Rekemen Movie: Poorna

Tuesday 19 November 2019


Sometimes we make choices. Sometimes the choices make us


Poorna merupakan sebuah biopik tentang seorang gadis bernama Malavath Poorna. Ia diarahkan oleh Rahul Bose. Ini kali pertama aku menonton filem arahan Rahul. Poorna adalah wanita termuda yang pernah sampai ke puncak Everest. Beliau berumur 13 tahun 11 hari pada tarikh 25 May 2014, tarikh di mana gadis kecil molek yang berasal dari sebuah perkampungan di daerah Nizamabad berjaya mengharumkan nama India.

Movie ni adalah kisah bagaimana Poorna (lakonan Aditi Inamdar) yang membesar dalam kemiskinan dan konsep pemikiran kuno di mana gadis seusia beliau lazimnya dikahwinkan. Poorna mempunyai seorang sepupu bernama Priya (S.Mariya) yang selalu mendorong beliau supaya mengubah hidup dan memajukan diri. Hidup Poorna berubah selepas bertemu Dr.Praveen Kumar (Rahul Bose, director pun nak berlakon jugak).

Filem ni bukanlah filem survival macam Everest, 127 Hours atau Vertical Limit. More like biografi macam Dangal, Nadia, Gracie dan Mary Kom. Filem ni sesuai ditonton kalau korang perlukan moral boost dan rasa putus asa nak kejar cita-cita. (Eh, tu macam tuan punya blog)


Overall aku suka filem ni. Pandai-pandailah korang download ke apa ke. Aku tengok kat Astro Prima je, di suatu Ahad bersama keluarga. Nanti share lah dengan aku review korang pulak ye. Thanks for reading!

20 comments

  1. sounds so inspiring. must be good.

    ReplyDelete
  2. menuju puncak...motivasi tahap tinggi..

    ReplyDelete
  3. dah lama kak ana tak layan bollywood Sal, mesti best cite ni kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya yang rekemen mesti best kak. Hehe. Oklah jugak, cerita yang boleh bagi motivasi

      Delete
  4. menarik ni. naik everest mesti mencabar.okay bookmark dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay dah tengok. Boleh tahan best cerita ni. dasyat tul la boleh sampai peak everest tu.

      Delete
  5. Hai Sal....Macam best je cerita ni.... boehlah tengok nanti

    ReplyDelete
  6. Alaaa akak pernah nak tengok cerita ni, tiba2 ended up dengan cerita lain. Nak kena tengok ni

    ReplyDelete
  7. ok la tu membeli sesuatu yang diperlukan ..

    bukan perkara yang mengejutkan

    ReplyDelete
  8. Dah tgk hari tue... Memang terbaikkk

    ReplyDelete
  9. Based on true events ke ni.. inspirational ni

    ReplyDelete
  10. Nice review.. movienya nampak menarik..
    mampu memotivasikan penonton.. bagus..

    ReplyDelete
  11. tgk view sana dr FM kwn rasa teringin tp bila teringat cerita dia turun dr everest terus gempa bumi tu dh seram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin tu biasala nina. Tapi tak semua mampu mencapai puncak Everest ni

      Delete
    2. betul tak semua mampu daki everest naik dan turun dgn selamat

      Delete
    3. Takut naik je tak turun -turun. Hehe

      Delete
  12. Menarik jalan ceritanya. Betul, bila nak moral booster tonton movie motivational bole dapat inspirasi.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah