Wednesday, 28 April 2021

Q untuk Qayyum

Minggu lepas, time tengah sibuk bekerja dari rumah, Ayah aku cakap ada orang hantar barang. Pelik jugak sebab datang pakai kereta. Aku kalau shopping online, selalunya guna J&T je. Sebab malas nak amik tudung, aku mintak jela Ayah aku amikkan. Aku tanya dari siapa. Ayah aku cakap dari 'Qayyum'.

Blur kejap aku. Takde plak aku kenal siapa-siapa nama Qayyum. Udah nak kena menjawab dengan Mak dan Ayah aku pulak. Haha. Tapi dalam dok blur tu, aku amik jelah. Rezeki jangan ditolak. Rupa-rupanya...


Eh...rupanya aku salah seorang pemenang GA Raya Gift anjuran Blog Ako Retna. Mesti korang confuse kan? Blog Ako Retna dah kenapa giveaway by Uyum pulak? Uyum ni anak saudara Ako Retna. Comel gila tengok Uyum pilih pemenang. Dahla panggil aku 'Kakak'. Level makcik dah ni. Sape suruh pakai DP lama, kan dah menipu masyarakat. 

Meh tengok Uyum bagi apa..

Comel beg

Kotak pun comel. Bercirikan Malaysia 


Uyum bagi Auntie Sal kek ni nak suruh tambah berat badan sikit sebab kurus sangat ke? Hehehe. Thank you so much. Kek ni hari tu bawak gi rumah adik, dia buat majlis berbuka and sambut birthday anak dia. Sekejap je dah selamat bila dah ramai-ramai tu. Kek sarang semut ni juga dipanggil kek gula hangus. Kalau aku yang buat memanjang jadi 'gula hangit'. Lupa amik gambar lepas keluarkan dari kotak. Takde topping bagai, it's a traditional cake, cuma tambah perasa untuk sentuhan moden. Lepas potong, keratan rentas (wah, istilah Matematik) kek ni memang rupa sarang semut. 

Kat mana nak beli Kek Molek ni korang tanya Ako Retna ye. Anyway, thank you so much kak Ako and Uyum@Qayyum untuk hadiah GA ni. Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya jugak!

34 comments:

  1. wah tahniah. Comel beg dan kotak dia.

    ReplyDelete
  2. Eiiii comel gila kotak dia! Kek punnnnnn mesti sedapp kan! Tahniah kak sal :D
    Rezeki di bulan ramadhan hehehe.

    ReplyDelete
  3. Tahniah!!..cute beg & kotak kek..promo cuti2 Malaysia..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah x boleh cuti oversea. Haha. Malaysia pun best jugak

      Delete
  4. Hehe seronok dapat kek. Terus dapat makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Bulan puasa ni banyak rezeki dalam bentuk makanan

      Delete
  5. Comel Uyum pilih pemenang haritu. Alhamdulillah. Tahniah Sal. Comel giler kot tote bag dan kotak kek tu. Sedap tu kek gula hangus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kan. Tak sangka terpilih. Maybe Uyum minat nombor 10. I olls nak pengsan dengar Uyum panggil kakak.

      Delete
    2. Rezeki no.10 tu dan Sal. Okaylah tu kakak lagi, kan :)

      Delete
  6. Tahniah Sal. Rezeki Ramadan dapat dikongsi bersama di rumah adik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang-panjangkan pahala orang yang memberi

      Delete
  7. Alhamdulilh hehe tq sudi join GA.. Nnt ada lg sila join lg ye 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak Ako anjurkan GA best and sempoi. Insha Allah

      Delete
  8. Alhamdullilah, rezeki bulan ramadhan

    ReplyDelete
  9. tahniahnyer., untungla kann., ;p

    ReplyDelete
  10. comel kan box dia! love sangat 🥰

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah melimpah rezki sal

    ReplyDelete
  12. Wah! bestnya dapat hadiah dari blogger.
    Tahniah Sal ;-)

    ReplyDelete
  13. bagus laaa Uyum panggil kakak kat sek sek kita kak.. kekal muda gitu hahaha orang panggil kakak dia nak orang panggil aunty pulak isk akak ni.. beg comeyyy n colourful.. tahniah kak =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kena sedor diri. Tapi kalau budak datang rumah time raya panggil Akak, kita up sikit duit raya

      Delete
  14. bukan takat comel malah colorful gituuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang dapat pun comel gak. Hehe

      Delete
    2. sapa? sapa? pemes tak dia??? hahahaah

      Delete
  15. Comelnya hadiah :) Tahniah Sal

    ReplyDelete
  16. Hahahahah.. ingatkan crush yg hantar rupanya uyum. Nanti bt review sedap ke tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu. Sape la nak bercrush bagai dah tuo2 ni. Hihi

      Delete
  17. Btw comel hadiah. Syg nk makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. X makan nanti jadi sarang semut betul-betul. Hahaha

      Delete
  18. Lawo kotak dia.. Suka tgk.! Anw Tahniah Sal..

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah.. Tahniah Sal.. cantik gila kotaknya..

    ReplyDelete
  20. cantiknya packaging kek tu.. tahniah sal... kenanyang x mkn kek dr uyum tu? hihi

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

 

Template by BloggerCandy.com