Saturday, 4 April 2020

Birthday yang tak Happy

Assalamualaikum semua. Semalam hari jadi aku. Plan aku nak buat kelainan untuk birthday tahun ni. Dah siap ambil cuti. Nak 'tebus' untuk birthday tahun lepas sebab last year on the same date I had a huge mental breakdown.

Sepatutnya sewaktu entry ini ditulis, aku ada kat sini...

Nak tau tempat ni kat mana? Klik SINI 

Menangis aku sebab cancelkan trip solo aku ni. Like literally menangis ye. Terpaksa cancel hotel dan refund flight. Duit yang dah tukar siap-siap terperuk dalam almari. Semuanya angkara Covid19. F**k you Coronavirus for ruining my plans!

In the end aku cancelkan cuti. WFH dengan kerenah bos yang mencabar minda. Bagi aku tugas yang aku tak pernah buat, pastu expect aku boleh belajar through whatsapp. Aku dahla berangin tak dapat pergi bercuti. Buat keje plak asyik salah. Sistem pulak berat dan memerlukan industrial internet yang maha laju. Harap la hotspot Maxis aku tu. At least sponsor la top up kan?

Tetibe dapat whatsapp dari bff aku, ND. Eh rupanya dia hantar something. Nak jumpa tak boleh kan. So, order la pakai GrabFood dan hantar ke rumah aku.



Ha amik kau selambak dari Secret Recipe. 4 slice kek, OKlah tu since ada 4 orang kat rumah. Chicken salad tu sekejap je habis dikendurikan aku dan adik aku. 

Dapat makanan terus mood baik balik. Tapi tulah malam-malam tu teringat arwah Mak. Nangis sampai tertidur. Nanti dah habis PKP, nak balik kampung ziarah kubur Arwah. 

Begitulah kisah seketul aku. Suatu masa dulu aku suka sambut birthday. Suka potong kek dan dapat hadiah. Entahlah sejak bila aku berubah. Aku selalu pastikan tarikh harijadi aku tu aku jauh dari orang. Tak rasa apa pun bila orang wish, sebab tu aku hide dari Facebook tapi macam biasa famili dan rakan-rakan rapat ingat je.

Entahlah sejak bila aku mula putus asa dengan kehidupan......

38 comments:

  1. Happy belated birthday..
    Semakin kita berusia semakin kita menjalani hidup dengan cara kita sendiri.. Take care and lots of love for you..

    ReplyDelete
  2. Sabar ya Sal, In Sha Allah nanti Allah gantikan yang lebih manis...Happy Birthday.

    ReplyDelete
  3. Ada kawan yang menggembirakan Sal sampai 4 keping kek dia bagi.
    Happy belated birthday. Faktor usia kut tak beria sambut harijadi.

    ReplyDelete
  4. Happy belated birthday Sal. Semoga diberkati Allah dunia akhirat. Saya pun cancel kan trip. Belum ada rezeki kita nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpelah kan, dari jadi pembawa virus. Kesian kat orang lain

      Delete
  5. happy birthday Sal.. sabar dik, setiap kejadian pasti ada hikmahnya.. semoga Sal terus sukses dunia akhirat, aamiin :)

    ReplyDelete
  6. akak !! happy belated birthday. sooryyy i missed ur birthday. internet so limited skrng kat bangi unifi kat Penang. huwaaa.. nanti kita plan lepak k.. we go eat fancy food jooom..

    its ookay kak its for ur own safety tapi saya faham je perasaan trip kena cancel tu. apa2 pun yakin semua untuk kebaikan. nanti semua da clear boleh pergi k..

    and ajak saya =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi ayat last tu. Hehe. Nanti keadaan dh reda kita gi makan2 ye. Apa2 wasap, boleh gosip2. Haha

      Delete
  7. Happy belated d birthday 🎁🎉🎂
    Semoga tabah dalam menjalani hidup ini

    ReplyDelete
  8. jimat duit x apabila stay at home ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak duit habis kt makanan, prepaid n bil letrik plak.

      Delete
  9. Happy belated birthday kak Sal.. untuk safety kita semua, tak mengapa akak tak dapat nak sambut pada tahun nie, Insha Allah kita akan sambut lagi pada tahun depan.. Semoga akak dikurniakan kesihatan yang baik, semoga Allah merahmati, memberkati dan merahmati kehidupan akak sekeluarga..

    ReplyDelete
  10. Happy belated birthday..jgn bersedih..semoga dapat merealisasikan impian ini di tahun2 yg mndatang..amiin..

    ReplyDelete
  11. happy belated birthday kawan.

    Semoga happy dan dapat bangkit kembali.

    jangan pernah putus harapan dari rahmat dan kasih sayang ALLAH.

    Take care kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lebih setahun dan masih berusaha untuk bangkit. Entahlah

      Delete
  12. SANAH HELWAH SAL NIKMATI SAAT ISTIMEWA DIMANA SAJA BERADA

    ReplyDelete
  13. Happy belated birthday dik. Senyum-senyum selalu ye, jangan bersedih lagi. In shaa Allah lepas covid-19 lenyap dari muka bumi, bolehlah travel lagi. Mudah-mudahan tercapai hasrat untuk ziarah kubur arwah ibunya.

    ReplyDelete
  14. Happy belated birthday Sal...takpe lah, takde rezeki nak celebrate kat situ tahun ni, insya'Allah tahun depan boleh plan semula..

    ReplyDelete
  15. Selamat ulang tahun kelahiran Sal.
    Semoga dikurniakan umur yang berkat dan dipermudahkan jodoh.
    Yakinlah perancangan Allah lebih baik daripada kita manusia ni ceria-ceria selalu.

    ReplyDelete
  16. HAPPY BELATED BIRTHDAY SAL ... SABR YE LEPAS DH REDA CORONA NANTI BOLEH PLAN TRIP LAIN PULAK

    ReplyDelete
  17. Happy Belated birthday.
    Stay safe. Semoga wabak ini cepat berlalu.

    ReplyDelete
  18. Happy belated birthday Sal, and stay safe ya.

    ReplyDelete
  19. Happy Belated Birthday Sal.
    Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan serta berada dalam ketenangan.Aamiin..

    ReplyDelete
  20. Thanks eeryone for the prayers

    ReplyDelete
  21. happy belated birthday. mgkn ada hikmahnya dgn semua yg tjadi

    ReplyDelete
  22. happy belated birthday sis, semoga tahun depan dapat ke tempat yg nak dituju itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. Habis covid nantila kot baru dapat gi

      Delete
  23. Selamat ulang tahun yang dah lepas buat Sal. Apa pun yang berlaku Allah lebih mengetahui yang terbaik buat Sal. Wah pergi Taiwan. Insyaa Allah ada rezeki pergi tempat tu. Taiwan best ka. Sabar dan redho lah dengan ujian Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jugak. Banyak tempat cantik. Taiwan berbeza dengan China sebab pernah dijajah Jepun

      Delete
  24. happy belated birthday... semoga rezeki yang lebih baik datang...

    ReplyDelete
  25. happy besday :)

    takpe. ada hikmah tu semua cancel.
    lepas ni mungkin ada rezeki lagi sempurna utk sal travel.

    ReplyDelete
  26. Replies
    1. Hari tu kan dah makan kek ros laici. Wuu.. Sedap teringat2

      Delete
  27. harap birthday tahun depan yg best2 saja.. hehe aminnn

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

 

Template by BloggerCandy.com