Pastribella Tamarind Square dan Kolam Renang di Putrajaya

Monday, 25 October 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Sambung cerita staycation aku dan Blogger Siti. Kitorang keluar pagi, dalam pukul 11 macam tu. Belum boleh check in hotel, so kitorang pergi ke Cyberjaya dahulu. Plan asal nak ke Taco Belle, tapi tu dia ramainya orang, kami tukar plan untuk ke Pastribella yang terletak di Tamarind Square. Juga di Cyberjaya. Ini kali kedua aku ke Tamarind Square. Kali pertama dulu untuk checked out Book Xcess. Back then di tahun 2019 BC (Before Covid), ia dibuka selama 24 jam tau. Tapi sekarang tak pasti lah.



Very the hipster cafe tau. Cuma nama cafe agak misleading bagi aku. Namanya Pastribella, tapi takde pastry dalam menu. Acane tu? Frust gak kitorang. Ingatkan dapat makan strudel, croissant or at least pie tapi donut pun takde.




Last-last beli Carbonara Sliced Duck, Chocolate Cake 1 slice share berdua. Air apa kitorang beli dah lupa. Both pun sedap.


Pastribella ni sebenarnya famous dengan kek. Harga satu slice tu dalam belas-belas. Entahlah murah ke mahal, aku dah jarang makan kek sejak aku cuba kurangkan sugar dan dessert. Masalah aku bukan diabetes atau saiz badan, tapi bila aku makan gula banyak, kulit aku break out. Benci betul.


Sunyi betul Tamarind Square kalau weekdays. 


Ada juga orang yang datang sini untuk bergambar.


Very Instagrammable - said the lady who doesn't even have Instagram account


Sebelum meneruskan agenda, kitorang singgah Mitsui Outlet Sepang dulu sebab tengah panas lit lit time ni. Taula kitorang dua-dua ni puteri lilin



Sendu Mitsui di hari bekerja. Aku pun takde apa nak beli. Cuci mata je tengok dari luar. Sejak PKP kan dah jarang sangat beli baju atau beg baru. Dah lebih setahun set dekat minda: 'bukannya boleh pergi mana-mana', so nafsu shopping untuk penampilan tu pun dah hidup segan mati tak mahu. Sekarang kalau ada duit nak spend dekat makanan dan berjalan je.


Dah petang-petang sikit baru lah kitorang teruskan agenda utama iaitu mencari swimming pool! Untunglah warga Putrajaya ada banyak public pool. Antara yang famous adalah di Marina Putrajaya, tapi yang kami pergi ni Kompleks Sukan Air Putrajaya yang terletak di Presint 6


Dekat dengan pantai buatan. Kerlas kau kat Putrajaya ada pantai walaupun fake.


Waktu operasi yang kitorang terlepas pandang sebab staf di kaunter tak bagitau. Dahlah tampal nun kat atas. Ni aku snap waktu nak balik. Take note ya, ada waktu kolam ditutup. 

Konsep dia macam ni. Kau mandi selama sejam. Katakanlah dari pukul 4 sampai 5 petang. Pastu nak sambung lagi. Kena keluar dari kolam, beratur balik di kaunter, bayar lagi sejam dan masuk next slot pukul 5.30 petang. Tabahlah basah-basah tu kena beratur. 


Nasib baik bayaran murah. Cuma aku terkilan staff kat kaunter tak explain betul-betul pasal timing dia. Dahla tampal waktu operasi tu kat atas. By right, letak lah di eye level. Rakyat Malaysia bukan ketinggian Michael Jordan

Aku pulak jenis yang mudah naik angin kalau orang kerja bahagian service tak buat kerja betul-betul. Tapi selalunya naik angin dalam hati jelah. Haha. Kang kalau aku marah kata pulak berlagak dan pandang rendah dekat orang yang kerja jaga kaunter dan jadi cashier. Aku pun pernah buat kerja macam ni lah, so bagi aku kalau kau tak boleh letak kepuasan hati customer as priority then pergi cari kerja yang tak jumpa orang.


Loker RM1, tapi ada deposit RM10. Aku nyaris terlupa ambil balik deposit, tapi baguslah pak guard tu jujur. Dia nampak kitorang nak balik, dia panggil. Nasib baik Pak Guard baik. 


Kolam Renang Kompleks Sukan Air Putrajaya yang bersaiz olimpik. Tapi takde bumbung. Datanglah petang-petang sikit.


Perlumbaan yang dimenangi oleh Siti. Haha

OKlah, tu je nak cerita. Thanks for reading!

38 comments

  1. Pastribella ini yang Cik Ako cerita sebelum ini.
    Hehe renang ikut jam pula. Lepas itu boleh ambil sejam kemudian sejam pula. Ingat boleh sekali kan jumlah jam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. maybe dia tak nak orang mandi lama-lama kot

      Delete
  2. tak pernah sampai lg Tamarind Sq..menarik..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi jalan-jalan kedai sini. Pernah singgah untuk print je kat bangunan ni.

    ReplyDelete
  4. Wah cantik gambar di Tamarind Square, very instagramable.
    Itula ingat ada jual pastri. Besar pool tu, puas mandi..jadi first runner up pun ok tu:)

    ReplyDelete
  5. sonoknya jalan2 putrajaya selamat bercuti sal n siti

    ReplyDelete
  6. Ohh pastribella ni tempat KakRet makan cuti cuti di putrajaya jugak. Siapa singgah putrajaya kira wajib singgah sini lah jugak kan. Cantik Tamarind Square ni. Memang hotspot sangat untuk instagrammer. Tak pernah jejak lagi. huhu...
    Syoknya pandai berenang. kita pulak fobia dengan air dalam dalam ni. Aquaphobia sungguh. Sabar je lah kan bila dah diterangkan betul betul syaratnya tu. Marah dalam hati je lah mampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitorang berenang kat kawasan air 1.3 meter je Fizah. Kalau yang 2 meter tu tak berani pergi. Siti pandai berenang, saya berenang kuak katak je. hehe.

      Tamarind SQ memang ramai orang photoshoot. macam-macam gaya

      Delete
    2. Saya lagi lah tak pandai berenang. Tenggelam terus kalau air dalam sikit. huhu

      Delete
  7. wahh adventurous bebenor nih.. xyah gi obersi pon dh experiences macam2.. ciksal khannns 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah sehebat wak boleh berenang dalam helikopter. hihi

      Delete
  8. sekarang ni cafe macam2 dah kan. nak tarik org datang tu buat diarang jadi creative.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan. rambang mata na memilih. paling penting luaran dan rasa makanan kena seiring

      Delete
  9. Replies
    1. tak mahir sangat kuak lentang. berenang gaya katak je mampu

      Delete
  10. Asalam pagi2 ketuk pintu maya Sal..wow!!! berjalan jalan dengan hati girang..semoga sentiasa dilindungi ya

    ReplyDelete
  11. adudu bestnya berenang..kalau saya pon marah klo x bgtau info betul2..cantik la view..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah. nasib baik bila masuk kolam sejuk balik hati tu

      Delete
  12. Ya ampun bahaha xperasan pool ni. Yg tau mandi di pantai fake tu. Alang2 menyeluk pekasam biar lah terjah semua dpt mkn cuci mata sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. saya tengok je la pantai fake tu. kalau ada budak-budak ok lah kot nak mandi-manda situ

      Delete
  13. eh eh ala tak tau pun kat putrajaya ada kolam mandi awam...
    Kalau tau, aritu dah singgah bawa budak-budak ni..
    Ok next time bole terjah pool ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza. Tapi pergi awal kak. SOP tempat ni 30 orang je satu-satu masa

      Delete
  14. wahhhh...seronoknya tak ramai orang..boleh jalan-jalan dengan tenang, kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Lagi-lagi bila kita digalakkan menjauhi tempat ramai orang kan

      Delete
  15. Syok nyer dapat keluar 🌹🌹even tak beli apa apa pun yang penting mata.nie kena cuci... Barulah fikiran relax dan tenang githew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Syok jugak tengok mall, tapi itulah tak rasa nak membeli. Maybe sebab dah terbiasa shopping online

      Delete
  16. satu slice 11 hengget tu kira okay lah kot sebab tengok kek dia macam tebal. tak pernah jejak lagi tamarind square ni tapi memang banyak port cantik untuk instagram dengan tiktok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tebal juga kek dia dan banyak coklat. Rasanya kalau tengok hashtag tamarind square tu mesti macam-macam pose di socmed

      Delete
  17. Menarik juga tempat nie ya Sal..

    ReplyDelete
  18. pastribella ni bukan yg menang masterchef malaysia tu..chef ezani kali x silap la. x pernah gi pun...semua pun nampak dap...and the coffee..yums... bestnye gi jenjalan mcm ni... nice!

    ReplyDelete
  19. Belum pernah sampai lagi Tamarind Square tetapi memang canti tempatnya untuk bergambar.
    Amboi, bukan main lagi korang mandi manda main air ye...

    ReplyDelete
  20. Kenapa mama.gak.tau tempat.. cantik.betul kedai mmg sesyai utk photo2..makan pun nampak sedap. tq sal bgtau

    ReplyDelete
  21. wah macam best je Tamarind square tu. Putrajaya yang macam-macam pun tak di jejak apa lagi lah jiran putrajaya. Tapi tenguk kat cyberjaya dah macam-macam attractions. Akak kalau masuk kolam tu gerenti air melempah....ehehe

    ReplyDelete
  22. Tq Sal.. Serius baru tau kewujudan Tamarind Square ni. Masalah mall sebelah taman pun ammi taktau wujud. Acaner tu?

    ReplyDelete
  23. pantai kt putrajaya tu baru lg ke? rasanya dh brp org mention pasal pantai kt putrajaya ni.. dlu selalu ulang alik putrajaya x penah pulak husband bgtau psl pantai fake ni

    ReplyDelete
  24. Baruuu dapat nak singgah ni haaa hehe.. jom kita kuak lentang gedebush2 lagi..
    gian rasa nak pi berenang lagi..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah