Melaka Solo Trip - Sayyid Antique & Cafe dan Flor De La Mar Museum

Tuesday, 3 November 2020

Assalamualaikum dan hai semua! Tengah menung sebab PKP ke tu? Marila kita jalan-jalan secara maya untuk mengubati kebosanan. 

Aku menginap di TFRH tanpa ambil breakfast sebab buffet sarapan tak disediakan. What a pity, sebab aku tengok restoran hotel ni nampak mewah, siap ada outdoor seating yang mengadap sungai. Nak buat cmane, dah regulation kerajaan tak membenarkan restoran menghidangkan menu secara buffet untuk mencegah jangkitan Covid19 antara pengunjung. At least buatlah stail ala carte ye tak? Tapi nampaknya dapur tak berasap. Mungkin sebab tak ramai guest.

Tak apalah, kita check out siap-siap dan cari breakfast kat luar. Melaka ni banyak kedai makan, tapi kena cari yang halal. Dengan bantuan Google, aku jumpa port breakfast ni ni: Sayyid Antique & Cafe.




Cafe ini terletak di Jalan Hang Jebat. Jalan kaki tak sampai 5 minit berpandukan gogle maps. Kalau datang naik kereta, parking agak terhad. Masa aku sampai, baru pukul 9 pagi. Customer ada, tapi takdelah sampai penuh kedai. Kedai ni memang confirm halal sebab owner dia famili Melayu.





Harga dan senarai menu sarapan pagi di Sayyid Antique & Cafe



Disebabkan malam sebelumnya aku tak makan nasi, so aku order la nasi lemak. Pastu aku order half boiled egg dengan toast. Ni lupa ambil gambar. Adik kat kedai tu perati je aku. Mesti dia kata aku ni bela saka. Hahaha. Masakan dia OKla, boleh tahan.


Aku suka deko kedai ni sebab guna barang-barang antik


Dah kenyang makan, kita pergila merayap tengok bandar Melaka


Restoran ni dekat dengan Muzium Budaya Cheng Ho tapi tutup sebab hari Isnin


Jalan sampai jumpa Dutch Square. Lengang je. Ada nampak beca 2,3 buah


Kubu ni nama dia Bastion Schweinsteiger Middleburg 


Stop kejap untuk ambil gambar kat sini


Aku berani kata Melaka ni selamat sebab banyak polis bantuan. Tengok tu ada 2 abam polis dok perati orang lalu-lalang.


Sebab takde clear itinerary, kita jalan jela sepanjang tebing sungai


Jalan lagi sampai Muzium Samudera. Aku dah pernah pergi muzium ni masa kecik dulu tapi best jugak kalau dapat masuk lagi. Boleh sejukkan badan sebab muzium ada aircond. Lagipun harga tiket cuma RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Kaki sejarah macam aku memang suka lah




Tapi malangnya muzium ditutup untuk renovation.

Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.
Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.
Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.
Sumber: PERZIM


Kecewa dengan Muzium Samudera, kita jalan la sampai Menara Taming Sari. Setiap kali aku gi Melaka, mesti kempunan tak dapat naik. Kali ni die die pun nak naik. 

Cerita aku dan Menara Taming Sari ni sambung next entry la ye. Ni dah panjang, jemu pulak korang baca. Thanks for reading!


47 comments

  1. wah ada lontong. Jalan kat situ parking susah. Lamanya tak jalan-jalan area bando melaka.

    ReplyDelete
  2. Memang tempat letak kereta terhad. Sana banyak jalan sehala.
    Oklah tempat penginapan dekat dengan segala tarikan.

    ReplyDelete
  3. Suka makan di restoran yang memaparkan dekorasi yang berbeza. Sambail menikmati hidangan, mata pun dijamu dengan pemandangan menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau restoran cantik, lagi banyak ambil gambar dari fokus makan

      Delete
  4. Saya nampak lontong dan soto. Kalau saya order dua tu mesti adik tu perati juga ingat bela saka. hahaha..dah rasa nak makan order je lah kan apa nak makan. menarik kedai tu banyak deko barang antik.

    Jalan jalan sepanjang sungai ni best gak tengok permandangan. kat sini pun ada banyak mural cantik cantik boleh ambil gambar. Muzium samudera, muzium taming sari.. setiap kali pergi tak pernah masuk dan naik ke menara. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa first time pergi, tak jadi naik Taming Sari sebab jenuh dok cari parking tak jumpa. Huhu

      Delete
    2. Dulu parking penuh. Sekarang ditutup pula..takpe, cuba lagi lain kali Sal. Don't give up :)

      Delete
    3. Next time nak gi kena call dulu

      Delete
  5. cantik ja bandar melaka sarat dgn sejarahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil nikmati pemandangan, boleh belajar sejarah jugak

      Delete
  6. Best betul jalan melaka waktu gini. Haha. orang kl tak dtg melaka. nak makan pun tenang jee

    rindu lah kat kak sal! akak sihat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak sihat je, macam gini lah. Amboi Scha lama menghilang ye

      Delete
  7. Aduh 2 tempat tutup. Kalau tak mesti lagi banyak gambar kan 😁

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Tak pergi sebab susah sikit nak ke area kelebang kalau takde kenderaan sendiri. Lagipun dah pernah pergi. Hehe

      Delete
  9. Melaka ni, bab makan memang best. Area bandar tu, tak pernah tak sesak. Tapi sekarang ni mesti tenang jer kalau ke sana, sebab tak ramai. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin la kan. Orang kl, selangor n negeri sembilan tak boleh keluar. Lengang la Melaka

      Delete
  10. saya pegi melaka tahun lepas n then makan kat area jonker walk. kitorang makan makanan baba nyonya, harga mahal sikitla. yg tempat akak pergi ni murah juga ya harga dia :D

    uish lengang betul area bangunan merah tu. boleh duduk tengah jalan lagi nk bergambar. time saya pergi tu nk melintas pun takut T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lengang maybe sebab Isnin dan masih pagi. Nanti next time gi Melaka nak try makanan Baba Nyonya. Ni asal kenyang je. Makan sedap2 best kalau ada kawan

      Delete
  11. Resepi ada 4 menu tu termasuk soto dan nasi lemak semua favourite, susah nak buat pilihan. Menarik deco kedai nya. Last pergi Melaka 4 tahun lepas. Rasa janggal pula tengok tempat2 tu dulu penuh pelancong sekarang sepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang janggal tengok Melaka sunyi. Tapi seronok berjalan orang tak ramai

      Delete
  12. Apa jangan ingat orang kurus tak kuat makan hahahaa...
    Mrs. A kalau order roti canai kena 2 keping satu mana kenyang eh! ada saka ke.
    Muzium tu pun Mrs. A dah lama tak pergi Sal.
    Lengang pulak area ni ya biasa ramai je manusia kawasan tumpuan pelancong.
    Psssttt.. tak naik beca ke Sal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak naik la Mrs. A. Rasa menyesal pulak. Kalau tak boleh gak bantu tambah income diorang

      Delete
  13. Lama tak berjalan Melaka walaupun ianya dekat saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya orang yang dekat tu yang paling lambat sampai.hehe

      Delete
  14. lama tak ke melaka.. semua menu2 yg ada memang fav nina. mesti tak tahu nk order yg mana kan.

    ReplyDelete
  15. Okay, this cafe looks promising sebab saya dengan family memang rajin ke Melaka tanpa planning. So this cafe would be an ideal place for us to have breakfast just in case kedai lain tutup. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  16. Aakak pun suka pi melaka...memang x jemu kalau selalu pergi..ada jer tarikan terbaru kan..wow..Sal buat Solo trip....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plan last minute. Nak ajak kawan xde cuti la, takut covid la. So redah sorang. Haha

      Delete
  17. melaka ni skrg jd tempat selfie paling byk sekali.. haha rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penuh memori fon. Tapi malula nak share kat blog

      Delete
    2. malu kenapa.. haha. blog kan satu kenangan.

      Delete
    3. Tulah kan. Siapa rasa menyampah, gi baca blog lain

      Delete
  18. Rasa cam janggal pulak tengok Melaka lenggang. Selalu pikir banyak kali kalau nak g Melaka hehehe

    Tapi best jugak boleh jalan-jalan tanpa jem yang teruk kan Sal ☺.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bawak kereta memang best ni. Parking bersepah

      Delete
  19. Wah jalan2 di Melaka, seronoknya.
    Kesian plak kat pakcik2 beca tu hilang punca pendapatan disbbkan kurangnya pelancong.

    ReplyDelete
  20. Kat bandar melaka ni best.. penginapan dekat tempat nak jalan2.. walking distance.. penah ke sana sebelum ni. Masa tu parking je dekat dengan area taming sari tu. Lepas tu jalan je merata-rata... Seronok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best explore kalau on foot. Tak payah fikir jem dan mana nak parking sebab pusing2 kat situ jugak. Tapi dulu2 Melaka kalau sibuk, susah juga nak cari parking

      Delete
  21. Kalau mama yltfh lapar pun mama.bedal juga makan.byk2 lantak la org kata apa haha

    ReplyDelete
  22. Harga makanan tu boleh tahan, sangat berpatutan :)

    ReplyDelete
  23. awat x mkn nyonya laksa? ampang pun ada nasi lemak jg heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. sebab nak makan nasi kot. menyesal pulak bila dikenangkan. kena repeat

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah