Tragedi Itaewon - Mengimbau memori Halloween aku di Osaka

Monday 31 October 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Ikut hati memang nak sambung story Turki, tapi lately busy lah. Menaip entry travel kena duduk betul-betul, pilih+edit gambar yang sesuai dan menulis pengalaman disulami fakta, bukan auta. Tak suka tulis entry separuh masak. Tak kisah orang baca atau tidak, aku memang akan usaha untuk hasilkan entry terbaik dari ladang.

Anyway, umum mengetahui tragedi yang berlaku di Itaewon, Korea Selatan. Tragedi sempena sambutan Halloween yang mengorbankan lebih 150 nyawa. Aku tumpang bersimpati walaupun mereka tidak seagama dengan aku. Kalau mereka seagama pun aku akan tetap titipkan doa. Sebab apa? Sebab kita pun tak tahu pengakhiran kita macamana.

Bila baca berita tersebut dan komen-komen netizen, terus teringat memori masa aku ke Osaka, Jepun beberapa tahun dahulu. Kebetulan masa pergi tu Hari Halloween yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun. Masa beli tiket tak pernah terlintas pun nak celebrate perayaan masyarakat Celtic kuno itu ye. In fact tak silap aku kitorang beli tiket tarikh lain tapi Air Asia ubah tarikh sampaikan kitorang kena bayar denda kat AirBnB sebab tukar tarikh penginapan. Perangai musibat AA memang dari zaman sebelum Covid, tapi demi nak tambang murah punya pasal kenalah bertabah.


Di Dotonbori, Osaka memang ramai manusia tapi kawasannya luas dan orang tak bertumpu di satu-satu jalan sahaja


Gambar-gambar lain dan story boleh baca di SINI

Sebenarnya memang budaya orang Jepun setiap kali malam minggu diorang akan turun ke bandar memakai kostum walaupun takde sambutan apa-apa. Tapi bila Halloween meriahnya jadi berganda. Aku dan kawan-kawan sekadar menikmati suasana. Kawan-kawan aku ni budak-budak baik. Kalau ikutkan aku lagi lama nak lepak cuci-cuci mata tapi diorang dah ajak balik. Ini pun kami tak lalu di kawasan yang banyak bar. Takut jugak kalau ada yang mabuk

Bila difikir balik, syukur sebenarnya tak jadi apa-apa tragedi masa aku dan kawan-kawan di sana. Kalau tak pasti dah kena kecam sekali padahal tak pernah pun seumur hidup terlintas nak sambut Halloween. Pergi open house Aidilfitri pun kadang-kadang aku malas. 

Kali pertama dan terakhir aku tengok perbarisan di dataran

At the same time teringat masa pergi celebrate Hari Merdeka 31 Ogos yang lepas. Agaknya kalau ada kekecohan macam tu lah kot nasib semua yang ada kat sana. Haih, membayangkannya je dah boleh buat bulu roma aku meremang. Aku memanglah tak pernah suka tempat sesak. Sebab tu aku tak suka pergi konsert dan jarang pergi tengok bola di stadium.

Cakap pasal tengok bola, Al-fatihah utuk mangsa Tragedi Stadium Kanjuruhan Malang 11 September yang lepas.

Apa pun, kita ni mulut dan jari jangan rajin sangat nak kecam dan gelakkan oang. Sebab kita tak tahu nasib kita macamana. Boleh saja jadi kita berada di tempat dan waktu yang salah.

Marilah kita sama-sama berdoa diberi Khusnul Khatimah dan sentiasa cuba menjauhkan diri dari ke tempat-tempat yang tidak diredhai Allah. Siapalah aku nak menitipkan pesan, hanyalah seorang manusia yang banyak dosa.

32 comments

  1. Kaann... K ret pun ada terpk kot la kebetulan beada kat itaewon mlm halloween tu padahal kita x plan pun nak ke sana utk menyambut... Minta dijauhkan jgk klu berlaku kesesakan terjadi mcm tu kt. Msia.. Ngeri x dpt nak dibygkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak Ret, kita kalau gi tempat orang ni kadang-kadang just nak tengok scene je sebab takde kat negara kita. Masa perarakan merdeka tu saya takut jugak tengok orang ramai dengan takde crowd controlnya lagi

      Delete
  2. Saya pun banyak dosa. Tapi berpesan-pesan itu seafdhal-afdhalnya perbuatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah, saling mengingatkan. Kadang-kadang menulis ni sebenarnya untuk diri sendiri juga

      Delete
  3. Inilah entri yang Sal kata nak tulis tu ye. Setuju Sal. Kalau boleh sajikan yang terbaik dari ladang gitu. Hehe...
    Pergi Jepun ni meriah dengan pameran kostum. Biasanya kat Shibuya lah meriahnya. Saya kurang sikit tempat sesak ni. Kalau sesekali tengok pergi sambut Merdeka tu bolehlah. Apapun yang berlaku kita doakan yang baik baik. Pasti yang baik baik untuk kita juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa first baca news Itaewon ni pun dah terfikir kalaulah ada pelancong Malaysia yang terselit situ. Kadang-kadang kita bukan nak join tapi sekadar melihat. Syukur masih dipanjangkan nyawa

      Delete
    2. Tak silap saya ada orang Malaysia terlibat sama. Kawan dia orang Korea yang inform. Sejauh mana kepastian tu tak pasti lah.

      Delete
  4. Peringatan daripada Allah buat hamba2-Nya

    ReplyDelete
  5. 100 lebih terkorban. Ramai juga. Pelik juga ada peristiwa maut begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baca news katanya lorong tu sempit sangat lepas tu orang tolak-tolak. Saya pun pelik, takde crowd control ke

      Delete
  6. Semoga apa yang berlaku jadi pengajaran buat semua.

    ReplyDelete
  7. betul tu kita pun tak tahu pengakhiran kita macam mana kan.

    ReplyDelete
  8. Ehh kerajaan arab saudi pon dh benarkan perayaan halloween kat tanah suci itttuh jugak.. hanat btollah khannns...ciksal kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arab Saudi pening dah. Slow slow nak ikut omputih. Pas ni tak tau la sambut apa pulak

      Delete
  9. Setuju. Kita doa yang baik2 je. Kecuali Arab Saudi tu patut kita kecam sebab mempersendakan agama.

    Bestnya Sal dah pernah ke Jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arab Saudi tu sedihlah tengok. Sebab negara Islam. Non muslim ketawakan kita bila kita bantah Halloween sebab 'chief' pun sambut

      Delete
  10. mama ada tgk juga video masa kejadian kat sana.. memang seram dan menakutkan sgt keadaan masa tu. sebab tu mama pun sama macam sal tak suka tempat bersesak. dataran merdeka pun x pegi, even dataran shah alam during sambutan merdeka dulu pun x pegi huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tulah. Lagi pulak kita ni lembik, kalau ditolak orang memang tersembam la. Saya sekali tu jelah. Pas ni tak mau pergi dah

      Delete
  11. Semuga kita dijauhkan daripada semua bencana macam tu. Tapi kadang terfikir juga kalau kita berada di tempat yang salah dan di masa yang salah. Ya Allah di jauhkan le hendaknya.

    ReplyDelete
  12. Sebab tu semasa bermusafir berkelana di tempat orang doa orang musafir kan Allah makbulkan. Jadi walau kita hanya pi jenjalan melihat keindahan ciptaan Allah semuga perjalanan bermusafir kita itu mendapat perlindungan dan rahmat dari Allah SWT. Akak pun banyak dosa. Semuga tulisan sal mendapat manfaat dan menjadi asbab kebaikan pada sesiapa yang membacanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, kena betulkan niat dan cuba elak tempat yang boleh menimbulkan fitnah. Tapi adat lah bila pergi tempat orang akan jadi curious bila nampak benda yang tiada di negara sendiri sampai lupa diri kadang-kadang

      Delete
  13. All out diaorang sambut Halloween memang berpesta sakan.. Benda nak berlaku tak boleh elak.. Bila travel banyak kenangan pahit manis kann Sal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pahit sikit-sikit takpe, jangan pahit sampai melibatkan nyawa dan keselamatan takpe

      Delete
  14. baca komen, ada ckp kawasan itaewon tu berbukit. so kalau seorg jatuh dia jd mcm domino effect. tambah pula situ jg bkn kawasan lapang...

    covid masih ada. jg diri bila berada di kawasan sesak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takde covid pun memang jarang g kawasan sesak. Haha. Memang kesian kan kes Itaewon tu. Macam domino

      Delete
  15. ikut berbelasungkawa atas kejadian yang ngeri ini di korea. semoga tidak akan terulang kembali di masa depan

    ReplyDelete
  16. Terkejut jugak dengan berita itaewon Tu. Betul jugak Tu, Kita tak tahu mcm mne pengakhiran Kita. Pelik jugak yg duk kecam2 Tu. Ambillah sbgai iktibar Dan peringatan diri sendiri drpd duk kecam Kan

    ReplyDelete
  17. Nak join crowd mcm nie kena pastikan kawasan dia luas dan tak tertutup.. Kalau boleh elak lagi elok

    ReplyDelete
  18. sama2 fikir yg baik dan buruk dan dijauhkan dr tempat2 mcm tu. sama2 mengingati

    ReplyDelete
  19. Betullah macam Sal cakap... Mulut dan tangan yang menaip ini kena jaga.. Kadang orang tu tak joint pun tapi kebetulan ada kat tempat tragedi.. Tak ke fitnah tu..
    Suka sangatlah mereka-mereka yang di media sosial ini menjadi hakim..

    ReplyDelete
  20. kekadang kita berada di tempat yg salah, diwaktu yg salah...itulah dinamakan takdir...suka tengok cosplay Jepun, kawaii..

    ReplyDelete
  21. Haah la..akak pun terfikir gak...macam mana kalau kita berada kat situ di waktu yang salah dan ada tragedi macam tu...allah mintak dijauhkanlah

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah