Tuesday, 28 April 2020

Korang suka ke Work From Home?

Assalamualaikum dan hai semua! Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa. Teringat anak kawan aku nyanyi lagu Ramadan Tiba versi dia.

Ramadan tiba
Ramadan tiba
Tiba-tiba Ramadan
Tiba-tiba Ramadan

Erk! Terkejut Opick kalau dengar. Lantak la nak oi..janji bahagia.

U olls buat apa tu? Aku menulis entry ni sambil menadah telinga bunyi pekerja potong rumput kat luar. Nasib baik kerja tak melibatkan video call. Kalau tak hadap la muzik latar. Rasa insaf pulak. Susah-susah pun kerja aku, duduk bawah kipas je, tak perlu berpanas. Tapi lately kerap hujan. Sejuk je. So, puasa takdelah dahaga. Saya suka, saya suka! Yang tak suka kalau banjir. So far rumah aku tak kena, tapi kesian la pada penduduk kawasan yang mudah naik air. Mana dengan Covid lagi.

Sebenarnya work from home (WFH) ni dah jadi impian aku dari dulu lagi. Bayangkan, tak perlu bersesak naik tren / berlama-lama dalam kereta menempuh jem, tak perlu fikir nak pakai baju apa, boleh bangun lewat dan tak payah hadap kerenah bos dan colleague. Segala yang aku bayangkan dah jadi kenyataan. So, adakah ia seindah rupa? Oh yes definitely. Nikmat yang tak patut didustakan!

My mini office. Tumpang port Mak mengaji. Hihi

Awalnya aku ingat WFH ni senang bagi orang bujang. Sebab tak perlu susah nak layan anak atau suami. Tapi korang jangan lupa. Kalau yang duduk dengan mak ayah, kena layan diorang pulak. Ignore anak-anak bergaduh tak dosa wei, tapi ignore Mak tanya macam mana nak order kuih kat bazaar online tu dosa tau! Silap-silap boleh jatuh derhaka. Kadang-kadang kita tengah sibuk diorang ajak borak. Layan jelah. Sape suruh aku setup 'office' kat ruang tamu. Serabut la terkurung dalam bilik (Padahal nak buat keje sambil tengok TV).

Apa pun, ayat cliche' seorang blogger biasa di musim PKP : Sama-samalah kita berdoa Covid19 akan segera berlalu. Stay safe, stay at home.

Aku harap walaupun PKP dilanjutkan sampai hujung Syawal sekalipun, tak ada antara kita yang akan raya berseorangan. Open house tak penting, tapi menung sorang-sorang di pagi Raya adalah sendu petala tertinggi di alam semesta.

Uit apa ni baru 5 Ramadan dah sembang Raya????

So..korang suka tak work from home ni? Tak kisah la suka tak suka, yang penting masih ada kerja dan gaji. Yang pendapatan terjejas tu lagi kesian. Kalau kerja dekat luar macam frontliner tu terdedah risiko Covid19 pulak.

Till then, thanks for reading. Jaga diri ye semua!

46 comments:

  1. Bagi apa juga situasi pun, perlu diterima. Mula-mula mungkin sukar tapi lama-lama akan dapat biasakan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu NA. Kena adapt to new normal. Cuba sebaik mungkin patuh PKP dan penjarakan sosial

      Delete
  2. W'salam. Semalam saya tadah telinga bunyi pekerja potong rumput kat luar hari ni aman sikit. Saya tak suka belajar dari rumah, bosan tak jumpa kawan-kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian awak dik. Sabar ye. Nanti dah habis covid19 ni lepak ngan kawan2 balik. Buat masa ni layan jela belajar online tu apa yang boleh

      Delete
  3. Tak suka work from home! Rindu nak membebel dalam kelas and I need my pupils to make my life miserable again haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majoriti yang mengajar cakap x best online ni. Dengan connection slow lagi.

      Delete
  4. Saya pun dah start borak pasal raya dengan family :D :D tadi masa nak masak berbuka, siap bukak lagu raya lagi hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe sebab raya ni berbeza dari raya yang dulu2 so dok discuss cmane nak sambut. Adik saya dok ajak beli baju raya online. Saya cakap saya malas nak raya. Haha

      Delete
  5. bagi yang bergaji penuh suka lah Sal WFH ni kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Kesian dekat yang gaji hari or ketja sendiri. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua

      Delete
  6. Apa keadaan bukan kehendak kita, semuanya takdir Allah, moga banyak hikmah keadaan ini ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah je yang Maha Mengetahui. Kita cuba apa yang terdaya kita

      Delete
  7. Tak terkejar rasanya bila work from home nie.. Mana nak layan bos kerja rumah anak-anak lagi dan masak.. Tapi Alhamdulillah puasa nie kurang sikit fikir masak.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah kan, nak tengok keje umah anak2 lagi. Yang xde anak macam saya ni tengok tv jelah

      Delete
  8. Salam Ramadhan Sal🌹🌹
    Kalau keje Suka pi office jew🌹🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain orang lain pendapat. Menarik gak. Saya ingat semua orang suka. Huhu

      Delete
  9. Salam Ramadan sal. Ahkak suka je pergi opis sebab boleh jumpa kawan. Walaupun kadang stress hadap jem tapi masih suka ke sana ke sini ke sana ke sini pi kerja balik kerja. Duk kat rumah buat kerja cepat ngantuk nasib baik takdo buat VC kalau tak emmmm memang hauk le. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rindu jugak kawan2 opis. Buat keje kat rumah kalau ngantuk tido la kejap dalam setengah jam. Jangan terlajak pulak

      Delete
  10. delamat kerja kat rumah sal..patuh pkp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah kita sama2 patuh pkp sampai habis wabak covid19

      Delete
  11. buat keje online skype pakai data kat umh tu oke keeww?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Department saya jarang buat meeting wak. Buat keje diam2, siap, hantar. X faham just call orang berkenaan je

      Delete
  12. tu la... dah konfius skrg work ke x sbnrnya.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Work jugak. Bos tetap monitor dari jauh

      Delete
  13. Selamat berpuasa Sal. Kita dah biasa WFH ni. Bab pendapatan tu memang terjejas teruk. Apapun kena redha rencana dan percaya dengan rezeki yang Allah berikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga urusan dan rezeki Fiza dipermudahkan. Yang keje sendiri memang terjejas.

      Delete
  14. suka jg work from home, boleh pakai baju bat, tak mandi buat kerja..hehe..mmg rileks habis, tapi kerja tetap onzz..

    Selamat berpuasa Sal..stay healthy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. X payah mengadap jem. Kadang2 WFH ni kerja lagi banyak. Dah hari minggu pun kena bukak pc

      Delete
    2. sib baik la big bos aida da inform dlm wasap grup.
      weekend & cuti umum, tiada keje rasmi, meskipun WFH, sal.
      memang kami hargai lah arahan dia tu.

      Delete
    3. Rezeki akak la tu. Kitorang masalah bukan dengan bos, tapi client. Customer is always right katanya so layan jela

      Delete
  15. mula-mula tu macam tak suka sangat tapi sekarang dah masuk fasa 4 ni, not bad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dh selesa WFH, kena g opis pulak. Adeh

      Delete
  16. Work from home ni pun adalah salah satu impian saya. Tapi itulah, tak berpeluang work from home. Kena unpaid terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiannya Farah. Semoga Allah gantikan rezeki lain yang lebih baik ye

      Delete
    2. alahai farah.
      gitu sekali?
      bertabahlah ye...

      Delete
  17. kita da berapa tahun ni memang WFH..jadi tak terasa sangat bila PKP kena buat kerja dari rumah..betul lah, sebab masa lebih fleksibel dan kita tak payah nak siap pakai cantik2 macam nak pergi ofis..haha

    ReplyDelete
  18. sgt la suka WFH ni, sal.
    kebetulan semlm da kluar jadual bekerja oleh ofis.
    yes. aida tak perlu dtg ke pejabat hingga akhir PKPB.
    WFH. lagipun, keje aida byk online.
    dtg ofis pun buat semak jalan raya jer :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keje saya pun banyak online. Tapi bos suruh gak datang opis. huhuhu. Sib baik esok dah wfh balik sampai raya

      Delete
  19. rasanya prestasi keje lg 'cemerlang' bla wfh ni hahaha

    ReplyDelete
  20. Tak pernah work from home.. heee terus jd housewife

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... Tahniah. Kerjaya idaman tu.

      Delete
    2. nk sesuaikan diri dr bekerjaya ke housewife ambik masa. lama2 okay

      Delete
  21. masih ada kerja alhamdulillah sal. nina ni alahai, susah nk dpt kerja. give up dh

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

 

Template by BloggerCandy.com