Wednesday, 27 November 2019

Sonata Salju di Jeju - Part 13

Assalamualaikum dan hai semua! Masih menyambung cerita Jeju. Dari World Cup Stadium, kami naik bas Airport Limousine 600. Disebabkan Siti yang buat research,  aku follow je. Dia tekan loceng suruh berhenti kitorang pun turun. Actually senang jugak nak tau bila nak turun sebab dari jauh dah nampak kawasan yang agak hipster. Lagipun ada replika besar banana uyu (susu pisang) depan kafe ni.

Kafe yang Siti teringin nak pergi - Yellow Cafe

 Masa kami masuk tak ramai pun pengunjung lain. Kafe sunyi je


Menu di kafe ini berasaskan pisang. Aiskrim, coffee, susu dan kek semua ada rasa pisang. Tapi kalau korang mintak pengat atau pisang goreng cicah cili kicap memang tak ada

Dah order duduk diam-diam. Once dah siap buzzer akan vibrate untuk collect sendiri di kaunter

Banana milkshake, frozen yogurt (or is it ice cream aku dah lupa) and banana latte. Pelik betul kopi rasa pisang.

Sedap ke tidak? Entahlah aku rasa OK je. Aku memang penggemar pisang. Apa pun asal ada pisang aku suka. Lidah Melayu lah katakan. 

Aku ngan Siti memang tak reti duduk diam. Dah sampai sini rugilah tak explore. 


Kami berdua tinggalkan Kak Husna dan The Makciks untuk ke Play Kpop theme park. None of us fanatik KPop tapi bolehla layan. Seberang jalan je.

Sebelah Play Kpop ada Chocolate Land. Kami tak masuk pun

Movie Land Wax Museum ni aku rasa macam Madame Tussauds. Tak ada dalam perancangan, so tak masuk jugak

Saranghae!


Amik gambar untuk kenangan je



Berhampiran dengan area ni ada Ripley's Believe It or Not Museum. Masuk ni dah kali kedua aku jumpa muzium ni. Kali pertama dulu kat Gold Coast, Australia. Cukup tiga kali jumpa memang kena masuk agaknya. Sesuai untuk u olls yang suka tengok benda-benda pelik dan misteri.

 Kalau aku berdua dengan Siti rasanya masuk dah ni


Teddy bear Museum pun ada. Within walking distance je




Memandangkan masing-masing dah letih jadi marilah kita balik ke hotel. Naik bas sama je so tak payah banyak fikir.

OKlah next entry aku cerita lagi ye. Dah nak habis dah cerita Jeju ni. Thanks for reading!

11 comments:

  1. Byk tmpt menarik, dekat2 je..

    ReplyDelete
  2. teddy bear museum tu mmg sy nk g sbb kat situ lokasi set penggambaran Princess Hours wargghhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi..dari macau sampai ke Jeju drama tu shooting

      Delete
  3. Macam best je teddy bear museum tu dapat tengok teddy bear cecomel.

    ReplyDelete
  4. bestnya jalan2, museum teddy bear mesti best tengok teedy bear

    ReplyDelete
  5. Waaa...Banana milkshake.dan frozen yogurt serious nampak sedap

    ReplyDelete
  6. semuanya berasaskan pisang ye.. menarik tu.. Macam manalah agaknya rasa dia bila dah bercampur pisang..

    ReplyDelete
  7. Kit pon tgk museum teddy bear 🐻🐻 kat Princess Hours jew

    ReplyDelete
  8. Bestnya di jalan jalan negara sonata musim salju.. Hehehe... Bila lah akak dapat merasa pergi sana pulak.

    P/S klik 2 iklan kat sini

    ReplyDelete
  9. kopi rasa pisang? tak boleh brain mcm mana. tp alang2 dh ke tempat org makanan harus cuba.

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

 

Template by BloggerCandy.com