Kembara Aceh Part 9 - Masjid Baiturrahman dan Contact FB Tour di Aceh

Friday 15 November 2019

Assalamualaikum dan hai semua! Cerita Aceh aku dah nak sampai ke hujung. Petang terakhir di Aceh, kami dibawa ke Masjid Baiturrahman. Salah satu masjid yang terselamat sewaktu Tsunami 2004. Masjid terakhir yang kami lawati terletak betul-betul di tengah bandar tetapi jangan risau sebab ada parkir bertingkat bawah tanah untuk pengunjung.


Keunikan masjid ini adalah payung-payung yang menggunakan konsep macam di Masjid Nabawi. Inspirasi dari senibina sahaja. Jangan korang percaya solat kat sini sama fadilat macam kat sana pulak ye.

Masjid kat Aceh ni sangatlah strict bab aurat. Sebab tu walaupun aku memakai blouse dan seluar yang longgar, tapi tetap dianggap kurang sesuai. So pakailah jubah yang disediakan oleh pihak masjid.

Posing kat masjid mestilah sopan dan semenggah

Masa ni aku ngan sorang lagi kawan aku period, so tak boleh masuk dalam masjid. Jadi kami hanya duduk di dataran di hadapan Masjid Baiturrahman. Yang uniknya, sebaik sahaja azan Maghrib usai berkumandang, keluar seorang lelaki berkopiah membawa hailer. Lelaki tersebut menyeru setiap orang yang ada di dataran dan sekitar masjid supaya masuk dan menunaikan solat. Suara beliau tegas, lagi-lagi kalau dengan lelaki. Memang tak bagi chance. Dia siap datang dekat. Kalau perempuan dia akan cakap kalau tak boleh solat, jangan duduk dekat kawasan orang menunaikan solat. Tapi kalau lelaki dia terus sound "Masuk pak, solat." Gitulah lebih kurang. Pengalaman yang unik bagi aku.

Bahagian dalam masjid. Kawan aku yang ambilkan gambar

Selesai solat, kami dibawa oleh Nasir untuk makan. Time ni tenaga aku memang dah berada di paras rendah. Letih wei sehari suntuk jalan Banda Aceh. Lepas makan, Nasir bawak kitorang gi beli souvenir pastu check in hotel. 


Lega rasanya nampak katil. Hotel kami kat Banda Aceh ni simple je. Hotel bajet dalam town. Oklah, janji selesa, bersih dan boleh tido.

Pagi-pagi Nasir dah datang pick up kitorang untuk dihantar ke airport. Yup, kami kena pulang ke tanah air. Oh so sad.



Selamat tinggal, Aceh. Tahniah atas ketabahan kalian. Semoga kita dapat bertemu lagi. Kalau kalian berminat untuk tour di Aceh boleh contact FB Muhammad Nasir

Thanks for reading gais!

p/s: Company tempat aku kerja sedang buat downsizing. Staf yang terpilih akan diberhentikan dengan bayaran pampasan. Doakan aku terpilih ye. Amin. Niat nak berhenti dah lama tapi sayang betul berhenti dengan tangan kosong. Betul tak? 

21 comments

  1. Cantik masjidnya memang lebih kurang masjid nabawi. Beruntung juga dalam masuk dan solat di masjid ni.

    ReplyDelete
  2. Hi, boleh dapatkan contact number supir di Sabang and Bandar Acheh ?

    ReplyDelete
  3. Cantik pandangan masjid ni. Moga doa awak dimakbul Allah.. Amin..

    ReplyDelete
  4. menarik masjidnya..

    semoga dimakbulkan doa mu & all the best for the future..

    ReplyDelete
  5. masjid yang satu-satunya selamat masa tsunami dahulu kan SAL, aamiin kak ana doakan yang terbaik buat Sal .. in shaa allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara yang terselamat. Ada je masjid-masjid lain. Boleh korek entry-entry lama saya kak. Hehe

      Delete
  6. memang pakai jubah gitu ke ? ke disediakan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang yang sediakan jubah tu Siti. Idokle kak SAl nak ngangkut berat-berat dari Kolumpo

      Delete
  7. nampaknya xboleh laa sy nk pakai kebaya nyonya dtg sini eh ehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai gi Aceh boleh, jangan pakai gi masjid pulak

      Delete
  8. Semoga ada rezeki sampai ke sini dan dapat berenti macam yang dicita-citakan tu.

    ReplyDelete
  9. Tgk payung2 mmg teringat masjid nabawi kn.. feeling dah ada dah

    ReplyDelete
  10. Ada hikmahnya tsunami melanda. Mungkin tragedy itu menginsafkan umat Islam yang selama ini terlalai. Tenguk payung rindu masjid Nabawi. Semuga harapan sal Allah makbulkan. Aamiin.

    ReplyDelete
  11. wahh kalau nak feeeling pergi masjid nabawi boleh la singgah aceh hehe.. baru tau

    ReplyDelete
  12. Dikenali sebagai serambi Mekah.... Aceh

    ReplyDelete
  13. cantik jugak Aceh tp lps tsunami mesti laut2 sana dh tak sama mcm sebelum (permukaan tanah laut dh bertukar)

    Aceh jelah yg nampak islam, pakai tudung labuh dr daerah lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Aceh perempuan dia pakai kain ye. Orang Malaysia pakai seluar diorang anggap pelik.

      Laut dah tak sama tapi pantai diorang masih cantik sebab Aceh ni tak berapa kejar pembangunan

      Delete
    2. betul nampak semua pakai kain.. jeans lg susah nk nampak.

      pantai cantik pun belum tentu selamat nak mandi sal sbb permukaan tanah laut tu dh berubah sama sekali. boleh jd tanah jerlus.

      Delete
    3. Betul. Ktorang berani mandi di area Sabang. Banda Aceh takde pulak nampak orang mandi-manda

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah