You'll Never Raya Alone

Saturday 25 July 2015

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah, berakhir sudah Liverpool Asia Tour 2015. Bangkok-Brisbane-Adelaide-Kuala Lumpur. Game paling menarik bagi aku adalah di Brisbane, menentang Brisbane Roar FC. Memang nyaris nak seri 1-1, kalau tak kerana gol kedua yang nampak macam offside tu. Hehehe. Menang jugak 2-1.

Lupakan Brisbane, kita cerita pasal Kuala Lumpur OK! Akhirnya, dapat jugak aku tengok kelab Premier League favourite aku beraksi depan mata di Stadium Nasional Bukit Jalil! Walaupun tanpa kehadiran Steven Gerrard, Coutinho, Emre Can dan Sturridge, skuad yang dibawa kali ni dah cukup nak bagi kitorang feel ala-ala di Anfield. Nak ke Liverpool tu entah bila lah baru mampu.


Asalnya risau jugak sebab ramai yang ajak boikot game ni..katanya game sarkis. Menang kalah tak perbaiki ranking. Lepas tu ramai pemain ternama Malaysia tak dibenarkan turun beraksi, takut cedera dan tak fit untuk perlawanan liga nanti. Pening Pablo Dollah nak cari pengganti. Orang tak nak main takkan nak paksa. Hasilnya - amik kau, sampai 5 orang import masuk dalam skuad Malaysia XI ni! Sorang pun aku tak kenal, honestly.

Demi game ni, aku sanggup tak ikut family aku gi berjalan raya tau. Nasib baiklah parents aku memahami. Diorang yang backup aku depan kakak dan abang aku, yang aku dah plan ni dari bulan 5 lagi. Awal-awal aku dah booking tarikh 24 Julai 2015 untuk tengok Liverpool. Biarlah, kakak dan abang aku spend time dengan Mak Abah aku plak. Bagi peluang cucu-cucu bermanja. Aku ni parents aku dah cemuih tengok hari-hari.

Pastu, nak lagi tragik, game ni serentak dengan konsert BigBang kat Stadium Putra Bukit Jalil. Aku bukanlah peminat BigBang, tapi risau jugak takut tren penuh. Risau sampai tahap pukul 4 petang dah tercongok kat stesen LRT Ampang.

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Stadium Nasional Bukit Jalil before pukul 5 petang. Macam biasalah, kalau ada perlawanan bola memang meriah lah kat Dataran LRT ni dengan orang berniaga.


Since awal lagi, kitorang solat Asar dulu kat Surau Al-Hidayah kat luar stadium ni. Korang kalau datang ke SNBJ ni janganlah risau bab solat, terutama perempuan sebab surau kat luar ni bersih dan selesa. Telekung pun ada. Tapi better bawak telekung sendiri, takut orang ramai.

Jangan terpedaya dengan gambar yang lengang ni. Aku tangkap gambar ni sehari sebelum actual game. Saja pergi tengok training. Gigih kan, training pun pergi!

Sempat usha area konsert BigBang. Tak beli apa pun. Saja buat sibuk. Tengok bebudak KPop. Lelaki pun ada! Haha, mesti diorang terfikir benda sama tengok kitorang kaum perempuan yang siap bermafla dan headband Liverpool ni.

Perabih masa jalan-jalan tengok gelagat orang dan tangkap gambar. Banyak gambar kat kamera diorang lah, kat aku sikit je


Kau nak tampar sape tu Sal? Hahaha..lima tu maksudnya juara Eropah lima kali. Kau hado???

Ha...ni legend .Credit : Kelab Peminat Liverpool Malaysia

 Credit gambar : Harian Metro

Dalam pukul 6 , kawan-kawan aku masuk stadium dulu, sebab aku nak jual satu tiket lebih kat kawan aku. Sambil tunggu dia, aku pun gilah usah-usha kejap kat dataran tu.  Tetibe terbeli beberapa barang. Hahaha.

Settle, aku pun masuk ke stadium. Aku baru tahu 'selfie stick'/ monopod tak dibenarkan bawak masuk. Aku ingat kat luar negara je. Tapi aku berjaya gak seludup flare, eh air mineral. Oh ye, antara barang 'innocent' yang tak dibenarkan masuk stadium adalah payung dan tongkat. Sebelum masuk tu ada 'bodycheck', tapi kalau perempuan, yang check tu perempuan jugak, dan ada pintu khas.

View dari seat kitorang. Nice! Orang belum ramai lagi waktu ni



Sementara tunggu game start, solat Maghrib dulu.


Surau dalam stadium Bukit Jalil. Again, jangan tertipu sebab ini gambar time training. Tengoklah, sejadah pun sikit. Better korang bawak sejadah sendiri, takpun alas je dengan tudung, mafla or bendera. Nak lagi zuhud, solat gitu je. Moga lebih insaf saat dahi terkena lantai marmar sejuk tu. Hehehe.

Since game start pukul 8.45 pm, pukul 8 baru stadium start meriah. Nanti aku sambung lagi, banyak gambar nak tepek ni. Till then, You'll Never Walk Alone!!!

#thisisfootballnotcircus!



55 comments

  1. salam sal...
    untung r bleh p sana... =D

    tp mmg sadis bila msuk bab surau/solat...hmmm

    ReplyDelete
  2. Dengan niqab.. dengan jubah.. tapi masih die hard fan tuuu..
    - sempat lagi shopping kat Boggi.
    - bab solat xda sejadah.. dah biasa sgt kalau main redah masuk shopping mall.

    ReplyDelete
  3. ok la tu..seri 1-1 sama dengan liverpool berbanding team all star negara lain yg kena ayam dengan liverpool ni..huhu..tp im x a fan of liverpool :)

    ReplyDelete
  4. Rela tgk kat TV ja.. tu pun 15 minit awal ngan akhir.. tgh2 skip.. hahahaa.... yg pasti tgk org sepak2 bola ja, nak kenal pemain, harooommm laaa.. klu dapat bergambar ngan pemain yg busuk2 tu mesti kak sal lagi suka kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish..kalau busuk tak nak lah.Eh ye ke..haha.

      Delete
    2. Hahahah betul ke tak nak? Ni masa ni gusi dan pipi bengkak dah surut je belum?

      Delete
    3. dah surut dah bengkaknya..saya tak skip ubat langsung.siap kumur air garam, air bunga cengkih, makan vitamin C..punyalah takut sakit gigi time tengok bola tu..hahaha.

      Delete
    4. Syabas! Sal memang gigih! Hahahah

      Delete
    5. Kerana Liverpool aku turutkan..

      Delete
  5. pemain malaysia kena gulai x kak sal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemain Liverpool yang nyaris kena gulai...haha

      Delete
  6. Pehhh pergi tengok ehh. Hihihi. Hari tu tengok kawan post gambar tiket dekat ig dia. Hikss :D

    ReplyDelete
  7. walaupun sy bukan peminat tegar liverpool...tapi sy pun xberapa gumbira dgn pemain kita...coz ramai pemain import...yg score pun pemain import.....harap2 1 hari nnti pemain tempatan yg main...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, patutnya Malaysia XI banyak pemain kita lah kan...barulah seronok tengok. Kak Deanna pergi ke? Encik suami bukan penyokong Liverpool ke?

      Delete
    2. hehehe...nk pergi mcm mn nye sal??? ktorang dh selamat balik kpg masa tuhhh.....

      Delete
    3. oh ye ke..takpe,saya jadi wakil...hehe

      Delete
  8. suka dok atas stadium tu time petang . angin berhembus dan damai je rasanya ... mcm x ramai je yg nengoknya ke gambar tak masuk lagi tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. time ni awal lagi...memang orang belum ramai.masa tu bukan takat angin berhembus, siap guruh berdentum lagi..haha

      Delete
  9. wow betul peminat bola ni..sanggup pi stadium..sanggup tak pi beraya.hahaha...ye la cik sal klu dh minat apa pun boleh..training pun p.hehe..yg penting solat tak lupa.peacee!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tulah...mujur tak bawak ketupat rendang je, beraya kat stadium

      *harap jangan ada yang salah faham. Up gambar surau tu just sebagai panduan kot ada yang tak biasa dengan Stadium Bukit Jalil nanti tak tau nak solat kat mana..takut ada ingat saja nak menunjuk

      Delete
    2. ehh apa pulak nak menunjuk..baguslah tak lup[a Allah walaupun fanatik dengan sesuatu..lagipun bagus apa untuk panduan..kita2 yg tak pernah masuk stadium ni pun at least dapat pengetahuan

      Delete
    3. yelah PK, takut ada yang salah faham. manalah tahu kan..Tapi memang sejuk mata tengok mamat-mamat yang datang tengok bola tapi still ingat nak solat. Rasa nak petik sorang buat calon, tapi takut terpetik laki orang. Hahaha

      Delete
  10. Wahh bestnya dpt pergi tengok.. tambahan time raya pulak, mmg comfirm seronok.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best! kalau bukan time raya mesti orang lagi ramai n lagi best!

      Delete
  11. Fuhhh! Memang gigih betul nih! Training pun pergi! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. die hard fan katanya Kak Farrah.. gitulah =P

      Delete
    2. bukan selalu..nak sampai ke Liverpool tu entah bila lah agaknya..

      Delete
  12. hehehe semangat bola Kak Sal memang CT kenot kejar la.. hehehe.. apa yang kita boleh share sama ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..takpelah, kte share minat nak travel-tapi takde duit-takde cuti..hahaha

      Delete
  13. bestnya gi tgok kt stadium...kita xpenah masuk stadium mana2...ajak suami kita, dia kata, xbestlah tgok kat stadium, tengok dekat tv umah lgi best...ahahhahaah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kalau akak duduk Jerman tu dah lama turun stadium, dapat merasa tengok game Bundesliga sekali pun cukuplah..

      Delete
  14. Ehh.. Bukan ke cik sal dah jual tiket bola ni dengan harga kasih sayang? Ingatkan tak jadi pegi... Ke SS salah faham?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I dapat tiket lain, duduk lagi dekat dengan padang.So, jual tiket-tiket asal dengan harga kasih sayang...

      Delete
  15. Replies
    1. Liverpool kan The Reds, kenalah merah u ollssss

      Delete
  16. Replies
    1. rezeki...bukan senang diorang nak turun sini

      Delete
  17. Bestnyer sis.. Kathy pun tringin nak tengok bola live macam ni. Tapi belum ada peluang pulak. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain feel dia berbanding tengok kat TV..memang best

      Delete
  18. Oh, serentak dengan BigBang Concert ke! Akak tak tahu pun sebab dua-dua akak tak minat. Hehehe! Dapat bayangkan betapa seronoknya Sal dapat pergi stadium tengok Liverpool ni. Maklumlah peminat tegar katanya, habis segala nama dipetik jari aje. Semua pun tahu. Terpinga-pinga akak ni membacanya.

    Baguslah begitu, Sal. Walaupun teruja nak tengok buah-buah hati beraksi, solat tetap jaga. Tapi kalau dah niat tak nak solat tu, sediakan surau ke, sejadah ke, telekung ke, memang tiada gunanya!

    Boboi yang tengok Bigbang tu tentu beri renungan tajam kat korang yerk macamlah kita tak pelik mereka dok pergi tengok Bigbangkan ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama-nama tu memang dah melekat dalam kepala,tu yang senang je menyebutnya.hahaha. Memang seronok kak, selama ni nampak dalam TV je, sekali dapat tengok depan mata, rasa macam nak gi terkam. Tapi memang tak lah, mampu tengok je..

      bab surau tu bukan apa, sekadar nak inform kot ada yang tercari-cari info tentang surau di Bukit Jalil. Plus, takut ada yang sangka buruk kat orang tengok bola ni sampai lupa nak solat.

      Delete
  19. Pablo Dollah katanya...terus goolge tapi tiada hasil carian

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...memang takkan ada lah kak. Tu gelaran rekaan penonton bola tempatan. Saja nak mengusik Coach Dollah Salleh.

      Delete
  20. Raya di stadium!!! best kalau ada geng...kalau sis JM nk pegi sorang jgn haraplah...bola kat rumah x layan camne huuhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah betul minat, sorang pun sanggup...tengok bola sorang-sorang kat rumah selalu jugak, tapi kalau kat stadium ni kena ada gang baru best

      Delete
  21. sempat bergambar dgn player liverpolol tak Sal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana dapat kak JM, tengok dari jauh je..

      Delete
  22. wah semangat sal. you never walk alone

    ReplyDelete
  23. Bukan senang nak tengok live dorang main kat sini kan.. Dah ada peluang, harusla gi kan ;) Bestlah Sal dapat tempat yg lagi dekat tu kan... Patutla nak jual tiket asal tu

    ReplyDelete
  24. Akak tak pernah tengok bola kat stadium...huhu
    Bila nak gi eh.. :(

    ReplyDelete
  25. minat ko ni mengalahkan akak lah sal
    akak walau minat bola, tak penah sekali pun mausk stadium
    biasa tengok live kat tv aje

    itupun mak dulu sikit punya marah bila anak dara dok berjaga
    sampai ke subuh semata-mata tengok live match
    lagi kalau akak dok jerit gol...apa barang tengok bola senyap kan =)

    orang yang complaint lebih tu, tak paham apa sebenarnya bola sepak
    bak kata pele, football is the beautiful game

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..saya gi stadium adalah 5 tahun sekali, bukan selalu pun..

      bab berjaga malam, Mak sy pun malas nak cakap apa. Janji tak miss solat Subuh dan siang tak ngantuk. Tp kalau sorang-sorang, saya jerit goal sambil tutup mulut.haha

      football is a beautiful game! orang yang suka je faham. The passion, the excitement..bila kalah je tak best

      Delete
  26. org dubai kan kaya raya... dtg mesia sesasja nk tgk bola no prob bg diorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...ce diorang belanja kita gi Anfield..kan bagus

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah