Assalamualaikum dan hai semua!
Sambung dari SINI. Lepas tumpang beg di hotel, kitorang keluar balik untuk cari lunch. Almaklumlah perut Melayu, mestilah nak cari nasi. Mula-mula ingat nak pergi kedai Nasi Ganja yang viral tu tapi aku kalau makan nasi kandar conform lepas tu mengantuk. So, kita cari lah Nasi Ayam Hainan. Di Ipoh ni memang banyak kedai dan warung nasi ayam, tapi kenalah cari yang sedap dan halal. Check dalam google nampak 'Ipoh Hainan Chicken Rice' so marilah kita menapak ke sana.
Saja pilih untuk berjalan sebab nak fefeeling tourist. Cuaca agak redup walaupun tengahari buta. Tak plan sewa kereta sebab cadang nak ke kawasan dalam town sahaja. Habis-habis pun naik Grab atau bas awam if tak larat jalan.
Orang ramai. Almaklumlah hari Sabtu dan waktu makan tengahari pulak
Ipoh Hainan Chicken Rice ada 2 cawangan. Kitorang pergi yang di Jalan Raja Musa Aziz/ Henderson Anderson Road. Boleh rujuk FB rasmi untuk waktu operasi dan menu.
Kami order Couple Set walaupun aku single. Ada Wan Tan Hor (Kuey Tiow Ladna), Chicken Rice Roasted/Steamed (aku lupa kitorang pilih mana satu) dan 2 Sirap Ais. Memandangkan orang sangat ramai kena tabah lah menanti. Tapi takdelah slow sangat. Belum tahap nak mengamuk.
Cak! Dah jangan tanya aku gi ngan sape. Blogger femes ni confirm korang kenal.
Harga untuk makan 2 orang.
So, rekemen ke tidak? Definitely! Ipoh Hainan Chicken Rice memang port menarik untuk lunch. Nasi kosong saja tanpa sup pun dah sedap. Ayam pun tak rasa tawar. Menaip ni pun teringat-ingat lagi.
Kalau korang bawak kereta, kena pusing sikit nak cari parking. Ada je parking kat area KFC dan The Store berhampiran.
Settle makan, kitorang gerak ke destinasi seterusnya. Masih menapak macam tadi. Kata nak 'berjalan' kan. Sambil-sambil tu ambil gambar bangunan dan jalan yang menarik perhatian.
Antara kedai yang menarik perhatian aku. Restoran Semenanjong. Ejaan macam zaman dahulu, pintu pun macam tak pernah bukak sejak zaman sebelum merdeka. Curious aku nak tahu lebih lanjut tapi bila intai dalam hanya nampak kertas suratkhabar lama dan tin kosong bersepah. Takut nak intai lama-lama takut ada yang ngintai balik.
Bangunan ni aku ingatkan kedai perabot, rupanya gimnaseum.
Ipoh pun ada Hop On Hop Off lah! Korang rasa kitorang naik tak?
Cuaca begini nyaman nak berjalan.
Pantang nampak street art cantik sikit, mesti singgah nak posing.
Next kitorang ke mana? Tunggu next entry ye. Aku kalau citer berjalan memang laju je. Rindu nak menulis kisah travel oversea. Entahlah bila berpeluang lagi. Nak terbang buat masa ni banyak sangat kerenah birokrasi. Malaih aku.
Thanks for reading!
Pagi-pagi baca tentang nasi ayam terus lapar, travel negeri lain dapat kedai nama bandar macam ni best, serviette tu dulu suka ambik buh kat jurnal, restoran semenanjong tu tutup terus ye ada tong kosong tapi tetap tertanya-tanya hehe. Ipoh bandar bersih, pandai pula apek tengah bancuh kopi tu posing dengan Sal.. :)
ReplyDeletesaja nak cuba nasi ayam stail Ipoh pula. memang bandar yang bersih dan banyak tarikan dari segi binaan dan street art
DeleteKita kat Ipoh pun tak makan dekat situ😅
ReplyDeletebiasalah tu, orang jauh yang datang akan cari tempat viral
Deleteprnh smpai kat ipoh skali..
ReplyDeletedulu2..
tp xsempat nk meronda pon.. haha
sibbaik bil nasi ayam hainan tu cuma rm33 je, kalo rm33 ribu leh viral satu malaya nih.,. hehehe
ReplyDeletehaha. tak mungkin jadi. saya check harga dulu sebelum makan
DeleteOh Sal dengan Anies. Hehe rasanya Sal cuba hop on hop off Perak.
ReplyDeleteKalau redup seronok jalan lama-lama.
itulah. saya tak berapa selesa jalan kalau panas sangat. nanti sakit kepala
Deleteselamat menjamu selera ciksal!
ReplyDeleteMesti menyelerakan tu sampai menaip pun teringat-ingat haha
ReplyDeletewah bestnya jejalan walaupun hanya dalam negara kan. saya pun rasa nak jejalan tapi tu lah dah hjg2 tahun ni, cuti dah nak abis. tak boleh jejalan lama
ReplyDeletesaya pulak nak menghabiskan cuti tahunan. banyak tak digunakan sebab PKP kan
DeleteLamanya tak pi Ipoh. Dolu masa pertama kali pi Ipoh sebab outstation... mula-mula terpegun Ipoh memang oldskoll sebab banyak bangunan lama-lama dan bersejarah. Ingatkan bila bandaraya mesti dah moden tapi itulah kelebihan Ipoh
ReplyDeleteIpoh memang preserve bangunan-bangunan lama dia. Memang kebanyakan terjaga rapi
DeleteRindu mee kari Mat Jasak....pemes tu...jjcm kat Ipoh memang sodap.
ReplyDeleteha yang tu pun kami makan jugak. memang sedap.
DeleteSiapa itu gerangan blogger terfemes tu
ReplyDeletetak cukup femes lah ko Anies, kak notie tak kenal. hehe
DeleteFav ni nasi ayam hainan... suka nasi ayam yg chinese style... nasi ganja x mkn ke?
ReplyDeletenak makan nasi ganja tapi takut ngantuk. plannya nak makan dinner
Deletecantik sal macam duk dlmlukisan tu
ReplyDeletenampak sedap nasi ayam hainan, kalau pergi ipoh bolehlah cuba :)
ReplyDeleteBole saye taw, awk stay hotel mane ye😊
ReplyDeletekami stay di Cititel Hotel. Nanti saya buat reviewnya
DeleteCerita masalah makan, sedap sangat untuk dibaca. He he ....
ReplyDeleteAsalam..seronoknya berjalan-jalan...ambil yang indah, serapkan benar2 kekuasaanNya mencipta panorama alam yg penuh keindahan ya. Setiap saat ada kesyukuran pada semua nikmat dari Nya. sungguh Allah ini maha pemurah maha penyayang.
ReplyDeleterasa macam kenal blogger femes tu..tapi tak sure sebab blogger rata-rata undercover...jarang menonjol diri
ReplyDeleteseronoknyaa berjalan sambil bergodip kannnn hahahaa
ReplyDeletetu la sonok baca citer orang suka jalan-jalan kan hahaha...
ReplyDeleterindu jgk nak jalan2 obersee kan tp tu la maybe 2 3 thn lagi la kot... ntah ar..
btw lagi-lagi hahhaaha
bestnya tengok bgn old school..
ReplyDeletewah sedap sangat ni
ReplyDeleteperut melayu memang tak akan kenyang kalau tak makan nasi ya kak
tempatnya enak sekali digunakan untuk bersantai dan santap siang
saya jadi ingin mencobanya
Uish.. Dating dekat Ipoh.. Best.. best..
ReplyDeletePlan tadi lunch nak mam nasi ayam gak, sekali kfx plak. He he. Seronok nya jenjalan...saya busy kat opis. Dah malam ni baru la leh blog walking jab
ReplyDeletekalau singgah ipoh boleh try nie.. lama la x g ipoh..
ReplyDeleteWajib cari nasi baru ada energy lebih. Bagus gak pilih nasi ayam dari nasi kandar. Pekena nasi kandar tersandar nanti terus tak larat nak jalan. larat pejam mata je. Best gak sesekali berjalan kaki je. Ohh ada jugak eh hop on hop off kat Ipoh.
ReplyDeleteOhh jalan jalan dengan Anies rupanya.
akak ingat tak kita p Melbourne kan lalu depan gym yang bangunan lebih kurang sama dengan yg kat ipoh ni ? kita ingat restoran tngk2 yg kluar semua sado2 belaka hahaha..
ReplyDeletecantik lah senibina bangunan dekat situ. Gym dia kemain eh vintage betul
ReplyDeleteWah wah wah, bukan main manis senyuman awek berdua ni jalan-jalan Ipoh ya! Mi kicap ada tak? Order kan utk akak semangkuk, please...
ReplyDeleteRestoran Semenanjong tu intai je takpe. Jangan cuba-cuba masuk. Kang ter-teleport ke masa lain kang... :D
ReplyDeleteYum yum sedap pula mama tgk. Terus rasa lapar haha
ReplyDeletebelum pernah sampai ipoh, teringin nya nak pi :D
ReplyDeleteAlaaaa...terus lapar...kepala tengah sakit ni..kalau dapat makan sekarnag kan best...
ReplyDelete