Showing posts with label skincare. Show all posts
Showing posts with label skincare. Show all posts

Hadiah Pelitup Muka Jovian dari Blogger Shida Radzuan

Friday, 6 August 2021

Khamis lepas terima hadiah face mask jenama Jovian dari blogger Shida Radzuan atas penghargaan Geng Kaki Komen Julai 2021. Siap dengan mask extender warna merah-hijau-hitam. Cantiknya. Macam motif bendera Palestin pun ye jugak. Shida kait sendiri ke? Thank you so much appreciate komen-komen saya yang kadang-kadang banyak merepek je tu. Haha. Komen tak mengharap balasan tapi kalau orang dah bagi, rezeki jangan ditolak ye tak?


Teringin dari dulu nak cuba pelitup muka keluaran fashion designer terkenal Jovian Mandagie ni sebab katanya anti jerawat. Betul ke? So aku pun semak la official website sebab nak tahu. 

Agak menarik sebab di official shop langsung tak dinyatakan yang face mask ni anti jerawat atau anti acne. Cuma dinyatakan yang ia ‘ Hypoallergenic that is made with soft materials to minimize skin allergy’. So..adakah dakwaan yang facemask Jovian ni anti jerawat hanya umpanan penjual di Shopee dan Facebook? Jeng jeng jeng. Apa pendapat korang?

Dari apa yang aku tahu semenjak bekerja dalam bidang pengiklanan adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) ada guidelines yang sangat strict untuk promosi sesuatu produk. Antara syarat utama adalah tak boleh 'over claim'. Contohnya ‘Makan ubat ni conform takkan kena Covid’ atau ‘Kulit dijamin putih macam artis Korea dalam masa 3 hari’. Korang takkan jumpa iklan macam tu di media massa mainstream dan kebanyakan brand yang dah established.

Nak tahu face mask Jovian ni betul ke tidak anti jerawat, kenalah cuba sendiri. Buat masa ni aku hanya bekerja dari rumah dan jarang sangat keluar, so tak dapatlah test. Nanti dah cuba aku update.

Masa Covid 19 agak reda dulu (Masihkah kau ingat - sebelum kemunculan varian Delta), aku kerap jugak ke office. Sebagai warganegara yang takut kena kompaun patuh peraturan, aku sentiasa memakai pelitup muka dalam pengangkutan awam dan di office. Hasilnya ‘Maskne’ naik dengan mencanak. 

Flashback masa muka breakout teruk. Tapi ni bukan sebab 'Maskne'. Ni zaman BC (Before Covid) 

Masalah ‘Maskne’ atau jerawat disebabkan pemakaian pelitup muka (face mask) ni bukan setakat jadi kat orang yang memang ada masalah jerawat dari azali macam aku, even orang yang kulit bersih flawless pun boleh kena. Betul tak?

Ada a few cara cegah ‘Maskne’ yang aku dah cuba dan terbukti berkesan iaitu:

  • Tukar face mask dengan kerap. Belilah face mask murah kalau sayang duit. Hehe

  • Pakai moisturizer atau sunblock sebelum pakai face mask supaya kulit tak kering. Ramai orang komplain pakai face mask jadi penyebab kulit muka mengelupas terutama bahagian hidung.
Acne Patch Cosrx. Ambil satu dot kecik dan tampal atas jerawat.
  • If ada jerawat yang sedang mekar menanti masak atau dah pecah tapi belum sembuh, tampal acne patch sebelum pakai mask. Antara acne patch terbaik yang aku dah cuba adalah brand Nexcare, Oxy dan Cosrx. Fungsi patch untuk elakkan jerawat tu inflamed bila bergeser dengan  face mask. Aku suka gak pakai acne patch sebelum tidur. So bila bangun, ‘isi jerawat’ sudah berkumpul di permukaan. Tak payah picit.

  • Make sure basuh muka bersih-bersih supaya kotoran dan bakteria yang terkumpul kat face mask tak berpindah kat kulit. So wash your face before bed ya boys and girls! Jangan guna scrub kasar, terutama yang memang acne prone. Guna gentle cleanser.


Masha Allah jauhnya aku melalut, padahal nak cerita dapat hadiah penghargaan kaki komen dari blogger Shida Radzuan je! By the way, hanya blog sahaja socmed yang aku aktif, so korang jangan pelik nama aku ada di mana-mana.

3 bulan lepas pun terima hadiah Geng Kaki Komen dari Shida. Puas aku cari entry nak backlink, rupanya aku terlupa nak buat. Allahu. So sorry tau Shida!

Dapat keychain nama sendiri dan kad raya.

Korang yang nak berkenalan dengan Shida, bolehlah jenguk blog dia di https://www.shidaradzuan.com/

Blogger dari Perak yang sering berkongsi resepi, kisah kehidupan seharian dan informasi terkini. Semoga Shida dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat. Again, thank you so much!


Read More

My Skincare Routine

Tuesday, 12 May 2020

Disclaimer: Kulit aku tidaklah flawless. Glass skin jauh sekali. Ini juga bukan entry jual barang. Sekadar berkongsi. Tiadalah aku dapat komisen walau sesen pun.

Skin type 

Combination, oily di bahagian dahi dan hidung, kering di bahagian pipi dan dagu.

Skin concern 

Parut jerawat, sunspot dan pigmentation. Bumpy sikit. Dulu pernah breakout teruk sampai kena jumpa dermatologist dan buat rawatan dermapen. Jerawat akan naik sebutir dua menjelang period, kalau banyak makan makanan bergula/susu dan kalau stress.

This is me almost 2 tahun dulu. Korang tengok la dagu tu jerawat berkampung. Dagu Thanos pun cantik lagi!

My mission:

1. Cegah jerawat baru dari naik dan merawat jerawat yang datang bertamu.

Surprisingly, jerawat aku senang naik di bahagian kulit kering. So, no, sape kata kulit kering tak kena jerawat?  Jerawat ni punca utamanya adalah pori-pori tersumbat. Antara punca pori-pori tersumbat adalah muka yang tak dibersihkan dengan betul dan penggunaan produk yang comedogonic (menyumbat pori).

2. Memudarkan parut

3. Mencegah wrinkles. Umur dah 30-an ni so sendiri mau ingat.

Ha tu dia. So, meh tengok produk apa aku pakai. Sekadar berkongsi. Siapa tau kot ada yang membaca ada masalah sama macam aku.

Dari kiri:

1. Iunik Lime Moisture Mild Peeling Gel
2. Hada Labo Blemish and Oil Control Hydrating Lotion
3. Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector
4. Nanowhite Dark Spot Corrective Serum
5. Neutrogena Ultra Sheer Dry Touch Sunscreen
6. Loreal Revitalift Lazer X3 Eye Cream
7. Mario Badescu Drying Lotion
8. Benton Snail Bee Ultimate Serum
9. Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser
10. Uriage Thermal Micellar Water


Here's my routine

-Pagi

Aku tak basuh muka dengan cleanser di waktu pagi unless kulit rasa betul-betul melekit. Just basuh dengan air. Kulit basuh terlalu kerap pun tak elok jugak. Boleh mengeringkan.

Then, pakai produk (2), (4) dan (5). Aku akan pakai sunscreen walaupun duduk rumah. Lain la kalau duduk dalam gua tak masuk cahaya langsung kan. If ada jerawat, aku akan spot treat dengan (3). Eye cream tu penting. Dalam entry ni aku pakai (6) tapi aku beli je mana-mana yang tak buatkan aku naik tiny bumps bawah mata.

Fun fact : Aku dah amalkan pakai eye cream dari umur 25. So far dapat prevent eye creases (garis halus keliling mata), tapi still ada eyebag. Masalah yang ni belum ada penyelesaian.

-Zohor/ Asar

If muka aku kena habuk/ peluh/ rasa berminyak, aku akan bersihkan muka dengan micellar water (10). Titikkan atas kapas muka dan lap perlahan-lahan. Tapi kalau tak, aku just basuh muka dengan air.

Lepas solat, guna (4) dan (5). Ubat jerawat (3) kalau perlu

-Petang/ Malam sebelum tidur

Basuh muka dengan (9). Aku ada baca petua yang kena basuh muka at least seminit kalau nak active ingredient tu betul-betul dapat khasiatnya. Bilas dengan bersih.

Sapukan (8). Nak lagi best, follow dengan Benton Snail Bee High Content Essence (takde dalam gambar). Memang bangun pagi rasa lembut je kulit.  As usual, pakai (6)

-2 kali seminggu

Exfoliate dengan (1). Aku suka brand Iunik ni sebab dia guna ekstrak buah. Tak kasar sangat dan tak ada rough beads. Biji-biji kasar tu memang a big no no untuk kulit berjerawat dan kering ye.

- Jerawat degil

Aku akan pakai (7). Tapi kalau pakai ubat jerawat ni kena pakai malam dan kena dot betul-betul pada jerawat tu sahaja.

Dah OK sikit sekarang. Kalau dulu nak selfie pun menyampah

Tips Tambahan

1. Penting untuk kita tahu apa bahan aktif dalam skincare yang kulit kita tak tahan. Macam aku, aku tak boleh tolerate benzoyl peroxide, olive oil dan ekstrak pegaga. Kulit aku serasi sangat dengan snail secretion, tea tree oil, aloe vera dan bee venom.

2. Apa yang bagus untuk kawan kita, tak semestinya bagus untuk kita. Lain kulit lain cara penjagaan. Kalau nak follow skincare tips orang jangan ikut membuta-tuli.

3. Please jangan pakai produk yang too good to be true. Kalau result dia terlampau cepat, nampak sangat ada yang tak kena. Ada reason produk tersebut tak lepas piawaian KKM.

4. Jangan berkerut.

So..korang ada tak skincare tips nak share jugak? Jemput tulis di ruangan komen. Jangan lah lawa sorang-sorang. Hehehe.

Till then, thanks for reading gais!

Entry lain yang menarik:

7 Tips Untuk Kurus

Tips Kekal Cergas di bulan Ramadhan

What Not to Sing at Your Ex's Wedding

Read More

Jangan marah nanti cepat tua!

Monday, 22 August 2016

Aku ingat lagi, masa aku tahun pertama kat universiti, ada akak ni cakap ngan aku...

"Orang kulit berminyak ni untung, nanti lambat nampak tua."

Masa tu aku tengok dia pelik. Apa yang untung? Sikit-sikit naik jerawat! Dahlah aku ni memang ada resdung. Time tu nak dapatkan kulit cantik memang siksa. Lagi-lagi bila nak dekat period. Tambah pulak dengan cuaca panas kat Pulau Pinang tu.

Tapi sebenarnya, musuh utama kulit aku adalah stress dan tak cukup tidur. Sebab bila balik cuti sem, kulit aku OK je. Biasalah kan, student memang biasa sangat tidur lebih kurang ni. Bab stress percintaan belajar jangan cakaplah.

Aku ingat bila usia dah meningkat, masalah jerawat ni akan berkurang. Tapi sebenarnya sama jugak. Kadang-kadang lagi teruk. Salah aku jugak..malas makan supplement. Pastu selalu berjaga malam. Kat tempat kerja, stress memang tak boleh elak. 

Dalam dunia pekerjaan, ada dua kemungkinan. Either kau kena marah, atau kau kena marahkan orang. Aku paling benci bila kena marah depan orang, or bos yang marah tak usul periksa. So, bila aku 'terpaksa' marah orang, aku elak dari dua benda tu. Tapi sebenarnya aku tak suka tegur staf bawahan. Sebab aku akan angin bila orang menjawab balik. Angin aku ni sekali datang memang sapu semua. So, aku prefer untuk pendam. Bila aku pendam, aku yang makin stress. Haihhh

So, jawabnya, kena belajar teknik diplomasi. Tu jelah. Dan belajar control temper. Jangan asyik naik darah sangat ye, budak kecik!

Tak mau marah-marah, nanti stress. Pastu naik kedut. Dalam kes aku ni, naik jerawat.

Macam apa yang aku dengar hampir 10 tahun lepas, terbukti kulit berminyak memang lambat nampak tua. Tapi aku tetap amalkan dua tabiat ni

1. Pakai krim mata. Aku dah start dari umur 25 tahun.
2. Jangan berkerut. Ever.

Alah, aku rasa aku ni umur dah 30 lebih tapi still boleh menyamar student universiti sebab aku ni petite. Dan stail dressing aku yang memang tak vogue. Orang dok shawl lilit-lilit, aku pakai bawal. Orang pakai blaus ikat tepi depan belakang, aku pakai T-shirt. Or worse, jersey.

Malas tapi ada hati nak cantik. Tak sedar diri betul.

-Random entry di pagi Isnin-


Read More