Tuesday, 30 September 2014

Gold Coast Part 2 - Currumbin Wildlife Sanctuary - Spring Trip Australia

Assalamualaikum semua. Entry ini merupakan sambungan dari Gold Coast Part 1. Terima kasih lah masih sudi membaca. Bertabahlah sebab entry kali ni panjang dan banyak gambar...Hehehe

Pagi pertama di bumi Australia ni, kitorang ke Currumbin Wildlife Sanctuary (CWS), antara suggested attractions of Gold Coast. Tengok nama pun dah boleh agak yang ia merupakan pusat konservasi haiwan-haiwan Australia. Memandangkan Australia merupakan negara pulau, haiwan-haiwan liar kat sini adalah eksklusif dan takde kat benua lain.

Nak bergerak dalam Gold Coast ni agak senang sebab sejak Julai 2014 diorang dah memulakan perkhidmatan tram atau nama rasminya Light Rail. Korang boleh download route bagi tram di Light Rail Map .


Aku memang respek dengan kejujuran orang-orang sini sebab stesen tram ni tak berpagar atau berpintu. Kalau orang naik free pun takde sape tahu. Tapi korang jangan nak cuba-cuba pulak. Nasib tak baik, kantoi dengan ticket inspector, tak memasal kena saman.


Before naik, touch dulu Go Card kat mesin ni. Lawak betul kitorang masa first time sebab masing-masing naik menonong je pastu cari tempat nak touch dalam tram. Tanya seorang local ni dia bagitau kena touch before naik, so masa tram berhenti kat stesen seterusnya, kitorang cepat-cepat lari keluar, touch dan masuk balik. Amazing Race sangat!

Untuk ke CWS, we olls naik tram dari stesen Cypress Avenue sebab tu paling dekat dengan apartment kitorang dan berhenti di stesen Broadbeach South. Turun je terus touch Go Card dulu. Nampak bus stop Broadbeach South Stop A dan naik bas bernombor 700. Mintak tolong driver alertkan korang bila dah sampai sebab dia bukan berhenti betul-betul depan tapi kena jalan sikit. Kalau naik bas, cara guna Go Card sama macam guna Touch n Go dalam bas-bas di KL. Touch masa naik dan masa nak turun.

Harga asal untuk masuk ke CWS adalah 49 AUD untuk dewasa dan 33 AUD untuk kanak-kanak. Tapi kitorang terjumpa voucher dalam pamphlet yang kiorang ambil kat airport di mana orang dewasa boleh masuk dengan harga untuk kanak-kanak. Alhamdulillah, banyak jimat tu! Just present voucher tu dan bayar, terus boleh masuk ke dalam kawasan CWS.

Apa, penat membaca? Haha, aku pun penat menaip.. kita layan gambar jelah ye.

Koala- si comel yang kuat tido. 

Tasmania - teringat kartun Tazmanian Devil

Wombat..nampak cam comel je tapi sebenarnya haiwan liar

Dingo - keluarga serigala. Yang ni pun muka comel macam anjing Hachiko!

Demi mereka sanggup ku 'redah' Lautan Hindi! Yay, dapat gak pegang kanggaru!

Close up - baby kanggaru dalam poket omak eh.

Kanggaru lagi!

Penat berjalan boleh naik train ni

Selfie dulu before balik. Pix credit : Bella Ruday yang posing ala-ala terkezut tu

Di CWS disediakan tempat solat, berhampiran tempat tangkap gambar dengan koala. OKlah jugak, dari takde.

Balik dari CWS, kitorang singgah makan kat kedai kebab Sahara. Tak silap aku berdekatan dengan hentian tram Cavill Avenue. Ada gak nasi, tapi tak sama dengan nasi kat Malaysia. Dah lapar tu, hantam sajalah! Ada a few jugak restoran halal di sepanjang jalan kat Surfers Paradise ni.


Settle makan kitorang ke pantai pulak. Mungkin sebab dah nak senja, tak berapa nak ada surfers dude. So, kitorang just chill tangkap gambar pantai dia yang serius cantik! Sejuk jangan cakap lah kan..



Malam tu kitorang singgah di Woolworth untuk beli barang makanan sikit cam roti dan air. Senang nak cari Woolworth ni, betul-betul sebelah Hard Rock Cafe'. Sekali lagi aku kagum berganda-ganda dengan kejujuran orang sini sebab diorang boleh settlekan groceries diorang sendiri tanpa bantuan cashier.


Gold Coast agak meriah di waktu malam walaupun pukul 6 dah gelap gelita kat sini. Cuma tak sesibuk bandar-bandar besar di Malaysia. Selamat la jugak nak jalan-jalan, tapi kitorang still berhati-hati sebab apartment kitorang agak tersorok dan bukan di tengah-tengah bandar.

Hari pertama memang memenatkan tapi seronok. Tak tau kenapa kepala aku berdenyut semacam. Telan panadol dan terus masuk alam mimpi main kejar-kejar dengan kanggaru.

Thanks for reading, nanti ada masa aku sambung lagi ye.

Monday, 29 September 2014

Gold Coast Part 1 - Tetibe aku dah ada kat Australia - Spring Trip Australia

"Sal, kitorang nak gi Australia, ko nak ikut?"

"Hah! Mestilah nak!"


Dipendekkan cerita, sampai jugak aku ke the Land of Down Under. Trip kali ni aku ikut my colleague, Sakina dan tiga orang kawan dia . Sorang tu aku kenal masa aku join trip diorang ke Sabah, lagi dua tu ni first time jumpa. Tapi diorang OK sesangat. Friendly dan 'gila-gila' . Walaupun baru jumpa, boleh mesra cam dah kenal lama. (Harap diorang baca ni dan akan ajak aku gi holiday sesama lagi..hahaha!)

Untuk penerbangan pergi dan balik, kami memilih Air Asia. Memandangkan dah lama sangat beli tiket flight, aku pun dah lupa berapa harga promo masa beli. Petua bagi yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang plan cuti sendiri ni, beli tiket pergi dan balik asing-asing. Kitorang beli tiket pergi dulu sebab time tu memang ada promo. Sebulan dua pastu baru beli tiket balik masa harga drop.

Ini kali pertama aku naik flight di KLIA 2. Nampak tak punyalah lama tak terbang...huhuhu.

KLIA 2 memang jauh lagi selesa dari LCCT. Just that sangat besar, so kena masuk awal sebab kena jalan dan jalan dan jalan dan jalan......


Penerbangan pertama kitorang menuju ke Coolangatta Airport, Gold Coast, Australia, mengambil masa hampir 8 jam. Sampai di sana dalam pukul 7 pagi, waktu Queensland. Suhu 15 degrees, tapi matahari memancor dan sangat berangin. Memang chilly...Waktu di Gold Coast hanya 2 jam lebih awal dari Malaysia, so takdelah jetlag sangat. Lagipun, dalam flight aku bantai tidur. Aku memang selalu bawak penutup mata bila pergi travel sebab susah nak tidur bila ada cahaya. Bising ke apa ke aku tak heran sangat. Note this: flight malam sangat sejuk, so bagi yang tak tahan tu, bawaklah sweater ye.


Turun dari flight, kitorang menuju ke kaunter imigresen. Dari KL lagi aku dah berdebar. Dalam flight, stewardess akan bagi 'Arrival Card' untuk diisi. Kalau tengok memanglah menakutkan. Esspecially kat part drugs tu. Padahal aku just bawak Panadol, Telfast dan a few ubat biasa. So, berdasarkan research yang aku dah buat kat blog Jari Manis, Kaki Berangan dan a few blog lain, aku pun decide untuk bawak satu pek Cream Cracker, Maggie Kari (5 pack in 1, ada orang nasihatkan jangan bawak loose), sardin dalam tin dan 2 paket perencah Nasi Goreng. Perencah nasi goreng tu cam menyesal je bawak sebab in the end tak guna pun. Huhuhu.

Sampai je di kaunter imigresen, pegawai bertugas mintak passport dan arrival card. Masa dia tanya pasal drugs, aku terus tunjuk sebungkus ubat yang aku bawak. Padahal dia tak mintak pun! Lepas tu dia tanya apa makanan aku bawak. Aku tanya dia balik, " Would you like to check?". Sekali lagi aku terlampau jujur. Adoilah...nasib baik dia kata tak nak. Pastu datang lagi sorang staf dia tanya aku datang dengan sape. Aku pun tunjuk group aku. Nampak muda remaja we olls sebab dia assume kitorang student. Dia pun usher kitorang ke satu lane ni, dan terus keluar. Yay, no anjing, no scanning whatsoever! Masing-masing menyesal sebab tak bawak 3 in 1 dan peanut butter!

Bunyi macam scary je kan imigresen kat airport Australia? Tapi buat yang nak melancong ke sana, jangan risau sangat. Diorang OK dan friendly. Lagipun kalau tak buat salah buat apa takut. Yang penting, declare dan bila dia tanya jawab dengan jujur, tapi jangan terover pulak cam Kak Sal korang ni! Kalau dia mintak nak check, tunjukkan je bekalan makanan dan ubat korang tu. Nak selamat, asingkan beg lain. Takdelah terhegeh-hegeh punggah luggage besar korang kat tengah-tengah alam! Kalau travel in group,  do stick together. Jangan nak 'cuba nasib'. Biar menyesal tak bawak, jangan menyesal sebab bawak pastu kena buang, or worse kena denda. Nak tahu lebih info apa boleh bawa, apa yang tidak boleh, refer SINI dan SINI . Takpun tanya je kawan-kawan yang ada pengalaman belajar atau travel ke Aussie.

Dengan hati berbunga-bunga dan penuh rasa kesyukuran kitorang pun heret luggage masing-masing mencari kedai yang jual GoCard. GoCard ni macam TouchnGo jugak, tapi the best part adalah dia boleh refund! So, before balik boleh claim harga kad 10 AUD balik plus balance yang masih ada dalam kad tu. Pastu kitorang ambil segala majalah, booklet dan map yang ada sebab dalam tu ada macam-macam voucher yang boleh digunakan nanti.

