My Skincare Routine

Tuesday, 12 May 2020

Disclaimer: Kulit aku tidaklah flawless. Glass skin jauh sekali. Ini juga bukan entry jual barang. Sekadar berkongsi. Tiadalah aku dapat komisen walau sesen pun.

Skin type 

Combination, oily di bahagian dahi dan hidung, kering di bahagian pipi dan dagu.

Skin concern 

Parut jerawat, sunspot dan pigmentation. Bumpy sikit. Dulu pernah breakout teruk sampai kena jumpa dermatologist dan buat rawatan dermapen. Jerawat akan naik sebutir dua menjelang period, kalau banyak makan makanan bergula/susu dan kalau stress.

This is me almost 2 tahun dulu. Korang tengok la dagu tu jerawat berkampung. Dagu Thanos pun cantik lagi!

My mission:

1. Cegah jerawat baru dari naik dan merawat jerawat yang datang bertamu.

Surprisingly, jerawat aku senang naik di bahagian kulit kering. So, no, sape kata kulit kering tak kena jerawat?  Jerawat ni punca utamanya adalah pori-pori tersumbat. Antara punca pori-pori tersumbat adalah muka yang tak dibersihkan dengan betul dan penggunaan produk yang comedogonic (menyumbat pori).

2. Memudarkan parut

3. Mencegah wrinkles. Umur dah 30-an ni so sendiri mau ingat.

Ha tu dia. So, meh tengok produk apa aku pakai. Sekadar berkongsi. Siapa tau kot ada yang membaca ada masalah sama macam aku.

Dari kiri:

1. Iunik Lime Moisture Mild Peeling Gel
2. Hada Labo Blemish and Oil Control Hydrating Lotion
3. Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector
4. Nanowhite Dark Spot Corrective Serum
5. Neutrogena Ultra Sheer Dry Touch Sunscreen
6. Loreal Revitalift Lazer X3 Eye Cream
7. Mario Badescu Drying Lotion
8. Benton Snail Bee Ultimate Serum
9. Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser
10. Uriage Thermal Micellar Water


Here's my routine

-Pagi

Aku tak basuh muka dengan cleanser di waktu pagi unless kulit rasa betul-betul melekit. Just basuh dengan air. Kulit basuh terlalu kerap pun tak elok jugak. Boleh mengeringkan.

Then, pakai produk (2), (4) dan (5). Aku akan pakai sunscreen walaupun duduk rumah. Lain la kalau duduk dalam gua tak masuk cahaya langsung kan. If ada jerawat, aku akan spot treat dengan (3). Eye cream tu penting. Dalam entry ni aku pakai (6) tapi aku beli je mana-mana yang tak buatkan aku naik tiny bumps bawah mata.

Fun fact : Aku dah amalkan pakai eye cream dari umur 25. So far dapat prevent eye creases (garis halus keliling mata), tapi still ada eyebag. Masalah yang ni belum ada penyelesaian.

-Zohor/ Asar

If muka aku kena habuk/ peluh/ rasa berminyak, aku akan bersihkan muka dengan micellar water (10). Titikkan atas kapas muka dan lap perlahan-lahan. Tapi kalau tak, aku just basuh muka dengan air.

Lepas solat, guna (4) dan (5). Ubat jerawat (3) kalau perlu

-Petang/ Malam sebelum tidur

Basuh muka dengan (9). Aku ada baca petua yang kena basuh muka at least seminit kalau nak active ingredient tu betul-betul dapat khasiatnya. Bilas dengan bersih.

Sapukan (8). Nak lagi best, follow dengan Benton Snail Bee High Content Essence (takde dalam gambar). Memang bangun pagi rasa lembut je kulit.  As usual, pakai (6)

-2 kali seminggu

Exfoliate dengan (1). Aku suka brand Iunik ni sebab dia guna ekstrak buah. Tak kasar sangat dan tak ada rough beads. Biji-biji kasar tu memang a big no no untuk kulit berjerawat dan kering ye.

- Jerawat degil

Aku akan pakai (7). Tapi kalau pakai ubat jerawat ni kena pakai malam dan kena dot betul-betul pada jerawat tu sahaja.

Dah OK sikit sekarang. Kalau dulu nak selfie pun menyampah

Tips Tambahan

1. Penting untuk kita tahu apa bahan aktif dalam skincare yang kulit kita tak tahan. Macam aku, aku tak boleh tolerate benzoyl peroxide, olive oil dan ekstrak pegaga. Kulit aku serasi sangat dengan snail secretion, tea tree oil, aloe vera dan bee venom.

2. Apa yang bagus untuk kawan kita, tak semestinya bagus untuk kita. Lain kulit lain cara penjagaan. Kalau nak follow skincare tips orang jangan ikut membuta-tuli.

3. Please jangan pakai produk yang too good to be true. Kalau result dia terlampau cepat, nampak sangat ada yang tak kena. Ada reason produk tersebut tak lepas piawaian KKM.

4. Jangan berkerut.

So..korang ada tak skincare tips nak share jugak? Jemput tulis di ruangan komen. Jangan lah lawa sorang-sorang. Hehehe.

Till then, thanks for reading gais!

Entry lain yang menarik:

7 Tips Untuk Kurus

Tips Kekal Cergas di bulan Ramadhan

What Not to Sing at Your Ex's Wedding

41 comments

  1. Adeh, saya pun tak cantik. Tengah nak hilangkan kedut halus bahagian senyum.
    Saya lebih tumpu pada vitamin dan guna essential oil pada jerawat dan parut. Nak cari kolagen lepas habis PKP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kolagen ok jugak tapi kena make sure x alergik dengan seafood. If allergic then amalkan vit c pun ok

      Delete
  2. Dalam banyak-banyak ni, Hada Labo lotion tu je saya pernah try. Best! Tapi sekarang tengah guna toner lain. Untuk Snail Mucin saya pakai jenama Cosrx, pun best jugak. Snail products memang best~ Jerawat cepat kecut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan...memang excited lepas discover snail mucin. Cosrx x pernah try. Yang brand Benton ni dah masuk botol ke3

      Delete
  3. sy tak sesuai paki cosmoderm. tak sesuai dgn skin kot

    ReplyDelete
  4. sejenis yang begitu rajin ye seketul Sal ni...banyak jugak tu nak pakai produknya dalam sehari..tapi tengok hasilnya, haaa berbaloi2 kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kulit bermasalah so effort kena lebih. Dah kita bukan jenis yang kulit sihat semulajadi so kenala usaha

      Delete
  5. RUTIN YG RAJIN AMALKN PATUTLAH WAJAH COMELOTEY BERSERI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Xdela comel sangat kak PI. Biasa2 je

      Delete
  6. comel :)
    rangkaian skincare pun panjang list nyer hi hi hi hi...
    aida tak serajin tu, sal.
    skincare ni kalu da sesuai, memang flawless le in shaa Allah.
    tang nak dpt yg sesuai tu yg seksa! aduhai...

    ReplyDelete
  7. jauh beza ya... laki pon kena jaga muka jugak kan sal. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lelaki selalu x jaga pun ploles jugak. Saya jeles. Haha

      Delete
    2. eheemmm... xsangka org puji sy floless hahahahah

      Delete
  8. lepas nih kena jaga muka juga lah

    ReplyDelete
  9. Akak ni Jenis tak berapa rajin,tp bila dah 40-an ni baru rasa nak jaga tp xtau nak pakai yg mana satu, pakai produk gvc tu tapi xtaulah ok ke tak sejak pkp ni langsung tak pakai apa²,muka pun berbelang je nih adehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Yela kan sebab kita selalu tepek krim apa semua ni time nak keluar. Dah duduk rumah sesaja memamg terabai la segala skincare routine

      Delete
  10. Kak shima pun payah nk cari skincare yg sesuai tuk muka. Kulit jenis sensitif. Alhamdulillah sal dah jumpa yg serasi dengan kulit sal. Pasni boleh selfie byk2 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kulit sensitif memang susah kan. Kena try and error. Kalau dah jumpa, mahal pun sanggup janji xde masalah

      Delete
  11. Alhamdulillah dah licin kulit Sal sekarang ni.

    Mrs. A pun pakai skin care pelbagai brand ikut yang sesuai.

    Pernah gak terpedaya beli complete set FV none hado pololesnya hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. FV tu brand apa? Saya kalau brand x jual kt drugstore ke apa memang saya x berani. Takdelah licin sangat tapi tengok cermin xdela rasa nak menangis

      Delete
    2. Ingat fashion valet yang vivy punya tu

      Delete
  12. kulit kita sama kak sal, jenis combi. timm punya kulit pun suka dgn tea tree, so kite pkai moisturiser cosmoderm yg warna hijau. bagus gila, lpas tu smnggu tak pkai sbb dh abis, dia boleh trus naik jerawat! g guardian dah habis, so amik yg vit e cream cosmoderm jugk yg warna oren, dah dua hari pakai, nice jugak! veryyy nice cosmoderm!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cosmoderm akak boleh pakai pencuci muka ngan ubat jerawat je. Kalau krim kulit tak boleh terima plak. Sumpah complicated. Huhu

      Delete
  13. I pun guna nano white fresh (spot corrector) 😄

    ReplyDelete
  14. tak pernah try lagi semua produk tapi teringin juga nak pakai nano white dark spot tu :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  15. akk pun guna cosmoderm tea tree cleanser, lembut je dan tk merengsakan kulit muka...

    nampak dah ok compared to gambar atas..itulah kan kita kena rajin..kena jaga makan jg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaga makan tu pun susah. Jerawat senang naik kalau makan ayam. Padahal ayam sedap. Huhu

      Delete
  16. Bunda tak boleh guna sebarang2 produk yg tak sesuai dgn kulit ..sebab kulit sangat sensitif.

    ReplyDelete
  17. Nampak perubahan ketara lepas guna produk-produk yang sesuai tu. alhamdulillah lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tu pun puas try and error.

      Delete
  18. Pergh!! Banyaknya produk..
    Tapi puas hati bila hasilnya memuaskan..

    ReplyDelete
  19. apa daa compare dengn Thanos hahaha.. tp dlu saya rasa macam xde pun kronik sngt macam normal juga breakout akak.. but i like yang latest ni.. makin cunnn =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak breakout teruk lepas balik Penang tu. Stress keje agaknya

      Delete
  20. sebab tu laa abam Sadio jatuh hati x tido mlm... jauhnya laa nak ikut rombongan pengantin ke Senegal nanti ehh ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dok kumpul duit nk pinang Sadio x cukup2

      Delete
  21. Kalau cantik nk selfie pun suka. Hahah tp bkn semua boleh follow skincare org nanti ada produk yg xsesuai dgn kulit. Takut nk share, dia biasa kena org marah bila muka teruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan. Share pun sekadar untuk panduan. Lain orang lain kulit

      Delete
    2. kadang2 org tanya pakai skincare apa. bila dia pakai muka tak ok.. nk bt macam mana

      Delete
  22. Kulit iolls pernah berjerawat nanah teruk. Mcm2 product Mahal try. Lastly sembuh dgn products murah jgk. Toner eskinol pimple fighting, product Philippines

    ReplyDelete
  23. campur2 skincare.. setengah muka ok tp nina tak boleh. nasib baik skrg muka sal dh ok

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah