Ain't no fool, I'm just born in April

Tuesday 6 April 2021

Cerita birthday lepas..

As usual, malam susah tidur. Tepat pukul 12 tengah malam, my little sister datang bilik and wish Happy Birthday. Pastu Abah pulak. Well, I guess I should be happy then. Pencapaian terbesar aku bagi setahun lepas adalah mengelak Covid 19. Kalau kena terus mati senang cerita. Aku tak suka swab test, kuarantin, side effect lepas sembuh dan tak nak jangkitkan pada orang sekeliling aku. So yay to me!!

Lepas Subuh pergi berlari-lari anak. Sorang-sorang sebab geng running kena kuarantin.


Aku post gambar ni and member aku kata aku jogging kat area Highland Tower *insert music seram*

Petang pergi staycation. Aku memang dah bagitau famili aku awal-awal aku nak be alone for today. Call me weird, but that's just me. Famili aku memang dah faham. Cerita staycation aku update kemudian.


Sebelum orang belikan kita kek, kita beli sendiri

Birthday dinner

'Hadiah' from my favourite football team. Tak sia-sia bangun

Balik dari staycation, mendobi dan lepak depan TV. Petang adik aku belikan kek. Thanks dear sis! Potong kek berempat jela petang tu. Missing my anak-anak sedara and siblings. What to do, masing-masing busy.

Banyak extra so bagi jiran

Bukan hadiah birthday, tapi hadiah pengomen tegar blog Ako Retna. Thanks kak Ret!!

Pagi Isnin, back to office. Rasa macam staff baru sebab work from home dari Deepavali lepas. Tempat lama kena renovate, so pindah floor lain plak.

2021  Expectation : New Job. Reality : New cubicle je jadilah

Cubicle baru ni best sebab lagi luas dan nampak view. Tempat lama nampak dinding jer. Cuma terlampau dekat dengan mesin printer. Kurang privacy.


Balik keje teman member berbuka. Tak puasa pun tumpang sekaki la dah orang nak belanja stimboat. Kenyang oiii.

Tengah lepak-lepak lepas makan tetibe anak sedara sulung dok wasap tanya aku kat mana. Rupanya diorang kat rumah mak aku. So request member hantar balik terus sebab rasa cam dah lama tak jumpa bebudak tu. Rindunya. Rupa-rupanya diorang dah standby kek. Kinda surprise sebab hari tu cakap nak celebrate hujung bulan dengan anak sedara lagi sorang.

Siapa ada anak sedara mesti faham sangat moment ni. Lain orang punya birthday, lain orang yang beria potong kek. Hahaha. Aku yang dah kenyang tak makan pun. Tengok budak-budak makan pun dah hepi. Aku memang kurang makan benda manis.

Dalam meriah aku masih rindu orang yang tak ingat aku. Maybe I am a fool after all.

61 comments

  1. Ya memang anak buah akan kuasai kek itu. Bagi budak-budak seronok sudah cukup. Tahun ini tiada potong kek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Potong kek ni seronok kalau ada budak-budak. Kadang-kadang sampai bergaduh sape nak potong

      Delete
  2. Sudah semestinya anak buah akan beria potong kek hahaha.
    Btw happy birthday! :)

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir teman blogger..

    ReplyDelete
  4. Hepi belated besday Sal 😁

    ReplyDelete
  5. sanah helwah sal sht sjhtra n sukses selalu

    ReplyDelete
  6. too many updates in one entry haha !! but HAPPY BIRTHDAY !

    ReplyDelete
    Replies
    1. My ass too lazy to write multiple entries. Haha. Thanks Atie!

      Delete
  7. Alhamdulillah syukur buat sal dan keluarga. Semuga Allah limpahkan rahmat dan barakah buat sal dan keluarga. Selamat hari ulang tahun. Bukan date april fool kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan, bukan. Kalau terer ce teka berapa hb..

      Delete
    2. Kalau betul dapat hadiah tak...hehehehe 3hb ka...wah sama dengan ex opismate akak kat segamat. Lupa pulak nak wish dia

      Delete
    3. Pandai kak notie. Uit patut saya yang dapat hadiah. Haha

      Delete
  8. Sedapnya kek birthday.... meh akak suapkan..semuga sal makin manis selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dah manis la tu tak berapa makan dessert. Haha

      Delete
    2. Takpe manis dalam senyuman kwang kwang kwang. Orang tenguk sal yang manis terus minum air mineral dah rasa manis. Tak yah gula....cam tu kena tenguk sal hari-hari hehehe

      Delete
    3. Gitewww..tengok selalu kang jemu pulak

      Delete
  9. hepi belated besday dear ciksal yg kiut miut ittewww., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 3 series idok la kiut mana wak. Haha

      Delete
  10. ada penghuni rumah tu. Rumah tiga tingkat yang kelihatan seram. Eh eh lawan team kita tu, terus telur dapat. huhu

    Meriah sambutan birthday Sal. Ye faham, anak anak buah kita dah besar. rindu moment dorang masa kecik. Dorang memang excited bab potong kek.

    Happy birthday Sal. Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa teringin nak tengok apa ada dalam rumah seram tu tapi rasanya rumah penagih jela. Thanks for the wish Fizah

      Delete
    2. u're welcome. Uishh seriuslah? Maksudnya rumah tinggal tapi penghuni orang lain gitu. Bahaya lain tu.

      Delete
  11. Happy birthday kak! May Allah bless youu

    ReplyDelete
  12. Happy belated birthday...syoknya celebrate sorang2 during staycation..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Finally someone yang faham. Most people think I'm weird and lonely. Huhu. I just need some me time

      Delete
    2. Buat sesuatu sorang-sorang bukan weird lah... enjoy dengan diri sendiri untuk buat apa yang kita suka. Pada akak jika ianya mendatangkan kebahagiaan buat diri sendiri why not..Kehidupan kena nikmati sepenuhnya.

      Delete
  13. Setuju tu bab-bab potong kek pada anak-anak buah nih! sorang punya besday semua yang lain nak potong juga hehehe...
    Happy belated birthday Sal.
    Family Mrs. A pun ramai birthday bulan April

    ReplyDelete
  14. Happy besday dear..
    Semoga berbahagia dengan family tersayang..

    ReplyDelete
  15. happy birthday dear Sal..
    May Allh bless you with everything you wish for..
    Seronok buat sambutan hari jadi bila ramai anak buah.. boleh acah-acah gaduh.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoi.. selalu tertypo tau..
      May Allah bless you with everything you wish for.. Aamiin..

      Delete
    2. Haha. Seronok tengok berebut nak potong kek. Tuan punya birthday perati jela dari jauh. Thanks for the wish Sha

      Delete
  16. Happy belated birthday, Sal. Semoga Allah mengurniakan dirimu dengan seribu satu kebahagian, kesihatan yang sempurna, umur dan rezeki yang barakah.

    Best birthday dia... ada own Me Time, ada celebrate dengan family dan anak sedara. Hahahah part orang lain punya birthday, orang lain potong kek tu memang biasa 😂 Tu belum campur orang lain sambut birthday, kena prepare utk yang lain-lain sekali. Kalau tak ada yang sentap 🤣

    ReplyDelete
  17. mkn kek sesaja hahaha

    tu laa org ajak mkn kek dia g masuk keje... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa boleh buat, dah bos panggil. Boleh lagi makan kek, birthday aku sebulan. Haha

      Delete
    2. bulan puasa x bleh mkn kek ;-) lbh2 lg lps tersingkir ni... bau kek pun x dpt hahahahahaah

      Delete
  18. Happy Birthday Sal! sama bulan dengan husband shida hehee :)

    ReplyDelete
  19. Happy belated birthday sal!!! biasalah tu budak² setiap bulan sambut birthday... kalo kt tadika lagilah... hampir setiap hari ada je celebration.. hahaha... best jd budak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2 best. Buat apa pun orang tak judge

      Delete
  20. selamat ultah tante sal, dan berbicara akan hotel itu hotelnya oke punya sudah tempatnya bagus, bersih, harganya juga lumayan makannya juga weenak jadi pengen pergi ke sana namun sayangnya jauh . tapi, tak apa lah kan sudah diajak jalan - jalan virtual sama tante sal sudah senang sayanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trimas ya atas ucapan ultahnya. Sekarang musim pandemik kan, jalan-jalan virtual pun boleh

      Delete
  21. happy belated birthday kak sal.. many more great returns coming on... cantiknya birthday girl ~

    ReplyDelete
  22. Paham sgt dah, nama pun anak buah hahaha..mmg mengada deme..befday depa sng kata hari2 hahahaa kalau smbut depa dulu ^_^

    Happy Belated befday Sal :)
    moga sal gembira dihari jadimu!

    ReplyDelete
  23. Kak Amie pun kalau boleh nak elak swab test! Masalahnya kalau deman sikit, ke hospital atau klinik mesti kena swab test!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah saya dah lama tak demam. Kalau demam and pergi klinik mungkin sama senarionya

      Delete
  24. Happy belated birthday Sal.

    ReplyDelete
  25. its late..i know but still " Happiest birthday to you Sal", semoga sihat selalu :)

    ReplyDelete
  26. Comelnya anak sedara.. happy birthday sal semoga sentiasa murah rezeki sentiasa dilindungi Allah ye sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat nak cakap saya comel. Hehe. Thanks mama

      Delete
  27. Happy belated birthday sal 😍 semoga segala yg dihajati tercapai. Mkn puas2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak birthday pun kuat makan. Cmane? Thanks wish Nina

      Delete
  28. New cubicle pun jd lah.. semoga bersemangat nk kerja nanti

    ReplyDelete
  29. belated sanah helwah sal..hehe bole ke cmtu =p
    moga umur diberkati, dmurahkan rezki dari semua segi..aamiin insyaAllah =)

    ReplyDelete
  30. happy belated birthday Kak Sal.. semoga yg indah2 baik belaka Allah hadirkan untuk akak.. i guess bila umur kita makin meningkat mmg kita nak banyak me time dan alone kot. yes birthday tapi i just need to appreciate myself more gituu.. and yes takyah tunggu orang belikan kek.. hehe beli sdiri pun xpa =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. I enjoy being with people as much as I enjoy being alone. Still akan ada people out there yang kata kita pitiful. Tapi lantak pi lah. Kita hepi tak kacau dia pun

      Delete
  31. Happy belated Sal, orang barat je lonely in the crowd hehe..Anak buah sure nak tiup dan nak potong, teruja dan menceriakan, highland tower gerun la juga bila ingat hehe..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah