Melaka Solo Trip - Makan Avenue@Kampung Hulu

Saturday 24 October 2020

Assalamualaikum dan hai semua! Sementara Selangor kena PKPB ni tak boleh berjalan, so kita habiskan cerita lama. Lepas check in TFRH, solat dan freshen up sikit, aku nak gi cari makan. Masa tu baru pukul 5 lebih, tapi sebab aku sorang, tak nak la keluar dinner lewat-lewat. 

TFRH ada pintu yang keluar je boleh terjun nampak sungai. Nampak rivercruise lalu. Erm..nak naik ke tidak ek?


Tempat makan paling dekat adalah Makan Avenue. Food court ala-ala hipster terletak di tebing sungai. Jalan kaki je sepanjang riverwalk tu. If datang naik kereta pun ada parking disediakan. Ramai orang datang sini bawak famili. Tapi aku perhati orang Melaka ni bagus, patuh SOP.


Berkonsepkan foodcourt, memang banyak pilihan makanan kat Makan Avenue. Antara yang famous adalah ikan bakar, Japanese food macam sushi, bento etc, Western, lauk pauk tradisional, masakan cina dan pelbagai jenis minuman dan dessert. Boleh pilih nak duduk dalam area aircond ataupun duduk luar makan sambil tengok sungai.

Main attraction kat sini adalah Cendol Kampung Hulu. Kalau korang nak take away, just beratur kat kaunter di tingkat bawah. Tapi kalau nak makan (or is it minum? ) kat situ, boleh naik ke tingkat dua.

Harga menu Cendol Kampung Hulu

Sape terer boleh teka aku amik flavour apa?


Orang kata kalau datang Melaka tak makan asam pedas tak sah. To be honest walaupun aku hantu asam pedas, aku lagi suka stail Johor. Lagipun orang Melaka suka taruk belacan. I is cannot. Nanti bersin tak sudah-sudah, dah kena tuduh pembawa Covid pulak. Tapi tulah bila sampai gerai Arang Cafe ni, tertarik pulak dengan menu Asam Pedas Ramen. Pernah ada baca review kata sedap. So, marilah kita cuba. Aku order Ramen With Tetel. Lamanya tak makan asam pedas tetel. Kalau asam pedas tetel memang yang versi Melaka punya lagi padu.

Tetel tu apa? Tetel ni daging lembut bercampur urat dan lemak. Dihiris halus-halus. Haish nak explain pun tak reti. Kena cuba sendiri baru tau onz ke tak onz. Yelah, citarasa orang tak sama. 


Sebab aku sorang so amik port terpencil sikit. Tingkat 2 tak ramai orang. Aku amik meja mengadap tingkap. 


Bila sorang-sorang, amik gambar pakai tripod jela. Letak atas kerusi, taruk timer then snap. Gaya macam nak buat live, tapi tak kuasa lah saya bukan influencer. Jangan simbah sirap ye.

As for the cendol, sedap jugaklah. Sesuai dengan harga. Tak kedekut buah dan kacang merah. Aku amik flavour cocktail so ada nenas, nata de coco, peach dan buah naga. Aiskrim tu memang ada, kalau diorang tak letak sila tanya.

Yay..ramen asam pedas dah sampai. Punyalah datang jauh-jauh makan ramen je? Ala, kasi chance asyik makan nasi pun jemu.

Bukan ramen sebarang ramen tau. Ni ramen asam pedas tetel. Orang Korea pun tak tau masak gini. My review? OK, sedap! Cuma kalau orang tak tahan pedas mau rasa terbakar lidah. Tengok jelah merah dia buat akak marah. Nasib baik ada cendol. Tetel dia pun senang kunyah. Aku takde allergy reaction, means takde belacan lah kot. Rasa asam cukup. Portion besar. Walaupun aku lapar, hanya 3/4 je mampu dihabiskan.


Keluar je nampak Ghost Museum Tapi aku tak berani pergi sebab takut kang malam tak boleh tido. Acah berani padahal penakut. 

Selain dari tu, Makan Avenue dekat dengan Masjid Kampung Hulu. Antara masjid tertua di Melaka. Aku nak ambil gambar tapi macam segan. Masa tu diorang dok kemas-kemas masjid. Dah nak dekat Maghrib. Nak join sekali tapi tak tau SOP macamana. Kot la hanya jemaah lelaki sahaja dibenarkan. Cabaran bercuti musim Covid begitulah.

Tak tau nak buat apa, so just berjalan menelusuri sungai.



View dari atas jambatan

Menjelang senja, makin banyak lampu-lampu dinyalakan


Walaupun aku sorang, tak rasa takut pun nak berjalan sepanjang-panjang riverwalk ni sebab well lit. Cuma jangan berani sangat lah. As long as nampak orang dan orang nampak aku. Kalau sunyi, patahlah balik or seberang jambatan, lalu belah sana pulak.

Makan Avenue dari seberang sungai

Layan perasaan sorang-sorang. Ni kalau mak aku tahu ni mau kena marah Maghrib lepak tepi sungai. 

Jauh jugakla aku berjalan, hujung ke hujung pastu patah balik. Sepanjang riverwalk tu nampak jugak hotel-hotel lain, so boleh take note pasni nak stay mana pulak. Ramai jugak macam aku, jalan-jalan buang ambil  angin. Gerai-gerai makan meriah, tapi hotel macam tak berapa ada orang duduk. Biasa tourist luar negara yang suka duduk hotel-hotel tepi sungai ni. 


Sebelah hotel ni ada Bazar Tun Fatimah. Tapi takdelah banyak sangat gerai. Aku singgah tapau burger dan air. Terbakar habis dah kalori ramen menapak.


Bazar ni hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ada air pancut lampu warna-warni belakang dia tapi akak kat situ cakap tak beroperasi sejak PKP

Balik hotel, pergi iron baju dan tudung untuk esoknya. Bilik iron dia agak seram. Nak tau, boleh baca entry sebelumnya. 


View dari tingkap bilik. Malam tu layan TV sambil makan burger je. Alhamdulillah tak diganggu momok walaupun aku bangun kul 3 tengok bola. Taula hotel kat Melaka dan cerita seram berpisah tiada. Mungkin sebab tengok Liverpool lawan Aston Villa lagi seram. Baru kena bantai 2 gol aku dah malas layan, terus sambung tido. Geram!!

Bangun esok paginya tengok Liverpool kena 7-2. Aduh. Tapi takpe, itu tak merosakkan mood aku nak terus merayap kat bumi Hang Jebat ni. Ha..jemput baca next entry nanti ye. Thanks for reading!

41 comments

  1. Saya pun belum singgah Makan Avenue tapi pernah makan Cendol Kg Hulu (adik ipar tapau)
    Memang bakar kalori jalan selusuri sungai. Jalan memang panjang.






    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Ramai orang jogging jugak. Sekarang WFH ternak kalori tu balik. Haha

      Delete
  2. seronok naik cruise tu kan :)
    btw gambar pakai tripod tu awesome

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu filter je lebih. Kulit takdela flawless macam tu. Huhu

      Delete
  3. Nak buat ke tak? nak pergi ke tak? Itulah soalan bila berjalan seorang2...alih2 buat benda lain.
    Orang kata femes cendol kampung hulu tu, sedap tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap jugak. Berjalan sorang memang selalu lari dari plan asal

      Delete
  4. berani juga sal jalan sorang2 ya tapi org melaka baik2 semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, berhati-hati juga tu. Rasa lagi selamat bila takde pelancong asing

      Delete
  5. ehh sal kat melaka pon ada orang jawa tauu., hahaha

    Kalau roboh Kota Melaka,
    Papan di Jawa hamba dirikan,
    Kalau sungguh bagai di kata,
    Badan dan nyawa hamba berikan. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang jawa suka mengembara. Kat mana-mana pun ada

      Delete
  6. Rindu nak jalan-jalan tepi sungai di petang hari. Rasanya terakhir datang ke sini tahun 2016 kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu meriah dengan pelancong. Sekarang tengok muka orang kita jela

      Delete
  7. Cikbunga selalu lalu jew kat port nie... Tak singgah pon🌹🌹
    Port nie popular ngan cendol kg hulu👍👍

    ReplyDelete
  8. Wah keren sekali view riverside nya, kak .., terlebih jika menjelang malam.
    Kenapa takut masuk gost museum nih ?, takut terbawa mimpi ya .. , hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut juga kalau ada yang ikut balik. Haha

      Delete
  9. saya juga memasang impian untuk ke Melaka..

    mudah-mudahan ada rezeki untuk ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah. Doa juga semoga covid cepat berakhir supaya kita boleh dapat kebebasan travel macam dulu

      Delete
  10. seronok jalan2 tepi sungai ni, tengok mural..

    ReplyDelete
  11. Hi good morning. All right? I am Brazilian, from Rio de Janeiro and I want to present my Blogger. New friends are welcome, no matter the distance. I would like to invite you to follow my Blogger. I'm the follower number 430.

    https://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Thanks for the follow. Will gladly follow back

      Delete
  12. Ala kenapa pergi Melaka haritu tak perasan ada Melaka Avenue ni. Kena repeat lagi ni nampaknya nih. Saja je tau nak suruh kita datang lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tempat best kita promote la. Nanti kata makan sorang

      Delete
    2. terima kasih promote. Takpe, ada rezeki boleh singgah sini.

      Delete
  13. terus rasa nk g melaka. jom sal g skali lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu kl n putrajaya habis pkp. Huda roger la, busy memanjang orang gomen ni

      Delete
  14. Belum pernah singgah lagi Makan Avenue ni. Ya Allah, ramen asam pedas tetel tu, sungguh menggoda!

    ReplyDelete
  15. Bila Sal playing tourist Mrs. A terasa terikut-ikut sekali hiks!

    ReplyDelete
  16. rindu nak berjalan..hye follow here

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks follow sini ye. Nanti saya folo balik

      Delete
  17. ramen asam pedas tetel.....kecur tenguk. Cantik pemandangan waktu malam.

    ReplyDelete
  18. heyy tak pernah tau makan avenue tu ada tingkat atas 🤣🤣🤣 padahal da pergi beberapa kali ke situ, mesti makan kat bawah depan cendol kpg hulu tu sebab nak ngadap sungai..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atas lengang sikit dan lagi banyak tempat kosong. Lagipun x suka orang pandang pelik sebab duduk sorang2

      Delete
  19. ramen asam pedas pun jadi, asalkan masih asam pedas xD
    cantik pulak area river ni malam2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau naik river cruise pun lagi cantik waktu malam

      Delete
  20. Dah pergi area sini ngan Dania...memandangkan x tau jalan..asyik amik grab..sudahnya tempat2 nak pi tu semua dekat je..jalan kaki pun ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melaka actually kecik je. Pusing2 dah sampai.

      Delete
  21. ya ampun sedapnya... ramen dia tu nampak pedas meyala. hahah

    ReplyDelete
  22. Wah tergugat tgk Yay..ramen asam pedas . Mama x penah sampai lagi makan sini

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah