Sonata Salju di Jeju - Part 12 - Jeju World Cup Stadium

Monday 18 November 2019

Assalamualaikum dan hai semua! Seperti yang aku janjikan dalam entry sebelumnya, aku nak share aku ke mana selepas Jeonbang Waterfall kan. So, masih menaiki bas yang sama iaitu Airport Limosine 600, kami berhenti di stesen Worldcup Stadium.

Siapa dah lama follow blog aku memang taulah aku ni peminat bola sepak. So bila nampak je stadium ni dalam route aku pun request nak singgah. Serba salah sebenarnya sebab The Makciks obviously tak minat. Terpaksa kami tinggalkan diorang duduk di bus stop sahaja sambil berjanji akan pergi dan balik sepantas larian Sadio Mane. Nasib baik stesen bas berbumbung dan ada tempat duduk yang selesa. Kejap ye makcik-makcik yang ku sayang, rasa ralat sangat kalau tak masuk dan ambil gambar di venue bersejarah ni.

 Ada information centre tapi sendu


Stadium ini dibina khusus untuk Piala Dunia FIFA 2002. Aku sebut WC02 jelah ye, malas nak taip. WC02 adalah antara siri Piala Dunia FIFA yang aku suka sebab ikut timing Asia. Tak perlu berjaga tengah malam seperti WC yang sebelumnya. Dahla time ni aku sekolah lagi so memang seronok lah aku tak kena marah dengan Mak sebab tak cukup tido. Haha. Ia juga unik sebab ia merupakan kali pertama negara Asia menjadi tuan rumah di mana Korea dan Jepun menjadi hos bersama.


Walaupun WC02 dah lama berlalu, aku pun dah tua, tapi Jeju World Cup Stadium masih digunakan sampai hari ini sebagai homeground kelab tempatan Jeju United. Selain tu ada Jeju Waterworld, Underground Cinema dan Paper Doll Museum kat sini.




Senarai negara-negara yang bertanding WC02. Masa ni aku sokong England aka negara kelahiran crush. Hahaha. Sampai hati crush pindah keluar dari Liverpool. Yer such a biff, Owen lads!


Apa! Kunci tak bagi masuk. Tak boleh jadi. Sebagai hooligan sejati aku nak jugak masuk dalam stadium. Panjat pagar lah nampaknya. Shhhh..diam-diam.


Stadium Jeju ni unik sebab dibina 14 meter ke bawah untuk meminimakan kesan rintangan angin. Kebiasaan kalau datang stadium, kita naik tangga untuk cari seat tapi Stadium Jeju ni kena turun.



Cak! Sape kata aku panjat pagar stadium tadi. Tak baik tau. Aku pernah seludup makanan je, tak pernah panjat-panjat pagar ni. Kena tangkap tak memasal. Kalau Anfield logik jugak aku nak ceroboh. Hehe, Demi gambar aku selit handphone celah pagar. Takut terlepas so ikat tali monopod kat tangan.



 Acah-acah beli tiket hakikatnya kaunter tutup. 


Kedai souvenir Jeju United FC. Warna oren, sesuai kerana buah oren yang merupakan antara trademark Jeju. Tapi sendu je tak ada Oppa jaga.

 Cover gigi rongak dengan watermark. Yang penting nampak stadium kat belakang


Bye Jeju WC Stadium. Nak gi jemput makcik-makcik ku di bas stop. Keji betul perempuan ni. Maaf ye makciks. Salbiah ni nampak stadium je dia lain macam.

OKlah, let's move on ke destinasi seterusnya. Ke mana tu? Cam biasa tunggu next entry ye..

22 comments

  1. 2002 itew baru darjah 6 mahahaha.. time tu tatau pape la World Cup ke apa ke.
    masa tengok stadium ni ada kat laluan da tau da akak mesti nak singgah
    tapi sayangkan senduuu.. warna tu da ceria da warna oren..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..Siti dah boleh baca fikiran akak ye. Nasib baik kita singgah kan.

      Delete
  2. Jeju macam best je..

    oh ya ..pada tahun 2002 meerupakan tahun saya menamatkan zaman bujnag dan tahun 2020 juga akan menamatkan zaman solo..

    zaman sola dan zaman bujang macam berbeza la pulak

    ReplyDelete
  3. tahun 2002 bru nk amek spm.. kikiki..
    xtau lg psl bola..

    tgk cite mygirl baru knl jeju island.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaya la kita. Tapi saya memang tengok bola dari kecik so dah biasa layan.

      Sama! kenal jeju island dari drama mygirl!

      Delete
  4. ingatkan betul betul panjat pagar tadi. Syoklah kalau dibuka dan pengunjung boleh masuk. tapi tu lah kan. stadium bukan boleh masuk kalau xde game

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasaan stadium ada stadium tour tapi tulah tak nampak seketul pekerja pun nak ditanya

      Delete
  5. Hehhee.... nampak stadium je pun, sawan pun sampai. Hokey I kasi chance!

    ReplyDelete
  6. cantik warna oren...patung tu mesti ada..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. patung tu trademark Jeju. Ada di mana-mana

      Delete
  7. Ok, gimik panjat pagar tu menjadi! 2002...akak dah kira dah ‘dewasa’ dah masa tu. Tapi ilmu tentang bola hanyalah shape dia 😅 nak tahu tentang cup cup ni lagilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Boleh. Apa2 nak tanya silakan. Kalau saya tau saya jawab.

      Delete
  8. Wahh sronok kan dapat jalan2 negara org..teringin nak pi huhu

    ReplyDelete
  9. Sonata come to my dream please😆😆

    ReplyDelete
  10. peminat tegar tu nampaknya, jumpa stadium sampai tinggal makcik2 hehehe, tapi dah alang2 sampai mestilah singgah kan

    ReplyDelete
  11. Cantik gambar kat kaunter dgn gambar background stadium Tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab model dia cantik. Eh perasannya. Hehe

      Delete
  12. harus lah jejak dh kaki bola. stadium bersih betul. walaupun MCO masih guna tak lah sunyi sepi stadium

    ReplyDelete
    Replies
    1. MCO x taulah apa jadi kat stadium ni. Jadi ladang oren kot

      Delete
    2. Hahahaha.. harap tak jd semak mcm stadium2 kt mesia ni lah

      Delete
    3. Nak buat cmane. Dah takde budget nak bayar gaji pekerja maintenance stadium.

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah