5 filem lakonan Jay Chou yang lagi best dari filem-filem Shamsul Yusuf

Saturday 7 January 2023

Kung Fu Dunk


Antara filem Jay Chou yang aku tonton di wayang. Filem ini mengisahkan Fang, seorang anak yatim piatu yang mahir dalam kung fu Shaolin. Fang menggunakan kemahiran kung fu untuk menjadi bintang pasukan bola keranjang. Though banyak babak-babak yang tak logik tapi best dan kelakar jugak lah filem ni especially masa perlawanan basketball. Korang boleh tonton filem ni di Netflix.


To be honest, walaupun Jay Chou pelakon utama, watak Xiao Lan lakonan Baron Chen lagi menyerlah sebab dia hensem dan ada aura lelaki tersakiti. Hihi.

 Now You See Me 2


Jay Chou sekadar supporting actor bernama Li, anak kepada pemilik kedai magic Long dalam filem ini. Aku rekemen sebab NYSM dan NYSM 2 adalah antara filem favourite aku, bukan kerana lakonan Jay Chou wow dalam filem ni.

To be honest aku rasa dia bukanlah pandai berlakon sangat tapi pandai pilih watak yang sesuai dengan karekter dan riak muka takde perasaan.

Initial D


Filem yang diadaptasi dari manga Jepun. Jarang aku suka filem racing tapi sebab Edison Chen (kiri sekali) dalam poster adalah antara crush zaman remaja aku maka aku suruh abang aku cari VCD filem ni.

Dalam filem ni Jay Chou bawak watak Takumi, awalnya hanya menghantar tofu untuk kedai ayah dia tapi bila dah hari-hari buat drift, Takumi berminat nak join dunia racing. Tokyo Drift what? Ini Mount Akina drift..

Green Hornet


Rezeki Jay Chou boleh berbahasa Inggeris dengan baik jadi dia berpeluang mengembangkan karier di Hollywood. 

Aku suka lakonan Jay Chou sebagai Kato dalam filem ni sebagai sidekick kepada Green Hornet lakonan Seth Rogan sebab dia berpeluang tunjukkan skill martial art.  Aku tak puas hati betul masa watak Cameron Diaz reject dia. Why woman? Why? Dahla Kato pandai buat kopi dan modified kereta.

Curse of The Golden Flower


Antara filem yang mempunyai sinematografi yang sangat cantik. Kalau suka filem tentang pergolakan dalam istana zaman maharaja China dulu-dulu bolehla layan. Cuma kalau tengok yang versi tanpa potongan jangan tengok dengan anak-anak ye.

OKlah tu je nak share. Hari ni hari malas tapi update jugak blog sebab dah berhabuk. Thanks for reading!

40 comments

  1. ooh tajuk mmg kene sebut sol sol gitu., hahaha

    ReplyDelete
  2. Dulu minat betul ibu dgn Jay Chou ni.. Psstttttt! Sal, kita masa lah crush dedula Edison Chen.. Hahahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Edison Chen tu comel sangat. Apo lah khabar sekarang. Adakah masih comel?

      Delete
  3. Mungkin sebab Cameron Diaz tak minum kopi? Hahaha layan betul movie Initial D, gempak lah masa zaman kita dulu. Sekarang boleh pulak keluar soalan siapa Jay Chou ni ceittt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..berani budak-budak zaman sekarang nak kutuk Jay Chou.

      Delete
  4. Ada antara filem ni yang Sha dah tengok dan Sha setuju dengan tajuk entry Sal tu..

    ReplyDelete
  5. Lebih best dari shamsul yusuf tu yg tak boleh blah. haha. Tak minat sangat dengan cerita cina, ingat masa dia berlakon jadi takumi je dalam filem initial d.


    Saintis Sedang Berusaha Membekukan Najis Kerana Berjuta-Juta Mikrob dalam Usus Anda Diambang Kepupusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem Syamsul Yusuf memang tak best pun. Huhu

      Delete
  6. cuma Initial D tu je sy layan. tu pn sbb layan anime dia. lagu jay chou plg sy suka Ting Mama De Hua. try laa dgr.. best👍👍 ada 1 lg lagu dia yg best tp lupa title😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka lagu 'Bedtime Stories' dengan lagu soundtrack NSYM2 jugak. Initial D cite legend kan, majoriti zaman kita lelaki pompuan layan

      Delete
    2. jom kite g konsert jay chou? hhahahaa

      Delete
    3. initial D best tp anime laa... sy smpi cari vcd kt petaling street. nan hadooo...kalau ada chinese sub

      Delete
    4. tiket konsert Jay Chou habis dah, tinggal tiket Malaysian Open je.

      Delete
    5. try cari online. mesti ada sub indo

      Delete
    6. sub indo x best... pelik nau rasa hahahaha

      Delete
  7. Lain macam tajuk entri ni Sal 😆

    ReplyDelete
  8. Nak highlight cerita Jay Chou tp terselit jugak nama SY ek.. hahaha

    ReplyDelete
  9. wah ada crush citer cina ye. Ahkak suka jerry yen sejak tenguk meteor garden F4...tapi dia pelakon taiwan. Tapi tul lah edison chen hensem cam budak baik je muka dia. Dia femes nyanyi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meteor Garden pun saya suka. Dulu ada CD tapi siapa entah pinjam dah tak jumpa. Huhu

      Delete
  10. Hahahahah! Ahahahahah tak berhenti saya gelak dekat tajuknya

    ReplyDelete
  11. dua orang ni mmg tengah hot...oo..jay chou tu pelakon jg ya....ingatkan penyanyi je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tapi saya rasa dia berlakon kureng sikit. Bakat dia dalam bidang nyanyian lagi besar

      Delete
  12. jay chou ni pandai martial art ye, semua cite kat ats mama xpenah tgk huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengoklah mama, semua cerita-cerita ni best. Suka tengok dia berkungfu dengan muka takde perasaan

      Delete
  13. sal dah komen menarik tentu ramai yg nk tonton

    ReplyDelete
    Replies
    1. citarasa saya kata best, orang lain tak tau la

      Delete
  14. KAK SAL, II RINDUUU. AKAK SIHATTT KEEEE? AAAA SORRY EKSAITED SIKIT HAHAHAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. nampak la eksaited kat komen tu. Alhamdulillah sihat gini la

      Delete
  15. alamak, sal. aida ni x kenal nau pelakon jay chou ni.
    ni kan yg nak buat concert kat stadium kita tu, kan?
    mcm pernah tgk ejaan nama dia ni hi hi hi hi hi...

    sol sol sol. kenapa la kau, sol?
    lenkali jgn gegar byk buat filem. fening kepala dah, kan? ha ha ha ah ha...
    (gurau)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Filem dia memang banyak gegar, tu yang dia kena gegar satu Malaysia

      Delete
  16. zaman sekolah dulu kira famous betul Jay Chou ni, tak tahu sangat lagu dia tapi kenal dia as pelakon sebab banyak filem dia best waktu tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah, tak tau lagu sangat maybe sebab tak faham. hehe. filem lain la, ada subtitle

      Delete
  17. Lupa nak habak sebenrnya ahkak tak layan filem sol sol walaupun besr seller ke apa sebab rasa mengajar orang jadi samseng. Tapi citer china dolu2 layan apa lagi kalau ada leon lai selain dari jerry yan. Padahal citer cina lagi banyak ganas apa lagi kalau tentang samseng dia. macam tak patriotik je ek hehehehe

    ReplyDelete
  18. Ooooo jay chou ni kan yang tangguh persembahan sebab bola kan kak sal? Ke orang lain? Hahaha. Baru tahu dia pelakon jugak, ingatkan penyanyi je (kalau orang yang samalah)

    ReplyDelete
  19. mama tak kenal jay chou hikhik miann

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah