Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Setahun telah berlalu - Selamat Hari Jadi untuk diri sendiri!

Monday, 3 April 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Selamat Hari Jadi untuk diri sendiri. Yang ke berapa tu rahsia tapi cukup tua untuk sedar diri supaya bertaubat memandangkan kita tak tahu ajal bila. Dosa bertimbun minta diampun sedangkan peluang buat pahala sentiasa terhidang. Nak dengan tidak je.

Memandangkan tahun ni pun birthday di bulan puasa, jadi tak dapatlah buat perangai pergi staycation sorang-sorang macam 2 tahun lepas.

Baca ni: Solo Staycation di Vivatel KL

So..how do I spend my day? Kerja lah you olls. Sampai pukul 6 masih depan PC.

Macam biasa aku tak expect apa-apa sambutan dari keluarga or kawan-kawan. Maybe sebab aku ni bukan jenis suka sambut birthday kot, so diorang pun buat cam takde apa je. Tak dapat hadiah pun aku tak kisah. Tahulah ni zaman harga barang naik. Tak payahlah membazir.

Ah..cakap jelah kau tak nak berharap, Sal. Sebab kalau berharap pastu tak dapat nanti kecewa kan? 


Apa pun dalam masa setahun ini banyak jugaklah benda yang aku dapat buat dan ubah dalam diri aku. Antaranya:


1. Merealisasikan impian sendiri nak ke Turki. Turki memang wishlist aku dari zaman remaja lagi sebab aku minat sejarah dan orang-orangnya. Ah, bercakap tentang Turki, entahlah bila aku nak habiskan entry Turki. Haha. Jangan marah haaa..

2. Dalam masa setahun ni, aku dah jarang sangat beli pakaian baru. Kalau ada pun, tudung, pakaian dalaman dan pakaian sukan. Aku dah makin cekap 'menyelam' dan shopping preloved sekarang. Baju brand JannahNoe yang harga asal 300 lebih, aku pernah dapat harga RM120 je. Ada orang jual online sebab salah saiz.


3. Berjaya beranikan diri pergi solo trip ke Pulau Perhentian. Walau dah biasa travel solo dalam Semenanjung, tapi kalau ke pulau perlukan keberanian yang lebih tinggi sebab dipisahkan oleh laut. Lagipun malam-malam rasa agak sunyi dan seram.

4. Dapat increment dan markah tinggi dalam appraisal kerja. Dalam pada tak minat dengan pekerjaan sekarang sebab dipaksa pindah department tahun 2019 dulu, dapat jugak naik gaji dan appraisal yang baik. Yelah, kerja kan amanah. Duit gaji tu lah nak buat makan. So walaupun buat separuh hati, buat jugaklah dengan baik.

5. I'm dating again! Ya, hampir 4 tahun menolak dari dihampiri mana-mana lelaki (sampai tahap pakai fake wedding ring), aku cuba jugaklah dating balik. Dalam 2,3 yang aku kenal, sorang tu nampak cam boleh pakai. Hahaha. Doa jelah yang baik-baik. Ada jodoh, kita makan nasi minyak. Kalau bodoh, kita teruskan hidup dan pergi travel lagi dan lagi dan lagi

Anyway, terima kasih buat yang wish dan mendoakan. Selamat berpuasa semua!

Berbuka kat mana? Kat surau jelah. Jangan beranganlah nak ada berbuka special sempena birthday aku. Dalam mimpi je tu.

Thanks for reading!


Read More

Ain't no fool, I'm just born in April

Tuesday, 6 April 2021

Cerita birthday lepas..

As usual, malam susah tidur. Tepat pukul 12 tengah malam, my little sister datang bilik and wish Happy Birthday. Pastu Abah pulak. Well, I guess I should be happy then. Pencapaian terbesar aku bagi setahun lepas adalah mengelak Covid 19. Kalau kena terus mati senang cerita. Aku tak suka swab test, kuarantin, side effect lepas sembuh dan tak nak jangkitkan pada orang sekeliling aku. So yay to me!!

Lepas Subuh pergi berlari-lari anak. Sorang-sorang sebab geng running kena kuarantin.


Aku post gambar ni and member aku kata aku jogging kat area Highland Tower *insert music seram*

Petang pergi staycation. Aku memang dah bagitau famili aku awal-awal aku nak be alone for today. Call me weird, but that's just me. Famili aku memang dah faham. Cerita staycation aku update kemudian.


Sebelum orang belikan kita kek, kita beli sendiri

Birthday dinner

'Hadiah' from my favourite football team. Tak sia-sia bangun

Balik dari staycation, mendobi dan lepak depan TV. Petang adik aku belikan kek. Thanks dear sis! Potong kek berempat jela petang tu. Missing my anak-anak sedara and siblings. What to do, masing-masing busy.

Banyak extra so bagi jiran

Bukan hadiah birthday, tapi hadiah pengomen tegar blog Ako Retna. Thanks kak Ret!!

Pagi Isnin, back to office. Rasa macam staff baru sebab work from home dari Deepavali lepas. Tempat lama kena renovate, so pindah floor lain plak.

2021  Expectation : New Job. Reality : New cubicle je jadilah

Cubicle baru ni best sebab lagi luas dan nampak view. Tempat lama nampak dinding jer. Cuma terlampau dekat dengan mesin printer. Kurang privacy.


Balik keje teman member berbuka. Tak puasa pun tumpang sekaki la dah orang nak belanja stimboat. Kenyang oiii.

Tengah lepak-lepak lepas makan tetibe anak sedara sulung dok wasap tanya aku kat mana. Rupanya diorang kat rumah mak aku. So request member hantar balik terus sebab rasa cam dah lama tak jumpa bebudak tu. Rindunya. Rupa-rupanya diorang dah standby kek. Kinda surprise sebab hari tu cakap nak celebrate hujung bulan dengan anak sedara lagi sorang.

Siapa ada anak sedara mesti faham sangat moment ni. Lain orang punya birthday, lain orang yang beria potong kek. Hahaha. Aku yang dah kenyang tak makan pun. Tengok budak-budak makan pun dah hepi. Aku memang kurang makan benda manis.

Dalam meriah aku masih rindu orang yang tak ingat aku. Maybe I am a fool after all.
Read More

Birthday yang tak Happy

Saturday, 4 April 2020

Assalamualaikum semua. Semalam hari jadi aku. Plan aku nak buat kelainan untuk birthday tahun ni. Dah siap ambil cuti. Nak 'tebus' untuk birthday tahun lepas sebab last year on the same date I had a huge mental breakdown.

Sepatutnya sewaktu entry ini ditulis, aku ada kat sini...

Nak tau tempat ni kat mana? Klik SINI 

Menangis aku sebab cancelkan trip solo aku ni. Like literally menangis ye. Terpaksa cancel hotel dan refund flight. Duit yang dah tukar siap-siap terperuk dalam almari. Semuanya angkara Covid19. F**k you Coronavirus for ruining my plans!

In the end aku cancelkan cuti. WFH dengan kerenah bos yang mencabar minda. Bagi aku tugas yang aku tak pernah buat, pastu expect aku boleh belajar through whatsapp. Aku dahla berangin tak dapat pergi bercuti. Buat keje plak asyik salah. Sistem pulak berat dan memerlukan industrial internet yang maha laju. Harap la hotspot Maxis aku tu. At least sponsor la top up kan?

Tetibe dapat whatsapp dari bff aku, ND. Eh rupanya dia hantar something. Nak jumpa tak boleh kan. So, order la pakai GrabFood dan hantar ke rumah aku.



Ha amik kau selambak dari Secret Recipe. 4 slice kek, OKlah tu since ada 4 orang kat rumah. Chicken salad tu sekejap je habis dikendurikan aku dan adik aku. 

Dapat makanan terus mood baik balik. Tapi tulah malam-malam tu teringat arwah Mak. Nangis sampai tertidur. Nanti dah habis PKP, nak balik kampung ziarah kubur Arwah. 

Begitulah kisah seketul aku. Suatu masa dulu aku suka sambut birthday. Suka potong kek dan dapat hadiah. Entahlah sejak bila aku berubah. Aku selalu pastikan tarikh harijadi aku tu aku jauh dari orang. Tak rasa apa pun bila orang wish, sebab tu aku hide dari Facebook tapi macam biasa famili dan rakan-rakan rapat ingat je.

Entahlah sejak bila aku mula putus asa dengan kehidupan......
Read More

#Misi33

Monday, 14 May 2018

Assalamualaikum semua! So last April I turn 33! Ya, jangan terpedaya dengan saiz minion aku, akak dah lebih 30 tahun dik.

So, walaupun dah super belated, aku OK je korang nak wish Happy Birthday kat aku. Pui..tak malu betul mintak orang wish. Hahaha, gurau jelah. Birthday tahun ni agak special dan banyak pahit manisnya. Tapi tak nak lah citer yang pahit-pahit. Kita citer yang manis-manis je OK?


Hadiah pertama aku dapat, bunga kiriman cik best friend iaitu Cik ND. Dahlah hantar tak bagitau, kat opis lak tu sampainya, apa lagi meriah la pakcik makcik bawang bergosip. Thanks beb, sentiasa ada dengan aku susah senang, layan kawan baik kau yang kuat drama ni. So terharu.


Malam tu ada orang belanja kita dinner kat Manhattan Fish Market. Setelah bertahun-tahun sambut birthday forever alone, tahun ni ada gak orang teman. Hahaha. Thanks Awak! You olls jangan gosip lebih-lebih OK, doa yang baik-baik je untuk kitorang.


Alang-alang orang nak belanja, kita pau la perfume Victoria's Secret. OKlah tu pau Ian Rush aje. Kalau materialistik, aku dah pau Bombshell.


Then sambut dengan kawan-kawan opis. Oh ye, ada 2 orang birthday bulan 4 tapi macam biasa aku tak suka expose rakan sekerja tanpa mintak kebenaran. Nak mintak kebenaran kena bagitau aku ada blog, so tak payahlah.


Diorang bagi aku hadiah backpack. Kaler pink, my favourite!


Yang ni pulak dari best friend aku jugak, Encik A. Kau mampu umur dah 30 lebih dapat hadiah teddy bear. Hei, jangan judge saya OK!


Potong kek dengan Puan SR, bff jugak dan anak sedara dia. Kitorang semua April babies. Tapi SR lah paling best, few days pas sambut birthday, dia bersalin plak dapat baby boy. Alhamdulillah. Tu pun boleh tak aku nak consider as hadiah birthday? Eh tamaknya! Anak orang tu wei. Hahaha.

So, macam yang aku mention tadi, aku tak nak citer yang pahit-pahit. Just that, once dah berumur 33 tahun ni, aku makin menghargai hidup. Azam aku adalah nak jadi anak yang solehah dan hamba Allah yang taat. Nak kumpul duit banyak-banyak, nak travel merata dunia dan nak lebih maju dalam kerjaya. Harap aku dapat jadi wanita yang matang, tak mudah terikut dengan emosi (ni perangai buruk yang susah nak buang) dan menikmati hidup sepenuhnya.

Jauh di sudut hati aku masih mengharap Allah temukan aku dengan cinta sejati. Tapi hidup bukan nak fikir tu je kan. Kalau ada, Alhamdulillah, moga kekal hingga ke Jannah. Kalau takde pun, aku tahu masih banyak orang yang sayang aku. Yang paling penting, Allah kan ada.

Anyway, chin up! Malaysia dah berubah, aku pun banyak kena berubah. Selamat Menyambut Ramadhan in advance. Semoga Ramadhan kali ni kita dapat tingkatkan amal ibadah dan menjadi Ramadhan terbaik. Amin.

Till then, thanks for reading. Mood blogging aku dah kembali, so korang nantikan entry bertalu-talu (Berangan). Jangan jemu pulak ye. Hehehe

Read More

April Wrap-Up

Saturday, 29 April 2017

Assalamualaikum semua! Ikut hati memang nak update blog dengan kerap. Tapi tulah, bila sibuk , terpaksa buat entry pukal. Ceh.. macam lah korang minat sangat dengan kehidupan aku. Kah kah. Syok sendiri namanya..layan jelah.

April has been a busy month. Busy sebab ada..

1.Dinner Company

Office aku jarang ada peluang buat dinner. Kalau dapat 3 tahun sekali pun syukur. Dinner kali ni bertemakan smart casual dan glam. Walaupun mengelak, aku terjebak jugak jadi ahli comittee. Tak best betul. Bukan apa, dah 2 kali dinner aku terlibat belakang tabir. Teringin nak datang pakai cantik-cantik, makan dan 'be surprised'. Sebab ahli comittee memang sedia tau tentang susunan majlis, hadiah lucky draw dan game. Tapi dah telibat, lapangkan jelah hati. Aku ajak adik bongsu aku teman. Aku bayar, dengan syarat, dia drive. Mak aku kata aku memang power bab mengelak tak nak drive. Hahaha.

Sebab aku tak pandai makeup mata, aku terjah kaunter Elianto kat Mid Valley. Tapi bukan percuma ye. Kena beli produk dan staf dia akan mekap berdasarkan barang yang kau beli. Takpun, kau beli produk bernilai RM120 dan dia akan mekap kau full. Dari bulu mata sampai bulu hidung. Aku beli eyeshadow dan concealer je, tapi alang-alang dah make up mata, dengan blusher dan highlighter sekali staf tu tenyeh.

Eyeshadow stick 2 batang, concealer, eyeshadow. Semua sekali around RM50

Aku ada this bad habit suka beli barang mekap bebanyak padahal tak reti or jarang guna. Ni baru separuh dari apa yang aku ada. Sape lagi ada perangai macam ni sila angkat tangan!

Majlis bermula agak lambat sebab hujan lebat, jalan jadi jam dan hotel Cititel ni betul-betul sebelah Mid Valley. Memang susah nak cari parking.

Ni gambar paling decent. Tu pun candid. Kah kah.

Konon nak try pakai shawl. Hari-hari tengok tutorial, tapi ambil masa setengah jam melilit. Cmane korang semua pakai shawl effortless je wei! Aku memang cannotlah tudung selain bawal. Huhu. Tapi walaupun tudung behave, mood aku agak merudum time ni. Kenapa? Nanti aku cerita.

Dekat majlis ni aku tak banyak sangat amik gambar. Satu sebab mood ke laut, satu lagi sebab kena bertugas dan satu sebab lagi adalah aku still tak pandai nak senyum dengan braces. Bila senyum tutup mulut, bibir jadi terjuih dan muka garang gila. Memang hodoh teruk. Nak senyum nampak gigi rasa tak selesa. Maka kerja aku elak kamera jelah. Haha. Rugi mekap memahal.



Gitu gini pun, Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan tatkala aku hampir nak tersandar keletihan kat kerusi, nama aku dan seorang lagi tetamu dipanggil. Ah sudah..lucky draw kan dah habis. Takkan diorang nak panggil aku perform pulak. Mentang-mentang suara aku sedap. Cet, poyo kan puji diri  sendiri.

Tiba-tiba...Surprise! Diorang nyanyi lagu Happy Birthday! Nampak tak betapa nervousnya aku. Kau mampu satu dewan nyanyi untuk kau. Hadoi..

Birthday abang sebelah aku tu hari sebelumnya, tapi birthday aku hari lusanya. Still, aku agak surprise sebab aku hide birthday kat Facebook. Aku kan tak suka bukak FB, so malas nak tepek birthday kat situ kang orang wish aku tak reply cam kurang ajar pulak. Pastu time birthday orang aku tak wish pun rasa tak best jugak kan.


Lucky draw aku dapat Sijil SSPN. Adik aku dapat voucher spa. Plan nak pergi spa sebelum majlis kahwin adik aku. Glowing lah time wedding tu nanti. Amboi, kakak pengantin over OK.

2. My birthday

Hari lepas dinner tu, aku malas nak keluar. Lepak rumah je tengok TV. Malam tu family belanja sate, early celebration kekdahnya.


Tapi aku tak makan banyak sangat. Puncanya sebab gigi bongsu aku yang belah kiri makin melampau-lampau sakit. Itulah punca utama aku moody dan tak selesa nak senyum time Dinner Company. Kau taulah kalau sakit gigi ni benda kecik pun boleh buat kau angin.

Mungkin sebab tu birthday kali ni aku rasa sangat alone. Lately aku kerap tak sihat. Dan bila sakit, takde tempat mengadu, rasa sepi sangat. Betullah orang kata bila sakit ni emosi senang terganggu. Lagipun aku stress jugak kat tempat kerja dengan perangai colleagues aku, so tu pun antara punca aku selalu turn on Bitch Mode.


So, Happy Birthday to me! Still ugly, still single, still waiting for Liverpool to win the league. Kah kah.

 Kek dari kengkawan opis.

3. Minor surgery wisdom tooth. Again

Sebab sakit gigi dah tak tertahan, aku pun book untuk operate gigi bongsu belah kiri aku di klinik sama aku buat braces. Senang coz diorang ada aku punya dental XRay. Kali ni Dr.I yang operate, bukan Dr.K. Kalau Dr.K mahu dia membebel berkilo-kilo sebab saja lambatkan operate. Salah aku jugak kan, benda dah sakit dari tahun 2015 tapi takut punya pasal, elak memanjang.

Mula-mula, Dr.I check dulu dan tanya samada aku ada rasa sakit ke tidak. Sakitlah doc, tak sakit tak datang. Haha. Compare tu belah kanan, gigi bongsu belah kiri tertanam lebih dalam dan melalui saraf. Aku punyalah tak tahan, aku cakap je dengan doktor tu yang aku sanggup operate hari yang sama instead of makan ubat dan datang balik. Diorang siap mintak aku sign permission form. Pergh..serius ka? Macam nak operate jantung siap kena sign bagai.

Operate kali ni lebih teruk dari yang first time. Dr. I kata dekat tempat gigi bongsu berlaga dengan geraham tu dah bernanah, tu sebab sakit. Masa dia inject bius, ngilunya rasa nak menangis. Tapi Alhamdulillah, lepas hampir sejam, minor surgery aku pun berakhir. Ah..leganya. Turun dari kerusi kepala rasa pening. Call adik aku suruh amik.

Credit info and image : Source

Balik tu aku terus demam. Demam urat orang tua-tua kata. Sampai muntah-muntah sebab perut masuk angin. Dah nak makan tak lalu. Pipi dan rahang kiri bengkak dan tak boleh bergerak, terpaksa tuam dengan ais. Masa tu risau sebab teringat dalam permission form tu ada mention yang since gigi aku melalui saraf, ada kebarangkalian saraf terpotong dan rosak kekal. Salah sendiri jugak, tak menyempat.

Demam kali ni aku memang kronik, tapi mujurlah aku operate hari Khamis dan dapat dua hari MC. That's why aku kata proses penyembuhan lagi sakit dan lagi lambat dari operate belah kanan 2 tahun lepas. Last time aku takdelah sampai demam.

Syukur, kebetulan adik-adik aku balik weekend tu, so dioranglah tempat aku bermanja. Ambilkan bubur, bancuhkan glucose, make sure ice pack sentiasa ada dalam fridge. Bersyukurlah Sal, ramai lagi sayang kau.

Ambil masa hampir 5 hari untuk rahang aku kembali flexible dan boleh mengunyah seperti biasa. Syukur takde side effect. Dalam hal ni, penting cari klinik gigi yang dentist dia cekap dan ada tauliah. If tak confident, buat dengan kerajaan.

Read more : Cabut gigi bongsu : Q&A

4. Atuk masuk hospital

Belum kebah demam aku, dapat wasap dari group sepupu yang atuk aku masuk hospital kat Muar. Sebab badan dah tak larat sangat, aku bagitau kat sepupu dan pakcik aku yang lain yang aku akan balik  kemudian.

Nak menangis rasa tengok keadaan Atuk. Berat dah tinggal 38kg. 

Baik je demam aku terus balik kampung. Alhamdulillah,  Atuk aku dah discharge dan sekarang ada kat rumah makcik aku kat KL.

5. Bukak jahitan dan braces review 

Balik KL, pergi bukak jahitan operation gigi bongsu belah kiri dan tukar powerchain. Powerchain yang dipasang kali ni lebih tebal. Seminggu aku tak boleh mengunyah.

6. Holiday with BFFs

Stress kerja tahap aku perlukan vacation lebih dari segala-galanya. Aku penat. Kali ni dalam negara je. Nasib baik time ni dah boleh makan macam biasa. If not, rugilah kan.


7. Demam. Again

Teruk betul antibodi aku. Bulan ni je dah 2 kali demam

8.Pesta Buku KL @ PWTC 28 April-7 May 2017

Aku akan bertugas di sana. Kalau jumpa tegur lah ye. Boleh akak perasan blogger famous, padahal sendu. Haha.

Sekian kisah April. Wayang pun tak sempat tengok bulan ni.

Cabaran kerja company besar. Sorang dua buat taik, everyone yang bernaung bawah nama M**** P**** kena sumpah dengan rakyat Malaysia. Dah takde duit, lagi mintak kena saman. Bikin malu je.  Masin mulut korang, company ni kena saman sampai lingkup, kenalah aku dan ribuan lagi cari kerja lain. Nilah orang kata kerana nila setitik.
Read More

Selamat hari jadi yang ke-...

Friday, 3 April 2015

Assalamualaikum semua! Tahukah kalian hari ni birthday aku? Haha, of course lah korang tak tau melainkan korang friend ngan aku kat FB macam blogger travel terkenal, Sdcha Sein. Tanjat I olls tetibe dia wish birthday titew..

Birthday yang ke berapa? Rasanya aku dah banyak kali mention, this year I turn thirty. Tiga puluh. Three series u olls!!!

Dulu zaman aku sekolah aku selalu membayangkan by umur 30 aku dah kahwin dan ada 2 orang anak. Bapak besar cita-cita! Sekarang bila masuk umur 30, aku still belum kahwin tapi dah ada 5 anak sedara, dua anak kucing, satu anak tekak dan berkotak-kotak anak mancis. Ok, anak mancis tu aku tipu..orang sekarang pakai lighter kot!

Apa-apa pun aku nak wish selamat hari jadi kat diri sendiri. Semoga panjang umur, murah rezeki dan mendapat jodoh yang baik. Giler forever alone wish kat diri sendiri. Hahahaha.


Tapi kan, tapi kan..paling terkejut aku bila dapat tahu aku sama tarikh birthday ngan Akak Cantik yang dengan anak-anak nampak cam adik-beradik tu. Patutlah selama ni aku ngan dia serasi bersama macam mertua  ngan menantu je. Hehehe. Jangan marah Mak, eh Kak dan Selamat hari jadi! Special tau wish sampai dua kali. Kat blog akak sekali, kat sini lagi sekali.

Apa-apa pun aku tau engkorang yang sweet-sweet belaka ni confirm akan wish happy birthday kat aku, so thank you in advance! (Confident tu penting) Mmmuah sikit!

OKlah, aku nak gi intai Abang Torres I masak apa kat dapur sempena birthday dinner aku malam kang. Jadi ke tidak Paella yang aku request tu.

Abang, jangan taruk belacan ye, I resdung!

Till then..bye u olls! Love you!!!
Read More