Iftar di A'Decade Restaurant cawangan MyTown

Friday, 14 April 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Ini kejadian Ahad lepas, minggu birthday aku. Aku meluahkan kesedihan aku pada Mr. I yang takde family member yang celebrate birthday aku. Ajak datang berbuka kat rumah pun masing-masing busy. Hurmmm. Kawan baik aku dua orang, both pun sakit. Seorang mabuk pregnant, sorang lagi masuk hospital sebab blood infection (mohon doakan kawan baik aku, ND ye) Risau hati aku teringatkan diorang so sepanjang minggu aku tak berapa ada mood.

Maybe tak sampai hati dengar suara sayu aku, Mr.I ajak keluar, boleh request birthday present dan makan apa je aku nak. So ke MyTown lah kita. Tak kuasa nak pergi jauh-jauh.

Awal-awal plan nak makan tempat lain, tapi masa lalu kat restoran ni nampak macam best pulak. Check menu, ada nasi. Aku ni manalah boleh jauh dari nasi.




So far di Malaysia ni baru ada 2 cawangan. Cawangan pertama di Sunway Pyramid. Yang di MyTown ni masih baru lagi dibuka tahun 2023. Aku tak pasti bulan March ke April. Aku tak pernah pergi pun yang di Sunway Pyramid, tapi pilih nak makan kat sini sebab restorannya nampak cosy dan eksklusif.

Restoran ni berkonsepkan Malaysian. So kalau datang sini nak cari steak akan hampa lah.

Aku excited bila nampak buku menu. Tak berapa gemor konsep QR Code. Pesan dengan menulis order atas kertas dan waiter akan datang collect.

Konsep berbuka kat sini adalah order, bayar dan simpan resit untuk reserve meja. Reserve pakai air liur tak akan dilayan. Memandangkan aku segan dengan Mr.I aku takdelah ambil gambar menu macam selalu aku buat. Korang boleh usha menu-menu A'Decade Restaurant di SINI

Presentation makanan dalam buku menu dia memang tip top. Rasa nak order semua. Hahaha. Ni antara yang menarik perhatian aku.

Menu dulang ni kalau makan ramai-ramai best lah kan

Western pun ada, tapi tak banyak sangat

Yang light pun ada

Korang nak tengok menu lain, klik dekat link FB page aku bagi tadi. Tapi aku frust sebab menu yang aku nak iaitu Nasi Goreng Kampung wih Otak-otak takde. So aku tukar Nasi Goreng Kampung with telur mata. Majoriti menu nasi ada ayam, so aku tak nak sebab dah beberapa hari makan ayam je. 

Lepas order dan reserve meja, kitorang keluar dan jalan-jalan cuci mata. Ikut hati nak pau Bath & Body Works tapi last-last aku pau blouse je. Nak pakai dengan kain pario masa raya nanti. Kebetulan ada member opis bagi sebab tak match baju raya dia. Sabor jelah. Orang lain tak nak sebab tak reti pakai. Ingat aku ni terer sangat ka? Huhu.

Nak dekat pukul 7 datang balik. Waiter dah start susun hidangan

Yang putih tu soursoup Mr.I. Aku order Kat Chai Bing. Limau asam boi kot. Ada daun pudina gak. Macamanalah batuk naik baik-baik. 

Soy Garlic Chicken Rice. Sup dengan sos tak masuk frame

Nasi Goreng Kampung agak lain dari yang aku biasa makan. Takde cili padi, takde kangkung tapi ada hirisan bunga kantan dan ulam timun. Penggemar  Nasi Goreng Kampung tegar mungkin tak gemar walaupun rasa boleh tahan sedap.


Price wise bagi aku not bad lah. Portion banyak kus semangat. Aku mampu makan separuh je. Lagi separuh bungkus. Aku sempat intai meja sebelah, kuey tiow goreng nampak sedap. Nasi kerabu pun sama. Menyesal lak tak order. Ayam goreng nampak menggoda selera.

Rasa macam OK je nak repeat lagi sekali tapi entahlah bila. Nak order menu lain pulak. Datang ramai-ramai pastu order yang platter menarik jugak kan?

Lepas makan dan solat Maghrib, terus balik sebab tak nak miss terawih. Aku puji pengurusan MyTown sebab extend surau diorang untuk menampung kapasiti pengunjung yang ramai. Entahlah untuk bulan puasa je ke atau untuk selama-lamanya. 

Untuk yang berminat boleh cuba makan di cawangan Sunway Pyramid:

LG2.52& 2.53, Sunway Pyramid Shopping Mall, Jln. PJS 11/15, , Petaling Jaya, Malaysia
019-590 9868

Atau di cawangan MyTown:

G-012F, MyGround, MyTOWN Shopping Centre, No.6 Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
010-246 4772
Landmark : Decathlon

OKlah tu je nak cerita. Thanks for reading!
Read More

Iftar di Capsicum Steamboat & Grill Shah Alam

Sunday, 9 April 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Kejadian sehari sebelum birthday aku, Ahad lepas. Saja park di sini kot lah ada yang mencari port steamboat di area Kota Kemuning Shah Alam.

Aku tercampak sampai ke Shah Alam ni kira rare jugaklah. Gara-gara Encik A dan Encik N teringin nak pergi Sogo Central i-City Shah Alam. Aku pun tak pernah pergi, so follow je. Ramai orang tapi still boleh bernafas dan berjalan dengan tenang. Sale baju raya meriah tapi aku tengok banyak yang branded harga kayangan. Maybe orang have-have je yang datang Central i-City Mall ni kot? Betulkan aku kalau aku silap sebab tak explore sangat. Kau tahulah kalau berjalan dengan orang lelaki ni, dah dapat barang dia nak gerak balik. Nakkan suasano jah. Macam lah kat Ampang takde jual seluar jeans yang sampai ke Shah Alam mencarinya. Adeh. 

Aku pulak penyudahnya hanya membeli sebatang berus gigi di Guardian. Baju raya dah ada. Lagipun macam yang aku cakap, kebanyakan yang dijual di Central i-City Shah Alam adalah baju-baju branded harga mahal. Aku kalau teringin nak pakai branded, beli second hand je. 

Nantilah kalau ada peluang dan tenaga nak explore Central i-City sebab bersambung dengan i-City yang aku dah berkurun tak jejak dari tahun 2019. Jarak Sogo i-City ke Capsicum Steamboat & Grill around 15km. Takdelah dekat sangat tapi malas nak makan dalam mall

Restoran dia simple je. Dinding pun cat hitam. Tak nak kotor kot

Meja ada banyak, tapi kitorang reserve dulu sebab kawan aku kata selalunya ramai orang

Seafood dan daging untuk grill

Banyak jugak pilihan

Nasi dan mi goreng pun ada




Favourite En.A. Pepahat dan kupang



Banyak jugak menu lain aku tak ambil gambar macam aiskrim, roti John dan kuih-muih Melayu. Aku biarkan budak 2 orang tu je yang ambil sebab diorang ambil macam tak ada hari esok. Lagipun sekali-sekala nak dilayan macam princess.

Thanks kepada 2 ketul ni sebab bawak akak jalan-jalan. Abaikan muka aku yang kemerahan sebab tempat ni panas! Nama pun steamboat kan. Memanglah outdoor. Kalau sejuk macam kat Korea tu best kan you olls. Tapi ni Malaysia, jadi redha jelah.

Overall OK la tempat ni cuma aku rasa tempat ambil makanan dia agak sempit. Berlaga punggung dengan pelanggan lain. Aku suka kuah tomyam dia. Tak pedas sangat. Aku pernah makan satu steamboat ni, alahai mengalir air mata wanita tersakiti tau sebab pedas. Nak mintak kuah sup malu pulak.

Kemudahan lain macam surau dan tandas pun disediakan tapi surau dia kecik jelah. Solat cepat-cepat dan gerak. Tak ambil gambar lak.

Al-kisah kitorang berangan lepas makan nak gi tengok lampu kat i-City, tapi penyudahnya masing-masing kekenyangan, so terus balik. Haha.

Harga Buffet Iftar : 
Harga dewasa RM38
Kanak2 6-12tahun RM20
Warga emas & OKU RM28
Kanak2 0-5 tahun FOC

Alamat : 2792, Jalan Klinik, Kampung Bukit Naga, Shah Alam, Malaysia

No Tel :  018-265 5224

Waktu Operasi : 6pm - 12 am (Isnin tutup)


Tu je nak cerita. Thanks for reading!
Read More

Setahun telah berlalu - Selamat Hari Jadi untuk diri sendiri!

Monday, 3 April 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Selamat Hari Jadi untuk diri sendiri. Yang ke berapa tu rahsia tapi cukup tua untuk sedar diri supaya bertaubat memandangkan kita tak tahu ajal bila. Dosa bertimbun minta diampun sedangkan peluang buat pahala sentiasa terhidang. Nak dengan tidak je.

Memandangkan tahun ni pun birthday di bulan puasa, jadi tak dapatlah buat perangai pergi staycation sorang-sorang macam 2 tahun lepas.

Baca ni: Solo Staycation di Vivatel KL

So..how do I spend my day? Kerja lah you olls. Sampai pukul 6 masih depan PC.

Macam biasa aku tak expect apa-apa sambutan dari keluarga or kawan-kawan. Maybe sebab aku ni bukan jenis suka sambut birthday kot, so diorang pun buat cam takde apa je. Tak dapat hadiah pun aku tak kisah. Tahulah ni zaman harga barang naik. Tak payahlah membazir.

Ah..cakap jelah kau tak nak berharap, Sal. Sebab kalau berharap pastu tak dapat nanti kecewa kan? 


Apa pun dalam masa setahun ini banyak jugaklah benda yang aku dapat buat dan ubah dalam diri aku. Antaranya:


1. Merealisasikan impian sendiri nak ke Turki. Turki memang wishlist aku dari zaman remaja lagi sebab aku minat sejarah dan orang-orangnya. Ah, bercakap tentang Turki, entahlah bila aku nak habiskan entry Turki. Haha. Jangan marah haaa..

2. Dalam masa setahun ni, aku dah jarang sangat beli pakaian baru. Kalau ada pun, tudung, pakaian dalaman dan pakaian sukan. Aku dah makin cekap 'menyelam' dan shopping preloved sekarang. Baju brand JannahNoe yang harga asal 300 lebih, aku pernah dapat harga RM120 je. Ada orang jual online sebab salah saiz.


3. Berjaya beranikan diri pergi solo trip ke Pulau Perhentian. Walau dah biasa travel solo dalam Semenanjung, tapi kalau ke pulau perlukan keberanian yang lebih tinggi sebab dipisahkan oleh laut. Lagipun malam-malam rasa agak sunyi dan seram.

4. Dapat increment dan markah tinggi dalam appraisal kerja. Dalam pada tak minat dengan pekerjaan sekarang sebab dipaksa pindah department tahun 2019 dulu, dapat jugak naik gaji dan appraisal yang baik. Yelah, kerja kan amanah. Duit gaji tu lah nak buat makan. So walaupun buat separuh hati, buat jugaklah dengan baik.

5. I'm dating again! Ya, hampir 4 tahun menolak dari dihampiri mana-mana lelaki (sampai tahap pakai fake wedding ring), aku cuba jugaklah dating balik. Dalam 2,3 yang aku kenal, sorang tu nampak cam boleh pakai. Hahaha. Doa jelah yang baik-baik. Ada jodoh, kita makan nasi minyak. Kalau bodoh, kita teruskan hidup dan pergi travel lagi dan lagi dan lagi

Anyway, terima kasih buat yang wish dan mendoakan. Selamat berpuasa semua!

Berbuka kat mana? Kat surau jelah. Jangan beranganlah nak ada berbuka special sempena birthday aku. Dalam mimpi je tu.

Thanks for reading!


Read More

Back from a hiatus - Salam Ramadan semua!

Saturday, 25 March 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Lama betul tidak menulis di sini. Entahlah kenapa, hobi blogging yang suatu masa dahulu merupakan keutamaan tiba-tiba menjadi sesuatu yang memenatkan. Seolah-olah aku kena seru setiap joule tenaga yang aku ada semata-mata untuk tulis satu entry.

Dan pagi 3 Ramadan ini, dalam hujan renyai-renyai manja di Ampang, tiba-tiba semangat itu kembali. Ke sebab ini adalah hujung minggu di bulan puasa, aku takde aktiviti kat luar jadi aku bosan takde benda nak buat? Tak kisahlah, yang penting aku sedang mengetuk keyboard tanpa tujuan.

Aku tidak menghilang ke mana-mana. Masih di rumah beralamat sama kalau-kalau korang nak kirim juadah berbuka. Hahaha. Masih berkerja di tempat sama, walau setiap hari diulit kebosanan, bertahan juga demi duit. Mungkin itu sebabnya aku hilang minat dalam hidup. Tak bersemangat nak bangun pagi setiap hari. Jangan kata blogging, bola sepak pun aku dah lama tak tengok.

Apa pun, aku cuba juga mencari kegembiraan dengan mengisi masa bersama ahli keluarga dan kawan-kawan. Tapi kadang-kadang dalam ramai pun boleh rasa sunyi kan?

Selamat berpuasa dan beribadat di bulan Ramadan semua! Semoga segala amalan kita diterima dan diampunkan dosa-dosa.

Oh ya, terima kasih buat yang mengirim emel bertanya khabar. Alhamdulillah, luaran memang sihat, cuma mental dan emosi sedikit bercelaru. Semoga di bulan mulia ini Allah makbulkan doa aku untuk 'hidup' baru yang sangat aku inginkan.


Read More

Better late than never - Hadiah dari Ako Retna

Thursday, 2 February 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Entry penghargaan buat blogger Ako Retna di atas kiriman souvenir dari Thailand sebagai penghargaan Top Commentators Oktober 2022. Beria kak Ret mintak maaf sebab lambat hantar tapi actually aku tak kisah pun. Faham masing-masing sibuk dengan kerja, keluarga, kesihatan dan macam-macam aktiviti lagi.


Dapat messenger bag kain jut corak burung hantu dan case I Love Hatyai. Both pun comel dan sangat berguna. Besar beg tu, macam-macam boleh letak.

Thanks a lot kak Ret! Semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan. Segan pulak sebab dah selalu sangat dapat hadiah dari akak. Salam peluk cium untuk Uyum yang comel jugak. 2023 kalau ada trip tapi takde geng bolehla roger. Hehe.

Anyone yang nak kenal dengan kakak cantik yang suka jalan-jalan ni bolehla singgah blog dia. Peramah orangnya dan entries semuanya menghiburkan dengan stail menulis yang tersendiri.

By the way, maaf dah lama tak blogwalking. Seminggu dua ni sibuk mengurus emosi sendiri. Doakan aku sihat mental dan fizikal. 
Read More

Hadiah paling mahal pernah kuterima dari rakan Blogger

Sunday, 29 January 2023


Balik dari mengopi dengan member aku tadi, nampak ada seketul parcel Shopee atas meja di ruang tamu. Mak aku cakap aku punya. Blur kejap aku sebab dah lama tak shopping. Adik aku yang ambil masa parcel datang dan dia kata berat.

At the same time teringat ada 2 blogger bagi aku tracking number, so aku terus cross check number tu dengan pemberi. Rupanya dari Blogger Azhafizah aka pemilik Blog Sihatimerahjambu. Terkejut giler aku sebab tak sangka hadiahnya sebesar ini. So dengan semangat la aku bukak kotak.  

Bila dah bukak lagi terkejut. Eh dapat air fryer gais! Benda yang aku tak ada lagi di dapur. Alhamdulillah, tak sangka kesedihan aku last Saturday Allah gantikan dengan kegembiraan lain. Aku tak pernah dapat hadiah semahal ini melalui blogging tau. 

Air fryer 3 Litre jenama Giselle ni parents aku dah selamat letak kat dapur. Masa aku cakap aku dapat dari kawan blog, diorang macam tak faham, tapi agaknya malas nak tanya aku banyak-banyak. Haha. 


Nak masak apa ye nanti? Malam ni dah ada lauk. Maybe untuk esok sebab aku work from home and parents aku puasa. Kita ABC tak dapat lah join. Or maybe boleh whipped up something untuk diorang berbuka nanti. Amboi sembang kemahin, padahal tak baca manual lagi! 

Kena study dulu sebab aku jenis yang sayang orang barang, guna elok-elok supaya tahan lama. 

Apa-apa pun, sekalung terima kasih untuk blogger Azhafizah atas pemberiannya yang begitu berguna ni. Rezeki Top 10 Jurukomen Blog Sihatimerahjambu tahun 2022. Bukan selalu ye dapat nombor syatu. Alhamdulillah rezeki tak pernah salah alamat. Yang selalu salah alamat, Darwin Nunez je. Sepak bola memanjang tak masuk gol. Kena mandi bunga kau ni. Eh ni dah masuk cerita lain.

Sesiapa ada cadangan resepi air fryer yang simple tapi sedap bolehlah share di ruangan komen. Aku ni tradisional sikit, tau masak guna dapur gas je. Sekali-sekala kita go healthy, pakai air fryer pulak. Umur pun dah makin bertambah ni, jagalah kesihatan.

OKlah tu je nak cerita. Kalau menaip tak leh berhenti. Thanks for reading!
Read More

Merhaba Turki Part 7.2!- How Bizarre is Grand Bazaar?

Thursday, 26 January 2023

Assalamualaikum dan hai semua! First of all aku mohon maaf kalau entry ni nampak macam malas sebab aku sebenarnya sangat tak ada mood. Sesuatu berlaku masa hari pertama cuti panjang yang baru lepas ni dan kesannya masih menghiris hati walau dah beberapa hari berlalu. Tapi aku paksa juga diri menulis sebab aku nak habiskan cerita Turki cepat-cepat. Menulis adalah terapi yang baik. Jauh lagi baik dari termenung meratap nasib. Or so I thought...

Turun dari Bosphorus Cruise, kami naik bas ke area Sultanahmet. Masa ni langit dah kembali cerah. Alhamdulillah, tak perlu bawa payung. Kami turun dan berjalan kaki ikut langkah Ozgur ke Grand Bazaar. 

Bukan ini bazaarnya

Kalau dapat buat trip Turki secara DIY, memang aku teringin nak naik tram

Sebelum masuk bazaar, singgah dulu solat di masjid ni. Betul-betul di sebelah pintu masuk Grand Bazaar

Built in 1755, the Nuruosmaniye Mosque (Nuruosmaniye Camii) was commissioned by Ottoman sultan Mahmud I in 1749. However, Mahmud I passed away before the construction of the mosque. The mosque was completed in 1755 during the reign of Osman III and was named Nuruosmaniye “the light of Osman” due to large numbers of windows allowing a lot of light inside the mosque.

The structure was built as a mosque complex (külliye) consisting of the mosque itself, a madrasa (religious high school), imaret (soup kitchen), tomb, public fountain, and library with very rich book and manuscript collection. The mosque complex was built by two architects: Mustafa Ağa and Simeon Kalfa. The complex is considered the earliest example of Ottoman Baroque architecture due to its Baroque architectural elements such as exaggerated ornamentation, a large dome, focus to light, a lot of windows, niched mihrab looks like a church apse, and polygonal courtyard.

The dome of the Nuruosmaniye Mosque is one of the largest domes in Istanbul and prayer hall of the mosque is completely covered with the dome. It is 25 meters in diameter and 43 meters in height. Today, the Nuruosmaniye Mosque Complex, which is situated next to the Grand Bazaar, is in very good condition and make sure to see this unique Ottoman mosque that was inspired from the Baroque churches in the west.


Masjid dari luar. Memang banyak tingkap

Gambar dalam masjid aku tak ambil sebab handphone aku tak bawak sekali. Kami gilir-gilir jaga beg. Kawasan Grand Bazaar ni memang ramai orang, locals dan foreginer so hati-hati lah dengan barangan berharga.

Masjid di Turki ni masalahnya tempat ambil wuduk tak sama dengan tempat solat. Dalam gambar ni, bangunan kecil warna coklat tu lah tempat ambil wudhu'. Tapi jangan risau, tertutup untuk jemaah wanita.

Korang jangan tanya aku ayat apa dia letak kat gerbang tu. Pelaris kot, sebab kalau masuk je tempat ni auto keluar tangan kiri kanan penuh beg. Haha.


The total area of the market is 45,000 square metres, and 20,000 people work inside. The daily number of visitors varies, between 300,000 and 500,000 depending on the time of year.

The Istanbul Grand Bazaar has more than 3,600 shops which are spread out over 64 streets, and there are 22 doors which give access to the market.


Memandangkan tempat ni ada 22 pintu, so kena take note masuk pintu mana kalau tak mau sesat ibarat mencari kereta ko parking kat mana di Sunway Pyramid.

Kalau travel ikut agen, memang nak tak nak diorang akan bawa ke Grand Bazaar ni. Tapi, tour guide tak ikut bila kita shopping. Just janji nak jumpa di kawasan luar bazaar. Ada juga ahli group aku yang pergi shopping tempat lain, tapi dah diorang tak ajak aku segan la aku nak mengekor. Diorang ada beli simcard, so boleh guna Google Maps. Aku ni kalau ada internet or ada member lagi sorang, tak heran aktiviti shopping ni. Baik aku gi jalan-jalan area Sultanahmet.

Harga? Orang yang dah biasa pergi Turki akan cakap dalam Grand Bazaar ni harga mahal sikit. Harga tourist kekdahnya. Mestilah dia ketuk ko sikit. Di sini takde masalah nak tawar menawar. Aku memang tak reti, so aku follow je ahli group aku.

Manusia ramai. Huhu


Aku tak tau kenapa aku tak ambil banyak gambar dalam Grand Bazaar. Maybe sebab aku tak berapa suka tempat crowded.

Kat Grand Bazaar, korang boleh beli souvenir macam fridge magnet, pouch bag, T-shirt dan hiasan rumah seperti lampu, pasu etc. Aku beli beberapa helai T-shirt untuk anak-anak buah je.

Grand Bazaar ni menjelang Maghrib tutup dah. Tapi di Istanbul ni takdelah macam di Mekah atau Aceh, dengar bunyi azan semua tinggal kedai dan pergi solat jemaah. Aku tau ni pun sebab ada satu famili ni balik lewat sikit nak sambung shopping. Sekali bila jumpa hari esoknya diorang cerita yang Grand Bazaar takdelah bukak sampai lewat malam. Aku expect sampai 2 pagi. Barulah shop till ypou drop!


Keluar dari Grand Bazaar, hujan turun mencurah-curah. Baguslah, payung aku tinggalkan dalam bas! Lalu depan Hagia Sophia lagi sekali, kali ni ramai yang dah lapar dan penat so diorang ajak pergi makan dan check in hotel terus. Lagipun kalau nak beratur, line panjang, walaupun hujan lebat. Frust lagi sekali OK.

So, singgah restoran untuk dinner dan check in hotel.


Malam duduk bilik je layan bola. Ikutkan match di berlangsung di stadium dekat dengan hotel tapi takde geng nak pergi, aku tak berani lah pergi seorang. Kalau tak dapat gak tengok Cengiz Under depan-depan.

Itu jelah nak cerita. Gambar rasa macam ambil banyak tapi bila nak tepek sendiri takde pulak. Thanks for reading!

Nota kaki: Money can't buy you happiness, but it can buy you flight tickets and travel trips; and that is close enough.

Read More

Hadiah dari si dia yang mesra

Sunday, 22 January 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Dah agak lama jugaklah dapat hadiah ni tapi baru sekarang buat entry. Hadiah kiriman Blogger Ujie Othman, sebagai penghargaan menjadi salah seorang sahabat blog yang paling mesra (baca: paling banyak meninggalkan komen) pada tahun 2022 di blog Titian Perjalanan.

Ikutkan tahun 2022 memang kerap aku bersidai di blog kak Ujie. Lepas aku, aku lagi komen. Haha. Aku suka baca blog kak Ujie sebab selalu share pasal aktiviti jalan-jalan, makan-makan dan book review. Kak Ujie stail dia kalau berjalan, selalu pergi tempat yang ada keindahan alam semulajadi (betulkan kalau saya silap), so memang tertarik lah aku membacanya sebab aku ni duduk dalam hutan batu. Kerja pun hari-hari ngadap PC je. Pah tu gambar kalau kak Ujie ambil semua cantik-cantik. Memang cuci mata sambil membaca.

SK? Salman Khan? Siti Kassim? Stephen King? Shinji Kagawa?

Semua pun bukan! SK yang dimaksudkan adalah jenama telekung terkemuka iaitu Siti Khadijah. Ketinggalan zaman aku, rupanya SK ada produk lain selain telekung iaitu pouch bag motif 'Kelarai'. Aku tahu nama motif ni kelarai pun dari blog kak NA. Besar jugak. Taulah aku nak isi apa nanti. Cuti CNY ni pouch ni ikut aku berjalan. Aku juga dapat sepasang stokin wanita. Nice. Moga pahala bila aku menutup aurat pakai stokin ni dapat kak Ujie juga. Ha gituuu.

Terima kasih banyak-banyak tau kak Ujie. Tak sangka komen punya komen tup tup dapat hadiah padahal segala komen tidak mengharapkan balasan.

Korang yang nak berkenalan dengan kakak manis yang peramah dan pandai ambil gambar ni bolehlah singgah blog dia.

OKlah tu je nak cerita. Busy lah cuti panjang ni. Ni pun taip pakai hp je
Read More

Merhaba Turki Part 7.1! Naik Bosphorus Cruise dalam hujan

Wednesday, 18 January 2023

Assalamualaikum dan hai semua! Lately banyak free time jadi mari habiskan cepat entry Turki sebelum hilang ingatan atau hilang mood. Taip entry travel ni biasanya masa baru balik je beria, orang yang membaca pun semangat komen. Lama-lama both reader dan writer pun jemu. Adakah jemu tandanya kena bukak trip baru? Jeng jeng jeng. Sabar ye, tengah kumpul duit. Dah berapa kali weekend aku sacrifice duduk rumah saja demi nak menyimpan. Kalau takde orang ajak keluar memang aku bersyukur. Bosan pun bosanlah, kita bacalah buku ke, mengemas ke, layan Netflix ke, blogwalking ke...

Menjawab persoalan di entry sebelum ini..adakah kami naik the ever famous Bosphorus Cruise? Eh mestilah naik sebab dah dijanjikan oleh agent! Kalau korang survey trip Turki mana-mana travel agent, make sure ada termasuk sekali Bosphorus Cruise ni tau. Mostly travel agent akan cakap cruise ni free, tapi kita semua tahu bayaran dah termasuk dalam pakej. Mana ada benda free dalam dunia ni.

Bosphorus Cruise ni ada macam-macam pakej. Ada yang sekali dengan dinner dan show. Ada yang sampai 6 jam dan ada juga naik yatch tengok sunset. Boleh survey dengan tourist agent yang bersepah di Istanbul atau via online. Tu kalau datang sendiri lah. Datang ikut group macam kami ni memang dapat private tour selama 2 jam. Takde campur group lain. Tiket pun agent dah beli siap-siap so you just get your big fat arse up the boat.

Harga? Aku pun tak tahu berapa harga tapi rasanya tak mahal. Ikut pembacaan aku bila convert harga around RM10 sahaja. If korang datang secara DIY, boleh beli tiket di jeti Eminönü dan make sure beli dari penjual yang sah. Sedangkan di Puduraya ada ulat tiket, takkanlah di Istanbul takde kan.

Snap depan restoran tempat kami lunch. Nampak awan sarat, sarat lagi rindu di hati. Eh

Dipendekkan cerita, dalam hujan renyai kami menuju ke jeti tempat bot cruise berlepas. Ikut je langkah laju Ozgur, lalu celah masjid, celah kedai, tau-tau nampak bot depan mata. Aku belek-belek rupanya aku tak sempat ambil gambar. Dia punya rushing tu macam Istanbul nak runtuh. Sabar jelah aku. Maybe sebab timing dah lari gara-gara sangkut jam tadi.

Tapi, rushing tu hanya sementara. Once bot dah berlepas keadaan kembali tenang. Bot yang kami naik ni ada dua tingkat. Bahagian atas tak berbumbung. Biasa tengok gambar orang naik Bosphorus Cruise ni semua cantik-cantik. So, kita cuba lah nak gambar cantik jugak walaupun muka dah berlemuih.


Kalau nak naik Bosphorus Cruise, bawalah roti untuk diberi pada burung-burung camar yang berterbangan

Takde apa nak buat atas ni. Kita layan view je. Terasa di Eropah sangat. Ada vibe Itali+Southern France gitu. Jadilah buat raso-raso

Kau jangan tanya belah mana Eropah, belah mana Asia. Aku tak tumpu perhatian apa yang Ozgur cakap



Disebabkan hujan yang kejap lebat, kejap renyai , tak dapat duduk dekat kerusi sebab basah. Bak kata Blogger Notie dalam entry sebelum ni, kenapa bawa payung, tak bawak baju hujan? Ya sesungguhnya aku menyesal sebab bawak payung. Agak susah nak berdiri ambil gambar bila pegang payung. 

Stadium Besiktas tadi

Entahlah bangunan apa tapi cantik sangat

Masa dok ambil gambar sambil layan view, ada staf cruise ni approach kitorang dan ambil gambar. Dia akan print so kita boleh beli kalau nak. Aku cakap awal dah aku tak nak tapi dia snap jugak. Aku malas nak beli sebab gambar tu aku sorang. Kalau satu famili ke dengan kawan-kawan ke menarik gak nak simpan. Diorang tak paksa beli tapi kalau beli pun harga tak mahal. Adalah dia design sikit, ala macam gambar kalau kita gi zoo tu. Photographer/ designer tu bawa portable printer dan boleh dapat sebelum turun.

Tak lama aku duduk atas sebab sejuk. Gagal ramalan cuaca aku trip kali ni. Sebelum datang weather forecast kata Istanbul panas ting ting. Sekali hujan pulak. Agak spoil the mood. So, aku turun ke bawah.

Suasana dek bawah

Tingkat bawah lebih selesa sebab tertutup so tak sejuk sangat. Ada jual air jugak dan jajan tak silap aku tapi aku tak beli apa-apa.



Tak silap aku inilah Bosphorus Bridge yang menghubungkan Istanbul benua Eropah dan Istanbul benua Asia. Aku tengok dokumentari, ada acara marathon tahunan di sini. Cinta antara benua? Lemah! Ini larian antara benua OK. 

Ada koridor sikit so kita pose ala-ala Rose nak terjun dari Titanic. Ni di tingkat bawah. Berbumbung so takde masalah tak pakai sweater

Hujan reda sikit, aku naik atas balik dan duduk di salah satu kerusi untuk bergambar kenangan. Kot lah korang tanya kerusi tingkat atas rupa macamana. Aku duduk atas sweater sebenarnya sebab tak nak seluar basah.

Pose pening kepala tu trademark


Settle cruise barulah matahari keluar. Sabar jelah. Takpelah, nak buat macamana kan. Alhamdulillah takde siapa yang mabuk laut ke apa ke. Cuma aku terkilan lupa snap gambar bot dari luar. Sampai jeti ingat nak ambil gambar, tapi aku dok kesejukan terus simpan je tangan dalam poket. Kelemahan aku tulah, tak tahan sejuk. So kalau aku travel musim sejuk mesti gambar sikit je. Huhu.

Actually time aku pergi ni musim panas nak masuk autumn, so ikut kan suhu macam di Malaysia je. Cuma itulah hujan dan berangin tiba-tiba, aku pulak hanya bawak sekaki payung lipat dan sweater fleece H&M. Asalnya plan nak bawak 'Down' tapi takut over so padanlah muka aku. Down actually better sebab kalis air. Ni fleece bila kena hujan memang basah lah.

Anyway kalau korang datang Istanbul memang wajib sangat-sangatlah naik Bosphorus Cruise ni sebab boleh tengok view cantik kiri kanan sepanjang selat Bosphorus. Boleh nampak bangunan-bangunan ikonik Istanbul macam Istana Topkapi dan Hagia Sophia.

Cakap pasal Hagia Sophia, Ozgur kata kali ni nak buat cubaan kedua ke sana sebab last time tak dapat masuk. Wah, berbunga hati sis mendengar. Haraplah kali ni tak patah hati. So, dapat ke tak masuk kali ni korang tunggulah next entry ye. Thanks for reading! 
Read More