Kembara Aceh Part 8 - Muzium Tsunami dan Bot di Atas Rumah

Saturday 9 November 2019

Assalamualaikum dan hai semua! Entry sebelumnya jemput baca SINI.

Selepas lunch, kami dibawa ke Muzium Tsunami Aceh. Kalau yang dekat masjid tu muzium mini, kali ni muzium yang kitorang pergi memang besar dan banyak menyimpan cerita Tsunami 26 Disember 2004. Muzium ini terletak di Banda Aceh.

Laluan pertama masuk ke muzium ini adalah koridor sempit di mana air mengalir di kedua-dua bahagian dinding disertai bunyi bergemuruh yang agak menakutkan. Bagi aku ini antara features yang unik di Muzium Aceh untuk set mood pengunjung. Berjalan di koridor tersebut terasa macam mengalami pengalaman tsunami 2004 tu sendiri. Sayangnya tak sempat rekod video sebab tak terjangka akan 'disambut' sebegitu.


Terdapat juga ruangan interaktif yang memaparkan informasi tentang tsunami yang berlaku. Kalau ada masa, bolehlah pilih mana-mana skrin monitor yang kosong dan pilih menu yang dikehendaki. Muzium Tsunami Aceh menceritakan tentang peristiwa sebelum, semasa dan selepas tsunami.


Terdapat ruang sumur doa. Nama-nama mangsa tsunami yang terkorban diukir pada dinding yang direka bentuk bulat melengkung. Alfatihah buat semua.



Terdapat juga ruang teater yang memaparkan 'movie' tentang peristiwa tsunami tersebut. Tidak digalakkan untuk orang mengandung atau senang terkejut. As for me masa tengok movie tersebut, rasa takut, sedih dan kasihan semua bercampur baur. Bilik teater tu senyap-sunyi sepanjang tayangan. Ada juga yang mengalirkan air mata.



Aku tak banyak ambil gambar sebab orang ramai. Lagipun muzium ni agak gelap. Gambar aku banyak yang blur. Pada pendapat aku kalau dah sampai Aceh memang berbaloi gi muzium ni. Boleh tambah pengetahuan dan pada masa yang sama menyaksikan kekuasaan Allah. 

Pameran di muzium ini bukan terhad pada waktu kejadian sahaja, tapi meliputi keadaan sebelum tsunami dan bagaimana Aceh dibangunkan semula selepas peristiwa tersebut. Orang Aceh sangat hormat orang Malaysia tau sebab diorang kata negara kita antara yang pertama menghulurkan bantuan dan banyak menghantar sukarelawan.

Puas menjelajah Muzium Tsunami, kita ke lokasi seterusnya yang bagi aku sangat menarik.



Ha..biasa kita tengok bot dekat air kan? Ni bot atas rumah tau. Kalau ikut logik memang pelik macamana boleh ada bot atas rumah sedangkan terletak 1 kilometer dari pelabuhan.


Sama macam sewaktu melawat kubah terapung, kali ni juga kami didatangi oleh warga tempatan yang dengan sukarela berkongsi pengalaman. Wanita tersebut yang sudah agak berusia merupakan antara yang menjadi saksi bagaimana bot tersebut tersangkut di bumbung sebuah rumah 2 tingkat akibat dibawa gelombang tsunami.

Pada asalnya penduduk kampung yang bertempiaran lari sewaktu ombak tsunami membadai kali pertama naik ke tingkat dua rumah sepasang suami isteri bernama Pak Misbah dan Ibu Abasiah. Dengan kuasa Allah, sebuah kapal nelayan merapat ke tingkap, jadi mereka pun memanjat masuk ke dalam bot tersebut kerana paras air yang semakin meningkat. Menurut 'Ibu' yang bercerita kepada kami, sudah ada orang lain di dalam bot tersebut sewaktu mereka naik. Rupa-rupanya mereka juga warga Aceh yang berjaya masuk ke dalam bot untuk menyelamatkan diri.

Part paling sedih masa Ibu tu cerita yang sewaktu mereka berada dalam bot, mereka nampak ramai mangsa tsunami yang terkapai-kapai meminta tolong. Diorang cuba nak bantu dengan membaling tali tetapi gagal. Allahu...tak dapat aku bayangkan macamana rasanya 59 mangsa yang terselamat menyaksikan manusia-manusia lain ditelan air laut deras.



Selepas tsunami surut, bot tersebut kekal tersadai di tingkat dua rumah rumah  Pak Misbah dan Ibu Abasiah.


Bersama Ibu yang berkongsi pengalaman dengan kami . Nampak tenang riak wajahnya. Siap buat lawak lagi dengan bercerita yang sewaktu beliau berlari ke kampung untuk memberi amaran, kain batik yang dipakai terlucut tapi langsung tak dipedulikan. Tapi tulah, dalam hati siapa yang tahu kan.

Menaip entry ni buat aku sebak sendiri. Aku nak pergi menung kejap nanti aku sambung. Hehe. Thanks for reading guys!

16 comments

  1. Replies
    1. Terima kasih abang MK. Sekadar berkongsi pengalaman.

      Delete
  2. mengimbau tsunami yang melanda Acheh

    ReplyDelete
  3. Bila melihat memorial ini, teringat pada kisah tsunami yang melanda Aceh.. Semoga Allah merahmati kepada umat Islam di sana dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh umat Islam yang terkorban.. TAHNIAH diucapkan kerana awak terpilih untuk menjadi Top Commentator dalam jurnal saya..

    https://www.shikinrazali.com/2019/11/top-commentator-bulan-november-2019.html

    ReplyDelete
  4. x dpt nk byg kn mcm mn diorg lalui tragedi ni... pasti trauma smpi ke mati. alfatihah utk mangsa2

    ReplyDelete
  5. Allah.. sebak hati membaca perkongsian cerita mereka.. Trauma yang akan kekal selamanya.. Memang tempat yang bagus dilawati.. Memberikan rasa buat hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara tempat wajib dilawati kalau ke Banda Aceh. Sambil menimba ilmu boleh dapat menyelami perasaan orang lain yang lagi banyak menderita berbanding kita

      Delete
  6. tragedi besar yang menyayat hati. Masuk muzium ni automatik akan rasa sebak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Fiza. Memang rasa sedih, lagi-lagi bila tengok tayangan video pasal tsunami 2004.

      Delete
  7. Al fatihah buat semua mangsa tsunami. Bila mendengar cerita daripada mereka yang terselamat agaknya macamana lah trauma yang mereka hadapi melihat ramai yang mati depan mata tanpa dapat menolong. Masa tu hanya nak selamatkan diri sendiri sahaja. Kita rasa kita susah tapi melihat penderitaan mereka yang lagi susah nak meneruskan kehidupan dengan tragedi yang menimpa. Semuga Allah lindungi mereka yang terselamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Kita rasa kita dah susah, tapi diorang lagi susah dari kita. Trauma mereka tu seumur hidup tapi wajah nampak tenang dan damai. Memang insan terpilih yang diuji Allah

      Delete
  8. Mama suka hi tempat2 Macam Ni Tau sal

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka. Bot atas rumah tu bagi saya paling menarik

      Delete
  9. Acheh... Banyak tragedy kat sana yg dot dijadikan pengajaran

    ReplyDelete
  10. semoga rakyat di sana buat pengajaran atas apa yg Allah turunkan.. sedih juga kalau dgr live

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah