Cititel Express Ipoh Review - Simple, moden dan ada free movie!

Tuesday, 30 November 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Sambung balik cerita di Ipoh. 

Before we begin, let's recap trip aku dan Anies ke Ipoh penghujung bulan Oktober 2021. Perak masih dalam PPN Fasa 3 waktu kami ke sana, jadi ada banyak tarikan yang masih ditutup.

Day 1

Kali ni nak share hotel tempat kami menginap iaitu Cititel Express Ipoh. Cantik hotel berwarna oren-putih ni, dari jauh dah nampak. Hotel ni masih baru, dibuka pada November 2015. 

No. 2, Jalan S. P. Seenivasagam, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

E-Mail: resvnipoh@cititelexpress.com

Reservations : +605 – 208 2888




Plan asal nak tidur hotel backpackers je. Stail hostel macam di Taiwan. Barulah boleh feeling tourist. Tapi fikir-fikir balik, risau jugak zaman pandemik ni duduk satu dorm entah dengan siapa-siapa buatnya close contact dah cerita lain pulak. So kita carilah hotel. Tak perlu hotel mahal-mahal at the same time tak naklah kedekut sangat. Biarlah selesa.

Lokasi hotel ni pun strategik, hanya 800 meter dari Stesen Keretapi Ipoh dan terletak dalam kawasan Ipoh Old Town. Antara tarikan berhampiran adalah Padang Ipoh, Hale Street Heritage Gallery dan Concubine Lane. Di Ipoh kalau tak nak sewa kereta atau malas jalan kaki boleh naik Grab.




Baca ni juga : Train to Ipoh

Masa kitorang sampai, belum boleh check in, tapi yang bestnya hotel ni ada luggage storage untuk tetamu yang menginap. Nampak tak bilik sebelah kaunter receptionist tu? Boleh tinggalkan beg dulu sementara jalan-jalan. Jangan risau sebab bilik tu berkunci dan bila nak ambil beg bila nak check in, tunjukkan kad yang diberi receptionist hotel.

Hotel ni bertaraf 3 bintang, tapi kemas, bersih dan patuh SOP. Gym, restoran dan swimming pool takde  tapi aku tak kisah sebab bukan nak staycation pun.


Di lobi ada 7 Eleven. Malam-malam kalau lapar boleh beli maggie ke biskut ke.



Katil yang selesa


Kami ambil Superior Queen. Harga sewaktu entry ini ditulis ialah RM130 satu malam. Harga basic so bilik ini tak ada microwave ataupun mini bar. Harga macam biasalah kan, berubah-ubah. Boleh book via Agoda, Booking atau direct melalui website hotel. Pandai-pandailah compare yang mana berbaloi.

Aku lupa ambil gambar bilik air. Bilik kami hanya ada shower, toilet dan sinki. Tak ada bathtub.



Free movie yang aku maksudkan. Ada channel Astro lain jugak. Banyak jugak filem macam Avengers, Beauty & The Beast, Paddington dan Christopher Robin. Sesuai lah kalau bawak anak-anak. Yang tak bestnya takde subtitle. Citer omputih je ada. Citer Melayu ke Korea ke takde ye.



View dari bilik: Boleh nampak Sungai Kinta. Petang-petang nampak orang memancing. Bilik kami di tingkat 8. Hotel ni 13 tingkat tak silap aku.


Hijau je pemandangan


Dalam bilik tak disediakan iron dan water heater. Kena kongsi dengan pengguna lain di level yang sama. 


Parking disediakan. Abaikan editing gambar di atas yang celaru. Nak padam nombor plet kereta sahaja sekali dengan permukaan jalan sekali dimosaickan. Takde apa-apa yang aneh ye. Aku edit pakai handphone. Jari tak bedung.

OKlah tu je aku nak share. Anyway aku bersyukur sangat kitorang pilih hotel yang selesa, wifi laju dan ada banyak pilihan movie untuk ditonton. Kenapa aku cakap macam tu? Ha..nanti aku citer next entry . Kalau bercuti macam gitulah. Selalu terjadi perkara di luar perancangan. Terpaksa go with the flow.

Nanti sambung lagi. Thanks for reading! 

39 comments

  1. bila lagi nak sampai ke perak ni.

    ReplyDelete
  2. Nampak bilik hotel tu kemas sangat.

    ReplyDelete
  3. Kadang x perlu hotel mahal2 sangat... janji selesa dapat mandi tido pun dah cukup hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah. kalau banyak spend masa kat luar, cari yang basic sahaja pun cukup

      Delete
  4. hotelberbintang bintang ni mmg selesa kan sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 je bintangnya kak PI. kalau dapat yang lima tu yang rasa tak nak keluar bilik

      Delete
  5. Aah, kemas sangat. Lama dah saya tak ke Ipoh, rasa macam nak repeat pulak. Oh ya Cik Sal, nanti singgah blog ya, ada surprise ;) https://www.syaznirahim.com/2021/12/topcommentatornov2021.html

    ReplyDelete
  6. Hotel best ni lepak bilik je pun dah syiok....tapi jauh jauh datang takan nak lepak dalam bilik je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..tau xpe. lainlah kalau hotel tepi laut.

      Delete
  7. Layan movie je pun dah best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, kalau nak layan movie baik tengok netflix kat rumah. hehe

      Delete
  8. Npak selesa. Siaran banyak itu yang seronok kalau jenis terpaksa duduk dalam bilik.
    Lagi satu WiFi laju pun macam satu kemestian zaman sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendapat saya, kalau kena kuarantin dalam hotel ni pun ok je

      Delete
  9. Kemas bilik dia.. kemudahan pun okay.. Menarik..

    ReplyDelete
  10. Macam akak asalkan bersih, selesa, x perlu sampai 4-5 bintang..janji berdekatan dengan pengangkutan awam sebab akak jenis x suka drive kalau pi mana-mana dalam negara...akak suka nak explore sesuatu tempat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama!!!tapi saya memang tak suka drive pun. hihi. kalau yang 4-5 bintang tu kita duduk je dalam tu tak yah keluar

      Delete
  11. Permandangan luar pun cantik dengan kehijauan .

    ReplyDelete
  12. wah macam best je. nak pergilah nanti.

    btw, jemputlah join giveaway kita. hehe

    ReplyDelete
  13. Kalau ambil backpackers hostel tu macamana ye pengalamannya, tapi lebih selamat ambil hotel, ada view sungai kinta yang indah. Dekat dengan stesen pula, ada movie lagi. Menarik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Backpackers hostel tu kalau mat saleh memang suka. Sebab murah pastu boleh jumpa ramai orang. Musim pandemik tak sesuai lah. Huhu

      Delete
  14. Baru smlm surveys hotel ni sal.. semua ok cuma parking dia kat belakang bangunan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah mama. Saya rasa parking dia basement. Boleh call je diorang nak tau lebih lanjut

      Delete
  15. bathtub tu perlu ke ciksal utk berendam sorang2.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu tu wak boleh berangan panjangggggggggg

      Delete
  16. Sal..sejam lg..smpai ke taiping hehee..mai la taiping pula ^_^

    ReplyDelete
  17. Okay sangat biliknya ni Sal. Asalkan kemas dan bersih baru selesa nak menginap. Kemudahan yang ada pun banyak. Kira berbaloi dengan harganya tu.

    ReplyDelete
  18. Ammi dengan kengkawan alam maya pernah plan nak naik ETS ke Ipoh. DAh bertahun plan tapi bila nak realisasikan ntahlah. memasing makin lama makin tua dah..yg bercucu pun ada.

    ReplyDelete
  19. Syok nyer... Tak tau bila boleh sampai.

    ReplyDelete
  20. Mama rasa satu hari nanti mama akan stay juga kat sini. Almaklumlah dah selalu singgah Ipoh skrg

    ReplyDelete
  21. Pernah plan nak jalan-jalan Perak tapi belum sampai masa yang sesuai. Ipoh, salah satu destinasi yang selalu Abang Farid cadangkan. Nanti bolehlah jadikan catatan Sal untuk rujukan. Tq for sharing Sal.

    ReplyDelete
  22. Warna hotel pun dh menarik perhatian org. Sg kinta tu mcm2 jenis aktiviti org bt. Kalau hujan lebat lg lah penuh sungai tu

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah