Train To Ipoh

Tuesday 2 November 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Ini cerita aku bercuti ke Ipoh. Plan yang agak adhoc. Asalnya merancang nak naik 'Ekspres Rakyat Timuran' yang bermula dari JB Sentral, Johor ke Tumpat, Kelantan. Di Semenanjung, sewaktu entry ini ditaip, ia satu-satunya perkhidmatan sleeping train atau keretapi malam yang ada. 

Seingat aku tahun 90an dan awal 2000an ada Ekspres Senandung Malam yang disediakan oleh KTM. Ia menghubungkan Woodlands, Singapura dan Ipoh, Perak tapi telah ditamatkan perkhidmatan sekitar 2009. Ada sesiapa di sini yang pernah naik? Sayangnya aku tak berpeluang. Masa tu jiwa wanderlust belum berkobar macam sekarang. Lagipun waktu tu masih kanak-kanak/remaja. Kalau famili tak bawak memang tak sampai.

Plan Ekspres Rakyat Timuran kita hold lah dulu kerana memerlukan perancangan yang lebih rapi dan cuti yang panjang. Lagipun sekarang musim hujan. So, scratch that. Kita pergilah Ipoh. Tak dapat naik keretapi klasik diesel, naik ETS (Electric Train Service) pun jadilah. Keretapi jugak.  Rajin-rajinlah check official website KTMB untuk tahu promo terbaru. Kami dapat potongan RM10 seorang. Banyak kan? Promo 'CUTIKERETAPI' ni valid sampai 31 Disember 2021. Boleh guna untuk train intercity jugak.


Beli tiket melalui official website. Pakai apps pun boleh, tapi aku book via website sebab nak guna PC. Naik keretapi pun macam nak naik flight. Siap mintak no I/C dan nama penuh. Tak diwajibkan buat swab test tapi status haruslah lengkap divaksin dan bukan contact rapat Covid19. Harga tiket pergi RM 39. ETS ada kelas Silver, Gold dan Platinum. Gold aje yang ada so ambillah. Yang membezakan kelas-kelas ni adalah berapa banyak stesen dia berhenti. Lagi mahal, lagi kurang berhenti, lagi cepat sampai.


Hari kejadian, kami naik di KL Sentral. Masa beli tiket nampak banyak seat kosong lagi tapi masa beratur nak naik eh tetibe ramai orang. Hari Sabtu kan. Redha jelah. Bukan kau je yang nak bercuti. Nak naik train macam biasa scan MySejahtera dan check suhu. Scan QR code ticket di laluan berpalang sebelum masuk.



Tak berapa best tempat duduk kitorang ni sebab ada 'tiang'. Tak dapatlah nak tengok view. 


Belanja video untuk yang rindu naik keretapi.


Teringat scene keretapi Kajol dan Shah Rukh Khan dalam Dilwale Dulhania Le Jayange. Kau memang kuat beranganlah.


ETS ada toilet dan 'bistro'. Simple jelah, takdelah macam gerai atas tanah. Harga boleh tahan mahal. Beli sandwich je untuk alas perut. Itu pun Rm3.80




Boleh request pekerja Bistro untuk panaskan

Lagi satu stesen nak sampai, penumpang seat depan kitorang turun. So, tumpang seat dia kejap untuk posing.

Perjalanan 2 jam 33 minit. Train memang bergerak dan sampai on time. Cuaca pun cantik.

Posing dulu. Ala-ala pose depan Shinkansen pulak.

Stesen Keretapi Ipoh ni memang cantik. Senibina 'Moorish', hampir sama dengan Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Dekat Ipoh ni, stesen keretapi dia je pun dah boleh buat macam-macam posing OOTD. 

Baca ni: Sejarah Stesen Keretapi Ipoh


Sebelum keluar dari stesen, kena scan QR Code tiket lagi sekali pada laluan berpalang, jadi korang janganlah buang dulu tiket. At least simpan digital copy. Maybe nak elakkan kes curi-curi naik keretapi tanpa tiket agaknya. Kitorang tak rushing so biar jelah orang habis dulu. 

Sampai Ipoh dalam pukul 11.30 pagi, masih awal nak check in tapi jenuh lah nak bawak beg ke hulu ke hilir. So, kita pergi 'tumpang' beg dulu. Kebiasaannya pihak hotel benarkan, so harap yang ni pun sama. Kalau dia tak bagi aku keluar perangai 'Karen'. Hahaha. Jangan main-main Yeop!


Lama giler rasanya tak datang Silver State (dibaca: Negeri Perak) ni. 

OKlah nanti next entry aku sambung lagi. Thanks for reading!

39 comments

  1. Wah bestnya makin jauh perjalanan, permandangan stesen tu klasik, tak pernah naik ETS lagi, tapi pernah rancang nak naik :) (macam raja lawaknye skrip la pulak haha). Salam November Sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Stesen Ipoh memang cantik dan klasik. Semoga suatu hari nanti akak dapat bawa anak-anak naik ETS

      Delete
  2. Wahh syoknya naik ketapi. Pernah naik keretapi antarabandar tu je lah zaman study kat penang dulu. Naik dari Segamat. Masa tu ada lain stesen segamat. Abah selalu belikan tiket first class single seat. dapatlah air sebotol dan roti. Makanan dalam tu memang mahal. Balik sorang duduk diam je lah situ. Paling best naik ketapi ni view lain dari on road kan. Banyak nature view.

    Best kalau dapat naik ketapi diesel lama tu. boleh feeling zaman dulu pulak. Eh cantik pulak ketapi sekarang. Boleh lah berangan shinkasen :)

    okaylah 2 jam lebih dari KL-Ipoh. Tak payah hadap jem tapi boleh tahan ramai jugak kan tu. kemana je pergi kat Ipoh tu. kita tunggu next entry :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah naik yang antarabandar tu. View dari dalam train memang cantik. Lagi-lagi yang keretapi diesel. Harap dapat lah naik suatu hari nanti sebelum semua dimodenkan.
      Entry pergi aje dah panjang lebar. Tunggu lah nanti sambung. Hehe

      Delete
    2. Try naik keretapi Sabah yang lama tu Sal. Mesti best :)

      Delete
  3. dah setahun tak ke Silver state (dibaca: balik kampung)..bestnya ronda2 Ipoh, akk pun tak pernah lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nohas orang Silver rupanya. Kat belah mana tu?

      Delete
  4. Mesti best naik keretapi sbb perjalanannya lancar...sy seumur hidup blm pernah naik lg..lrt je pernah 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah lancar jugaklah. Tapi kalau banjir boleh terganggu juga

      Delete
  5. wah... lama gila x naik ketapi.. last naik masa nak g Langkawi hahaha...
    masa tu masih ada ketapi katil lagi...

    Menarik ni train to Ipoh..
    ok ok next entry please hahaha
    mana tau ada rezeki bawa Uyum naik ketapi plak pasni...

    p/s: sewa kete ke kat Ipoh or naik grab aje?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. Nak tau kenala tunggu next entry. Bestnya naik ketapi ada katil. Teringin tapi belum berkesempatan

      Delete
  6. laaaa akak pun baru je balik bercuti...naik sleepng train yang sal kata tu. Sanggup naik plane pi jb dan jumpa member yang outstation kat jb untuk sama-sama bercuti ke tumpat. Seronok walaupun tidur bangun tidur bangun tak sampai2 lagi. hehehehe pukul 7 pm sampai lah ke 12.30 tengahari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Tu lah saya sekodeng kat blog kak notie tadi ada gambar katil keretapi. Jeles I olls. Nanti update story ye

      Delete
  7. SONOKNYA BERCUTI JLN2 IPOH NAIK TREN LAJU

    ReplyDelete
  8. bestnya lahai naik train.. kat tmpt sy manade train.. haha
    sandwich je dh rm3.80.. kayangan betol.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Memang harga kayangan makanan dalam ETS ni. Tu yang amik sandwich je. Jadilah

      Delete
  9. Nampak selesa train tu. Mama xpenah naik train ke utara lagi. Hihi kelakar sal siap terbayang adegan Kajol dgn shah rukh khan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Saya memang peminat filem hindustan. Tu yang teringat.

      Delete
  10. Laju juga sampai ke Ipoh.
    Tidak pernah naik lagi keretapi laju.
    Eh waktu bila Sal pergi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pergi weekend terakhir oktober 2021. excited tu yang cepat-cepat update entry

      Delete
  11. Untungnya dah dapat jalan-jalan.

    ReplyDelete
  12. Bestnya pergi Ipoh naik train je. Cepat pun cepat. Lepas ni update pulak tempat-2 best kat Ipoh hehe

    ReplyDelete
  13. Dah lamanya tak naik kereta api
    kereta api sekarang nampak selesa

    ReplyDelete
  14. Ammi dgn kawan2 WhatsApp dah bertahun plan nak buat 2D1N trip to Ipoh naik ETS. Belum berjaya lagi sbb covid dok nyibuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu kalau plan beria yang tak jadi. tu kitorang main redah je

      Delete
  15. wak pun dh lama x naik ketapi., kata org kalo naik ketapi gerabak belah belakang nnti lmbt smpi, btol ke ciksal., kihkih2

    ReplyDelete
  16. Naik keretanya pasti super nyaman. Selamat sore, sobatku Salbiah.

    ReplyDelete
  17. bestnya naik tren.. kalau bawak anak² kakmim ni mst diorang excited giler

    ReplyDelete
  18. sekurangnya-kurang dapat travel seronok juga

    ReplyDelete
  19. bestnya dapat jalan jauh. tak pernah merasa lagi naik ets ni..

    ReplyDelete
  20. Memang best dapat bersiaran banyak tempat

    ReplyDelete
  21. Seronoknya...holiday naik train... should do this la.. emm...

    ReplyDelete
  22. uuuiiiitttt ke Ipoh da jalan2nya.. lama gile tak naik ETS.. mmg before PKP gamaknya last naik. itu pun before before PKP. Refreshing sbb xyah drive xyah kalut jem kan. pastu kt ipoh naik grab je mudah sana sni orang drivekan hehe..

    ReplyDelete
  23. hahahaha boleh pulak berangan DDLJ dekat situ, nasib baik tak ada yang hulur tangan mintak sambutkan. Thanks share pasal tiket KTM tu hihi

    ReplyDelete
  24. Oh, seronoknya! Akak dah lama betul tak naik keretapi! Lepas ni kena plan trip jalan-jalan naik train jugaklah.

    ReplyDelete
  25. Rasanya Tah n lepas mama last ke Ipoh.. syurga makanan

    ReplyDelete
  26. Buat inspirasi untuk akak travel ngan Dania naik ETS ni...menarik..pas tu naik je grab kan nak kemana- mana

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah