Al-fatihah buat Pak Cu Zul

Thursday 18 January 2024

Assalamualaikum dan hai semua. Berwarna-warni sekali Januari aku. Sekejap cerita happy, sekejap cerita duka. Kalau awal bulan aku dikejutkan dengan berita pemergian rakan, Ahad lepas (14 Januari) aku menerima berita kematian suami kepada Mak Cu pulak. Mak Cu adalah adik kepada arwah Mak. 

Kenangan aku dan Pak Cu banyak jugak, dari zaman dia nak mengorat Mak Cu, masa tu aku masih sekolah rendah; sampailah anak-anak diorang dah dewasa. Arwah Pak Cu selalu bawak aku jalan-jalan. Zaman belajar dulu, masa aku cuti semester  dan teringin balik ke kampung, Pak Cu lah yang akan menjemput aku di Terminal Bas Bentayan Muar. Sedikit pun aku tak lupakan jasa-jasanya.

Cuma takdelah terkejut sangat sebab Pak Cu pun dah lama sakit tiga serangkai. Masa aku kahwin pun arwah dan Mak Cu tak dapat datang sebab arwah menjalani dialisis. Terima kasih Pak Cu pinjamkan kak Ngah (satu-satunya anak perempuan mereka) untuk menjadi pengapit.

Alhamdulillah pengebumian berjalan lancar. Ramai saudara-mara dan rakan hadir menziarahi arwah. Al-fatihah untuk arwah Zulkefli bin Zainal.


Pak Cu dikebumikan di kawasan perkuburan yang sama dengan atuk, nenek dan mak kandung aku. Sempatlah juga aku mengambil kesempatan menziarah kubur mereka. Cuma sayangnya suamiku En.I tak dapat kubawa bersama kerana En.I sedang berkursus di Terengganu. Aku ditemani mak abah dan adik bongsuku. Alhamdulillah silaturrahim dengan keluarga arwah Mak tak putus.

Al-fatihah buat mereka yang telah meninggalkan kita

Kenangan kali terakhir raya bersama. Pak Cu sekeluarga turun ke KL. Masa ni nampak uzur Pak Cu dan wajahnya lebam

Al-fatihah untuk arwah Pak Cu ku, Zulkefli bin Zainal. Semoga Allah ampunkan dosa-dosanya dan tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Moga the rest of January baik-baik aja

23 comments

  1. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ
    Salam takziah buat Sal sekeluarga atas pemergian Pak Cu. Semoga arwah tenang di sana 🤲🏻

    ReplyDelete
  2. Al fatihah buat Arwah Pak cu sal. Keluarga Arwah mak sal kat mana. Ni perkuburan kat mana ni bukan kat Bt 6 Bakri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kat Jorak. Bakri tu kampung mak tiri saya

      Delete
  3. Salam takziah, semoga arwah dihimpun bersama orang2 yang Allah sayang...

    ReplyDelete
  4. Alfatihah..semoga arwah tenang disana..bkn sng nk jumpa orang yg nk bantu kita ms takde pape,tgh belajar dan sengkek kata orng..bila dia dah pergi kita yang teringat-ingat jasa dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah majoriti saudara-mara saya baik-baik dan senang membantu.

      Delete
  5. Byk dah kematian skrg ni yg dekat dgn kita..buat kita sedar hidup ni sat sgt dan malas nak berkira dgn benda-benda kecik dah mcm dulu lagi..En.I takde lak ye,klu ada leh tumpang hambur air mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. sebab tu sekarang kalau ada saudara-mara ke apa ke ajak datang rumah ke, saya terus pergi. tak nak menyesal di kemudian hari

      Delete
  6. Innalillahiwainnailahirajiun.
    Al-Fatihah.
    Banyak jasa Pak Cu pada Sal. Moga Allah rahmati arwah. Amin.

    ReplyDelete
  7. alfatiha utk pak cu cikpuan sal itteww.,

    ReplyDelete
  8. Salam takziah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete


  9. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

    Ya Allah, ampunilah almarhum (jenazah), berilah dia rahmatMu, kesejahteraan, serta maafkanlah dia.

    Alfatihah (dibaca)

    ReplyDelete
  10. Innalillahhiwainnailihirojiunnn...
    Takziah diucapkan buat Sal serta seluruh ahli keluarga semoga tabah dan redho.
    Semoga Allah mengasehi dan mengasihani arwah Pak Cu Sal saudara Zulkefli bin Zainal.

    ReplyDelete
  11. Innalillahiwainnailaihiraajiuun!
    Salam takziah.

    ReplyDelete
  12. Salam Takziah... Al Fatihah..
    Semoga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  13. إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ
    اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
    Salam takziah Sal dan keluarga.

    ReplyDelete
  14. salam takziah.. kita semua akan kesana suatu masa nanti..

    ReplyDelete
  15. Salam Takziah buat Sal dan keluarga..
    Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Aamiin..

    ReplyDelete
  16. Innalillahi wainna ilaihi rajiun ..
    Semoga ditempakan bersama para solehin dan syuhada di dalam syurga.. Amin

    ReplyDelete
  17. salam takziah dari mama semoga rohnya dikalangan org beriman

    ReplyDelete
  18. Al-Fatihah (dibaca) Salam takziah dek

    ReplyDelete
  19. Salam takziah. Moga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah