Assalamualaikum dan hai semua! Alang-alang Langkawi tengah viral, meh la aku nak share motel tempat kami menginap semasa honeymoon bulan 10 tahun lepas. Sebelum korang mengata...eh motel je, kata bulan madu; ingin aku jelaskan yang aku pilih motel ni untuk 2 malam sebab hari pertama kami sampai Langkawi pun dah malam. Membazir nak tido hotel mahal, so kita ambil motel bajet jelah.
Actually honeymoon aku ni memang bajet sebabnya bulan 10 ni bulan off season Langkawi sebab taburan hujan paling tinggi berbanding bulan lain. So, harga hotel tersangatlah murahnya. Rupanya En.I tahu je tapi sebab dia kata aku macam beria nak gi Langkawi, dia layan jelah. Well ikut hati nak gi oversea tapi harga tiket flight mahal bila short notice. Duit pun tak berapa nak ramai sebab baru lepas spend untuk majlis.
Seumur hidup aku ni first time aku gi Langkawi naik flight. Selalunya naik feri je. Last time aku g Langkawi rasanya berbelas tahun dahulu. Lama bebenor!
Di airport Langkawi, ramai orang approach kitorang untuk sewa kereta tapi aku cakap dengan En.I, kita naik Grab jelah. Di Chenang nanti kita sewa motor. Senang sahaja nak book Grab dari Langkawi International Airport. RM13 dari untuk perjalanan hampir 10km. Standard lah tu.
Proses check in mudah je. Aku rasa antara kelebihan motel ni adalah parking yang banyak. Boleh ke Pantai Cenang dengan berjalan kaki, tapi takdelah terlampau dekat sampai rasa serabut dan bising. If korang suka motel yang agak tenang, bolehlah cuba.
Tak risau nak cari makan malam-malam sebab depan tu je ada macam-macam gerai dan food truck. Coin laundry pun ada tapi masa aku pergi ni tengah renovate.
Takde rose petal bagai ye sebab aku tak book pakej honeymoon.
Tandas selesa dan ada hot shower. Syampu/ shower cream disediakan.
Walaupun hotel bajet tapi disediakan iron. Kena minta dari kaunter tau. Kalau datang peak season, janganlah selfish. Lepas guna terus pulang balik untuk orang lain guna pulak.
Ada kawasan untuk lepak-lepak dan sidai kain
Masa kitorang stay sini, tak banyak bilik yang berpenghuni. Off season kan. Aku booking melalui apps Agoda. Satu jelah aku kurang suka, di apps Agoda, motel ini disebut sebagai Dhania Cenang Beach Resort tapi di Booking.Com disebut sebagai Dhania Motel. Nak dapatkan harga murah, boleh survey ikut platform yang korang suka.
Official website pun ada.
If cari penginapan bajet yang selesa, mudah parking dan tak berapa sesak bolehlah cuba stay sini.
Dhania Motel/ Dhania Cenang Beach Resort
Lot 55, Jalan Pantai Cenang Mukim Kedawang
Langkawi, Langkawi, 07000
Malaysia
Phone: 01110544797
E-mail: dhania.motel@gmail.com
Selamat Pengantin baru Sal...wah..tau-tau dh nikah dh erk ..akak teringin gak nak pi Langkawi...nak pi berdua je ngan husband.. insyaallah anniversary nanti la plak
ReplyDeleteanak-anak merajuk kang tak dapat ikut.hehe. jangan gi bulan 10. Asyik hujan je
DeleteTakpelah, bukan hendak terperap dalam bilik. Baik duit lebih guna untuk makan sedap dan beli coklat. Hehe ini pendapat peribadi.
ReplyDeleteyup, betul. kalau book biik mahal nanti nak keluar pun malas
DeleteNampak cozy sangat motelnya.
ReplyDeleteNak cari kedai makan pun senang walking distance aje
tak kisah la hotel mahal ke motel ke, dpt gi holiday berdua..spend masa sama pun dah seronok dah.. honeymoon kat rumah pun ok je kalau kena caranya .. kannn..
ReplyDeletenampak selesa bilik nya
honeymoon kat rumah tak best sebab takde bunyi laut. hehe
DeleteSelamat pengantin baru sis... xpe xsewa hotel.. yang penting bilik bersih dan cantik... :D
ReplyDeleteWalaupun horel bajet tapi nampak selesa juga tu Sal.
ReplyDeleteSelamat Pengantin Baharu Sal.
selamat pengantin baharu. kenapa x share pic en suami? nak gak kenal.
ReplyDeletereview motel ni takdela gambar dia. Insha Allah nanti entry seterusnya
DeleteSelamat pengantin baru 😊
ReplyDeleteMotel dia pun nampak ok & bersih. Bilik mahal pun rugi je bukan nak terperap dalam bilik. Better spend untuk makan & shopping lagi best 😬
kan..dahla harga makan dekat langkawi ni kalau tak betul gaya meroket ke langit. huhu
DeleteBiasa kalau bercuti ni cukup cari yang selesa untuk anak anak. Lagipun bila bercuti, hotel ni balik untuk rehat dan tidur je..
ReplyDeletebetul, kalau duduk dalam hotel tak keluar rasa rugi pulak
DeleteSONOKNYA SAL COTI2 DI LANGKAWI
ReplyDeleteAda time honeymoon tu..bestnya..yg penting motel dekat pantai..boleh berendam sampai mlm..spesis hippo katakan
ReplyDeletetak berani lak nak berendam sampai malam. hehe
Deletecantik lah motel ni sal. hasrat akak thn ni nak bw keluarga bercuti ke langkawi tpi tu lah agak reluctant juga sebab lately byk lak kes viral ttg langkawi esp mknan yg mahal.
ReplyDeleteLangkawi makanan agak mahal di kawasan tarikan pelancong macam di area pantai Cenang. Boleh dapat makanan murah sikit di area kampung-kampung
Deleteeehhh ni motel yg sy duduk dulu!
ReplyDeletewahhhh dah banyak perubahan laa...
dulu dtg mcm tak berapa nak siap hahahaha
hang mai honeymoon gak ka? hahaha
Deletebulan madu karamel🤣🤣
Deletemurah x makanan kat situ?
ReplyDeletelaa ni kan org kata makanan kat sana mahal...
ke ko pergi resto yg viral tu? hahaha
aku tak pi pun makan kat tempat-tempat viral. takut kena potong leher. dekat food court depan dhania ni harga takdelah mahal, takdelah murah. lebih kurang kat kl
Deleterugi arr x g. x dpt tgk muka acik yg viral tu🤣🤣🤣
Deleteyang penting hepey jenjalan honeymoon. Yang lain tak penting. Yang penting perasaan hepey
ReplyDeleteWahhhh... ada cerita honeymoon puan sal dan encik suami... mengimbas kembali masa honeymoon kami 2008... dr tok senik resort kami cabut lari ke hotel inn di pantai chenang... ada kisah di sebaliknya... hahaha
ReplyDeletehaaaa...ni mesti cite seram ni
Deleteaah cerita seram sal
DeleteTak kisah pun Sal nak honeymoon dimana, lantaklah apa orang nak kata. Yang penting kita happy dengan orang yang tersayang. Dah malam check in memang rugi kalau book hotel mahal. Lagipun kadang bukan nak lepak bilik sangat. Of course banyak masa kat luar lagi.
ReplyDeleteslmt pengantin baru.
ReplyDeletebestttnya langkawi
ciknur dulu2 24 thn. lepas honeymoon langkawi he hee lamaaa sudah
hahaha kan. langkawi ni memang port honeymoon ramai rakyat Malaysia
DeleteMeriah betul suasana malam kat situ.
ReplyDeletelantaklah motel pon asalkan selesa je kan Cik Sal? hehe
ReplyDeleteWah…mana entri pengumuman dah tamat zaman bujang?
ReplyDeleteTau-tau entri honeymoon.
Alhamdulillah….tahniah Sal 💐
Selamat Pengantin Baru buat Sal dan suami.
Akak dulu pun honeymoon di Langkawi. Ambil chalet murah je, datang pun naik bas dari Selangor. Honeymoon ikut kemampuan masa tu 🤭. Janji kita bahagia 🥰
Lawa meriah dan kemas hotel ya... nanti bolih cuba...
ReplyDeletewalaupun bajet tapi selesa untuk kita,
ReplyDeleteNampak selesa.. Sha ini dah lama merancang nak naik flight ke langkawi tapi tak taulah bilanya nak dapat.. kikiki.. Motel macam ini yang syok.. Kemudahan semua okay, nak cari makan pun senang.. nak mendobi pun mudah..
ReplyDeleteHotel kemas cantik dan nampak selesa :D
ReplyDeleteSelamat berhoneymoon ke langkawi
ReplyDeletewow kat pantai chenang ke.. menarik ni. nampak cantik dan yg penting parking byk
ReplyDeletenak bookmark la, nx time boleh consider duk sini
DeleteLast ibu pegi Langkawi tahun 2010 ;)
ReplyDeleteMoga berbahagia selalu.
ReplyDelete