6 sebab aku tak suka pergi konsert

Tuesday, 23 January 2024


Dari zaman remaja lagi aku menolak bila member ajak pergi konsert walaupun yang buat konsert tu artis yang aku minat separuh mati. Entahlah, tak rasa teringin pun nak pergi. Aku membayangkan manusia yang ramai, muzik yang bingit dan suasana yang sesak. Itu berdasarkan apa yang aku tonton di TV jelah.

Begitupun, aku mengalah jugaklah bila BFF aku, ND ajak aku dan SR gi Konsert Bulan Bintang tahun lepas. Alasan sempena hari jadi dia dan penglibatan Faizal Tahir dan Raihan antara 'senjata' yang digunakan ND untuk memujuk aku.

Aku setuju pergi sebab line up artis dia yang 'semenggah'. 

Konsert ini serentak dengan konsert Blackpink di Stadium Nasional. 


Pada pendapat aku, kalau kita nak declare kita suka something atau tidak, kita kena cuba. Dipendekkan cerita, balik dari konsert tersebut telah mengesahkan yang aku memang tak suka pergi konsert. Hahaha. Tipulah kalau kata aku tak enjoy. Aku cakap tak seronok langsung tu hipokrit pulak sebab aku have fun jugak. 

Cumanya kalau diajak lagi sekali mungkin tidaklah. Antara perkara yang membuatkan aku tak suka pergi konsert

1. Aku tak tahan lapar

Sebelum masuk konsert dalam pukul 5, kitorang dah makan dulu, tapi menjelang pukul 9 macam tu aku dah lapar balik. Ko bayangkan time giliran group apa entah menyanyi, aku keluar dari stadium dan pergi food truck. ND dan SR tak ikut. Sanggup aku keluar sorang. Nasib baik boleh masuk balik. Nak tahan lapar sampai konsert habis pukul 12 tengah malam? Mau menggigil aku

2. Annoying dengar orang sebelah menyanyi

Lip-sync is fine, tapi sing-along? Kuat-kuat lak tu. Aku rasa nak je cakap kat diorang yang aku nak dengar penyanyi atas pentas. Bukan suara kau! Ah..sis stress.

Suara 'penyanyi latar' sama naik

3. Nak solat susah

Diva kan aku? Nasib baik masa konsert ni aku ABC. Stress nak berseak-sesak dalam surau sempit dengan puluhan wanita lain. Dahla waktu maghrib sekejap. Tapi, erm...time tengok bola boleh pulak kau Sal?

4. Aku anxiety

Konsert yang duduk macam ni aku boleh bertenang lagi tapi kalau member aku scam aku dengan beli tiket di standing zone eh memang putus kawan. ND dan SR pun kenal aku cmane. Muzik yang terlampau kuat buat aku rasa bingit. Dentum-dentam speaker tu sampai ke jantung buat aku berdebar-debar. Nasib baik Konsert Bulan Bintang agak tenang dan takde muzik yang keterlaluan dan memekakkan telinga.

5. Aku kedekut

Let's face it, harga tiket konsert mahal. Aku lebih suka gunakan duit untuk pergi berjalan. Tapi tulah, minat masing-masing. Aku lupa dah harga tiket konsert Malam Bulan Bintang ni berapa tapi tak sampai 100. Separuh tu ND belanja.


6. Konsert habis lewat dan aku dah mengantuk

Habis konsert nak kena balik rumah lagi, dengan jalan jamnya, dengan manusia ramai berpusu-pusu. Konsert habis pukul 12, tapi pukul 2 pagi baru 'jumpa katil'. 

Ini hanyalah pendapat aku ye, sebab-sebab aku tak suka pergi konsert. Lain orang lain minat dan penerimaan. Aku suka je dengar lagu ataupun bila ada event dan ada artis buat persembahan, aku enjoy je kalau performance tu best.

Gambar thumbnail sekadar mengeruhkan keadaan. Jangan marah haaaaaaaa.

43 comments

  1. Siapa yang tidak suka menonton konsert ... pernah jalan kaki jauh untuk naik kenderaan setelah habis konsert ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..konsert artis mana tu? saya lah tu yang tak suka menonton konsert

      Delete
  2. Tidak pernah pergi konsert.
    Harap terus begitu.
    Setuju juga sebab bising dan ramai orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah tak pernah pergi kak. ada banyak lagi aktiviti lebih berfaedah boleh buat

      Delete
  3. sama... kak ayu pun x suka & x pernah gi konsert .. x suka bab ramai2 tu & mcm bising sgt kot....tapi konsert sekarang ada je yg ok & terkawal..mcm yg kat axiata tu..nampak mcm ok je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. konsert saya pergi ni di Axiata arena. sewaktu konsert ok je. Cuma before and after tu yang meresahkan saya

      Delete
  4. Saya pun tak suka pergi konsert..point dia sama je macam Sal bagi tu. Yelah kan, lain orang lain minat dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..tapi kalau orang tu minat saya tak komen banyaklah

      Delete
  5. takda pengalaman ,,tak boleh nak share . LM debar jika ramai orang.tak sesuai kot pergi tempat camtu.nantui berpeluh la..seram sejuk la

    ReplyDelete
  6. Tak pernah pergi konsert seumur hidup.
    Memang tak minat langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus kak Amie. Dari ke konsert baik kita ke dapur. Perut kenyang, hati senang

      Delete
  7. busyra tak suka bising yang melampau.. dan ofkos tak suka konsert. haha.. bising boleh buat pening..

    ReplyDelete
  8. Hahaha.. Ayat last tu.. Sabar jelah.. Tapi Sha pun macam Sal.. Tak mampu nak bersesak-sesak dekat konsert.. Pernah pergi sekali je dulu konsert Wings itupun rasa macam nak nangis sebab bingit.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..tahun bila tu? minat jugak lagu-lagu Wings. Tapi cukuplah dengar di radio dan tengok di TV

      Delete
  9. Sama lah kita. Bukan je konsert macam ni, konsert Sure @ Jom Heboh pun saya tak join walaupun depan mata. Sesak, bingit, bau peluh sekeliling memang tak lah. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. tapi ada orang suka. siap bawak anak-anak lagi

      Delete
  10. Alhamdulilah untill this moment saya tak pernah pergi mana2 konsert.. kecuali konsert nyanyian anak masa di tadika dulu huhuu... hurm seronok ke pi konsert terloncat2 huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. konsert nyanyian anak pun boleh buat anxiety. anak yang nyanyi, parents yang nervous. hihi

      Delete
  11. tu la menyampah klo org sebelah menyanyi sekali..kite nk tgk die punya konsert ke hahaha

    ReplyDelete
  12. teringat konsert coldplay hari tu
    dia punya sesak kat stesen tu
    ya rabbiiii
    kalah penonton tgk game bola final
    tak bergerak, ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. kat lrt jam, kat jalan pun jam. memang gigih. patut duit untung tu payung la sikit repair rumput

      Delete
    2. idok laaa nak huluq2 baiki rumputttt
      mimpiiiiiiiii
      hahahaha

      Delete
  13. alaaa bar nak ajak ko tengok konsert adele....
    tak pe laa

    huhuhu...

    biasa laa tu
    even psang radio dlm kereta pun org 'berkonsert'
    ni kan pulaa dtg konsert...

    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko tak nak ajak aku tengok final piala kerbau ke? wah..Adele. never mind I find someone like oyuuuuuuuu

      Delete
    2. team ko ada masuk final ke?
      ke tgh battle tmpt no 8 - 10?

      Delete
  14. sy pun memang x pernah gi konsert sbb alasan2 yg diberikan di atas. Lebih baik sy tengok show di TV shj. lagi selesa dan aman!

    ReplyDelete
  15. Bawa roti masuk boleh tak?hehe buat alas

    ReplyDelete
  16. yg sing along tu betul..kita nk dgq sora penyanyi. Teringin nk pi konsert coldpaly tp tak sanggup nak susahpyh

    ReplyDelete
  17. tak pernah pergi konsert.. pernah waktu belajar kwn2 ajak tp fikir kalau aku mati dalam bersesak tu mcmn la berakhirnya aku nnti.. huhuhu.. tatut..

    ReplyDelete
  18. Dari dulu mak ayah memang tak bagi. Alhamdulillah suami pun tak pernah cara dengan konsert. Tapi TV memang tengok lah hehe.

    ReplyDelete
  19. Wak pun tak pernah pergi mana2 konsert

    ReplyDelete
  20. Ana antara salah sorang yg mmg tak minat pergi konsert & sbb utamanya tak suka bersesak tu hehe

    ReplyDelete
  21. mama rasa mama ni suka konsert tapi mama malas haha.. satu perkara yg mama lebih suka tgk kat tv sebab boleh tgk lagi jelas. kalau pegi konsert alahai jauh aje nampak artis tu tapi seronok layan live kat venue. hakikatnya mama sendiri tak penah gi konsert haha. event sket2 adalah

    ReplyDelete
  22. Tak pernah pergi mana mana konsert. Hehe..

    ReplyDelete
  23. Tak pernah. Jangan kata konsert, dulu waktu Jom Heboh pun ai dah heboh ajak en. Hb balik. Memang jiwaku bukan tempat yang sesak ramai orang.

    ReplyDelete
  24. Tak pernah tengok konsert dan tak berkeinginan pun dek sebab sesak ramai org tak suka bising jd nak marah nanti hahahaha

    ReplyDelete
  25. Sebenarnya pergi konsert ni rimas bunyi bising tu la. Dah namanya konsert sure ada yang bising menyanyi....ok pun tak suka juga pergi.

    ReplyDelete
  26. Ada jugak pengalaman Mrs. A pergi konsert masa muda-muda dulu.
    Officemate ajak dapat tiket percuma mini konsert Ziana Zain tapi dah lupa feelingnya macam mana hahaha

    ReplyDelete
  27. Konsert malam tu, selain line up artis best…music arrangement pun best!

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah