Review : Jurassic World

Thursday 18 June 2015

Remember, if something chases after you, run..


Aku menonton filem ni di TGV KLCC, sehari sebelum puasa. Sanggup ambil cuti ye. Tengok tayangan pukul 11 pagi, panggung hampir lengang, rasa macam tengok filem B rated yang tak laku. Bulan Ramadhan aku memang tak buat aktiviti lagha macam gi karaoke atau tengok wayang. Bukan nak kata aku baik, tapi aku rasa masa terluang baik diisi dengan aktiviti berfaedah macam mengaji ke, jadi volunteer ke.. Tengok wayang bila-bila masa pun boleh, tapi Ramadhan hanya setahun sekali. Asyik ralit buat dosa, nak jugak sesekali tuai pahala. Insha Allah.

Berbalik pada tajuk entry. Filem ini tentang lawatan dua beradik, Zach (Nick Robinson) dan Gray (Ty Simpkins) ke Taman Tema Jurassic World, di mana ibu saudara diorang, Claire (Bryce Dallas Howard) merupakan salah seorang pegawai operasi kat situ. Saintis-saintis kat taman tema tersebut tengah develop dinosaur baru yang sangat ganas dan Claire terlibat secara langsung dalam projek tersebut. Salah seorang pegawai atasan kat Jurassic World iaitu Mr.Masrani (Irffan Khan) insist supaya Claire dapatkan khidmat nasihat Owen Ridley (Chris Pratt si abang Sado) untuk memantau dinosaur spesis baru bernama Indominus Rex. Keadaan jadi huru-hara bila Indominus Rex sukar dikawal dan terlepas. So, cmane nak tangkap dinosaur ni tanpa merisikokan nyawa lebih 20 ribu pengunjung dan pekerja Jurassic World di atas pulau terpencil Isla Nublar? Jeng jeng jeng...

 Mana hangpa nak lari???

Aku merupakan peminat tegar francais filem Jurassic Park ni. Cuma the second installment, The Lost World aku kurang suka sebab banyak sangat cakap. Jurassic Park 1 dan 3 berkali-kali aku tengok. Lepas tengok Jurassic World ni, bolehlah disimpulkan yang ini merupakan filem Jurassic Park paling best! Probably because of the theme park setting. Lagi ramai orang, lagi kalut, lagi banyak 'lauk' dinosaur boleh pilih. Huhuhuhu. Yelah, nak banding filem pertama tahun 1993 ngan 2015 memanglah tak adil kan. Dinosaur kali ni lebih real, jalan cerita mantap dan senang faham, effect yang sangat menjadi dan cukup elemen ngeri dan ganas. Memang banyak kali aku terkejut, nasib tak terpeluk kawan kat sebelah. Tapi ending diorang tipikal lah, dari filem pertama lagi dok guna idea sama. Insaf lah kononnnya, tapi pastu ada je orang develop pulau dinosaur ni dalam filem seterusnya.  So, harap Jurasic World ni ada sambungan. Tapi mungkin kena tunggu 10 tahun lagi..haha.

Aku suggest korang tengok filem ni. Aku bagi 4 bintang! Tak kisah lah samaada korang follow cerita ni dari filem pertama ke tidak sebab senang je faham. Ah, kalau best sangat Sal, nape tak 5 bintang je? OK, maybe sebab ada part yang aku tak boleh terima macam *spoiler alert, skip ke perenggan seterusnya kalau tak suka spoiler* macam ride bulat Gyroscope yang takde trail dan tak boleh dikawal pekerja theme park. Come on, tak logik! And how come such park takde CCTV? Ending plak macam nak cepat habis. Tetibe plak T-Rex jadi baik, pastu boleh berpakat dengan Velociraptor. Oh, dan sangat tak logik seorang wanita, hebat macamana pun, berlari-lari sepanjang hari dengan pointy heels 3 inci. Entah apa-apa aku ni, nama pun filem dinosaur nak expect logik kemendanya!

OKlah, alang-alang dah update blog, aku nak ucap Selamat Be-Ramadhan kepadasemua. Bukan takat puasa je, tapi untuk menghidupkan bulan mulia ni tak kiralah siang dan malam. Hahaha, aku cuti hari ni. Saje je, nak rileks sikit hari pertama puasa ni. Insha Allah akan merajinkan diri update blog dengan kerap.


49 comments

  1. Suka layan semua filem jurassic ni.. tapi yang ini belum sempat tengok lagi. heheheh.

    ReplyDelete
  2. cerita cinta pun kadang xlojik.. hahaha..
    salam ramadan kak sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, cerita cinta memang tak pernah logik Syida oi..

      Delete
  3. CT ddaaaaah tengok !!! hahahaha.. ni first film jurassic yg CT tngk..
    jujurnya bukan a fan pun tp dah kawan belanja.. tibailah..

    huurm suka sbb taman tu epic gila.. lawa n sngt tinggi teknologi..
    tp ending macam blur je.. huurm.. sian kat TREX kena tinggal kat pulau tu.. bnyk la persoalan yg tak terjawab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang selalu filem jurassic ni buat ending macam tu..sebab akan ada sambungan.tu pasal dia tergantung

      Delete
  4. Ramai betul yang dah tengok cerita ni. Orang dekat sini pun agak excited juga pasal cerita ni.

    ReplyDelete
  5. mulanya nak pau kawan aku tengok filem ni, tapi tak jadi sebab benda2 spoil yang kau bagitau tu la. pada aku, memang la filem ni tak logik, tapi sepatutnya diorang boleh fikir benda2 remeh (contoh high heels tadi tu) supaya dapat mengurangkan kecacatan yang akhirnya jadi ketara.

    eh, esok aku plan nak tengok minions la! pilih show pukul 11, pukul 2 dah rilek kat rumah sambil menukang. hehehee...

    *entah kenapa aku terai masukkan blog ni dalam bloglist tapi tak dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, cmane minions?best tak? wah, jangan salahkan aku, kan dah pesan skip kalau tak suka spoiler..hahaha

      Delete
    2. minions aku bagi 3/5 binatang. kalau boleh teguk air dengan kunyah popcorn mungkin dapat 4/5 binatang. boring sikit kat tengah. tapi masa ending tu salah satu watak ada cakap melayu ma... comel gila kot.

      Delete
    3. binatang tu typo ke apa?oh, jadi betullah part cakap Melayu tu, ingat rumours je..em, minion memang comel!

      Delete
  6. ramai yg review citer ni best..ntah tak pernah ikut dan tak minat sgt pun nk tgok.hehe..

    salam Ramadhan n selamat berpuasa juga cik sal

    ReplyDelete
  7. bebudak confirm suka tgk citer ni . sis krg sikit layan ... heeee

    ReplyDelete
  8. yg pakai kasut tumit tggi tu pun aku pelik..hebat..kaki tak sakit.kasut tak rosak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak sangat tahu dia beli kasut kat mana..kalau mahal pun aku rasa ramai perempuan nak beli

      Delete
  9. Memang Best Jurassic world tambahan diselit lawak

    ReplyDelete
  10. boleh tahan lah citer ni...hmmm

    ReplyDelete
  11. Selamat menjalankan ibadah Ramadan, Sal. Akak dari dulu tak berapa mint citer Jurasic nih. Tapi ayat paling atas pembuka entri tu betullll ahaks ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..tu antara dialog filem tu kak.. ;)

      Delete
  12. Zaman belajar dulu... Sampul buku dengan gambo Jurassic.. He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang nak rembat pun takut, sebab dinosaur jaga..haha

      Delete
  13. Amboiii.....dpd nak ngaku dah tgk JW ni terus tak jadi haha..... Tengok wayang kira aktiviti lagho ek...tabik spring weyh hihi....

    Tengok cite ni kat Sri Iskandar sebelum pose hari tu...setuju ngan Sal, cite ni mmg best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..lagha pun selalu gak buat.hihihi.

      Delete
  14. kita dapat tengok juga aritu! hahahaha. memang best gilossss even banyak part yang x logik. wkakakkakaka. dia nk tnjuk perempuan tu badass kot. adoi, x dan lagi nk wat review

    ReplyDelete
  15. waaaa....mmg ada niat nk tgk citer nih..tp bila ntah nk g tgk......hehehehe.... sy pun suka tgk citer jurasic park ni..cuma..spjg masa asik tutup mata coz byk elemen mengejutkan hahahahhaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. part dinosaur ngap orang memang tutup mata lah kan..haha.takut!

      Delete
  16. Bila baca 'Mana hangpa nak lari?' teringat pulak kat Adik Cute dengan kata-katanya-' Mana kau nak lari ek......' Johorian sungguh walaupun lahir di hutan batu nih!

    Akak pun peminat Jurassic Park. Kalau tengok berkali-kali pun takpa, sure tak mengantuk sampai meleleh air liur. Tapi yang ini akak tak dapat tengok kat panggung. Hajat hati nak bawa superheroes tapi malangnya mereka dah pergi dulu dengan sepupu dan mak sedara. Nak pergi dengan HD berdua, malas pulak nak dating tema dinosaur nih! Lepas tu puasa dah! Memang takda canlah.

    Nanti kalau tengok filem Insidious 3 dan Poltergeist ke apa tu, silalah buat review kerana akak rasa memang taklah dapat masuk panggung juga kalau dah cerita macam ni. Omak berani, bapak daring tapi anak-anak duduk celah kaki ajelah nanti kalau dapat masuk panggung ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insidious tu saya tak tengok kot sebab yang nombor 2 pun belum faham lagi.nombor 3 lagi lah pecah otak nanti.Hahaha, cerita Poltergeist pun tak kot..saya ni lebih kurang spesis anak-anak kak MD, takdelah berani sangat.acah-acah aje

      Delete
    2. Ahah, kalau takut bolehlah belanja akak tengok wayang cerita seram. Bawa bantal busuk sekali. Kalau takut, sembunyi celah ketiak akak. Hahaha!

      Delete
    3. haha,sembunyi celah ketiak nanti terus nak ikut balik rumah..haha

      Delete
  17. kwn sy kt cerita ni sesuai utk bdk2 je... ;-)

    ReplyDelete
  18. download je lah nanti movie ni. hehe. tak dan lah nk g tgk movie bagai.

    ReplyDelete
  19. kak ni tunggu masuk TV le jawabnya...
    suka tengok cerita omputih walaupun tau kena tipu...huhu
    dari tengok cerita M***** yg ntah apa2...

    ReplyDelete
  20. anak akak si bujang cukup suka dengan dinosaur
    tapi akak berat hati nak bagi tengok sebab cite dia cam sebelum ni pun agak ganas
    kena bagi akak tengok dulu, kot okay, baru dia pun boleh tengok...hehe
    apapun nice review =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak ganas lah, sebab kali ni ramai yang kena makan...

      Delete
    2. confirm tak bagi dia tengok!

      Delete
    3. tunggu dia besar sikitlah..

      Delete
  21. Mmg best cerita ni. Rasa nak layan lagi

    ReplyDelete
  22. Mmg best cerita ni. Rasa nak layan lagi

    ReplyDelete
  23. Mmg best cerita ni. Rasa nak layan lagi

    ReplyDelete
  24. Mcm best je cite ni. Tringin jugak nk tngokkk huhu

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah