Assalamualaikum dan hai semua! Ini kejadian Ahad lepas, minggu birthday aku. Aku meluahkan kesedihan aku pada Mr. I yang takde family member yang celebrate birthday aku. Ajak datang berbuka kat rumah pun masing-masing busy. Hurmmm. Kawan baik aku dua orang, both pun sakit. Seorang mabuk pregnant, sorang lagi masuk hospital sebab blood infection (mohon doakan kawan baik aku, ND ye) Risau hati aku teringatkan diorang so sepanjang minggu aku tak berapa ada mood.
Maybe tak sampai hati dengar suara sayu aku, Mr.I ajak keluar, boleh request birthday present dan makan apa je aku nak. So ke MyTown lah kita. Tak kuasa nak pergi jauh-jauh.
Awal-awal plan nak makan tempat lain, tapi masa lalu kat restoran ni nampak macam best pulak. Check menu, ada nasi. Aku ni manalah boleh jauh dari nasi.
So far di Malaysia ni baru ada 2 cawangan. Cawangan pertama di Sunway Pyramid. Yang di MyTown ni masih baru lagi dibuka tahun 2023. Aku tak pasti bulan March ke April. Aku tak pernah pergi pun yang di Sunway Pyramid, tapi pilih nak makan kat sini sebab restorannya nampak cosy dan eksklusif.
Restoran ni berkonsepkan Malaysian. So kalau datang sini nak cari steak akan hampa lah.
Aku excited bila nampak buku menu. Tak berapa gemor konsep QR Code. Pesan dengan menulis order atas kertas dan waiter akan datang collect.
Konsep berbuka kat sini adalah order, bayar dan simpan resit untuk reserve meja. Reserve pakai air liur tak akan dilayan. Memandangkan aku segan dengan Mr.I aku takdelah ambil gambar menu macam selalu aku buat. Korang boleh usha menu-menu A'Decade Restaurant di SINI
Presentation makanan dalam buku menu dia memang tip top. Rasa nak order semua. Hahaha. Ni antara yang menarik perhatian aku.
Menu dulang ni kalau makan ramai-ramai best lah kan
Western pun ada, tapi tak banyak sangat
Yang light pun ada
Korang nak tengok menu lain, klik dekat link FB page aku bagi tadi. Tapi aku frust sebab menu yang aku nak iaitu Nasi Goreng Kampung wih Otak-otak takde. So aku tukar Nasi Goreng Kampung with telur mata. Majoriti menu nasi ada ayam, so aku tak nak sebab dah beberapa hari makan ayam je.
Lepas order dan reserve meja, kitorang keluar dan jalan-jalan cuci mata. Ikut hati nak pau Bath & Body Works tapi last-last aku pau blouse je. Nak pakai dengan kain pario masa raya nanti. Kebetulan ada member opis bagi sebab tak match baju raya dia. Sabor jelah. Orang lain tak nak sebab tak reti pakai. Ingat aku ni terer sangat ka? Huhu.
Nak dekat pukul 7 datang balik. Waiter dah start susun hidangan
Yang putih tu soursoup Mr.I. Aku order Kat Chai Bing. Limau asam boi kot. Ada daun pudina gak. Macamanalah batuk naik baik-baik.
Nasi Goreng Kampung agak lain dari yang aku biasa makan. Takde cili padi, takde kangkung tapi ada hirisan bunga kantan dan ulam timun. Penggemar Nasi Goreng Kampung tegar mungkin tak gemar walaupun rasa boleh tahan sedap.
Price wise bagi aku not bad lah. Portion banyak kus semangat. Aku mampu makan separuh je. Lagi separuh bungkus. Aku sempat intai meja sebelah, kuey tiow goreng nampak sedap. Nasi kerabu pun sama. Menyesal lak tak order. Ayam goreng nampak menggoda selera.
Rasa macam OK je nak repeat lagi sekali tapi entahlah bila. Nak order menu lain pulak. Datang ramai-ramai pastu order yang platter menarik jugak kan?
Lepas makan dan solat Maghrib, terus balik sebab tak nak miss terawih. Aku puji pengurusan MyTown sebab extend surau diorang untuk menampung kapasiti pengunjung yang ramai. Entahlah untuk bulan puasa je ke atau untuk selama-lamanya.
Untuk yang berminat boleh cuba makan di cawangan Sunway Pyramid:
LG2.52& 2.53, Sunway Pyramid Shopping Mall, Jln. PJS 11/15, , Petaling Jaya, Malaysia
019-590 9868
Atau di cawangan MyTown:
G-012F, MyGround, MyTOWN Shopping Centre, No.6 Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
010-246 4772
Landmark : Decathlon
OKlah tu je nak cerita. Thanks for reading!
macam best jugak...ammi penah ke MyTown ni sekali je tapi tak pernah masuk surau. Hanya temankan si bujang je kat luar
ReplyDeletebaca entry ko rs menyesal pulak sbb x singgah aritu😂😂😂
ReplyDeletetu tandanya ko kena pergi dengan aku
Deletemggu ni ko gaji kan? boleh laa sy belanja ko bayar🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃
Deletewow..menariks rest tu....
ReplyDeletenampak mcm sedap tu. cuma dah tua2 ni lebih suka iftar di umah aje. tp jika ada org ajak, nak je pi...
ReplyDeletesamalah, lagi suka iftar di rumah. ni dah orang nak belanja. rezeki jangan ditolak
DeleteGagal fokus pada cerita makanan, tapi excited dengar pasal Mr I Sal…hehe
ReplyDeletehahaha. takde apa cerita sangat pun
Deleteemm menu dulang tu emm sungguh mengoda hati ku sebab ada satay.
ReplyDeleteoh..suka sate rupanya. meh datang makan Zaini Satay kat laman MPAJ
DeleteMY town ni yang dekat ikea cheras ke
ReplyDeletehaah kak notie. sebelah je
Deleteok la deting sekali hehehe... btw food dia nampak menarik... next time bole try juga la nnt
ReplyDeletedeting bulan puasa ginilah, untuk berbuka je. belum terawih dah balik
DeleteAda juga makanan Barat. Ingat 100% makanan Malaysia.
ReplyDeleteada pilihan jugak kalau tak nak makanan berat
DeleteSaya pulak yang terliur tengok menu-menu di sini.
ReplyDeleteMenarik betullah Sal.
Mana tahu ada rezeki dapat balik Selangor, nanti boleh jalan-jalan singgah sini.
mana tahu kan, jalan-jalan ke MyTown nun
Deletefuhhhhh tengok gambar je pon dah cukup meleleh air lior! adehhhh
ReplyDeletepandai diorang ambil gambar dalam menu. asal masuk pun sebab terpengaruh gambar kat dinding
DeleteSaya sukaaa liat chicken rice nyaaa, kliatan sedap 😍😍. Tadi berharap ada cabangnya kat Penang, ternyata belum ada ya kak 😅. Kalo ada, pasti saya datangin. Belum tau lagi kapan nak ke KL .
ReplyDeleteTempatnya pun kliatan bagus dan cozy. 👍
baru ada 2 cawangan di Malaysia. baru lagi restorannya. mungkin di masa hadapan
Deletewah menu menyelerakan makan banyak2 sal bagi berisi sikit
ReplyDeletehahaha. saya memang susah naik badan kak PI. lagipun memang jenis cepat kenyang
DeleteJap jap... sy tertinggal cerita ke ni? sapa Mr I ni? anyway, happy belated birthday sal!! semoga yg baik² saja mengiringi sal ye
ReplyDeleteUntung ler..ada org temankn..enjoy bzday month Sal
ReplyDeleteNampak semua menarik dan sedap... Nanti bolih cuba...
ReplyDeleteSedapnyaa
ReplyDeletebestnya, ada yg belanja & dapat present....semoga kawan baik Sal cepat sembuh...mmg risau kes blood infection ni..
ReplyDeletetahun ni tak ada rezeki nk berpuasa dan berbuka di KL.. segan pulak dgn Mr. I. Semua portion nampak sedap la sal.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri puan.. Maaf zahir dan batin.
ReplyDeleteCozy tempatnya Sal selesa nak menjamu selera. Menu platter tu menarik perhatian
ReplyDeletewahhh ada restoran baru! Nak pergi lah makan dekat sini, tergoda tengok toast dan western dia
ReplyDeleteSelamat menjamu selera. Kualiti nasi goreng kalau kena dengan harga, bagus lah.
ReplyDeleteBaiknya Mr I temankan Sal sambut birthday berdua hihi. Semoga jodoh Sal dgn Mr I sampai ke jinjang pelamin dan ke anak cucu...
ReplyDeleteMenunya menarik juga. Sal jangan sedih2 ye. Semoga terus bersemangat ye. Lama x jenguk Sal. Blog ibu pun makin terbiar sebulan dua ni. Kemana pegi mood nak menulis ntah lah. Ke laut china selatan gamaknya. Muahahaha!
ReplyDeletenasi goreng tu kalau tak pedas rasa pelikkan sal tp menu2 dia kemain semua nampak sedap
ReplyDeletemengancam betul menu2 kat sini
ReplyDeletesal kemana menghilang. Muncul lah baik. windu tulisanmu. Semuga semuanya baik-baik saja.Aamiin
ReplyDeleteSinggah sebentar.. Salam Aidiladha :)
ReplyDeleteMr I masih tergantung ke penghujung cerita hahahaa..
ReplyDeletepatut paw je bath and work tu hahahaa...
ok My Town dekat jer sebelah rumah ni..
Eh lama nyaa dia sepi...!! Tu bz deting ke tu? Hehee.. rindu nak baca citer awak kat sini... sila la update balik!! - kak ret-
ReplyDeletemana la dak Sal ni lama menyepi.. kang tau2 dapat kad kawen je :p
ReplyDeletenampak menarik ni.. kalau ke mytown boleh laa singgah cari kedai ni kot..
ReplyDeletekalau tak, jenuh laa laki bini duk tanya sesama sendiri nk makan kat mana.. huhu
p/s mentang2 dah mng tgh sejuk menggeletaq kat puncak... ko baru nak update ya.... sblm ni menggua je ya
ReplyDeleteAtas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.
ReplyDeleteYang benar,
Permaisuri Cuya.
suka tgk interior restoran ni nampak cosy dan selesa. makanan pn nampak sedap. harga tu tak berapa murah juga
ReplyDeleteDania suka juga pergi MYTown ni tapi ummi dia suka yg dekat dekat ajer. Hehe. Interior dia cantik.
ReplyDelete