Sunday, 17 November 2019

Career break. Yay or nay?

Assalamualaikum semua. Siapa antara korang pernah ambil career break, iaitu berhenti sebentar dari bekerja? Kerana aku di dalam dilema samaada aku patut ambil atau tidak.

First thing first, company tempat aku kerja nak buang orang lagi. Entah kenapa kali ni aku berharap aku terpilih. Sebab kalau terpilih akan dapat pampasan. Aku bukan hendak mendabik dada. Tapi pada usia aku, status pula bujang, aku rasa aku masih mampu mencari kerja lain. Aku tak sampai hati tengok rakan-rakan yang ada anak-anak kecil perlu disara yang diberhentikan secara tiba-tiba. Mungkin kalau aku berkorban, aku dapat selamatkan satu keluarga.

Tapi tulah, ini bukan skim pemberhentian secara sukarela. Aku hanya mampu berdoa agar nama aku terpilih. Habis, takkan aku nak buat hal. Tak, itu bukan cara aku.

Throwback zaman muda. Masa ni company tengah kaya. Outstation memanjang

Pada masa yang sama, aku tahu tak mudah mencari kerja baru. Walau ada sijil dan pengalaman itu bukan menjamin aku mudah menonjolkan diri among jobseekers lain. Tambah pula dengan kekurangan aku yang rendah keyakinan diri dan tak pandai bersosial.

Plan aku, kalau diberhentikan, aku nak ambil career break dalam 3 bulan. Tapi tu tak bermakna aku boleh membazir duit pampasan sesuka hati. Cabaran terbesar career break adalah kewangan. Kedua adalah kena fikir nak buat apa. Aku adalah seorang yang workaholic. Aku takut aku akan rasa bosan. Aku tak ada bakat lain. Kalau terer masak boleh jual kuih. Kalau kreatif boleh jual kraf. Aku pandai tengok bola je. Haha

Sejujurnya aku penat. Aku ingin berehat. Pergi bercuti, habiskan terapi, pergi kelas agama, buat kerja-kerja sukarela, improve my fitness dan spend masa dengan orang-orang yang selalu aku tolak pelawaan untuk berjumpa. Kadang-kadang rasa bersalah tak memenuhi undangan orang. Aku lebih suka tersadai di bilik sendirian. Tahun ni aku betul-betul down. Seolah hilang semangat nak hidup. Nak pergi kerja rasa macam nak pergi berperang.


I was in depressive state for almost a year. Tapi aku bersyukur ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa ada untuk aku. Yang tau mood aku ke laut pun tapi tetap ajak aku keluar dan buat aku senyum. Yang tak putus-putus bagi aku kata semangat dan dengar aku bercakap. Some of them tengah baca entry ni. You know who you are darlings! Thanks jugak untuk komen-komen positif. Komen negatif pun aku baca jugak. Tak apalah, kita tak kenal satu sama lain pun.

Eh ni dah terlari tajuk. Hahaha. Berbalik pada soal career break tadi. Korang rasa patut ke aku berehat seketika kalau diberhentikan dengan pampasan? Atau aku harus terus cari kerja lain? Aku kena sibukkan diri supaya otak aku tak merayap fikir benda bukan-bukan. Aku ni ada otak tapi tak reti guna untuk kebaikan. Sibuk pikir benda dah lepas dan benda-benda yang tak jadi lagi.

Beria berangan nak diberhentikan. Silap-silap company suruh stay. Kalau stay confirm workload bertambah. Kawan-kawan pun ramai yang dah takde nanti. Macam cerita Endgame, kena snap Thanos. Half population gone. Mesti tak seronok dah. Sooner or later aku berhenti jugak. Tapi tulah lebih baik berhenti dan dibayar dari berhenti kosong habuk pun tarak.

Entry berat di pagi Ahad. Hahaha. Have a lovely day ahead guys!


Or maybe I just need a vacation...

36 comments:

  1. doa yg baik2..
    niat awk baik insyaAllah dpt sesuatu yg baik nt.. =)
    semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnyalah kan. Kita ni hidup bukan untuk diri sendiri je, tapi orang lain jugak

      Delete
  2. Akk doakan yg terbaik utk Sal..

    ReplyDelete
  3. Nak kena bercuti lagi tu .. terapi kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sangat tak bercuti. Dok kerja dan 'melayan' sakit.

      Delete
    2. It's time dh ni. Mama nk join laa

      Delete
    3. Alamak mama. Dah balik. Hihi

      Delete
  4. Biasalah saya pun over thinking dan pernah rasa tertekan.
    Moga Allah berikan petunjuk Dan saya berdoa awak dapat yang terbaik.
    Setiap kesusahan ada kemudahan.

    ReplyDelete
  5. Buat lah apa pun yang sal rasa terbaik untuk diri sendiri dan boleh harungi semua itu. Apa pun buat solat mohon petunjuk dari Allah sebab Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah tu. Buat je, in the end serah pada Allah. Dia lagi tahu apa yang terbaik

      Delete
  6. boleh mulakan niaga online
    zaman sekrg mcm-mcm boleh buat,
    product viral lagi laju org cari
    rezeki tu allah dah tetap kan
    good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sis. Brilliant advice. Ramai dah ajak saya meniaga, tapi tulah takut-takut

      Delete
  7. why not kan. just go for it sal. if diberhenti dan ada pampasan lagi ok. usia muda, masa timba pengalaman. rezeki insyaallah ada di mana2 asal usaha, ikhlas

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah muda sangat, dah lebih 30. Willpower yang tak ada, saya slalu down. Kena fight betul-betul untuk diri sendiri

      Delete
  8. yes you need a vacation !! sekejap pun jadilah. n seorang pun x apa. go somewhere nice check in n treat urself =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noted. Seram jugak travel solo. Tapi tulah #siscuba

      Delete
  9. saya pernah berharap dipilih untuk kena 'fired' masa kerja 10 tahun dulu..

    nampaknya tak kena dan alhamdulillah dapat juga pakej pampasan puluhan ribu.

    dah nama duit habis juga ( pengurusan kewangan silap)

    sebulan selepas dapat duit saya resign dan buat bisnes sepenh masa.

    duit dah habis keja balik di tempat lain sehinggalah sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. so kesimpulannya masalah duit ni memang tak akan habis. haha. Tapi itulah life kan. Macam-macam boleh jadi. Kena pandai dan berani je

      Delete
  10. Jika perlukan career break why not. Ambil masa untuk enjoy kejap dan fikirkan mana yang terbaik. Jika perlu cari kerja baru, teruskan. Buat apa yang buat kita happy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keje sekarang ni happy jugak tapi entahlah, macam ada yang tak cukup dalam hidup ni. maybe I do need the break

      Delete
  11. Cakap ajelah nak career break sebab senang nak gi vacation hihi...kan senang cite!
    Ok je Sal kalau nak berehat sekejap, memang penat kerja ni, hakak pun pernah kerja kan. Bukan tak ada pampasan pun, so enjoy je... bila lagi kan....

    Sambil sambil tu carilah kerja...insyaallah rezeki tak akan salah alamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. tapi nak gi vacation kena pakai duit kak oi. Rezeki ada di mana-mana kan. Tapi tulah sejenis kuat fikir macam saya ni asyik risau je

      Delete
  12. Kalau akak terpilih utk diberhentikan dan dapat pampasan, yes I will take a career break. Alang-alang nak start phase baru (with kerja baru) kita cuti sekejap, rehatkan minda dan diri ala-ala tune up diri balik.

    Tetapi sepanjang tempoh bercuti itu, I will do something utk pastikan yang ada income masuk. Buat tambah2 duit belanja. Contohnya dalam pada bercuti tu, kemas2 barang tak guna, jual kat Carousell ke...buat online surveys ke...nothing serious and yg tak terikatlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the idea kak Farrah. Tulah ingat nak ambil jugak sekejap bagi tune balik apa yang dah lari

      Delete
  13. hehe actually kalau saya, apply dulu kerja2 lain, then tgok berapa jumlah pampasan. tapi kalau betul2 terpilih, kena plan utk kewangan juga..hehe

    ReplyDelete
  14. Semoga urusan awak dipermudahkan 🌹🌹

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. Kadang-kadang tak nak fikir tapi tulah otak ni aktif terlebih

      Delete
  16. Akak doakan yang baik2 untuk ciksal...inshaaAllah

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com