ke?." 

Lebih kurang macam tulah Encik Baju Melayu jawab balik. Encik Penulis Lirik tu pun ada cakap something tapi aku macam blur pulak. Untuk mengelakkan epic fail bertambah fail, aku sengih je sambil doa pintu lif cepat-cepat terbukak.

Aku terus keluar tanpa menoleh ke belakang lagi. Tahniah, kau baru screw up kau punya peluang nak masuk AJL tahun depan. nak borak ngan Encik Baju Melayu tu! Bukan selalu lelaki tegur kau dan kau rosakkan macam tu je!!

Bila aku cerita kat kawan aku, ada ke dia gelakkan aku. Kurang hasam! Tapi memang betul pun. Aku ni bab bercakap memang petah. Dengan orang tua, dengan bebudak, dengan client, tadahal punya. Tapi bila dengan lelaki yang 'ada potensi', terus jadi macam gini...


Sebab tu lah kot aku single? Hahahaha. Bukan sombong, lagipun aku bukan cantik nak jual mahal. Tapi, tulah.. Ain't first time it happened!

Aku assume jelah Encik Baju Melayu kaler hijau tu dah kahwin. Boleh gitu?

Aku rasa pas ni Iman Imran dapat inspirasi buat lagu 'Di Pintu Lif' pulak...

Saturday, 7 March 2015

Cerai. Bercerai. Penceraian

Takde pasangan berkahwin yang nak bercerai. Semuanya nak bahagia di dunia, kalau boleh sampai ke Syurga. Tapi jodoh itu bukan manusia yang pegang. Kalau Allah kata sampai situ je, sampai situ jelah.

Cakap memang senang. Tak boleh ke cuba pertahankan? Aku pernah lihat satu penceraian di mana ENAM anak menjadi mangsa. See, even enam orang anak kecil yang masih bersekolah pun tak mampu nak selamatkan sebuah perkahwinan yang memang dah lama retak. Aku tak faham apa-apa since aku sendiri masih budak time tu. Kesian memang kesian, tapi penceraian itu mungkin pilihan yang lebih baik dari hidup dalam sebuah rumah tangga yang huru-hara.

Aku pernah terfikir..kenapa kuasa menjatuhkan talak tu di tangan orang lelaki? Kan orang lelaki lebih panas baran, berbanding perempuan yang terkenal dengan sifat penyabar dan tabah. Tapi ada seorang ustazah pernah  cakap dengan aku, orang lelaki sebenarnya lagi penyabar dari orang perempuan. Orang lelaki akan fikir dulu sebelum ambil keputusan berbanding perempuan yang gemar mengikut perasaan dan terburu-buru. Perempuan ni 'pendek akal' berbanding lelaki. Sebab itu lelaki lebih layak menjadi ketua. Mungkin betul cakap Ustazah aku tu kan.. Wallahu'alam.

Terdapat 5 perkara yang menjadi rukun talaq iaitu:

  1. Orang melafazkan talaq iaitu suami.
  2. Tempat yang hendak dijatuhkan talaq iaitu isteri.
  3. Berkuasa ke atas talaq dan orang yang ditalaq.
  4. Lafaz talaq,tulisan atau isyarat yang semaksud.
  5. Niat menjatuhkan talaq ketika melafazkan perkataan sindiran yang bermaksud talaq. 
Credit : Jabatan Agama Islam Selangor

Hakikatnya, bercerai ni 'mudah'. Yang penting, dilafazkan oleh suami ke atas isteri, tak semestinya dalam bahasa formal. Melalui tulisan atau SMS pun dikira sah kalau betul itu dari suami sendiri. In fact, suami tak digalakkan bergurau tentang talak ni kerana dikhuatiri terlepas cakap walaupun dia tak maksudkannya.

Credit : Google Image

Aku mungkin tak tahu banyak pasal munakahat sebab aku bukan pakar Agama. Aku sendiri pun belum pernah berkahwin. Tapi aku pernah menghadap penceraian orang yang rapat dengan aku sampai DUA kali. Suasana di mahkamah syariah masa tu memang tegang, tapi kau boleh rasa aura kesedihan dari setiap ahli keluarga yang datang. Kau bayangkan... one minute kau tolong diorang masa wedding, the next one kau 'tolong' diorang nak bercerai. Tapi kau siapa nak masuk campur. Diorang yang kahwin, diorang yang melalui.

Kalau boleh, aku tak nak jejak mahkamah Syariah lagi. Cukuplah apa yang pernah aku hadap sebelum-sebelum ni. Tapi, nampak gaya aku kena jejak sana lagi. So, here we go again.. *Senyum paksa*

Lumrah manusia, kalau yang buruk tu senang nampak. Lebih banyak perkahwinan yang bahagia yang aku jumpa berbanding penceraian, tapi yang sad ending tu jugak yang aku nak trauma. Huhuhu.

Oh ye, enam orang anak kecil tu sekarang semua dah besar dan bekerjaya. Alhamdulillah, penceraian tak menjadikan diorang goyah. Ibu bapa diorang pun tak bermusuhan. Dan dua pasangan yang pernah aku saksikan penceraian tu masing-masing dah ada keluarga baru sekarang ni dan bahagia dengan hidup sendiri.

Penceraian itu halal, tapi dibenci Allah. Penceraian nampak macam pengakhiran, tapi ia boleh jadi permulaan baru asalkan hati kita kuat. Pendek kata, cerai ni ironi. Kau takkan tahu apa yang ada di masa depan. Jaminan kita hanyalah doa dan tawakal. Perancangan Allah kita tak tahu. Jangan mudah menghukum orang, sebab kita tak lalui apa yang diorang lalui.

Dan korang tak perlu risau, walau dah banyak penceraian yang aku hadap, aku masih percaya pada ikatan perkahwinan. Sebab aku yakin Allah ada.

Friday, 6 March 2015

USS Part 2 - Sci Fi City

Part 1 boleh baca SINI

Tempat pertama yang kitorang serbu, of courselah ride Transformers ni sebab rata-rata orang yang pernah pergi akan rekemen ride ni, termasuklah ND, yang pernah datang ke USS ni dulu. Transformers the Ride ni terletak dalam Sci Fi City. Memang smart tempat ni, boleh feeling dalam filem Sains Fiksyen orang putih!


All Sparks! (Betul ke eja?)


Kalau dengan orang lain aku kena mintak izin nak upload gambar diorang dalam blog, budak dua orang ni siap 'paksa' aku taruk gambar diorang. Jeles lah tu aku glamer sorang-sorang! Hahaha, nah aku taruk seketul, gambar masa tengah tunggu turn. Snap cepat-cepat sebab line bergerak sangat pantas. Sila jeles, kitorang tunggu tak sampai 2 minit dah naik.

Best ke tidak? Of course lah best! Thrill sangat! Kalau korang peminat francais filem Transformer mesti akan lagi enjoy sebab faham jalan cerita. Aku ni bukanlah peminat, tapi aku dok bayangkan aku ni Megan Fox bertemankan Shea La Bouf sedang melawan robot-robot jahat.Gitewwww.

Kat luar ride ni ada kedai yang jual merchandise Transformer dan souvenir USS dengan tema filem tu.


Keluar dengan muka terkejut, sebab nampak ni...

Ohmaigod! Kenapa kau panggil-panggil aku ni duhai rollercoaster!

Nak naik! Nak naik!


Berjaya ke tidak aku memujuk ND dan SR naik BattleStar Gallactica ni? Ha, nak tau aku naik sorang ke, naik ramai-ramai ke, atau tetibe ketar lutut tak jadi naik, kita tunggu sambungan.. hehehe.

Thursday, 5 March 2015

USS Part 1 - Getting there

Assalamualaikum dan hola semua! Nampaknya, takde sape yang berminat nak teka aku gi summer holiday ke mana berdasarkan pembayang yang aku bagi kat SINI. Mentang-mentang aku tak offer hadiah ek... Ah, tak kisahlah, korang berminat ke, tak berminat ke, aku tetap nak share jugak destinasi aku. Lagipun tak sampai hati hampakan Qaseh Abadi dan Eima yang suruh update. Cewah, itu semua alasan poyo blogger perasan femes macam aku ni. Lol!

Aku gi bercuti dekat je, al-maklumlah short weekend trip, takkanlah nak ke Istanbul pulak. Tu Anies je yang mampu buat. Hahaha. Tekaan kak MD hampir tepat. Bali ke Singapore? Jawapannya...


Kak Sal kau ke Singapore je dik oi. Balik kerja Jumaat lepas, dengan tak mandinya, aku terus naik LRT ke TBS. Aku bawak satu tote bag ngan satu backpack saiz bebudak pakai gi sekolah. Bab travel light ni aku memang terer. Lagipun ,kalau bawak beg besar-besar, banyak pulak persoalan demi persoalan, membelenggu akal dan fikiran kat opis tu nanti. Dari TBS, kitorang naik bas ke JB dan berhenti di Larkin Sentral. OKlah, tak kematu bontot sebab jalan tak jam. Kitorang naik bas kul 9 malam, sampai kul 1.30 pagi. Tengok ramai yang bermalam kat stesen bas Larkin ni.

Sampai kul 1 pagi pun ada je kedai bukak lagi. Jay bee... peace yo!

Alhamdulillah, walaupun percutian kitorang ni masuk kategori bajet, tapi takdelah sampai kena tidur kat bus stand. Kitorang tumpang kat rumah pengantin baru. Kacau je kan. Hehehe. Nasib baik Abang K sporting, sudi menerima kitorang sebagai tetamu walaupun dok dalam mood honeymoon lagi. Abang K ni abang sulung kepada kawan aku, ND. Nampaknya, majlis belah laki nanti aku kena bagi hadiah besarlah sebagai tanda berterima kasih. ;)

Sampai kat rumah Abang K, aku terus tidur. Ok, tipu.

Trip kali ni aku gi bersama dua orang best friend aku, SR dan ND. Dah berbelas tahun kenal, ni first time gi holiday sesama! Dah sah-sah malam tu dok berborak sakan walaupun sedar diri esok paginya kena bangun awal.

Tapi aku ni kalau bab berjalan memang tadahal bangun pagi. Aku yang awal sekali mandi dan siap macam budak tak sabar nak gi beli mainan kat pasar malam. Kul 6.30 pagi kitorang gerak dari rumah Abang K di Masai ke Danga Bay untuk naik bas. Kenapa Danga Bay? Sebab kitorang ikut tour, dan pejabat Tourist Agent tu kat area Danga Bay. Kalau korang nak naik bas awam, boleh naik di Larkin Sentral.

Ingatkan kitorang lambat,  rupanya paling awal. Hampeh! Dahla lapar gile pagi-pagi nak tunggu ahli group lain sampai. Kitorang gerak kul 7.45 pagi. Dalam bas tu diorang bagi Arrival Card untuk diisi. Simple je, bukan macam Arrival Card Australia yang siksa nak jawab ngalahkan soalan exam!


Awal-awal aku buat research dah. Kalau ke Singapore ikut laluan darat ni memang kena berhenti dua kali. Sekali kat imigresen Malaysia, pastu kat imigresen Singapore. Kalau ikut apa yang aku baca, memang aku dah bersedia lah nak berlari ala-ala Amazing Race. Tapi satu kelebihan ikut tour ni, diorang tunggu kau settle kat imigresen baru gerak. Yelah, kau dah bayar kot! Kawan aku, si ND kata,  kalau naik bas awam, jangan haraplah dia nak kira orang cukup ke tidak.

Tapi...tapi...dah memang rezeki kitorang di pagi Sabtu yang indah itu, imigresen Malaysia dan Singapore, lengang je. Serius! Beratur tak lama, pegawai Imigresen pun hensem. Eh, tetibe! Tak macam apa yang aku baca dalam blog travel orang lain.

Akhirnya, sampai jugak aku ke salah satu wishlist aku! Universal Studios Singapore! Apa lagi, terus serbu kat globe ni. Sebab takde orang sangat. Indahnya dunia! USS pun lambat lagi nak bukak, so kitorang lepak jelah kat luar ni tangkap gambar.


Tepat pukul 10 , pintu dibuka, kitorang pun masuk dengan tenang. Orang belum ramai, so rileks-rileks je. Mula-mula kita ambil map dan schedule. Aku dah belajar dari kesilapan di Movie World , kali ni aku tak nak terlepas parade. Sesal separuh nyawa, takkan hilang...ang........

Aku dah try rotate gambar ni, tapi bila upload still melintang. Longgarkan jelah skru tengkuk korang ye

So, nak tau kali ni Sal menyesal lagi ke tidak, tunggulah sambungan travelogue Summer Holiday aku ni. Hahaha..tak payah nak summer sangatlah! Tapi memang betul pun, Singapore punyalah panas wei, awan pun takde!

See you next time lovelies! Thanks for reading!

Tuesday, 3 March 2015

Bukan drama adaptasi novel

Pagi tadi, bersarapan dengan Encik X dan Encik G di kantin. Ini bukan situasi yang rare bila 70% staff di office anda adalah lelaki. Tengah-tengah makan, tetibe Encik X tanya:

"Sal tengok tak cerita Teman Lelaki Upahan?".

Automatik aku buat kening The Rock. Aku nampak Encik G senyum sorang-sorang sambil menyuap. Nasib dia tak gelak sampai tersembur roti canai kat muka aku. Aku faham kenapa reaksi dia macam tu.

"Saya tak tengok cerita-cerita macam tu, Encik X..", jawab aku, merujuk kepada drama-drama adaptasi novel kahwin paksa yang dok trending sekarang ni.

"Tak tengok? Jiwa awak tak jiwang lah macam ni".

"Jiwa jiwang saya dah mati", balas aku, selamba. Terdiam Encik X.  Kesian pulak aku tengok muka pelik dia. Nasib baik Mamak datang bawak roti Planta aku, so terus perbualan tu mati kat situ.

Aku rasa dalam hati Encik X mesti dia ingat aku ni memang perempuan takde perasaan. Dahla dia tahu yang aku memang tak layan drama Korea langsung. Encik X juga antara 'geng bola' aku kat office tu since kitorang sama-sama sokong Liverpool.

Berbeza dengan Encik G yang kalau aku tengah sedih, sekilas pandang dia boleh nampak. Dia tahu, aku ni sebenarnya jiwang karat tak boleh nak hilang walau disental dengan Brasso. Sebab aku ni kaki filem Hindustan. Pakcik aku pernah cakap yang orang suka tengok Hindustan ni, kuat berangan. Hahaha, betullah tu kot?

Ultimate guilty pleasure aku yang lagi satu adalah romantic comedy. Lagi cheesy, lagi tak make sense, lagi aku suka! Agak-agak korang berapa kali aku tengok 'When In Rome' dan 'She's The Man'? Tak payahlah tahu, terkejut nanti.

Jauh di sudut hati, aku ni perempuan yang sangat jiwang dan romantik. Selalu kawan aku tegur, aku kalau sayang orang, sayang terlampau. Tak boleh kurang. Tu yang bila kecewa bertahun ambil masa nak sembuh. Nak buat cmane, hidup tak semudah novel. Tak semua kisah ada happy ending.

Demographic facts:
 -Encik X tu kira bos lah jugak. Dah kahwin, anak-anak pun dah sekolah. So, tak perlulah nak clarify kat dia yang aku ni sebenarnya jiwang karat. Hahahaha.
-Encik G antara colleague yang rapat ngan aku. Hampir 5 tahun lagi muda, so dah anggap dia macam adik. Mohon jangan gosip.

Nota kaki: Dahsyat kuasa TV. Sampai orang boleh judge kau dari apa yang kau tonton.

Image google

Monday, 2 March 2015

Bloglist March

Assalamualaikum dan apa khabar semua! Cam tak percaya je dah masuk bulan March 2015. Lagi sebulan aku akan masuk three series! Syukur sangat-sangat Allah panjangkan umur aku. Bagi peluang bertaubat kat aku yang banyak dosa ni.

Bulan lepas aku rasa blog aku sendu gila. Mood menaip entah ke mana, tu pun terbit jugaklah 10 entry. Nasib baik ada. Actually, macam-macam benda yang jadi dalam bulan yang ada 28 hari je ni. Mujur ada blog, tempat mencurah rasa dan bercerita. Apa yang tak mampu diucap dengan lisan, aku luahkan melalui tulisan. Terima kasih kepada yang sudi membaca. Kasih berganda-ganda buat yang sudi komen! Terutama diorang ni:

1.Zarulfarhana
Blog : http://sayazarulfarhana.blogspot.com/

2. Jari Manis
Blog :  http://jarimanistravel.blogspot.com

3.CT Humairah
Blog: http://sitiyangmenaip.blogspot.com

4. Scdha Sein
Blog : http://scdhaseinphoto.blogspot.com/

5. Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 
 Blog : http://drshikinzainal.blogspot.com/ 

6.ros_reeza
Blog : http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/

7.Deanna Morni
Blog : http://kameqdeanna.blogspot.com

8.aRz MoHa
Blog : http://www.arzmoha.com  

9. Anies
Blog : http://aniesandyou.blogspot.com/

10.Mummydearie
Blog : http://mummydearie.blogspot.com/

11. Muhammad Khairuddin Lim
Blog : http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/

12.Kathy R'bain
Blog :  http://kathyrbain.blogspot.com

13. Norniwanie
Blog : http://norniwanie.blogspot.com

14.Fidah Shah
Blog : http://whitebarley.blogspot.com

15. Scha Nazri
Blog : http://www.schanazri.com/

Actually aku baru balik vacation ni... Salah satu dari wishlist yang aku pernah mention kat SINI. Korang boleh teka tak ke mana? Hehehehe.

OKlah, macam biasa nak ucap thanks kat sesape yang selalu singgah kat blog aku ni. Tak kisahlah follower, silent reader atau kaki komen, korang semua memang awesome!

Till then, see you next time, lovelies!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com