Assalamualaikum dan hai semua! Ini cerita aku bercuti ke Ipoh. Plan yang agak adhoc. Asalnya merancang nak naik 'Ekspres Rakyat Timuran' yang bermula dari JB Sentral, Johor ke Tumpat, Kelantan. Di Semenanjung, sewaktu entry ini ditaip, ia satu-satunya perkhidmatan sleeping train atau keretapi malam yang ada.
Seingat aku tahun 90an dan awal 2000an ada Ekspres Senandung Malam yang disediakan oleh KTM. Ia menghubungkan Woodlands, Singapura dan Ipoh, Perak tapi telah ditamatkan perkhidmatan sekitar 2009. Ada sesiapa di sini yang pernah naik? Sayangnya aku tak berpeluang. Masa tu jiwa wanderlust belum berkobar macam sekarang. Lagipun waktu tu masih kanak-kanak/remaja. Kalau famili tak bawak memang tak sampai.
Plan Ekspres Rakyat Timuran kita hold lah dulu kerana memerlukan perancangan yang lebih rapi dan cuti yang panjang. Lagipun sekarang musim hujan. So, scratch that. Kita pergilah Ipoh. Tak dapat naik keretapi klasik diesel, naik ETS (Electric Train Service) pun jadilah. Keretapi jugak. Rajin-rajinlah check official website KTMB untuk tahu promo terbaru. Kami dapat potongan RM10 seorang. Banyak kan? Promo 'CUTIKERETAPI' ni valid sampai 31 Disember 2021. Boleh guna untuk train intercity jugak.
Beli tiket melalui official website. Pakai apps pun boleh, tapi aku book via website sebab nak guna PC. Naik keretapi pun macam nak naik flight. Siap mintak no I/C dan nama penuh. Tak diwajibkan buat swab test tapi status haruslah lengkap divaksin dan bukan contact rapat Covid19. Harga tiket pergi RM 39. ETS ada kelas Silver, Gold dan Platinum. Gold aje yang ada so ambillah. Yang membezakan kelas-kelas ni adalah berapa banyak stesen dia berhenti. Lagi mahal, lagi kurang berhenti, lagi cepat sampai.
Hari kejadian, kami naik di KL Sentral. Masa beli tiket nampak banyak seat kosong lagi tapi masa beratur nak naik eh tetibe ramai orang. Hari Sabtu kan. Redha jelah. Bukan kau je yang nak bercuti. Nak naik train macam biasa scan MySejahtera dan check suhu. Scan QR code ticket di laluan berpalang sebelum masuk.
Tak berapa best tempat duduk kitorang ni sebab ada 'tiang'. Tak dapatlah nak tengok view.
Lagi satu stesen nak sampai, penumpang seat depan kitorang turun. So, tumpang seat dia kejap untuk posing.
Perjalanan 2 jam 33 minit. Train memang bergerak dan sampai on time. Cuaca pun cantik.
Posing dulu. Ala-ala pose depan Shinkansen pulak.
Stesen Keretapi Ipoh ni memang cantik. Senibina 'Moorish', hampir sama dengan Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Dekat Ipoh ni, stesen keretapi dia je pun dah boleh buat macam-macam posing OOTD.
Baca ni: Sejarah Stesen Keretapi Ipoh
Sampai Ipoh dalam pukul 11.30 pagi, masih awal nak check in tapi jenuh lah nak bawak beg ke hulu ke hilir. So, kita pergi 'tumpang' beg dulu. Kebiasaannya pihak hotel benarkan, so harap yang ni pun sama. Kalau dia tak bagi aku keluar perangai 'Karen'. Hahaha. Jangan main-main Yeop!
Lama giler rasanya tak datang Silver State (dibaca: Negeri Perak) ni.
OKlah nanti next entry aku sambung lagi. Thanks for reading!
Wah bestnya makin jauh perjalanan, permandangan stesen tu klasik, tak pernah naik ETS lagi, tapi pernah rancang nak naik :) (macam raja lawaknye skrip la pulak haha). Salam November Sal.
ReplyDeleteYa.. Stesen Ipoh memang cantik dan klasik. Semoga suatu hari nanti akak dapat bawa anak-anak naik ETS
DeleteWahh syoknya naik ketapi. Pernah naik keretapi antarabandar tu je lah zaman study kat penang dulu. Naik dari Segamat. Masa tu ada lain stesen segamat. Abah selalu belikan tiket first class single seat. dapatlah air sebotol dan roti. Makanan dalam tu memang mahal. Balik sorang duduk diam je lah situ. Paling best naik ketapi ni view lain dari on road kan. Banyak nature view.
ReplyDeleteBest kalau dapat naik ketapi diesel lama tu. boleh feeling zaman dulu pulak. Eh cantik pulak ketapi sekarang. Boleh lah berangan shinkasen :)
okaylah 2 jam lebih dari KL-Ipoh. Tak payah hadap jem tapi boleh tahan ramai jugak kan tu. kemana je pergi kat Ipoh tu. kita tunggu next entry :)
Saya tak pernah naik yang antarabandar tu. View dari dalam train memang cantik. Lagi-lagi yang keretapi diesel. Harap dapat lah naik suatu hari nanti sebelum semua dimodenkan.
DeleteEntry pergi aje dah panjang lebar. Tunggu lah nanti sambung. Hehe
Try naik keretapi Sabah yang lama tu Sal. Mesti best :)
Deletedah setahun tak ke Silver state (dibaca: balik kampung)..bestnya ronda2 Ipoh, akk pun tak pernah lg..
ReplyDeleteKak Nohas orang Silver rupanya. Kat belah mana tu?
DeleteMesti best naik keretapi sbb perjalanannya lancar...sy seumur hidup blm pernah naik lg..lrt je pernah 😅
ReplyDeleteAlhamdulillah lancar jugaklah. Tapi kalau banjir boleh terganggu juga
Deletewah... lama gila x naik ketapi.. last naik masa nak g Langkawi hahaha...
ReplyDeletemasa tu masih ada ketapi katil lagi...
Menarik ni train to Ipoh..
ok ok next entry please hahaha
mana tau ada rezeki bawa Uyum naik ketapi plak pasni...
p/s: sewa kete ke kat Ipoh or naik grab aje?
Ha.. Nak tau kenala tunggu next entry. Bestnya naik ketapi ada katil. Teringin tapi belum berkesempatan
Deletelaaaa akak pun baru je balik bercuti...naik sleepng train yang sal kata tu. Sanggup naik plane pi jb dan jumpa member yang outstation kat jb untuk sama-sama bercuti ke tumpat. Seronok walaupun tidur bangun tidur bangun tak sampai2 lagi. hehehehe pukul 7 pm sampai lah ke 12.30 tengahari.
ReplyDeleteHuhu. Tu lah saya sekodeng kat blog kak notie tadi ada gambar katil keretapi. Jeles I olls. Nanti update story ye
DeleteSONOKNYA BERCUTI JLN2 IPOH NAIK TREN LAJU
ReplyDeletebestnya lahai naik train.. kat tmpt sy manade train.. haha
ReplyDeletesandwich je dh rm3.80.. kayangan betol.. haha
Haha. Memang harga kayangan makanan dalam ETS ni. Tu yang amik sandwich je. Jadilah
DeleteNampak selesa train tu. Mama xpenah naik train ke utara lagi. Hihi kelakar sal siap terbayang adegan Kajol dgn shah rukh khan
ReplyDeleteHehe. Saya memang peminat filem hindustan. Tu yang teringat.
DeleteLaju juga sampai ke Ipoh.
ReplyDeleteTidak pernah naik lagi keretapi laju.
Eh waktu bila Sal pergi?
saya pergi weekend terakhir oktober 2021. excited tu yang cepat-cepat update entry
DeleteUntungnya dah dapat jalan-jalan.
ReplyDeleteBestnya pergi Ipoh naik train je. Cepat pun cepat. Lepas ni update pulak tempat-2 best kat Ipoh hehe
ReplyDeleteInsha Allah. Tunggu entry seterusnya ye
DeleteDah lamanya tak naik kereta api
ReplyDeletekereta api sekarang nampak selesa
Ammi dgn kawan2 WhatsApp dah bertahun plan nak buat 2D1N trip to Ipoh naik ETS. Belum berjaya lagi sbb covid dok nyibuk.
ReplyDeleteselalu kalau plan beria yang tak jadi. tu kitorang main redah je
Deletewak pun dh lama x naik ketapi., kata org kalo naik ketapi gerabak belah belakang nnti lmbt smpi, btol ke ciksal., kihkih2
ReplyDeleteNaik keretanya pasti super nyaman. Selamat sore, sobatku Salbiah.
ReplyDeleteNumpang lewat ya kakak 😁
ReplyDeletebestnya naik tren.. kalau bawak anak² kakmim ni mst diorang excited giler
ReplyDeletesekurangnya-kurang dapat travel seronok juga
ReplyDeletebestnya dapat jalan jauh. tak pernah merasa lagi naik ets ni..
ReplyDeleteMemang best dapat bersiaran banyak tempat
ReplyDeleteSeronoknya...holiday naik train... should do this la.. emm...
ReplyDeleteuuuiiiitttt ke Ipoh da jalan2nya.. lama gile tak naik ETS.. mmg before PKP gamaknya last naik. itu pun before before PKP. Refreshing sbb xyah drive xyah kalut jem kan. pastu kt ipoh naik grab je mudah sana sni orang drivekan hehe..
ReplyDeletehahahaha boleh pulak berangan DDLJ dekat situ, nasib baik tak ada yang hulur tangan mintak sambutkan. Thanks share pasal tiket KTM tu hihi
ReplyDeleteOh, seronoknya! Akak dah lama betul tak naik keretapi! Lepas ni kena plan trip jalan-jalan naik train jugaklah.
ReplyDeleteRasanya Tah n lepas mama last ke Ipoh.. syurga makanan
ReplyDeleteBuat inspirasi untuk akak travel ngan Dania naik ETS ni...menarik..pas tu naik je grab kan nak kemana- mana
ReplyDelete