Assalamualaikum semua. Tadi bukak blog, ingat nak cerita pasal restoran yang aku gi berbuka hari tu, tapi bila ku cuba transfer gambar dari handphone ke PC macam ada je yang tak kena. Ish, kena beli handphone baru ni. Wah, tetibe!
Emereka sangat tajuk entry aku hari ni kan! Entry ni takde kena-mengena ngan Amerika yang ada Rumah Putih tu, tapi tentang perlawanan akhir Copa America. Apa itu Copa America? Copa America merupakan kejohanan bola sepak 4 tahun sekali, melibatkan negara-negara benua Amerika Selatan seperti Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Uruguay dan lain-lain. 12 negara yang layak bertanding akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Copa America ke 44 kali ini diadakan di Chile, dari 11 Jun hingga 4 Julai 2015. Copa merupakan kejuaraan bola sepak yang lebih tua dari World Cup. Kali pertama diadakan pada tahun 1916, dengan Uruguay merupakan pemegang title terbanyak sebanyak 15 kali, termasuk pada edisi 2011 yang lepas.
Copa America ni biasa aku tengok hujung-hujung je. Kali ni aku sokong Brazil, sebab ada dua orang pemain Liverpool iaitu Coutinho dan pemain baru, Firmino. Kalau Brazil menang, bolehlah berangan sekejap yang Liverpool boleh pergi jauh dengan gandingan Firmino-Coutinho ni. Tapi, nan hado! Kalau korang pernah tengok kehebatan pemain-pemain legenda Brazil macam Ronaldo, Ronaldinho, Cafu, Kaka, Roberto Carlos etc; memang berbulu biji mata tengok team Brazil yang baru-baru ni! Apa-apa pun, aku yakin Firmino-Coutinho akan membawa sinar baru kat Anfield nanti. Tengok jelah, next year will be our year. Hahaha.
Sewaktu entry ini ditulis, hanya satu perlawanan berbaki, iaitu perlawanan akhir antara Argentina vs Chile. Keduanya sama hebat, tapi aku sokong Argentina! Sebab ada banyak pemain favourite aku macam Messi, Kun Aguero, Mascherano dan Angel Di Maria. Masih terasa kecewanya aku bila Di Maria berpindah ke Manchester United season lepas sebab dia memang awesome dekat Real Madrid. Ala, sebab masuk United kan. Kalau masuk Dortmund ke, Arsenal ke, Bengaluru FC ke, JDT ke takde pun kau nak frust, Sal! Bertambah frust bila tengok dia hanya memanaskan bangku simpanan. Ce kalau main untuk Liverpool, kan lagi bagus. Confirm top eleven!
Dia ni takdelah hensem sangat, sebab tu dia segan stay dekat Real Madrid bak kata orang tu. Mungkin jugaklah. Real Madrid daripada dulu memang pemain dia hensem-hensem. Hensem tak hensem belakang kira, kita tengok talent lah. Hensem tapi pass bola ke laut pun tak guna.
Sebenarnya, tak nak sokong Chile sebab luka tahun lepas fresh lagi.. Hahaha. Lagipun, aku still tak puas hati dengan kemenangan diorang ke atas Uruguay yang sangat tidak adil dan kontroversi. Bertahun-tahun aku tengok bola, tak pernah tengok insiden macam tu. Insiden tu kalau aku cerita, takut ada yang batal puasa. Punyalah dahsyat. Hihihi. Sape yang follow Copa kali ni confirm tahu. Kesian Uruguay, tak dapat pertahan kejuaraan.
Oh ye, sebelum korang tuduh aku lalang, kejap Uruguay, kejap Brazil, ni Argentina pulak, harap korang faham yang aku penyokong Spain. Spain tak masuk Copa America walaupun majoriti negara-negara Amerika Selatan bercakap bahasa Sepanyol.
Perlawanan akhir adalah pada 4 Julai nanti, 5 petang waktu Chile, pukul 4 pagi waktu Malaysia. Sahur sambil tengok bola, macam last year. Huhu. Lepas sahur, pagi tu aku nak balik kampung! Oh oh oh, balik kampung! Hati girang! Raya nanti aku tak dapat nak cuti lama, so aku ganti lah, berpuasa kat sana. Makin aku dewasa, kemeriahan Ramadhan tu nampak lebih besar maknanya dari kemeriahan Syawal. Betul tak? Lagi plak single trang tang tang ni, tak rasa nak raya sangat. Bulan Ramadhan tu nampak lagi banyak keindahannya.
Dah terbayang-bayang muka Atuk dan sepupu-sepapat kat kampung.Tapi bukan balik raya terus, Isnin depan balik KL. So, jangan rindu aku tau. Hihihi.
Alih-alih pagi semalam bukak suratkhabar..Huwaaaaa...aku keciwa...(bukan terkejut harga minyak naik) bila aku perasan yang suratkhabar tulis perlawanan akhir adalah pada 5 Julai. Eh, kan ke Copa habis 4 Julai?
Rupanya aku terlupa ambil kira perbezaan waktu Chile yang 11 jam lebih lambat dari Malaysia. So, walaupun dia tulis final pukul 5 pm, 4 Julai, dekat Malaysia dah masuk 5 Julai. Means pagi Ahad. Pagi Ahad aku dah kat kampung. Kampung takde Astro. So, tak dapat tengok! Kah kah kah.
Lantaklah, Angel tak Angel! Kalau nak sangat tengok pemain Argentina, turun je Larkin cari Figueroa. Hihihi. Muor, mu tunggu aku datang!
Bulan Ramadhan pun dah masuk quarter final ni. Jemaah masjid dan surau harap tak jadi macam pertandingan bola sepak jugak. Makin hujung, makin kurang bilangan peserta.
Apa-apa pun, selamat berpuasa dan beribadah my dearies. Tulah, jangan suruh aku update blog, kan dah entry panjang berjela. Jumpa lagi, Insha Allah.
Emereka sangat tajuk entry aku hari ni kan! Entry ni takde kena-mengena ngan Amerika yang ada Rumah Putih tu, tapi tentang perlawanan akhir Copa America. Apa itu Copa America? Copa America merupakan kejohanan bola sepak 4 tahun sekali, melibatkan negara-negara benua Amerika Selatan seperti Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Uruguay dan lain-lain. 12 negara yang layak bertanding akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Copa America ke 44 kali ini diadakan di Chile, dari 11 Jun hingga 4 Julai 2015. Copa merupakan kejuaraan bola sepak yang lebih tua dari World Cup. Kali pertama diadakan pada tahun 1916, dengan Uruguay merupakan pemegang title terbanyak sebanyak 15 kali, termasuk pada edisi 2011 yang lepas.
Copa America ni biasa aku tengok hujung-hujung je. Kali ni aku sokong Brazil, sebab ada dua orang pemain Liverpool iaitu Coutinho dan pemain baru, Firmino. Kalau Brazil menang, bolehlah berangan sekejap yang Liverpool boleh pergi jauh dengan gandingan Firmino-Coutinho ni. Tapi, nan hado! Kalau korang pernah tengok kehebatan pemain-pemain legenda Brazil macam Ronaldo, Ronaldinho, Cafu, Kaka, Roberto Carlos etc; memang berbulu biji mata tengok team Brazil yang baru-baru ni! Apa-apa pun, aku yakin Firmino-Coutinho akan membawa sinar baru kat Anfield nanti. Tengok jelah, next year will be our year. Hahaha.
Sewaktu entry ini ditulis, hanya satu perlawanan berbaki, iaitu perlawanan akhir antara Argentina vs Chile. Keduanya sama hebat, tapi aku sokong Argentina! Sebab ada banyak pemain favourite aku macam Messi, Kun Aguero, Mascherano dan Angel Di Maria. Masih terasa kecewanya aku bila Di Maria berpindah ke Manchester United season lepas sebab dia memang awesome dekat Real Madrid. Ala, sebab masuk United kan. Kalau masuk Dortmund ke, Arsenal ke, Bengaluru FC ke, JDT ke takde pun kau nak frust, Sal! Bertambah frust bila tengok dia hanya memanaskan bangku simpanan. Ce kalau main untuk Liverpool, kan lagi bagus. Confirm top eleven!
Good luck Angel! Score banyak-banyak ye nanti!
Sebenarnya, tak nak sokong Chile sebab luka tahun lepas fresh lagi.. Hahaha. Lagipun, aku still tak puas hati dengan kemenangan diorang ke atas Uruguay yang sangat tidak adil dan kontroversi. Bertahun-tahun aku tengok bola, tak pernah tengok insiden macam tu. Insiden tu kalau aku cerita, takut ada yang batal puasa. Punyalah dahsyat. Hihihi. Sape yang follow Copa kali ni confirm tahu. Kesian Uruguay, tak dapat pertahan kejuaraan.
Oh ye, sebelum korang tuduh aku lalang, kejap Uruguay, kejap Brazil, ni Argentina pulak, harap korang faham yang aku penyokong Spain. Spain tak masuk Copa America walaupun majoriti negara-negara Amerika Selatan bercakap bahasa Sepanyol.
Perlawanan akhir adalah pada 4 Julai nanti, 5 petang waktu Chile, pukul 4 pagi waktu Malaysia. Sahur sambil tengok bola, macam last year. Huhu. Lepas sahur, pagi tu aku nak balik kampung! Oh oh oh, balik kampung! Hati girang! Raya nanti aku tak dapat nak cuti lama, so aku ganti lah, berpuasa kat sana. Makin aku dewasa, kemeriahan Ramadhan tu nampak lebih besar maknanya dari kemeriahan Syawal. Betul tak? Lagi plak single trang tang tang ni, tak rasa nak raya sangat. Bulan Ramadhan tu nampak lagi banyak keindahannya.
Quote atas ni sangat deep kan?
Alih-alih pagi semalam bukak suratkhabar..Huwaaaaa...aku keciwa...(bukan terkejut harga minyak naik) bila aku perasan yang suratkhabar tulis perlawanan akhir adalah pada 5 Julai. Eh, kan ke Copa habis 4 Julai?
Rupanya aku terlupa ambil kira perbezaan waktu Chile yang 11 jam lebih lambat dari Malaysia. So, walaupun dia tulis final pukul 5 pm, 4 Julai, dekat Malaysia dah masuk 5 Julai. Means pagi Ahad. Pagi Ahad aku dah kat kampung. Kampung takde Astro. So, tak dapat tengok! Kah kah kah.
Lantaklah, Angel tak Angel! Kalau nak sangat tengok pemain Argentina, turun je Larkin cari Figueroa. Hihihi. Muor, mu tunggu aku datang!
Bulan Ramadhan pun dah masuk quarter final ni. Jemaah masjid dan surau harap tak jadi macam pertandingan bola sepak jugak. Makin hujung, makin kurang bilangan peserta.
Apa-apa pun, selamat berpuasa dan beribadah my dearies. Tulah, jangan suruh aku update blog, kan dah entry panjang berjela. Jumpa lagi, Insha Allah.
selamat berpuasa
ReplyDeleteselamat berpuasa Abe MKL
Deletebola rupanya...
ReplyDeleteJM pun x tahu rupanya kisah bola....baca tajuk ingatkan tajuk Movie
Deletepeminat bola tegar...
ReplyDeleteSal dan Bola berpisah tiada
Deleteberpisah jugak kadang-kadang..haha
Deletehahaha tak dpt nak tengok bola jugak akhirnya..takpelah tak penting sangat pun.tadi kan dah kata yg waktu puasa bersama keluarga dikampung lagi best.hehe..
ReplyDeleteselamat berpuasa juga buat Cik sal
dah terbukti! ko mmg budak menyu! ;-)
ReplyDeleteglory..glory..haha..saja bikin panas
Deletesmpi ke sudah laa main kat final je argentina ni...
DeleteMessi pun macam Lee Chong Wei..main untuk negara memang takde ong!
Deletengan chen long pun x leh mkn mmm
Deletechen long terer wei...nombor satu. Bukan macam Jan Jorgensen..baik bagi Jan Vertonghen main..haha
Deletepunya panjang dia citer sudahnya sepanyol pilihan hati ... adeh . oa je lah ada ulang tayang kat astro nun ... owh , muo rupanya . meriah tu ...
ReplyDeletetak nak tengok ulanganlah, sebab kalah..hehe
DeleteSalam Cik Sal... Tolong email alamat Cik Sal pada SS boleh? scdhasein.photo@yahoo.com... Thanks!
ReplyDeleteI nya alamat nak tak?
Deleteke nak no telefon..
hehe
SS : I dah email alamat..dapat tak?
DeleteSyida : I nak no. akaun u..tapi nak yang ada duit..hehe
Deletepeminat tegar ni nampak gayanya.. =)
ReplyDeleteape ni ckp pasal balik kmpung, dah rasa tak sabar nak balik kampung jugakkk. eh eh. :P
ReplyDeleteperenggan kedua tu...bila baca seperti Sal seorang pengulas sukan lak....melopong sis JM baca...banyak tul dia tahu serba serbi pasal bola
ReplyDeleteminat kan Sis JM.. mesti dia tahu.. kita ni nganga je lah, tak paham.. haha
Deletehahaha, 2 ayat terakhir perenggan kedua tu kita google je kak JM n Syida oi..takdelah tau banyak sangat.kalau terbaca, kita taulah
Deletetapi sis JM suka tgk player yg hemsem je hihhihi
ReplyDeletehihihi..tak sempat nak mengamati muka diorang pun kat dalam TV..TV zoom kan dari jauh
Deleteperlawanan akhir tu siapa yg menang Sal
ReplyDeleteDia tak tengok.. dah kat kampung.. hehe.. cari dlm paper aja lah
Deletetengok kat twitter jer..Chile menang. huhuhu
Deletemmg dah menjadi kebiasaan pun...semakin hujung ramadhan semakin kurang org..dulu masa awal ramadhan saf penuh...masjid penuh..bila dh hujung ni tiggal beberapa saf je
ReplyDeletehujung2 rejab meriah dah nak sambut Ramadan.. Hujung2 Ramadan meriah nak sambut Syawal.. Tradisi yg patut diubah..
Deleteyup, tapi nak buat cmane, dah Malaysia macam tu..kita ni kenalah muhasabah diri
DeleteAkak pening sekejap, Sal! Kejap Uruguay, kejap Brazil, kejap Argentina, pastu Spain pulak. Dengan kelab-kelab bola sepaknya yang melambak tapi satu pun akak tak tahu dan pemain-pemain yang namanya asing sungguh di telinga akak nih! Cuma satu aje akak nak komen - memang confirm si Angel ni tak hensem. Kalau pun dia tak perform nanti, itu adalah kena dia merasa rendah diri dikeliling pemain yang ensem-ensem kot *_*
ReplyDeleteBaliklah kampung, Sal. Yang ini katanya 4 tahun sekali boleh tengokkan. Tak dapat tengok tahun ni, 4 tahun lagi tengoklah dengan suami dan anak-anak. Oppsss... oppss... opsssss... opocot! Terbabas pulak mengomen ^_^
of course saya balik kampung, kak MD..ni dah selamat sampai ke KL.ala kak, susah nak explain bab kejap Brazil, kejap Uruguay, tetibe Zimbabwe tu..hahaha.stail saya kalau tengok bola, saya tengok je walau sesapa pun yang lawan asalkan ada pemain saya kenal.hensem tak hensem belakang kira.
Deleteyang pasti saya hampa, sebijik pun Angel tak score...huhu
Ulasan yg ok, tapiiiiiiiiiiiiiiii (panjang sikit tapinya), I tak paham sangat pasal bola ni.. macam2.. yg Malaysia punya pun tak ingat apatah lagi luar negara ni.. Memang la peminat tegar kak sal ni.. selamat bercuti n berpuasa ye kak sal..
ReplyDeletehahaha..tau dah ramai tak faham, tapi memang motif nak meluahkan perasaan..tu yang taip je sesuka hati
DeleteSaya tak tau nak sokong mana. Saya tak tengok pun bola Copa Amerika, pasal takde Astro bola..
ReplyDeletekak MV tak tengok pun ni.hahaha..apa punya peminat bole macam ni kan
ReplyDeletehehe, saya ni bujang banyak masa, lainlah MV..baik tengok anak-anak yang comel-comel tu, lagi best..
Deletekak sal, kita kalau nak transfer gmbr dri fon gi PC kan, kita anta jer ikut facebook...meseg dekat sape2 femli ke apa...nnt bukak facebook dekat pc, download balik masuk PC... heheheheh :D bestnya ahad dah dekat kg...kita ni xde feeling nak raya, sebab tau kena kerja ;'(
ReplyDeletesiannya raya kena kerja...tapi nak buat cmane, perantau memang lah gitu..huhu. Ok gak kan, upload gambar kat FB.nanti akak buat.thanks share idea!
DeleteTahniah kepada Chile akhirnya dapat juga mendakap piala yg tak pernah dimenangi sejak 99 tahun lepas. Kepada peminat Argentina, jangan menangis...
ReplyDeletehihihi..Messi lah nangis paling kuat
DeleteAkak dah bagi tau dulu...kalau nak update pasal bola, akak cari blog Sal :)
ReplyDeletehehehe..terharunya, saya tulis ikut apa saya tau je kak Fidah.
Deletebulan puasa pun main bola ye..hihi
ReplyDeletehahaha, diorang ni mana puasa kak yon..
DeleteWahhh, peminat tegar bola sepak rupa-rupa. Sangat tabik girl boleh hapal satu-satu nama pemain yang diaorang suka....btw, salam kenal :)
ReplyDeletesalam kenal..tapi nape id komen ni blog Farrah MF ye?bila klik gi kat link lain..confuse.
Deletehuuuuurm.. ini creepy 0.O
Deletewow panjangnyer ... terer betoi mengarang...
ReplyDeleteakak memang tak pandailer jadi sebabtu entrinyer selalu pendek2 belaka..
kelakar baca pasal tersilap ambil kira beza waktutu...
lagi satu tang jemaah surau yang makin hujung, makin kurang..
sbab semalam akak gi surau yang semakin lenggang....
xsempat nk layan copa america ni sal...kdg en suami pun suka layan...tp sbb asik bz memanjang jerrrr...huhuuhuh
ReplyDeleteSedaya upaya akak cuba membaca entri ni,..macam study/ buat revision pun ye gak hihihih
ReplyDeletehehehe, tak payahlah sampai macam tu kak Farrah..pening ek baca, macam belajar geografi ke apa?haha
Deletememang pening Kak Farrah.. CT jujur baca lompat2 hahaha..
Deletehaha..ala, saja nak menulis buat sesi luahan perasaan..faham pun kalau ramai yang pening..kah kah
Deleteadus.. kalo Kak Sal dah mula citer pasal bola memang ceq surrender awal2..
ReplyDeletenak mencelah kot mana pun tatau..
baca je CT..pengetahuan am..hahaha
Deleteoh, pasal bola. hahaha. ingatkan movie or travel ke mana2. lols
ReplyDeleteCopa pun layan jugak.. Hehehe..
ReplyDeletelayan hujung-hujung je sis.
Deleteakak tak penah follow yang ni
ReplyDeletepaling kencang dulu world cup dengan euro aje
hak lain tu tak berapa nak minat...hehe
Copa ni menarik jugak sebenarnya..tapi hujung-hujung lah
Delete