JB Solo Trip - Skyscape

Sunday 8 December 2019

Assalamualaikum dan hai semua! Aku dah pulang dari my 2 days short trip. Not exactly vacation, tapi more like stay-cation. Plan last minute sebab seketul Salbiah dah setahun lebih tak pergi bercuti. Pergi mana? Johor Bahru je u olls. Nak pergi oversea malas nak renew passport. Pastu kedekut cuti. Motif simpan cuti banyak-banyak? Entah keje lagi kat sana ke tidak tahun depan pun tak tentu lagi.


Part yang aku tak suka travel solo - time flight nak take off takde orang nak tenangkan aku. Aku actually gayat, pastu senang terkejut. Yang pernah terbang dengan aku taulah aku punya kumat-kamit mulut baca doa cmane. Bunyi tayar mendarat pun buat aku tersentak.



Tapi yang bestnya travel solo ni adalah aku boleh pergi mana-mana ikut suka aku. So aku decide lepas makan nak pergi Skyscape. Mulal-mula aku ingat dalam Komtar JB (Ya, bukan Penang je ada Komtaq, Johor pun ada na..), tapi rupanya di Menara JLand.  Tapi kalau korang datang sini drive sendiri boleh je parking kat Komtar tu pastu jalan sikit tak sampai 100 meter. Aku naik Grab je. Grab kat JB convenience. Tak tunggu lama.

Harga tiket RM28. Kena beli stokin RM5. Tak beli tak boleh. So total lost RM33. Nak naik Skyscape ni ada time slot. Lepas tu tengok cuaca jugak. If hujan rugilah, sebab tak dapat keluar ke skybridge tu. So, tengok cuaca dulu. Bagpack aku tinggalkan di kaunter dan akan ada staf yang akan guide kita naik. Masa aku naik ni join sekumpulan tourist bangsa Cina tapi berkomunikasi sesama sendiri in English dan tak faham bahasa Melayu. Entahlah diorang dari mana. Kalau Mak aku confirm dah tanya tapi aku bukanlah manusia peramah. Haha. Lantak koranglah.

 Tak tinggi mana pun, tingkat 34 je. Puih berlagak betul aku

 Ni mintak fellow tourist yang amikkan. Terbaik diorang semua beralih tak nak kacau gambar aku.
Berlatarbelakangkan Selat Tebrau you olls. Boleh nampak sampai ke Singapura dari sini. 

Aku lebih seram part angin. Taulah aku ni 40 kg je. Kot ditiup angin tau-tau dah sampai Legoland

Ikutkan satu slot tu boleh spend 10 minit je kat atas ni tapi sebab takde tourist lain, lama jugak group kitorang kat atas skybridge berlantaikan kaca tu. Masa mula-mula nak berdiri atas tu je seram, bila dah lama-lama tak rasa apa dah. 


Dah bosan menguji kegayatan atas lantai kaca, kita move on ke bilik sebelah. Ada kawasan lapang berhias cantik siap ada aircond lagi if u olls nak tengok overview bandar JB. Group tourist tadi aku tinggalkan sebab diorang masih sakan bergambar.


Takde orang kacau so kita selfie sesuka hati. Lubang hidung simpan sikit please

Takde apa sangat pun nak buat kat sini. Tiba-tiba dah exit. So tak tau nak rekemen ke tidak kat korang. Kang aku rekemen pastu korang kata tak best dah aku kena kecam pulak. As for me yang dah pernah banyak kali turun JB, logiklah aku datang sini. Nak pergi theme park rasa macam sendu pergi sorang. Aku nak play tourist, so kat sini takde orang nak kacau aku. Malas jugak kalau terserempak orang kita kenal. JB ni ramai sedara-mara dan kawan-kawan aku.

OKlah, thanks for reading. Love you olls!

39 comments

  1. Kadang bila bergerak sendiri lebih menikmati mengikut gerak hati.

    ReplyDelete
  2. Wak orang JDT pun belum sampai lagi tempat ni.
    Kalau yang melaka punya tu dahlah sampai.

    ReplyDelete
  3. berjalan sorang2 pun best jugak kadang tu kan. boleh buat keputusan sendiri je kan. kalau akak tak taulah gayat ke tak naik kat situ

    ReplyDelete
  4. scary je dan gayat. Akak pulak mesti terfikir yang bukan-bukan samada cermin pecah atau retak seribu bila lalu tempat macam tu. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun terfikir jugak,tapi bila perati betul-betul, lantai kaca tu memang solid. Beg pun diorang rak bagi letak atas lantai tu

      Delete
  5. Wah.. Menarik.. Ada rezeki nak ke sini jugalah.. menguji tahap kegayatan.. hahaha..
    Seronok bila jalan solo nie.. masa kita yang urus sendiri.. Tak payah nak fikir orang lain..

    ReplyDelete
  6. ehhhh. kenapa kita orang johor tak tahu kewujudan skyscape ni..huwaaa, mahu pergi jugalah macam ni..eh, yg kat skybox KL pun tak pi lagi. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak pernah gi skybox kl. yang kat jb pergi plak. Haha

      Delete
  7. 3 thun dok jb tak tau pn ada tmpt bes cm nii ^_^

    ReplyDelete
  8. wuuu.. jenis gayat macam saya ni.. memang stay kat bawah jelah..

    ReplyDelete
  9. if aku cfrm gayat tu, kurang koser aku nak pi tpt tinggi2 camtu 🤣🤣 tapi best juga kan travel solo, boleh pergi memana sukati je asal tpt selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun gayat, tapi masa mula-mula je. Dah diri dan jalan-jalan atas tu lama-lama hilang gayat

      Delete
  10. Mrs. A pun baru balik dari JB tengok Mr. A and the gang main bola.
    Best jugak bergambar kat sini, tapi kesian Mrs. A tak tahu tempat nih! tahu aritu ajak singgah sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..tak sia-sia saya share. Lain kali kalau ke JB bolehla singgah

      Delete
  11. demm., baru wak tau ada skyscape kat JB nih.,
    setau wak kat melaka dh ada dua skyscape camtu .. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah wak, asyik ke seberang tambak membeli berlian je. sampai tak perasan benda depan mata

      Delete
    2. okay ciksal.. wak dh panjat skypark jb tu ye tp x dpt nk tgkp sunset.. hehehe tqvm

      Delete
  12. Hai cik Sal😘😘
    Hebat nyer awakkk

    ReplyDelete
  13. BANYAK JE TEMPAT MENARIK KAT JB

    ReplyDelete
  14. Hishhh.. Kalau akak memang dah gayat ni. Tapak kaki tu mesti geli2 tak thau nak habaq

    ReplyDelete
  15. Wah cayalah sal pergi solo je..so naknrekemen ke tak ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah nak rekemen ke tidak. Tak tau nak cakap. haha

      Delete
  16. bestnyaaa.. pi JB sbb nk mkn dgn shopping. tp grab sana memang cepat sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam grab kat penang. Grab yang menyakitkan hati yang kat kolumpo je

      Delete
    2. tak semua grab teruk, certain saja yg pernah jumpa lah

      Delete
    3. Menyakitkan hati sebab tunggu lama je. Hehe. Driver ok

      Delete
    4. rata2 driver grab JB suka ajak menyembang bila dgr loghat.

      Delete
    5. Oh.. Gitu. I olls ada loghat orang Muar. Kalau orang Johor mesti cam. Tapi selalu malas nak borak. Haha.

      Delete
    6. haha.. Muo eh? rugilah tak ckp tp sbb sal malas nk borak kan

      Delete
  17. wow. best nyer!
    wajib beli stokin? hu hu hu... kalau yg da berstokin, wajib gak?
    lama tak gi jb. rinduuuuuu kacang pool :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. stokin dia ada biji-biji kat tapak supaya bila pijak tak licin. macam stokin umrah la lebih kurang

      Delete
  18. yeay kak !! imma proud of u !! akhirnya u went n cari time untuk diri sendiri. best best !! part dok dalam flight sorang tu mmg.. sama la kite. panic nak take off tu entahla bila akan hilang.

    kalo sebelah seat tu jodoh ok gak kan =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. masa pergi ni seat sebelah kosong. lagi best.

      Delete
  19. dia best kalo enjoy main VR game dalam tu sekali..hihihi

    salam kenal, datang dari blog wak lat

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah