Tuesday, 17 November 2020

Melaka Solo Trip - Melaka On Foot


Assalamualaikum dan apa khabar semua! Berjumpa lagi kita dalam segmen pantun :

Datang Melaka nak naik Taming Sari
Taming Sari tutup

Haish frust betul aku tengok main entry ke kaunter tutup. So aku pun tanyala penjual-penjual kat gerai berhampiran, pukul berapa bukak. Rupanya tutup sebab rosak. Adoi, gagal lagi misi aku. Ingat dapatla menikmati pemandangan bandar Melaka dari ketinggian 110 meter. Bukan selalu dapat naik menara Gyro berputar 360 darjah yang pertama di Malaysia.

No wonder parking atas tanah je

Nampak tiang jelah tegak tercacak macam keris awak

Menghilangkan penat di Taman Bunga Merdeka. Mintak tolong satu famili ni ambilkan gambar ajet-ajet ayu duduk kat tangga


Tak nak masuk ke bosskurr?

Muzium Setem. Nak masuk tapi pagar tertutup rapat.

Tinggalan kubu A Famosa. Panaih lit lit time ni

Take note ye, Muzium Istana Kesultanan Melaka tutup hari Isnin. Baru berangan nak masuk feeling Tun Teja Kau Pergi Bukan Kubenci, Kau Yang Tak Mengerti


Singgah beli Coconut Shake Batu Berendam kejap kat area Taman Bunga Merdeka. Lupa ambil gambar air dan kedai sebab haus sangat. Sedap u olls minum time cuaca panas. Kalau tak sempat nak gi Klebang, bolehla singgah depan kapal terbang tak terbang berhampiran Dataran Pahlawan ni.

Wah, kalau masuk ni mau hujan lebat Melaka petang tu. Takpela, tak nak rosakkan cuaca cantik

Kita gi shopping jelah


Lengangnya. Shopping ni kalau sorang memang tak berapa ada mood. Tapi terbeli jugak 2 helai Tshirt  untuk anak saudara. Sorang setahun 8 bulan, sorang lagi baru 6 bulan masa aku pergi ni. Diorang jela yang lahir zaman aku dah kurang travel. Yang lain tu dah puas merasa. Bankrap la Cik Non nak beli untuk semua ye tak. Dulu zaman kaya, event sana sini, OT pun berkepuk. Ni zaman Covid. Huhu


Beli makanan je. Paling suka dan wajib beli: dodol, kuih Peneram dan Gula Melaka. Belacan tak beli sebab hidung aku import dari Liverpool. Tak tahan. Achooom!

Disebabkan lama tak pergi mall di KL sebab kes tengah naik masa tu kat NU Sentral, Mid Valley, 1Utama etc, so aku singgah kejap Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Singgah Bath and Body Works, Guardian, Watson. Macam la kat Kolumpo takde. Paling penting, singgah tandas untuk memerut. Dah makan macam-macam kena buang.

Actually aku ada singgah satu muzium sepanjang jalan-jalan kat bandar Melaka ni. Sape boleh teka muzium apa dia memang terer. Ha.. Nanti aku cerita next time la ye. Takdela berjela panjang entry ni.

Matahari makin meninggi, aku decide untuk balik TFRH untuk ambil beg. Aku tinggal beg kat kaunter lepas check out. Yela takkan nak heret ke sana ke sini. Jalan je ikut laluan datang tadi. Payung dan spek mata hitam jadi peneman. Sun block jangan lupa.

Satu jela aku tak gemar jalan sepanjang tepi sungai kat Melaka ni sebab banyak biawak. Sedangkan nampak cicak je dah menggelupur. Kalau nampak biawak sanggup patah balik dan lalu jalan lain.

Sampai hotel, ambil beg dari reception dan ke mana kita? Sambung next entry la ye. Stay safe. Duduk rumah dulu. Dengar cerita, negeri yang kurang kes mungkin akan ditamatkan PKPB awal. Nasib baik aku duduk di sempadan 2 negeri. KL tutup, aku jalan-jalan Selangor. Selangor tutup, aku jalan-jalan KL. Both tutup aku jalan dalam mimpi jelah. Huhuhu.

OKlah, nanti aku sambung lagi. Thanks for reading!

44 comments:

  1. Ada kurang ke kes di Selangor dan KL?
    Pergi Kampung Morten tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin naik kes la kak. Morten dah pernah pergi dulu

      Delete
  2. siang pown kubu afamosa tu xde org erk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab Isnin kot Wak. Dulu2 malam pun ramai orang sini. Tapi seram banyak anjing

      Delete
    2. laa wak ingtkan ko takut kat buaya aje.. hehehe gurau2

      Delete
    3. Buaya mestila takut. Wak lainla, ilmu buaya tinggi. Hehe. Gurau wak

      Delete
  3. Next ajak Sal jer la pi jenjalan melaka...hahaha...backpackers macam selalu..hahaha...

    ReplyDelete
  4. Haishkkk rindu betul nak balik Melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga pkp segera ditamatkan supaya Ai boleh balik Melaka :)

      Delete
  5. Replies
    1. Rindu nak jalan2. Sekarang duduk rumah jela

      Delete
  6. bandar Melaka ni mmg best jalan-jalan on foot kan..byk benda boleh jumpa & tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sebab area bandar banyak attraction dekat2. Kalau nak ke area Ayer Keroh atau Kelebang tu lebih baik ada transport sendiri

      Delete
  7. Replies
    1. Semoga industri pelancongan Malaysia akan kembali meriah. Kesian mereka yang pendapatan memang dari situ

      Delete
  8. Sal kat belakang rumah akak banyak je biawak...kadang dah macam anak buaya lah pulak sebab besor sangat. Bila terjumpa tak kita yang terperanjat biawak yang terperanjat sama....mencecet dia lari. hehehehe. Bandar melaka selalu riuh dengan orang bila PKPB ni emmm sunyi. Sian kan peniaga-peniaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kesian peniaga. Saya ni ikutkan biasa dah tengok biawak, tapi tulah setiap kali pun takut. Nak menangis rasa kalau nampak yang besar2 tu

      Delete
  9. Banyak juga tempat ditutup ye. Sunyi terus Melaka macam ni. Shopping je la apa nak buat lagi kan sambil pekena coconut shake. Memang sedap dinikmati ketika cuaca panas.Ala, kita tak dapat teka la muzium apakah itu yang Sal singgah. tunggu next entry je lah ye. Bila Melaka ni lengang macam seronok juga ambil gambar clean je tak sesak. Nak berjalan pun senang hati. Tapi tak senang hati juga ye ada biawak merata. Kalau kita pun, tak berani juga. Memang tak lah nak berjalan melintasi biawak walaupun jauh..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biawak tu ada yang kecik je, tapi tetap menakutkn. Banyak tempat tutup, mungkin lepas reda covid baru akan repair. Lengang memang seronok tapi kesian jugak sebab tahu pendapatan dari tourism menurun. Dulu Melaka meriah. Semoga akan kembali ceria macam dulu

      Delete
    2. kecik pun kita takut wakkk..
      Ye lah kan Sal, sektor tourism memang terjejas teruk. Tak dinafikan.
      Harap begitulah, segalanya kembali normal. Aaminn

      Delete
  10. Ajak la kwn.. blh tlg tgkp gmbr..ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan semua takut covid,tak nak keluar rumah. Tu yang gi sorang

      Delete
  11. byk tempat menarik kat melaka tu
    1 hari tak habis pusing-pusing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru gi area bandar ni, belum Kelebang ke Masjid Tanah ke. Sana pun banyak tempat menarik

      Delete
  12. Mrs. A pun belum merasa naik Menara Taming Sari tu Sal.
    InSyaAllah cuba lagi lain kali ya

    ReplyDelete
  13. Banyak kali cuti2 di Melaka, tapi tak pernah naik pun Menara Taming Sari tu. Hehe

    ReplyDelete
  14. Datang Melaka nak naik Taming Sari,
    Alhamdulillah ada rezeki dapat naik Taming Sari... amacam, diterimakah pantun ni?

    ReplyDelete
  15. tak ada mood tapi terbeli tshirt.hehe. tapi shopping ni mcm terapi jugakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau dapat shopping,rasa lapar pun hilang. Haha

      Delete
  16. Salam kenal eheh..salam lama tak jumpa sal.
    Sihat nampaknya boleh round bandar Melaka sorang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sihat kak. Kebetulan balik kampung hari tu. Singgah Muar jap. Dah boleh bau larangan merentas negeri, so kita bercuti la selagi boleh

      Delete
  17. sama lerr..kalo ke area pahlawan walk tu mesti beli dodol..

    ReplyDelete
  18. akak.. awat comey ngat ni pi jalan sorang2 ke Melaka ni.. len kali
    ajak kiteee sama hehehe.. jomla kita plan trip tnggu pkp habes.. dekat2 jadila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam lambat lagi je selangor or kl nak habis pkp ni. Boleh2, nanti roger ye. Kita gi dekat2 pun cukupla

      Delete
  19. Wah lengang.. moga industri pelancongan akan pulih seperti biasa kelak.. huhuuu...

    Sebelum ni pun pernah ke melaka dan nampak ada biawak dekat area sungai yang ada cruise tu kan.. tengah lepak2 jap duk sana.. lepas tu jadi pemerhati biawak sekejap. Haha! Biawak tu pun lari bila orang datang dekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak berani. Hehe. Kalau saya memang tidaklah nak gi dekat biawak tu

      Delete
  20. Assalamualaikum, time musim covid ni, saya suka pergi tempat2 tak ramai org. tak de laa risau melampau sgt. hehehe take care awak, walau dimana berada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Sama la. Even xde covid pun saya x suka gi tempat ramai orang. Bila covid ni bergandala x sukanya. Awak pun take care.

      Delete
  21. Rindunya melaka!!! suka jenjalan kat melaka... makan pun best... anyway kakmim follower sal ke-435!! cantik x no tu? hehehe

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com