Assalamualaikum dan hai semua! Lama betul tidak menulis. Entahlah kenapa.. Mungkin hilang minat, mungkin kecewa tengok earning ciput, mungkin sibuk dengan pelbagai urusan dunia atau mungkin juga penat menyusun dan memujuk emosi dan hati.
Apa pun, pemergian seorang teman di hari Jumaat baru ni (5 Januari 2024) membuatkan aku rasa nak meluah. Ada sesuatu yang terbuku dan perlu diceritakan. Untuk ketenangan aku, dan juga untuk pedoman semua yang terbaca apa aku tulis ni
Aku kenal En.F sekitar tahun 2012, kerana En.F kawan baik dengan En.A. En.A boleh dikatakan kawan baik aku paling lama di tempat kerja aku sekarang. En.F aku dah anggap macam adik sendiri kerana jarak umur muda 4-5 tahun dari aku. Selalu juga lepak bersama di hujung minggu atau lepas kerja. En.A dan En.F juga kerap datang berhari raya di rumah.
Sekitar 2020, Covid-19 membuatkan En.F mengalami kemurungan kronik. Dia sering mengadu dan meminta nasihat dari aku kerana dia tahu aku juga survivor. Aku cuba membantu sebaik mungkin. Kalau tak dapat berjumpa, aku sering bertanya khabar. Aku cuba sehabis daya walaupun ada ketika kemurungan En.F terlalu teruk sampai dia enggan bercakap dengan sesiapa termasuk aku. Kalau En.F tu perempuan pasti lebih banyak aku boleh tolong tapi beza jantina adakalanya membataskan. Mustahil aku nak ajak dia pergi bercuti sekali atau aku nak pergi meneman dia di rumah sewa.
Ada beberapa perkara yang aku kesalkan. Awal tahun 2023, aku dia dan En.A menghadiri kenduri kahwin anak akak opis kami. Malangnya di kenduri tersebut aku terserempak seseorang yang pernah menyakitkan hati aku. Pertemuan itu membuatkan aku bad mood sepanjang hari walaupun lepas kenduri tu En.A dan En.F cuba hiburkan aku dengan bawa aku berjalan-jalan. Aku menyesal sebab tak boleh kawal perasaan aku. Aku hang out dengan muka yang monyok.
Bila terkenang balik, aku rasa menyesal sebab tak cherish the moment. Mood buruk aku buatkan En.F pun tak happy. Kami tak ambil gambar langsung padahal aku dan En.F ada habit suka ambil gambar bila jumpa port cantik.
Penyesalan itu mengajar aku yang kita kena hargai masa dengan orang yang ada dengan kita. Letak tepi masalah lain kalau takde kena-mengena dengan orang yang ada bersama kita. Jangan hukum orang lain sebab orang lain. Kita tak tau, entah-entah tu kali terakhir kita dapat spend time together.
Yelah kita ni manusia ada kalanya gagal kawal emosi. Marah dengan bos, lepaskan pada anak isteri. Terkebil-kebil bila tak tahu apa-apa tapi kena herdik. Padahal bukan mereka tu punca kita naik angin. Aku harap tahun 2024 ni aku lebih cekap mengawal emosi. Jangan kerana marah bila perancangan tak menjadi, orang sekeliling yang tak bersalah terima tempiasnya
Pemergian En.F di usia masih terlalu muda membuatkan aku sedar yang hidup ini sebenarnya terlalu pendek untuk bermusuhan dengan sesiapa. Mungkin saja arwah ada wasap aku sebelum dia meninggal untuk memberitahu tentang sakitnya tapi tak sampai kerana aku dah block nombor dia. Aku sewajarnya mengalah dan memahami situasi En.F yang menghidap kemurungan kronik. Aku sepatutnya lebih faham kerana aku juga pernah mendapatkan rawatan untuk sakit yang hampir serupa.
Tak ada apa yang boleh aku lakukan melainkan menitipkan doa dan menyedekahkan Al-Fatihah. Damailah di sana Mohamad Fakhri bin Koles.
Innalilhiwainnailaihirojiun...
ReplyDeleteSemoga Allah mengasihi dan mengasihani arwah kawan Sal saudara Mohamad Fakhri bin Koles.
Mrs. A pernah rasa sesal yang amat sangat sebab tu kalau bergaduh tak nak simpan lama-lama tak kisahlah dengan sesiapa pun terutama sekali dengan orang yang kita sayang.
betul tu. rasa menyesal dan ralat tu akan terus menghantui. saya sekarang nak cakap buruk pasal orang pun takut. takut tak sempat minta maaf
DeleteTakziah. Semoga roh awrah dicucuri rahmat.
ReplyDeleteInnalillahiwainnailahirajiun.
ReplyDeleteBetul itu kena menang dan hargai waktu. Macam adik-beradikpun ada yang rasa kurang puas hati tapi reda itu perangai mereka.
Allah sayangkan Encik F. Sedekah al-Fatihah selalu.
betul. macam tu jugak la dengan kawan-kawan rapat. kalau boleh kena sentiasa saling memaafkan
DeleteYa Allah.
ReplyDeleteSedihnya baca.
Saya pun ambil iktibar dan pengajaran supaya lebih menghargai orang yang ada di sekeliling kita. Lebih kepada sifat memaafkan dan lapang dada dari mementingkan diri sendiri.
Semoga arwah Mohamad Fakrie bin Koles tenang di sana menemui Dia Yang Lebih Menyayanginya.
itulah kan. saya harap pengalaman saya dapat buka mata sesiapa yang baca entry ni
DeleteSalam Sal... hi dear..lamanya menyepi kan awak... moga sihat2 saja hendaknya..takziah atas kehilangan sahabat Sal ... al fatihah buat arwah, semoga dicucuri rahnat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...aamiin... moga yg baik2 saja buat Sal key...take care 😘
ReplyDeletethanks kak MA. saya nak jadi macam kak MA lah sekarang, setiap momen penting ambil gambar dan share supaya ada kenangan bila rindu-rinduan
Deleteglad to have you back..in blogging world. seronok bila dpt komen2 dr Sal...keep on writing key sis.. miss you!! Kak ayu sampai ada email Sal sbb mcm tertanya2 .. where is Sal? rajin2 update tau, walaupun rasa a just small things ...
DeleteRinduuu...welcome back!!
ReplyDeleteSalam takziah diatas pemergian sahabat En. F..semoga arwah tenang di sana...terkilan kan bila berada di situasi mcm ni...titipan doa & Al-fatihah pengubat rindu..
betul kak. pemergian arwah buat saya sedar tentang banyak perkara
Deleteإنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
ReplyDeleteاَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ
Semoga teman Sal tu bahagia di alam sana, dah bebas dari masalah kemurungan kronik tu. Betul kata Sal tu, hidup terlalu singkat utk kita bermusuh dgn org yg kita sayang. Tapi jgn salahkan diri-sendiri, sebaik-baiknya jadikan pedoman utk memperbaiki hubungan dgn org yg masih ada. Semoga Sal terus kuat ye. Fighting! 💪🏻
alfafihah.. aminn
ReplyDeletekjap ciksal, lama x dgr citer wak ingt ko dh kawen.. aminn
ReplyDeletehahaha. nantikan saya buat press conference
DeleteAl fatihah... Semoga arwah diletakkan bersama orang yang beriman
ReplyDeleteAl-fatihah buat allahyarham Fakhri.. sebaknya baca sal... semoga arwah tenang di sana... dah tak ada sakit dah di sana... sal ni buat comeback pun terus cerita sedih... eh puan sal... hehehe
ReplyDeleteAlfatihah..dah tertulis semuanya untuk beliau..semoga Sal kuat ya..ada hikmah semuanya
ReplyDeleteterima kasih Mak. betul, ada hikmahnya untuk saya dan orang sekeliling arwah
Deleteاَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
ReplyDeletealfatihah (dibaca)
ingatkan 1 je masalah kesihatan arwah. tapi sampai 3. mungkin itu yg buat arwah tertekan...
ReplyDeletesaling berkait. arwah ada anxiety teruk. sakit mental boleh affect fizikal sebenarnya
Deleteya. tu mmg x dinafikan. sebab badan kita ni kan saling berkait...
DeleteAllahuakbar...al fatihah buat arwah. terkesan dengan cerita sal. apa pun yang terjadi semuga ianya menjadi iktibar pada diri akak juga supaya sentiasa menghargai orang sekeliling kita. Hidup ini terlalu singkat untuk di penuhi dengan rasa dendam dan benci pada orang. Tapi tu lah kan kita ni manusia selalu ikut perasaan emosi.
ReplyDeletebetul lah tu. makin dewasa ni saya ambil langkah elakkan konfrontasi. kurangkan bergaduh, itu lebih baik
Deletesemoga en F ditempatkan di kalangan insan terpilih.. ameeennn.. hanya org terpilih sahaja dipilih untuk menemuio Pencipta pada hari Jumaat..
ReplyDeletebetullah, harga semua selagi kesempatan masih ada..
salam kenal dik, done follow as Ain Farhana
terima kasih follow. done follow balik. Rezeki kan arwah dapat meninggal di hari Jumaat
Deleteinnalillahiwainnailaihirojiun...al fatihah takziah Sal pertemuan itu kenangan bhgia abadi
ReplyDeletewalau apa sekalipun konflik yg melanda antara kak sal & arwah, Allah maha mengetahui segalanya kan.. Al-Fatihah & moga arwah ditempatkan bersama golongan beriman aminnn
ReplyDeleteAllah saja yang maha mengetahui. Cerita sesama kami, biar kami sahaja tahu
DeleteSemoga Allah mengampuni dan merahmati roh Mohamad Fakhri.
ReplyDeleteDan semoga Sal juga tenang dan dapat berdamai dengan apa yang dah berlaku.
Insha Allah. saya anggap ia pengajaran dalam mematangkan diri
DeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirrojiun. Salam takziah Sal. Tini pun dah lama tak blogwalking dek tuntutan kerja. Tapi, lepas baca nukilan Sal, Tini nak always stay in touch with everyone close to my heart, family, sahabat-handai juga sahabat maya.
ReplyDeleteSemoga Sal kuat menghadapi dugaan ini.
yelah kan, tak dapat berjumpa depan-depan, melalui media sosial atau whatsapp pun boleh berhubungan
DeleteSalam takziah!Al-fatihah
ReplyDeleteJangan salahkan diri. Percaya bahawa setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya..
terus kuat dan teruskan hidup dan hargai mereka yang masih bersama kita..♥
betul tu sis. orang yang dah tiada, kita tak boleh buat apa. hargai yang masih ada bersama kita ni
Deletesalam takziah...linda pun belajar dari kesilapan...
ReplyDeletejust cherish every moment that we have...sebab kita x taw bila kita akan pergi @ orang kita syg pergi... negatif kita jauhkan, positif kita dekatkan...
semoga tiada penyesalan yang berat dalam diri cikSal, sebab itu pun akan menjadi punca..semoga yang baik utk cikSal..
LInda baru di sini, semoga dapat membaca lebih lagi penulisan cikSal..
salam kenal ya
Innalillahiwainnailaihirajiuun. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh org2 yg beriman. Aamiin....
ReplyDeleteAllahu Kak Sal, benda yang dah lepas, kita nak patah balik pun dah tak boleh. Semoga akak tabah hadapi pemergian En. F ni. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Take care Kak Sal
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirojiun, slm takziah..welcome back sal...salah satu terapi kemurungan adalah..get involve..menulis..berkarya..insyaallah semua yg kemurungan akan ok
ReplyDeleteSalam Takziah.. Al Fatihah.,
ReplyDeleteTerima kasih kongsi kisah ni. Betapa singkatnya hidup ni nak berselisih faham.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ
ReplyDeleteاَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Sebak membacanya Sal. Betul tu Sal, jadikan pengajaran untuk semua. Hargai masa bersama orang sekeliling selagi masih ada waktu dan tak perlu ego untuk menjalinkan silaturahim yang baik.
Kita yang masih hidup teruskan hidup dengan tenang. Semoga semuanya baik baik je. Aamiiin...
Taziah.. AL Fatihah.. semoga beliau ditmptkan bersama org2 yng beriman dan dimasukan ke syurga tanpa hisap amin
ReplyDeleteinnalillah.. muda lagi. allah lebih sayang
ReplyDeleteAllahu…
ReplyDeleteItu janji Allah, yg hidup pasti akan mati.
Jangan salahkan diri sendiri ye, anggap itu ujian buat kita hambaNya.
Semoga Allah cucuri rahmatNya ke atas roh Mohd Fakhri Koles
Semoga arwah ditempatkan disisi hambanya yg soleh. Al-Fatihah (dibaca). Ibu pun rasa terkilan Sal. Bln 9/2023 ibu kehilangan sahabat kecil ibu. Yang buat ibu betul² terkilan sebab ibu tak angkat call dia seminggu sblm dia meninggal dan ibu boleh lupa nak call dia blk waktu dia missed call tu. ;,(
ReplyDelete