Sunday, 11 April 2021

Hotel Review - Vivatel Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan hai semua. Last birthday aku pergi solo staycation dekat Vivatel Hotel.  Vivatel terletak di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, sebelah Viva Shopping Mall. If naik public transport, turun di LRT Miharja dan naik teksi/Grab untuk ke sini. 

Harga untuk bilik Standard Double/Twin Room adalah RM158 termasuk breakfast, tapi aku guna voucher Hotlink, dapat diskaun 20%. Paid price is RM126.40. Murah kan untuk hotel 4 bintang. Book via oficial website, baru boleh guna promo code. Aku pilih hotel ni sebab harga murah, review bagus dan kebanyakan amenities macam swimming pool dan restoran dah beroperasi.

Lobi yang selesa. Siap provide lemonade lagi untuk guest sementara urusan di kaunter.

Masa nak check in, aku tanya la kalau ada promo untuk upgrade. Staff hotel tu kata, tambah RM40 boleh dapat bilik Supreme Deluxe. Keistimewaan bilik Supreme Deluxe ni adalah terletak di floor paling atas dan ada Nespresso Machine. Macam best, so aku pun amik.

Tapi bila dah masuk lif baru aku realise aku lupa check hotel ni berapa tingkat. Rupanya 12 tingkat je. Ceh. Takdelah tinggi sangat. Menyesal pulak. Takpe, ada Nespresso Machine, aku cuba sedapkan hati.

Level 12 paling tinggi. Takdela beza sangat bagi aku. Haha

Hallway ke bilik



Ada iron, iron board, bathrobe dan scale. Tapi scale dah habis bateri. Booo!



Antara bilik air dan tempat tidur terpisah oleh sliding door cermin. Memang boleh buat free show wei kalau tak tutup sliding door tu. Kalau datang dengan member mesti rasa insecure, kotla member pervert minat kaum sejenis. Haha. Suami isteri nak romantika de amor bolehla tapi kalau anak yang dah besar ada sekali janganla buat. Tak proper.

Takde bathtub, ada shower je. Shower very bling bling. Rasa macam Lady Gaga

Itulah mesin Nespresso nya. Tapi lepas tu menung kejap sebab aku bukanlah minum nescafe sangat.

Takde kena mengena. Thanks blogger Anies bagi hadiah telekung. Senang bawak travel

Aku agak menyesal lah upgrade bilik sebab walaupun highest floor, takdela tinggi sangat. Lagipun aku nak tengok view KL nak buat apa wei, tak puas ke dah berpuluh tahun dok Kolumpo.

Once dah settle down dalam bilik, ingat nak lepak layan TV tapi takde cite best . Channel standard  hotel tapi takde channel sukan. Nak tido mata tak mau lelap, so gi jalan Viva Mall kat sebelah. Aku tak pernah gi lagi mall ni


Sumpah sendu mall ni. Lebih kurang Galaxy Ampang dan Space U8 Shah Alam. Ketupat tu entahla baru gantung sebab dah nak bulan puasa ataupun tak cabut lagi dari tahun lepas. Haha


Level bawah sekali adalah jugak supermarket dan a few restoran non-halal. Haraplah seketul Starbucks untuk melepak.


Lepas asar, aku gi swimming pool. Memerlukan keyakinan yang tinggi ye untuk gi swimming pool sorang-sorang. Nasib baik aku reti terapung dan dog paddle so takdelah nampak awkward wading setempat.
 


Aku suka pool dia sebab besar dan tak berapa strict bab swimming attire. Adult pool 4 kaki je so jangan risau tenggelam. Rasa awkward tu seminit dua je. Kita je perasan orang dok perati kita padahal diorang sibuk hal sendiri. Waktu operasi 8 pagi sampai 8 malam. Takde lifeguard so jaga diri sendiri.

Gym betul-betul sebelah pool

Malam aku dinner dekat Retro Cafe, indoor restaurant Vivatel Hotel

Sendu je, maybe sebab ada banyak je kedai makan berhampiran hotel ni. Lagipun boleh call GrabFood atau FoodPanda.





Senarai Menu Retro Cafe, Vivatel KL

Tak tau nak makan apa, aku order Fish N Chip. The food is good. Harga pun berpatutan.

View malam dari bilik

Breakfast bagi aku biasa je. Stail bufet tapi tulah aku bukannya makan pagi sangat. Itupun makan cepat-cepat sebab nak masuk pool dulu sebelum balik. So in love dengan pool hotel ni tau. Kelebihan gi solo staycation, takde sape nak rushing aku nak balik cepat la apa la. Take my own sweet time.

So, here's my honest review: Katil selesa, shower best, tapi aircond agak mengecewakan walaupun aku dah full blast dan keycard extra aku tak cabut. Upgrade dari Standard ke Supreme adalah satu pembaziran sebab in the end aku tak guna pun Nespresso Machine dan level paling tinggi pun 12 je. 

Vivatel ni very family friendly, sebab diorang ada connecting rooms. For more info on latest rates boleh tengok SINI. Parking banyak dan swimming pool dia luas. Highly recommend untuk sesiapa yang  cari hotel ada swimming pool best untuk famili atau ada event kena attend dekat Viva Mall. Ramai yang aku nampak check in sini sebab nak attend wedding dekat Bizmilla Event Hall yang terletak di Tingkat 3 Viva Mall. 


So, tu jelah nak share. Worth la jugak nak treat diri sendiri. Menanti kebenaran rentas negeri pulak.


57 comments:

  1. Lama dh tak jalan ke hotel sejak kes 1k lebih ni huhi

    ReplyDelete
  2. Menarik review Sal ni. Bilik, bilik air semua nampak best.
    Bagus la Sal ni pandai bercuti sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang best gak cuti sendiri. Boleh buat apa kita suka. Huhu

      Delete
  3. Shopping mall baru ke tu sal? lamanya x g kl... rinduuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunan dah lama, tapi viva mall ni dalam 2010 ke atas baru wujud.

      Delete
  4. Betul betul sendu mall nya, sebab tak ramai orang pun hehehe.
    Tapi bilik hotel tu cantikkk.

    ReplyDelete
  5. omgg rindunyaa nak rentas negeri ke kl :(

    ReplyDelete
  6. Ah.. lamanya tak stay hotel.. Tapi aircond tak berapa sejuk, tak bestlah.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan. Saya siap tutup pintu bilik air semua tak nak aircond lepas tapi tetap tak sejuk

      Delete
    2. tak puas tau duk hotel aircond tak sejuk.. huhuhu

      Delete
  7. ala kenapa tak ada bathtub kalau upgrade. Upgrade pun kelebihan dia tak berapa sangatlah ye. Takpelah, janji dapat have your own sweet time gituh. Bilik besar, bilik air blink blink okaylah tu penyedap rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duplex suite baru ada bathtub. Tapi kalau royal chulan, RM160 gitu dh boleh dapat bilik ada bathtub

      Delete
    2. Ohh macam tu..Rate pun not bad lah jugak kan.

      Delete
  8. Sesekali bawak keluarga tidur di hotel sambil mandi kolam renang memang best.

    ReplyDelete
  9. tak rasa pembaziran ke ciksal dok hotel sorang2
    . huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe la wak, kalau membazir pun duit saya, bukan duit rakyat. Lol

      Delete
  10. best nya Sal dpt tido otel.. sorang2 pun jadi ye.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah selalu ramai2. Nak gak sorang2 sekali sekala

      Delete
  11. hai kak sal.. lama tak jengah.. how are you doin ?? puasa ok ??
    macam best ea staycation sorang2.. hotel cantik.. pool pun best, tak dalam.. leh acah2 diver.. :P taoi part upgrade bilik tuuu... huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Upgrade tu salah sendiri. Staf hotel tu pun tanya 2 kali betul ke nak. Haha. Akak sihat je,Alhamdulillah. Awak n budak kecik encem tu sihat x?

      Delete
  12. menarik dan santai cara sal review..okay la hotel tu kalau bawa family kan..lagi2 ade swimming pool kan..solo staycation terbaik sal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel ni bagi saya memang family friendly. Rasa asing jugak bila datang sorang. Orang lain bawak anak bini

      Delete
  13. Wah tidur hotel sorang-sorang tak takut ke....hehehehe Rajin kuak lentang juga ya sal. Tapi sesekali perlu me time juga kan. emm teringin juga pi tapi lepak rumah sendiri lah lagi syiok. opsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepak rumah memang syok tapi rumah takde swimming pool. Haha. Kuak lentang la sangat

      Delete
  14. Syok jugak layan sorang-sorang kan..hotel review dah best dah..tapi tulah, awat kelilingnya semua senduuu..haha..good tips tho, lain kali kena check hotel berapa tingkat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tang tu lupa nak buat. Kalau tido hotel saya suka kat level tinggi2. Bajet2 layan view.

      Delete
  15. laaaa igt kan hotel yg x jauh dr JJ Maluri tu rupanya hotel ni... opis penah buat dinner kt situ... sesat barat den dibuek nyo...dah laa ms tu pakai baju superman hahahaahahahah mall dia mmg sendu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel ni trsalah masuk simpang memang berpusing la termasuk area bukit bintang

      Delete
    2. entah sapa laa yg buat hotel ni... hahahaha

      Delete
  16. Hotelnya bagus pisan , udah gitu makananya weeeenak pula kalau gini siapapun yang menginap di hotel tersebut akan merasa betah dan gak mahu buru - buru cabuk dari hotel itu. 😆😅😀😄

    ReplyDelete
  17. Lama tak pi hotel hehe..anyway nampak okey juga tuh.

    ReplyDelete
  18. Wah Sal suka pergi kolam renang hotel ya? Hehe kalau akak takde makna hendak berenang (tenggelam).
    Memang perlu keberanian tidur hotel sorang-sorang. Yeah betul boleh buat apa yang disukai.
    Sama jenis telekung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka air, tapi tulah berenang tau sejenis tu je. Suatu hari nanti nak join kelas.insha allah

      Delete
  19. Apa yang penting, you got your own Me-time, kan? Akak tumpang tak puas hati bab upgrade sebab Sal tak minum Nespreso tu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak reti guna. Huhu. Kalau kak Farrah mesti minum berkali-kali. Haha

      Delete
    2. Hahahah memang tiada keraguan di situ. :D

      Delete
  20. Kuat betul semangat tidur hotel sorang-sorang. Apa pun, memang tabiklah sebab Sal pandai berdikari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok hotel jugaklah. Kalau yang seram tu tak berani. Haha.

      Delete
  21. me kalau pergi hotel, mmg excited nak check it out pool dia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Kalau baca review pun baca review pool dulu

      Delete
  22. seronok kan staycation sorang2 ni hehe enjoykan diri sendiri

    nampak selesa dan cantik hotelnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum bahagiakan orang kita hepikan diri sendiri

      Delete
  23. Cantik Lobi dia. Harga pun berpagutan siap Ada breakfast

    ReplyDelete
  24. Menariknya hotel ni view pun lawa. Kalau ada bathtub tu best. Sejenis suka pilih bilik ada tub sejak bujang. Syok main buih2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama! Masa tak boleh mandi pool dulu memang cari bilik ada bathtub. Feeling omputih sangat

      Delete
    2. Hahahaha..mandi buih ke tuuuu

      Delete
    3. Fefeeling britney spears dalam video klip Everytime. Hehe

      Delete
  25. Terliur tgk starbucks tu 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Starbucks jugak yang ditengoknya. Haha

      Delete
    2. Nama pun duta starbucks. Skrg ni pantang tgk jelah 🤭🤭 baru perasan nama hotel ni viva sangatttt

      Delete
  26. bestnyaa lahai boleh jalan2 solo cemni.. saya mmg x lepas laaa umur da tua pun xleh leee nak cenggini.. maka akak.. bawala saya nxt time =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bawa, tapi apa kan daya takde kebenaran rentas negeri.

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

 

Template by BloggerCandy.com