Beli GoCard di sini

Ambil saja

Settle beli GoCard, kitorang ke Bay Lodge Apartment, Surfers Paradise. Since kitorang berlima, kitorang decide untuk naik cab je, lagi jimat duit dan jimat masa.

The street of Gold Coast. Alhamdulillah...cuaca baik dan langit sangat biru!

Apartment kitorang ni best, ada dua bilik, dua bilik air, mesin basuh, iron, TV dan dapur. Memang selesa, tapi harap maaf lupa nak snap gambar. Masing-masing kelaparan terus makan bekalan makanan yang dibawa. Untuk ke negara non-muslim macam ni memang kena bawak makanan, lagipun rate duit diorang yang hampir 3 kali ganda lagi negara kita membuatkan segalanya nampak mahal nak arwah!

Settle freshen up sikit-sikit, kitorang pun keluar. Ke mana? Nanti sambung dalam entry lainlah. Nak menaip ni pun sesak nak curi masa. Till then, cheerio mate!

Thursday, 18 September 2014

Kegilaan aku terhadap drama-drama TVB

Television Broadcasts Limited atau nama singkatannya TVB merupakan sebuah syarikat penyiaran di Hong Kong. Kalau kat Malaysia ni, TVB terkenal dengan drama-dramanya. Zaman remaja dulu aku suka tengok drama-drama TVB. Mungkin pengaruh rakan sebaya sebab sekolah menengah aku dulu ramai Chinese. In fact, dulu aku agak fasih berbahasa Kantonis sebab dok bergaul dengan diorang hari-hari. Sekarang ni kalau korang suruh aku cakap conform ke laut!

Aku suka tengok drama bersiri terbitan diorang sebab cerita Cina takde 'scene membazir masa'. Setiap babak dia significant, takde scene termenung, menangis sorang-sorang atau flashback yang entah apa-apa. Tu yang drama dia tak panjang meleret-leret dan yang paling aku suka adalah ending yang unpredictable. Cerita Cina selalunya banyak twist. Watak yang muka suci tu sebenarnya paling badass. Antara tema yang popular adalah drama korporat. Memang dioranglah juara sebab kita tahu orang Cina kan memang otak business. Selain dari tu, aku suka gak tengok kisah zaman Maharaja dan ada aksi kungfu. Cerita polis pun best jugak.

Just that cerita Cina ni kena follow betul-betul. Terlepas satu episod dah tak faham perjalanan cerita. Bagi aku, tu kelebihan yang membuatkan aku lebih suka cerita Cina berbanding siri televisyen dari negara-negara lain. Bukanlah nak kata yang lain aku tak tengok just that this one aku lebih prefer.

Antara drama-drama favourite aku adalah:

 At the Threshold of an Era
Siapa pilihan anda - Ah Tim atau Ah Hui?

 Burning Flame
Citer abang bomba. Yang ni sampai 3 season tak silap aku.

A Taste of Love
Tengok tajuk pun dah tau, cerita masak-masak

War and Beauty
Kisah gundik diraja, panglima dan permaisuri kuat jeles. Typical but I love it. Hehe. Aku memang suka costume drama macam ni. Selalu berangan nak pergi China posing tepi tasik dengan sanggul atas kepala.

Life Made Simple
Kisah this guy yang kureng sikit dan telah jatuh cinta kat best friend dia. Dia sayang gila kat that girl walaupun kawan dia dah ada boyfriend yang kacak bergaya. Memang cerita yang sangat touchy feely.

Kalau nak ikutkan ba...nyak lagi tapi aku tak ingat tajuk. Yelah, dah lama sangat kan. Tapi itu semuanya kenangan, sekarang ni dah malas nak commit kepada cerita bersiri.

Syok jugak buat entry mengenang kisah lalu macam ni...Oh ye, ini bukan entry cabar mencabar.

 *Scheduled publish* Aku mungkin sedang sibuk settlekan kerja dengan hati yang bengkak sebab opis blok game dalam FB...Huhuhuhu.

Wednesday, 17 September 2014

Less Word Wednesday - Si kecik bercita-cita besar


Besar cita-cita aku, kot lah boleh dapat. Dia suruh like pic je so senang la.  Nasib baik tak suruh buat slogan dalam bahasa Sepanyol. Erk!!

Tuesday, 16 September 2014

Gi holiday untuk kurangkan stress, bukan tambah lagi


Dalam seminggu ni aku kalut betul. Walaupun dah start packing baju last weekend untuk berangkat ke destinasi percutian rahsia (saja nak bagi readers suspen), tapi still rasa ada barang nak cukup. Stail aku kalau packing, kena awal-awal dan susun dalam beg baru aku boleh trace apa yang takde lagi.

Macam yang aku cerita dalam entry yang lepas, antara perkara yang aku risaukan adalah baju tak cukup. Ramai yang nasihatkan aku supaya tak risau sangat pasal hal ni. Sebab kalau tempat tu sejuk, biasanya tak berpeluh.So, tak perlu risau pakai baju sama sehari suntuk. Yang penting pakai berlapis-lapis. To be honest, musim tempat aku nak gi ni bukannya winter pun tapi spring. Poyo je kan aku! Suhu boleh drop sampai 15 degrees, paling tinggi 23. Sebab tu kena pakai layers, so boleh adjust nak top up atau nak kurangkan ketebalan pakaian. Ni pun antara concern aku, boleh ke aku tahan suhu kat sana. Darah anak Malaysia yang pekat likat dalam badan aku ni kena angin air cond sikit je dah meraba cari sweater!

Perkara lain yang aku risaukan adalah imigresen diorang yang cerewet tahap dewa. Walaupun tak seperit nak lepas imigresen Arab Saudi, tapi kira cuak la jugak. Umrah kau tak boleh nak compare sebenarnya. Sebab kau pergi dengan agensi. Kalau perempuan lagilah, dengan mahram. Kali ni pergi dengan kawan-kawan. Apa-apa pun kena survive sendiri.

Bercuti dengan kawan-kawan bukanlah benda asing bagi aku. Ke gua, ke hutan, kaki gunung (kaki je, tak naik), dalam laut semua pernah. Tapi kalau ke luar negara ni lah first time. Rasa cam nak packing beg baju Mak ajak ikut sekali.

Tapi bila difikir-fikirkan, napelah aku nak peningkan kepala hotak aku. Kan ke patut kalau nak gi bercuti kena happy. Mungkin sifat aku yang memang selalu over analyzed setiap situasi buatkan aku jadi paranoid dan terlampau berhati-hati. Abah aku selalu pesan kadang-kadang kita kena just let things flow. It's important to be ready tapi tak semua benda kita boleh control. Kadang-kadang kita kena rileks, take a deep breath and put your full trust in Allah. Kalau asyik fokus pada future, cmane nak enjoy the present kan?

Harap korang semua doakan aku baik-baik sahaja dalam Misi Musafir kali ini. Mood kerja memang dah ke laut, tapi tetap kena settlekan sebelum tinggalkan office supaya setiap langkah aku di sana nanti tak 'disumpah' rakan-rakan sekerja..muahahah! *gelak evil

Macam biasa, azam tidur awal hanyalah impian semalam..hehehe. Good nite! Selamat Hari Malaysia! Malaysia tetap di hati...

Sunday, 14 September 2014

Pagi Ahad yang sendu, syahdu dan lemau

Malam tadi sebelum tido...

Macam biasa, aku berazam nak tido awal. Sanggup tak tengok game Liverpool FC vs Aston Villa. Lantaklah, aku I/C Malaysia, bukan England. Good luck Abang Gerrard and team! Sterling please show us your worth and Adam Lallana jangan tunggu lama-lama!


Masuk bilik, bukan tido pun, tapi dok main wassap kat phone. Sampai pukul 12 lebih. Nasib baik tak ajak sesape lepak mamak malam ni sebab mata memang dah ngantuk. Letih apa kebendanya entah, padahal siang dok rumah packing barang je. Banyak lagi nak kena beli ni. Stress! Tak pernah bercuti ke negara sejuk yang agak perit nak cari makanan halal yang murah. Pergi Umrah gak yang senang! Basuh baju lepas Subuh, sebelum Zohor dah 'hangus' kat ampai. Kalau negara sejuk alamatnya kena hantar laundry lah kan? Entahlah, sesapa ada pengalaman tolong share di ruangan komen please..Aku takut exceed baggage dan takut baju tak cukup..huhu


Bangun pagi tadi...

-Hujan lebat, sejuk...so golek-golek atas katil. Malasnya nak bangun.Oh great handphone takde bateri cmane nak keluar ni? Charging kejap lah. Kejap-kejap pun kena at least 3 jam. Keluar bilik tengok Mak tengah dok berkemas. Mak mintak aku masak hari ni. Erm...godek-godek dapur, rasa nak masak lemak cili padi. Lama tak buat, slow jugak lah aksi aku. But before that, makan nasi goreng dulu sambil minum kopi. Menung, tengok rintik-rintik hujan di luar makin lebat. Tak keluar lah gayanya ni..

Gigih aku nak snap gambar. Rupa tak seberapa sebab pakai HP mini aku je tapi yang penting sodap! Hahaha..ayat angkat bakul!

Settle masak and everything, hujan dah reda, baru on streamyx. Check result FT Liverpool vs Aston Villa. Damnit! Cmane boleh kena 1-0. Sob sobs. Bukak TV, ada BPL Saturday Review solayan highlight jelah. Oh OKlah, banyak attempt tapi tak score. OKlah, bola tu kan bulat. OKlah, nanti ada peluang lagi.. p/s: itu kelebihan awek-awek minat bola ni, diorang setia, sentiasa berfikiran positif dan percaya pada peluang kedua. Gitewwww...

Sudah-sudahlah membebel kat sini, Ahad pun dah menginjak ke tengahari. Terpaksa merajinkan diri untuk keluar jap lagi cari barang-barang yang tak cukup. Nak geraknya Jumaat depan, tapi aku ni jenis yang paranoid, suka sedia awal-awal. Almaklumlah jenis yang tak biasa travel oversea.

Nak ke mana tu? Shhhh...kita rahsia dulu na!

Dalam dok sibuk tu, kalau dah kata kaki blogging, nak jugak curi masa update entry! Memang tak boleh blah...

K, really,really, really gotta go...

Thanks for reading!

Thursday, 11 September 2014

SuperMokh the Musical - again!

Assalamualaikum semua! Ingat tak aku pernah bagitau korang yang aku ni suka tengok teater? Disebabkan mahal, tak bolehla dilakukan dalam kekerapan yang tinggi. Setahun 2 atau 3 kali pun dah cukup. Tapi tahun ni, walaupun dah bulan September, aku still tak merasa tengok sebarang pementasan. Sedeyh sangat! Entah apa-apa yang aku busy pun tak tau! Kadang-kadang timing tak kena.  Time aku free takde tayangan best, atau takde kawan la pulak.

Dipendekkan cerita, rezeki kerja dengan NSTP, yang merupakan media rasmi teater SuperMokh the Musical,  aku dapat score 4 tiket untuk show kali kedua ni! Hahahaha... SuperMokh main bola, score...get the joke? Get it? Ok abaikan jelah pun aku yang lame itu


Dah kata tiket free, so takkanlah nak bagi grand stand pulak kan? Dapat tengok dari atas ni pun dah syukur. Kali ni aku ajak kawan-kawan aku Dee dan Farah dan adik aku, Aman.

Tarikh show aku amik ni special sikit sebab ada tetamu-tetamu kehormat lain iaitu Yang Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Dato Sri Najib Razak dan Tan Sri Khalid Ibrahim.  Memang gempak la tetamu-tetamu yang datang. Antaranya adalah bekas footballers sezaman dengan arwah Mokhtar Dahari iaitu Santokh Singh dan Ridhuan Abdullah serta isteri arwah Mokhtar Dahari iaitu Tengku Zarina. Rasa awkward je sebab pakai simple sangat..huhuhu. Maaf tak sempat snap gambar, terlupa bawak kamera. Camera phone aku memang kureng sikit.

Sejujurnya menyesal tak bawak kamera sebab tak dapat tunjuk lebih detail pameran gambar yang unit aku dah set up sepanjang pementasan SuperMokh the Musical-Restaging dari 8 sampai 21 September ni.


Gambar-gambar dalam pameran foto ni  merupakan koleksi arkib Pusat Sumber NSTP. Some of it digunakan sebagai montaj sewaktu persembahan teater. Jangan tak tau betapa berhati-hatinya kitorang check caption setiap gambar supaya tepat dari segi nama, tempat, tarikh dan situasi! Tapi since ini merupakan restaging, kitorang guna balik gambar-gambar yang sama, cuma print baru. Ingat lagi tahun lepas, sibuk lah jugak pilih gambar-gambar menarik, scan, baca cerita dari keratan akhbar dan buat caption. Dwibahasa lak tu. Paling aku pening ada satu gambar tu complete Malaysian National team, so aku kena pastikan nama setiap pemain adalah tepat. Kalau salah, haru wei! Alhamdulillah, lega hati bila dah tertegak cantik memenuhi ruang legar Istana Budaya yang eksklusif tu. 

Tak nak cerita panjang, aku still bagi 5 bintang untuk pementasan kali ni walaupun majoriti koreografi, lagu, pelakon utama dan dialog sama macam tahun lepas. Watak Kenny lakonan Douglas Lim still buat aku gelak dan watak Mokhtar Dahari yang dijayakan oleh Awie still berjaya buat aku sebak. Dan aku still tak percaya laki si Vanida Imran, Rashidi Ishak tu boleh menyanyi!


Part paling best, tarian ala-ala filem 'Tron Legacy' dengan teknik lampu LED tu. Lebih mantap berbanding tahun lepas! Nak cerita pun payah, sebab kat dalam teater bukan boleh tangkap gambar. Tapi, aku gigih jugak nak explain kat korang, so sila refer poster Tron dan explanation bawah ni.

Bayangkan orang pakai kostum ni, pastu menari dalam gelap. Kau just nampak jalur-jalur cahaya kat baju dia je bila dia bergerak.

Kalau nak baca review yang aku tulis masa first time tengok SuperMokh the Musical, boleh baca kat link ni : Supermokh Sebuah Muzikal memang superb!

Kalau u olls berminat nak tengok, boleh walk in Istana Budaya untuk beli tiket atau klik kat direct link ni :  http://www.ticket2u.biz/ShowEvent.aspx?ShowID=42

Terkenang masa kecik-kecik dulu, susah nak tengok pemain import beraksi dalam Liga Malaysia. Pemain-pemain jarang berpindah kelab. Rata-rata memilih untuk setia dengan kelab negeri kelahiran sendiri. Dululah..

Thanks for reading u olls! Alfatihah untuk Allahyarham Mokhtar Dahari. Legenda yang akan sentiasa dikenang.

Nota kaki : Rindu nak tengok bola kat mamak...

Sunday, 7 September 2014

Takde idea nak update blog? Meh aku bagi 50!

Assalamualaikum semua. Ni nak tanya pemilik-pemilik blog sekelian. Pernah tak di satu hari yang indah, keinginan post entry baru begitu membuak-buak tapi satu idea pun tak datang menyinggah? Benda tu pernah gak berlaku kat aku. Solusi? Aku mintak idea dari Inche Google. So, kat sini aku nak share dengan korang idea untuk update blog apabila writer's block tetiba menyerang berdasarkan 'kajian' yang aku buat. Campur sekali dengan idea aku jugak. Dah ready? Jom kita tengok...

1. Join giveaway/segmen blogwalking
2. Join 1 day 1 entry challenge.
3. Kenangan zaman sekolah
4.Filem kegemaran lakonan pelakon kegemaran. Contoh : 10 filem Erra Fazira paling aku suka
5.Resepi
6.Kawan(atau kawan-kawan) baik korang. Personaliti diorang, cmane mula berkawan dan kenangan pahit manis bersama..ewah!
7.Pengalaman paling sedih seumur hidup
8.Perkara-perkara paling korang benci/suka
9.Macamana korang boleh terjebak dalam dunia blog
10.Review blog orang lain
11.Wishlist sebelum capai certain umur. Contoh : 30 perkara aku nak capai sebelum masuk umur 30 tahun.
12.Trend fesyen yang paling korang suka atau paling tak boleh terima
13.Tabiat pelik korang
14. Tempat tinggal korang. Sejarah, tempat-tempat menarik, directions... mungkin pekan kecil korang tu nampak je simple tapi ada keistimewaannya kan?
15. Cita-cita masa kecil yang tak kesampaian
16. Counter attack blog post orang lain. Katakanlah kalau ada blogger tulis 'Jangan kahwin dengan awek kaki tengok cerita Korea', korang balas blog post tersebut pas tu taruk link entry korang kat blog dia.
17.Review produk
18.Describe tentang keluarga korang. Mak, ayah, adik-beradik, anak-anak, suami...
19.Destinasi percutian idaman. Taruk gambar-gambar yang boleh membuatkan air liur meleleh. Jangan lupa credit kepada photographer.
20.Step by step cara-cara nak hasilkan sesuatu. Walaupun simple.
21.Tutorial blog. Kalau tutorial tu korang amik kat blog lain, jangan lupa kredit kat blogger tu. Kang kantoi yang korang ni memang tak faham sepatah haram coding tu.
22.Ciri-ciri lelaki/wanita idaman
23. Pengalaman korang semasa sakit.
24.Pengalaman kena tipu
25.Kaji lirik lagu dari perspektif korang sendiri.
26. Petua-petua yang rare tak ramai orang tau
27. Binatang peliharaan korang.
28.Website, software atau apps berguna.
29.Keistimewaan tempat belajar/ tempat kerja korang.
30.Describe course yang sedang korang ambil atau pekerjaan korang sekarang. Kita rasa kerja kita biasa je, tapi mana tau bagi orang lain benda tu interesting.
31.Panduan membeli barang. Kalau pandai photography boleh suggest panduan membeli kamera. Kalau pandai masak, share panduan memilih ikan.
32.Pros and cons. Ala-ala karangan zaman sekolah. Contohnya : Keburukan dan kebaikan blogingg atau Perlukah anak-anak didedahkan dengan Gadget?
33.Surat untuk diri sendiri di masa akan datang.
34.Entry berbentuk soalan untuk meminta pendapat. Readers boleh jawab di ruangan komen
35.Respon kepada komen dalam blog post terdahulu.
36.Dream wedding. Kalau kahwin nanti nak cmane? Garden? Kat dalam castle? Dasar laut? Lagi merepek lagi best.Hihihi...
37.Entry 'Katakanlah kalau...'. Contoh : Apa akan jadi kalau FB ditutup? atau Kalaulah Malaysia jadi tuan rumah World Cup..
38.Mengenang zaman kanak-kanak atau remaja korang. Ikon-ikon zaman dahulu kala yang budak-budak zaman sekarang conform tak faham. Macam 'Talian 600' atau 'Chat MiRC'. Tu semua cerita remaja awal tahun 2000-an.
39.Kenangan manis korang dengan someone, yang sekarang dah meninggal.
40.Hari korang kehilangan orang tersayang.
41.Hobi korang dan macamana tetiba minat tu datang.
42.Recommend tempat shopping yang best.
43.Beginner's guide untuk apa-apa je yang korang memang dah expert.
44.Review iklan. Iklan TV, iklan bercetak atau iklan radio pun boleh.
45. Review tentang tempat macam restoran, hotel, supermarket yang korang pernah pergi. Tak semestinya kena travel jauh-jauh kan? Kedai Cik Kiah kat depan rumah pun boleh kalau kau rasa pengalaman shopping kat situ macam kat Paris.Hahaha!
46.Perkara-perkara tentang korang yang orang tak tahu.
47.Struggle korang dulu sebelum dapat kesenangan sekarang. Contohnya cerita zaman menganggur ke, zaman takde kenderaan sendiri ke..
48.Pandangan peribadi korang tentang sesuatu isu semasa atau isu lapuk yang tak settle dari dulu
49.Cerita kenapa korang dah lama tak update blog atau blogwalking.
50.Buat list tentang idea update blog bila tak tau nak tulis apa. Cam aku buat ni.Hahaha! :)

Certain ideas are taken from here:
http://fatmumslim.com.au
http://stringcan.com

The best part is, entry-entry macam ni boleh diperap dalam draf atau dijadikan entry scheduled-publish (cam aku buat ni) bila korang tengah busy giler-giler supaya blog tak berhabuk. Balik-balik share quotes dari FB atau copy n paste artikel orang pun boring gak kan?

Till then, tatatititutu!

Nota kaki: Hutang blogwalking bertimbun...Grrrrr!

Thursday, 4 September 2014

Another schoolmate wedding - Inner rant

31 August 2014 - Najib & Fatin

Another schoolmate wedding...

Perkara pertama yang kita cari di majlis kahwin, dah tentu pengantin. One of them adalah kawan sekolah aku. Mungkin tak rapat, tapi pernah sama kelas setahun dua. Lama tak jumpa dia, so perkara pertama yang bermain di fikiran aku - Wow, dia dah berisi!

Kejam? Not really..aku cakap depan-depan dan dia hanya gelak. No hard feeling. Senyum.

Perubahan fizikal. Seiring dengan peningkatan usia, masing-masing pasti berubah. Walau inci tak bertambah tapi saiz badan dah pasti ada perubahan yang nyata. Ramai yang dulunya kurus melengking sekarang dah ada 'perut'. Yang dulunya berjerawat dan memakai gigi besi, kini berseri-seri. Ada yang dulu selekeh tapi kini dah bergaya. Ada yang buat kau tanya diri sendiri - Dang! Nape dulu aku tak ngorat dia? S**t, dia dah hot!

30 May 2011 - Linda & Zakry

Sebelum duduk, cari wajah-wajah familiar dulu. Walau tadi letih terperangkap dalam kesesakan, namun saat terpandang rakan-rakan yang dikenali lewat belasan tahun, senyum terus terukir. Makan? Tu boleh tunggu. Tanya khabar dulu. Bukan senang nak berjumpa begini sejak masing-masing ada komitmen sendiri. Tengok kawan-kawan sebaya masing-masing dah mengelek anak kiri kanan buat aku rasa tua. Bilalah ada rezeki nak jadi ibu..

9 Februari 2014- Diyana & Hakeem

Sambil makan, ada juga yang mengusik

"Kau bila lagi?".

Aku balas soalan tu dengan senyuman. Aku pandang keliling sambil mengira-ngira bilangan rakan-rakan yang belum kahwin. Ramai jugak yang sekapal.Aku jeling si Z. Z yang cantik tu pun tak kahwin lagi! Nak je aku cakap gitu, tapi takut Z sentap. Aku tengok W sekilas. Erm...dia ni pun bujang lagi. Agak-agak boleh tak aku masuk line? Soalan tu akhirnya hanyut dalam riuh-rendah majlis. Atau bila ada anak sesiapa yang menangis. Fuh, selamat!

6 May 2012- Nani & Shah

Zaman sekolah menengah, memang indah bila dikenang. Walaupun kami semua bersekolah di KL, hidup di bandaraya penuh cabaran, tapi Alhamdulillah semuanya turn out alright. Tiada yang tersasar jauh dalam mencari diri.

Ungkit cerita lama adalah topik lazim kami. Antara soalan yang sering diutarakan - Eh, budak yang rapat ngan kau dulu tu, sekarang apa cerita? Aku jawab -Entah la, lama tak dengar khabar.

Hakikatnya aku ada je add diorang kat FB, tapi somehow tak berniat nak mengulang balik memori zaman dulu. Tanpa sebab, kitorang makin jauh. Walau peluang keep in touch tu banyak, tapi masing-masing memilih untuk jadi 'kawan biasa' saja. Yup, mungkin kerana seiring masa, perwatakan seseorang tu berubah. Persahabatan adalah sesuatu yang sangat kabur di zaman remaja. Entah kenapa, susah betul nak kekalkan. Ada yang pernah rapat, tiba-tiba menjauh. Bila aku  teringat kembali a few ex-best friends, aku sendiri tak sangka yang kitorang dulu berkawan baik. Entahlah, mungkin kerana orang kata remaja adalah tempoh mencari identiti. Kita berkawan dengan banyak 'puak' kerana ingin merasa 'cara hidup' diorang.  Mana yang serasi, kita teruskan. Yang tak ngam, kita tinggalkan.

Cinta monyet? Aku dulu di zaman sekolah memang comot. Tak pernah ada pakwe. Crush dan abang angkat tu ada lah. Entahlah, aku takut nak bercinta. Tak tahu kenapa. Tak reti kot. Sekarang pun still tak pandai. Well, kalau aku pandai mesti sekarang dah kahwin kan?


1 Disember 2013 - Syafinaz & Omar

Peluang bergambar memang tak pernah dilepaskan. Bila lagi nak abadikan memori kan? Usai majlis, masing-masing ada tanggung jawab lain. Entah bila dapat jumpa lagi.

Thanks for reading this rant, peeps.. Sekadar luahan apa yang berlegar di fikiran sepanjang wedding schoolmate. Bila dengan diorang, rasa macam naik mesin masa lompat ke zaman persekolahan balik. Go back to the times when things are simpler.

-Mood excited best friend sendiri nak kahwin Sabtu ni. Selamat menempuh alam baru, Sarah. Satu antara very few best friends aku yang melekat dari zaman sekolah sampai sekarang. Sayu pun ada gak-

3 February 2013 - Mas & Erul

Wednesday, 3 September 2014

Fernando Torres ke Johor?

Assalamualaikum semua! Sape tengok match JDT vs Kelantan malam tadi? Aku tak dapat tengok sebab anak-anak sedara datang rumah, so TV kena conquer. Apa-apa pun, Salam 3-0! Nanti nak tengok ulangan since nak tau sangat kenapa George Boateng mengamuk sampai serang pengadil. Marah bebenor tu...

Malam tadi sambil nak check result FT, terbaca berita ni. Tersedak aku dibuatnya!

TMJ buru Torres bantu JDT musim 2016

Selasa, 2 September 2014 @ 8:38 PM JOHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan baginda sudah memulakan rundingan awal bagi mendapatkan khidmat penyerang Sepanyol, Fernando Torres bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk musim 2016. Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) bertitah sudah bertemu dengan ejen bekas penyerang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea itu yang kini dipinjamkan ke kelab AC Milan selama dua tahun. "Kami memulakan rundingan untuk mendapatkan Torres yang akan menjadi 'penjaring paling penting' untuk kita pada musim 2016. Beliau akan menggantikan penyerang JDT, Luciano Figueroa yang akan bersara pada musim 2016," katanya pada majlis taklimat dengan media dan penyokong JDT di Stadium Larkin, hari ini.

Berita ini dikukuhkan dengan kehadiran gambar ini :


Haha, rileks dulu peminat-peminat El Nino..ni gambar edited!

Nak kata aku die hard fan si Fernando Torres ni idokle.. Circa tahun 2000 something aku mula menyokong Sepanyol dalam World Cup dan Euro, so mestilah aku perasan kehadiran dia. Aku jarang follow liga kelab, tapi dulu-dulu masa dia dengan Liverpool FC layan jugak game sekali sekala. Once dia masuk Chelsea, aku pun dah start kerja, tak bolehla nak kemaruk sangat layan bola. Dua tahun sekali bolehla. Cuma yang aku dengar, dia kurang menyerlah berbanding bersama Liverpool. Dah nama striker, mestilah prestasi dinilai dari berapa banyak gol yang dijaringkan, tapi kalau shoot asyik missed je, ramailah yang mengutuk. Dalam World Cup 2014 pun nampak dia tak sehebat dulu. Biasalah bang oi, hidup ibarat roda..

Sekadar trivia, Torres merupakan top scorer ketiga Sepanyol di belakang David Villa dan Raul Gonzalez. He's more than just a pretty face you know. Ewah, speaking pulop...

Kalau jadi dia ke Johor, bolehla aku belanja dia goreng pisang cicah cili kicap dan mee bandung. Agak-agak dia pandai makan asam pedas tak? *Verangan lebih!*

Comel kan anak dia? Macam bapak dia jugak!

Nah..belanja gambar si hensem ni satu. Nak tengok lagi sila google sendiri.

Esperare, Fernando Torres...Broken Spanish, tak silap aku maksudnya "Saya tunggu awak, Fernando Torres". Sudahlah, ini penangan zaman remaja banyak nau tengok telenovela!

OKlah, tu je nak merepek

Tuesday, 2 September 2014

Doctor is in the house yaw!!!

Assalamualaikum u olls...

First thing first, aku share benda ni bukan untuk show off ye... No no no no, don't phunk with my heart..Haha, maaflah aku sewel sebab terlampau happy mengalahkan happynya Liverpool FC menewaskan Spurs 3-0. Bergembiralah wahai penyokong-penyokong The Reds! Ini kalilah!!

OK, baik aku berhenti kat situ. Aku happy sesangat ni sebab dapat good news from my brother

*Abaikan conversation kitorang kat atas-atas tu...

Alhamdulillah..syukur sangat-sangat Ya Allah, penat lelah adik aku selama hampir tujuh tahun terbalas jua. He is now officially a doctor!

Sekadar berkongsi kegembiraan di sini, bukan nak berlagak ke apa. Kakak mana yang tak bangga bila adik dia berjaya kan? Sesiapa yang bergelar abang atau kakak mesti faham. Pernah tak korang terlampau happy korang menangis? For the first time ever, aku melalui situasi itu.

Bukan senang nak belajar jadi doktor. Ramai yang berhenti separuh jalan dan ada yang hilang arah dalam mengejar cita-cita yang satu ni. Aku yang sekadar memandang dari jauh pun boleh terasa bebannya, apatah lagi pelajar-pelajar perubatan tu sendiri.

For my dearest brother, hope you will be a good doctor. Semoga dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Jangan tenggelam dan angkuh dalam kejayaan sendiri kerana in the end, segalanya milik Allah jua.

Belum apa-apa dah hati tisu! Kot kalau hari konvo nanti mau nangis berbaldi-baldi!

Haha, sekarang dah habis belajar baru boleh fikir pasal kahwin. Langkah bendul? Apa ada hal!

Thanks for reading sayang-sayang semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com