Thursday, 30 July 2015

You'll Never Raya Alone - Part 2

Bersambung dari SINI


Semangat berkobar-kobar sampai tak perasan yang aku pakai headband terbalik. Kah kah kah. Terbalik pun baca 'Liverpool' jugak kan..tak jadi Real Madrid.


Aku tengok dengan diorang ni lah. Kenal tak yang sebelah aku tu? Pemilik blog Anies and You. Dia ni memang peminat tegar Liverpool. Kalau ada kuiz pasal Liverpool FC confirm dia dapat A. Kalau aku, C- je kot. Thanks Anies, ajak aku together-gether. Mmuah ciked! Kalau takde dia, tengok sesorang lah aku. Last minute kawan yang nak datang ngan aku tetibe kena lelah. Takde rezeki dia nak merasa pengalaman tengok bola kat stadium. Takpelah ye ND, next time!


Masuk je pemain-pemain Liverpool, semua nak histeria, termasuk aku. Hehehehe . Lagi-lagi bila berkumandang lagu 'You'll Never Walk Alone'. Rasa kat Anfield je bila nyanyi ramai-ramai macam tu. Meremang bulu roma wei!


Warm up dulu. Ramai dok jerit nama Jordan Henderson, atau lebih mesra dipanggil 'Hendo'. Selepas ketiadaan Gerrard, dia yang ambil alih jawatan kapten, merangkap pemain Liverpool paling hensem. Erk.. Tapi aku suka tengok Adam Lallana yang comel tu. Cikgu Siti tahu kenapa aku suka dia. Hahaha. Diam-diam sudah...

 Line-up Malaysia XI dan Liverpool FC. Pemain favourite korang ada tak?

Sepak mula yang dijadualkan tepat 8.45 pm lambat 2 minit. Tunggu azan Isyak habis kot. Huhuhu.


Malaysia XI mendahului pada minit ke-12 dengan jaringan dari penyerang import, Patrick Ronaldinho. Power mamat ni, dahlah lari laju. Masa Malaysia leading 1-0 tu, semua peminat Liverpool dah resah. Yelah, kalau kalah ni, kat mana nak letak muka! Nasib baik Liverpool menyamakan kedudukan pada minit ke-28 hasil rembatan Jordan Ibe. Keputusan seri 1-1 sampai tamat separuh masa pertama. Separuh masa kedua walaupun Liverpool mendapat banyak peluang, tapi semua shoots dipatahkan pertahanan Malaysia XI. Full time result 1-1.  Aku mengharapkan lebih banyak gol, lagi best hasil jaringan pemain tempatan, tapi sayang hanya dua biji sahaja yang terhasil.


Wish you were here, captain! Kredit gambar: Kelab Peminat Liverpool Malaysia

Just my point of view, Malaysia XI banyak main 'parking bas' (orang biasa tengok bola faham lah kot). Sekali sampai 10 orang depan gol, memang susah nak bolos. Liverpool pulak, teragak-agak nak menyerang. Even peluang one-on-one dengan penjaga gol Malaysia XI pun disia-siakan. Pegang bola lama-lama, memang senang la pemain Malaysia nak rampas. Kalau Coutinho ada, mesti dia dah shoot gol jarak jauh dia yang sumpah awesome tu! Syabas pasukan Malaysia XI, sebab bagi tekanan pada pasukan Liverpool. Chemistry korang memang hebat walaupun training 3 hari je! Takpe, bagi Liverpool 'sentap' sikit! Biar diorang usaha lebih untuk next season.


Sebelum balik, buat lap dulu keliling padang. Tengoklah puas-puas. Entah bila ketika dapat jumpa diorang ni depan mata lagi.

All the best guys, for next season! Jangan hampakan kitorang lagi ye.


Walaupun stadium tak pack macam Tour 2011 dulu, namun kemeriahan masih terasa. Kelebihan match macam ni , kita boleh jadi lalang. Liverpool kita support, Malaysia kita sayang.


Balik lah wei, sementara konsert BigBang tak habis lagi. Siap sedia nak kena bahan sebab mampu seri je...

Ah..TAPI kalau korang nak membahan Liverpool, harap korang tahu yang ini hanyalah skuad pre-season. Ramai pemain baru macam Adam Bogdan, James Milner dan Nathanial Clyne. Masih mencari keserasian dengan teammates lain. Dan jangan lupa yang penyokong Liverpool ni hati cekal dan telinga tebal. Kena bahan ni perkara biasa bagi kitorang.

Till then, YNWA! Next year will be our year! Thanks Liverpool FC for choosing Kuala Lumpur as your tour destination.

OKlah, thanks for reading, guys! Marilah kita berhuhuhu sampai Liverpool menang EPL.

p/s: Bilalah Atletico Madrid or Real Madrid nak buat tour kat sini....


Saturday, 25 July 2015

You'll Never Raya Alone

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah, berakhir sudah Liverpool Asia Tour 2015. Bangkok-Brisbane-Adelaide-Kuala Lumpur. Game paling menarik bagi aku adalah di Brisbane, menentang Brisbane Roar FC. Memang nyaris nak seri 1-1, kalau tak kerana gol kedua yang nampak macam offside tu. Hehehe. Menang jugak 2-1.

Lupakan Brisbane, kita cerita pasal Kuala Lumpur OK! Akhirnya, dapat jugak aku tengok kelab Premier League favourite aku beraksi depan mata di Stadium Nasional Bukit Jalil! Walaupun tanpa kehadiran Steven Gerrard, Coutinho, Emre Can dan Sturridge, skuad yang dibawa kali ni dah cukup nak bagi kitorang feel ala-ala di Anfield. Nak ke Liverpool tu entah bila lah baru mampu.


Asalnya risau jugak sebab ramai yang ajak boikot game ni..katanya game sarkis. Menang kalah tak perbaiki ranking. Lepas tu ramai pemain ternama Malaysia tak dibenarkan turun beraksi, takut cedera dan tak fit untuk perlawanan liga nanti. Pening Pablo Dollah nak cari pengganti. Orang tak nak main takkan nak paksa. Hasilnya - amik kau, sampai 5 orang import masuk dalam skuad Malaysia XI ni! Sorang pun aku tak kenal, honestly.

Demi game ni, aku sanggup tak ikut family aku gi berjalan raya tau. Nasib baiklah parents aku memahami. Diorang yang backup aku depan kakak dan abang aku, yang aku dah plan ni dari bulan 5 lagi. Awal-awal aku dah booking tarikh 24 Julai 2015 untuk tengok Liverpool. Biarlah, kakak dan abang aku spend time dengan Mak Abah aku plak. Bagi peluang cucu-cucu bermanja. Aku ni parents aku dah cemuih tengok hari-hari.

Pastu, nak lagi tragik, game ni serentak dengan konsert BigBang kat Stadium Putra Bukit Jalil. Aku bukanlah peminat BigBang, tapi risau jugak takut tren penuh. Risau sampai tahap pukul 4 petang dah tercongok kat stesen LRT Ampang.

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Stadium Nasional Bukit Jalil before pukul 5 petang. Macam biasalah, kalau ada perlawanan bola memang meriah lah kat Dataran LRT ni dengan orang berniaga.


Since awal lagi, kitorang solat Asar dulu kat Surau Al-Hidayah kat luar stadium ni. Korang kalau datang ke SNBJ ni janganlah risau bab solat, terutama perempuan sebab surau kat luar ni bersih dan selesa. Telekung pun ada. Tapi better bawak telekung sendiri, takut orang ramai.

Jangan terpedaya dengan gambar yang lengang ni. Aku tangkap gambar ni sehari sebelum actual game. Saja pergi tengok training. Gigih kan, training pun pergi!

Sempat usha area konsert BigBang. Tak beli apa pun. Saja buat sibuk. Tengok bebudak KPop. Lelaki pun ada! Haha, mesti diorang terfikir benda sama tengok kitorang kaum perempuan yang siap bermafla dan headband Liverpool ni.

Perabih masa jalan-jalan tengok gelagat orang dan tangkap gambar. Banyak gambar kat kamera diorang lah, kat aku sikit je


Kau nak tampar sape tu Sal? Hahaha..lima tu maksudnya juara Eropah lima kali. Kau hado???

Ha...ni legend .Credit : Kelab Peminat Liverpool Malaysia

 Credit gambar : Harian Metro

Dalam pukul 6 , kawan-kawan aku masuk stadium dulu, sebab aku nak jual satu tiket lebih kat kawan aku. Sambil tunggu dia, aku pun gilah usah-usha kejap kat dataran tu.  Tetibe terbeli beberapa barang. Hahaha.

Settle, aku pun masuk ke stadium. Aku baru tahu 'selfie stick'/ monopod tak dibenarkan bawak masuk. Aku ingat kat luar negara je. Tapi aku berjaya gak seludup flare, eh air mineral. Oh ye, antara barang 'innocent' yang tak dibenarkan masuk stadium adalah payung dan tongkat. Sebelum masuk tu ada 'bodycheck', tapi kalau perempuan, yang check tu perempuan jugak, dan ada pintu khas.

View dari seat kitorang. Nice! Orang belum ramai lagi waktu ni



Sementara tunggu game start, solat Maghrib dulu.


Surau dalam stadium Bukit Jalil. Again, jangan tertipu sebab ini gambar time training. Tengoklah, sejadah pun sikit. Better korang bawak sejadah sendiri, takpun alas je dengan tudung, mafla or bendera. Nak lagi zuhud, solat gitu je. Moga lebih insaf saat dahi terkena lantai marmar sejuk tu. Hehehe.

Since game start pukul 8.45 pm, pukul 8 baru stadium start meriah. Nanti aku sambung lagi, banyak gambar nak tepek ni. Till then, You'll Never Walk Alone!!!

#thisisfootballnotcircus!



Tuesday, 21 July 2015

Sakit minggu depan boleh tak?

Isnin, 4 Syawal, tatkala ramai yang masih seronok beraya sana-sini, aku jugak yang dah balik bekerja. Opis aku serius sunyi, hanya ada aku, 2 orang kerani dan seorang executive India. Since satu family aku nak start puasa enam, aku pun amik kesempatan ganti puasa. Kerja macam biasa, cuma agak penat menyelak timbunan suratkhabar selepas cuti panjang. Sambil-sambil berlari ke kaunter kalau telefon berbunyi. Petang tu pulak, pergi hospital, melawat my BFF yang diserang lelah. Kesian dia, raya kat dalam wad.

Bukan tu sebenarnya yang aku nak cerita, tapi apa yang berlaku pada malamnya. Takde angin, takde ribut, tetiba gusi aku berdenyut-denyut. Punyalah tak tahan, kena telan Panadol baru boleh tidur. Tu pun tengah malam dah terjaga balik. Tidur aku betul-betul lena lepas Subuh je.

Dah tak tahan sangat, pagi Selasa tu, aku tabahkan hati pergi ke antara tempat yang aku paling takut - Klinik Gigi! Ingat nak gi klinik private, tapi Mak aku suggest pergi je Klinik Pergigian Cahaya Suria.

Waktu operasi Klinik Pergigian Cahaya Suria

Orang takdelah ramai sangat, dalam 15 minit nombor aku dah dipanggil. Aku pun pergilah duduk atas kerusi tu dengan hati yang berdebar-debar.

In the end, doktor tu suruh aku balik. Dia tak nak cabut sebab gusi tengah bengkak. Puas aku reason dengan dia, yang aku tak tahan sangat tapi dia tetap kata tak boleh. Salah aku jugak, kalau kerap gi dentist mesti akan perasan yang gigi geraham bongsu aku tumbuh melintang, sampai kacau gigi sebelah. So, kawan-kawan janganlah tunggu dah sakit bebenor baru nak gi klinik gigi ye. Dia just bagi antibiotik dan pil tahan sakit dengan pesanan, dah tak sakit baru datang balik, cabut gigi yang rosak tu.

Yang tak bestnya, Klinik Cahaya Suria ni hanya akan bagi M.C kalau kau cabut gigi. Kalau takat scaling or check macam aku, jangan haraplah.

Tapi aku tak gi kerja pun. Aku apply E.L je. Balik rumah, makan bubur dan tidur. Lapar giler ni tak dapat makan nasi. Sob sob.

Esok, harap aku sihat dan boleh gi kerja macam biasa. Tolonglah, Ya Allah, bagi aku bertahan sampai Jumaat ni je. Sabtu onwards nak sakit cmane pun aku tak kisah dah.

Bukan aku risau tak dapat gi kerja.

Tak dapat makan lemang rendang or kuih raya pun aku tak kisah.

Terlepas open house pun aku tak heran

Tapi Jumaat nanti aku nak gi tengok Liverpool! Huwaaaaa!


Doakan aku dapat bertahan. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Lagi pulak dengan isu boikot yang dok hangat sekarang ni. Sampai hati korang gelar ni perlawanan sarkis ye! Mungkin lepas ni takde kelab luar negara nak datang Malaysia dah.

 Selamanya Harimau Malaya!!!!! Manang kalah tetap di hati.

Friday, 17 July 2015

Of duit raya, baju kurung dan tips murah rezeki

Assalamualaikum semua. Salam Aidilfitri! Maaf Zahir Batin!


Hari Raya pertama...biasalah, kalau raya kat KL, memang ada banyak free time. Jangan kata update blog, main Criminal Case pun sempat. Lagi-lagi time hero-hero rumah ni gi sembahyang Jumaat, kita yang perempuan ni lepak-lepak hilangkan penat bersilat kat dapur semalam.

Semua dok upload gambar raya kat Insta, Twitter dan FB, aku pun nak tumpang sekaki. Nak selfie malu, I bukan cantik sangat. Gambar ni je yang mampu. Hahaha



Raya kali ni, aku still prefer pakai baju kurung, because jubah is too mainstream. Hahaha. Kau bajet hipster ke Sal! Sape pakai baju kurung gak, kita gang!

Tips murah rezeki dari Mak aku. Kalau mampu, bagi duit raya pada atuk/nenek/sedara mara yang dah tua dan uzur. Kecik-kecik dulu, diorang bagi kita duit raya, sekarang turn kita pulak. Insha Allah, berkat kalau buat orang tua happy, moga-moga diorang doakan kita.

Sekian short update Syawal pertama.

Thursday, 16 July 2015

Aku dan Kad Raya

Sebut kad raya, tak sah kalau tak mengenang kisah lalu. Zaman sekolah rendah dulu, seawal minggu pertama puasa dah bertukar-tukar kad raya. Dulu kad raya murah je, dalam 30 sen, kalau besar sikit, 40 sen. Memang seronok menulis kad raya, setiap kad tu personalise ikut penerima. Tradisi ni kitorang teruskan sampai di sekolah menengah. Tapi upgrade sikit, crush pun dapat. Hahaha, bulan puasa sempat gatal lagi ek! Zaman belajar pun still teruskan, sampai tamat pengajian. Aku simpan sampai sekarang kad-kad yang aku dapat, sayang sangat nak buang! Terutama dari ehem-ehem yang anak dah dua tu. Hahaha.


Kemajuan teknologi membuatkan amalan bertukar-tukar kad raya ni semakin dilupakan. Tahun 2008 ke atas, kad raya dah mula dianggap sebagai sesuatu yang asing. Adalah jugak dapat, tapi jarang sangat. Setahun adalah satu, dua. So, bila aku mula aktif blogging, aku agak tergezut sebab ada rakan blogger yang masih meneruskan aktiviti bagi-bagi kad raya ni.

Tahun ni tak sangka dapat kad raya lagi dari rakan-rakan blogger. Sayangnya kad kiriman kak Kathy R'bain tak sampai pada aku walaupun dia kata dah kirim dari awal Ramadhan. Takpelah kak Kathy, takde rezeki saya dapat kad dari akak tahun ni. Apa-apa pun, nak ucap terima kasih bebanyak sebab sudi ingat kat saya. Jemput singgah blog sis Kathy kalau belum berkenalan. Dia ni peramah orangnya dan merupakan seorang  designer, so kalau u olls nak design blog ke, header ke, bolehlah contact dia. Blogger yang bergelar ibu, boleh jugak join komuniti Mama Blogger kak Kathy. Boleh berkenalan dengan mama-mama lain dan tambah traffic blog. Mama aje, Papa buat group lain ye..

Kad raya pertama aku dapat dari Syida@Qasih Abadi. Sebab dia qasihkan kan aku, dapatlah aku sebuah (or is it sekeping?) kad raya yang diperbuat dari felt. Tak mainlah pakai kertas! Iyelah, orang pandai menjahit. Syida ni merupakan penjual Shaklee, so blog dia selalu share info pasal kesihatan jugak. Tapi korang jangan teragak-agak nak berkawan dengan Syida ni sebab dia bukan jenis suka paksa korang beli produk dia. No, no..Syida sangat fun orangnya dan kelakor, bak kata orang Johor. Tapi, kalau sesekali dia membebel pasal isu semasa, Diva AA pun boleh sentap. Hahaha. Muah ciked!!!


Thanks a lot darling, bagi kad dan bagi brooch tu. Kak Sal ni memang suka giler pakai kasut heels comel macam tu! Raya ni bolehla melaram brooch baru. Hehehe

Kad raya kedua, aku dapat dari akak yang sangat kreatif, pandai kraf, pandai masak dan terer main gitar. Mesti korang kenal dah ngan kak Farrah MF. Kad ni dia buat sendiri tau. Hari tu baca dia share pasal nak buat kad tu, tak sangka aku pun dapat. Alahai, terharu kiterrrr. Korang kalau tak baca blog FAMF Tower ni rugi lah, tak merasa jadi princess. Hehehe. Thanks kak Farrah! Kalau korang nak belajar buat kad macam kak Farrah, bolehlah jenguk link INI. Aku nak satu tau. Hahaha.

Rajin kak Farrah menganyam ye.. Aku pandai merenyam je. Hahaha

Tulisan pun comel, mesti orangnya comel

Kad raya ketiga, aku dapat dari blogger travel femes, Scdha Sein a.k.a Mbak Jambu. Kalau baca blog dia memang boleh sakit perut gelak. Tapi, kadang-kadang suka tau buat entry syahdu, bisa gugur air mata. Hilang kemachoan aku. Merata dah dia ni berjalan, memang seronok korek entry travel dia. Antara  top commentator blog ni yang selalu memeriahkan suasana. Thanks a lot SS!


Kad raya keempat ni macam tak aci jugaklah sebab aku mintak, bukan dia yang offer nak bagi. Hihihi, tak malu budak ni doh. Untung tau, raya dapat handphone, walaupun Kak Eton lagi untung dapat kad kredit. Kad raya ni kiriman seorang Mama kepada dua orang permata hati yang comel-comel belaka. Memang seronok baca keletah anak-anak dan kisah hidup kak Yana Yani. Thanks kak YY!


Sekarang ni susah betul nak jumpa kad raya kat kedai kan. Apa-apa pun, nak ucap thanks kat semua rakan blogger yang sudi memeriahkan blog aku ni walaupun entry aku selalu entah apa-apa. Selamat menghayati Ramadhan sepenuhnya sampai ke hujung. Jangan kalut sangat nak raya na...Padahal tuan tanah blog ni yang kalut.

Itu sajalah ye, lama aku ambil masa taip cerita ni. Sampai seminggu kau! Hahaha. Sebenarnya, kamera handphone aku makin tenat. Nak ambil gambar kena pakai kamera digital kat rumah. Pastu nak transfer lagi. Tu yang lambat. Pastu tengah citer pasal satu kad raya, dapat lagi. Alang-alang, kumpulkan semua. Puas hati bagi korang penat membaca.

**Update khas - Malam Raya**


Ce teka sape bagi?


Sape lagi kalau bukan sis Jari Manis yang manis. Risau betul dia kad raya dia tak sampai. Hehehe, sampai dah kak JM. Thanks bebanyak tau! Rasanya majoriti kat sini kenal Jari Manis ni kan, antara blogger travel yang femes gak di alam maya ni. Sesiapa tak berkenalan, rugi lah. Sebab kak JM ni sporting orangnya, peramah dan kaki komen.

Ada umur, jumpa lagi, Insha Allah. Salam Aidilfitri semua! Selamat menyibukkan diri ye..

Wednesday, 15 July 2015

Perutusan Aidilfitri 2015

Assalamualaikum dan apa khabar semua..Ramai ke yang dah start cuti? Aku masih bekerja, banyak pulak kerja bos aku dah tinggalkan sebelum dia cabut gi cuti. Baru ingat nak bersukaria dengar lagu raya sambil tengok video tutorial tudung. Cis!

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang, aku nak ucap Selamat Hari Raya buat semua pembaca blog aku. Tak kisahlah follow ke tak follow ke, rajin komen ataupun baca senyap-senyap, aku appreciate korang semua sebab sudi spend time kat sini

Di hari baik bulan baik ni, aku nak mintak maaf segala salah silap aku samada nampak atau tersorok. Kosong- kosong ye..Manala tau ada tulisan atau komen aku yang menyakitkan hati atau buat korang terasa. Kalau ada yang aku terlepas pandang tak follow balik atau tak balas kunjungan pun aku mintak maaf. Kadang-kadang aku tak perasan. Thanks jugak buat geng blogger yang sudi hantar kad raya. Tahun depan hantarlah lagi. Hehehe. Aku dah balas kiriman u olls semua, tapi tak tahulah dah sampai belum. Hopefully selamat tiba kat tangan korang dan tak ghaib tanpa khabar berita. #pray4kadraya. By the way, kad dari kak Jari Manis dah sampai, tapi belum sempat buat entry.

Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan diterima oleh Allah dan Dia mengampunkan dosa-dosa kita. Teruskan istiqamah 'berkelakuan baik' walaupun lepas habis bulan puasa ni. Jangan time puasa je kita tak mencarut dan marah-marah, kalau boleh tanam terus sifat tu dalam diri. Semoga kebiasaan kita melakukan amalan-amalan sunat dan mengimarahkan masjid akan terus diamalkan lepas ni. Sama-sama la kita saling mengingatkan. Aku pun selalu gak lupa. Lepas habis Ramadhan, ringan je kaki tangan nak buat maksiat (~.~)

Buat yang balik kampung, hati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai dan dipermudahkan urusan perjalanan. Banyakkan berdoa supaya dalam peliharaan Allah. Biarlah jam, biarlah penat dan banyak keluar modal, berbaloi semua tu bila nampak senyuman Mak Ayah menyambut kepulangan kalian nanti.

Untuk yang baru kehilangan keluarga tersayang, bekerja atau beraya di perantauan, jangan sedih-sedih ye..Semoga korang terus tabah..

Buat para tentera,polis, doktor, jururawat, bomba, paramedik dan ramai lagi yang terpaksa bertugas di hari lebaran, korang sebenarnya adalah hero sejati! Semoga pengorbanan kalian mendapat balasan pahala dari Allah. Massive respect for all of you!

Akhir sekali, dalam kita bergembira, janganlah dilupakan golongan yang tak dapat berhari raya dengan meriah kerana kesempitan hidup. Hulurkan tangan ringankan beban..ewah. Terus kirimkan doa buat saudara seagama kita di bumi berdarah Palestin, Syria, Mesir, Myanmar, Pattani dan ramai lagi. Semoga suatu hari nanti kemenangan tu akan menjadi milik Islam. Inshaallah.

Raya jangan gaduh-gaduh tau! Kan kita satu Malaysia. Oh ye, take care, tahulah negara kita yang 'Aman' lah sangat ni..

Selamat Hari Raya semua.. ('',) Taqabballahu minna wa minkum. Semoga Allah terima amalanku dan amalanmu.

belanja gambar raya lama sekeping..watermark pun watermark lama. Hahhaha

Monday, 13 July 2015

Kenapa aku tak buat Almond London


"Kak. tahun ni kita buat kuih raya?."

"Boleh je. Tunggu cuti weekend. Nak buat kuih apa? "

"Cam biasa. Favourite Abah - kuih makmur dan biskut telur rebus."

"Almond London, jom?".

"Hah? Tetibe jer!!!"

Dah berapa kali raya aku tak buat kuih. Kalau ada pun, time raya haji. Bagi aku, kos buat kuih raya ni bandingkan dengan beli, jauh lagi jimat kalau beli. Mana dengan penatnya, kos bahan, elektrik, masa. Buat kuih raya bagi aku, sekadar untuk kepuasan sendiri dan mengeratkan hubungan adik-beradik. Ewah! Memang seronok bila anak-anak sedara puji, Mak Ayah puji, adik-beradik puji , katanya sedap, walaupun kuih kita tu senget-benget. Biasalah kalau hujung-hujung adunan tu, nak menggentel pun malas. Nak cepat siap je.

Dulu-dulu aku buat kuih raya dengan akak aku, tapi sejak dia ada anak-anak kecik ni, servis bertukar tangan pada adik bongsu aku. Kebetulan dia tengah cuti panjang, so dia yang mengajak. Terkejut badak dia aku cadangkan buat Almond London. Sebab dah dekat 6 tahun aku tak buat kuih yang orang London pun tak tau buat tu.

Projek Ahad lepas. Sedaplah jugak (hahaha..angkat bakul!)

Ada apa dengan Almond London sampai aku boikot begitu sekali? (Boikot buat je, makan tak tolak.)

** Flashback**

Lebih kurang 6 tahun dulu aku ada sorang kawan baik lelaki (aku panggil dia Encik A) Kawan je tau, dia dah ada girlfriend! Ada satu raya ni aku bagi Almond London satu tupperware kecik kat dia. Tak sangka Encik A suka dan puji sedap. Bunga-bunga hati aku. 

Hubungan kitorang jadi renggang masa dia bertunang senyap-senyap. Entahlah, mungkin orang lelaki pandang mudah benda-benda camni, tapi at least cakap jelah. Bukan aku mintak jemput datang majlis pun. Aku memang bengang dan merajuk dengan Encik A. Masa tu la aku realise yang aku sebenarnya suka dekat dia. Takut kantoi yang aku ni frust, aku takdelah merajuk lama-lama. Just that aku jarakkan hubungan aku dengan dia. Dia ajak jumpa aku mengelak, dia mesej aku tak reply. Lama-lama Encik A pun malas nak layan aku.

Bulan puasa tahun tu tetiba dia mesej dan tanya aku buat Almond London lagi tak.. Wow, tak sangka dia still ingat kuih aku bagi dia! Aku cakap ngan dia yang aku sibuk, tahun ni tak buat kuih. Dia mintak resepi, aku suruh dia google. Kah kah..gila kejam! Dalam hati aku, suruh jelah tunang kau buat!

Berapa bulan lepas raya, dia contact aku, mintak alamat nak pos kad kahwin. Tahu rumah aku kat mana pun nak mintak alamat. Pffft! Aku tanya dia majlis berapa haribulan, pastu aku reka cerita yang aku kena outstation. Idok le aku nak pergi! Kang ada yang nangis depan pelamin!

Dia pun tak contact aku dah pastu. Yelah, dari dok pening fikir pasal aku, baik dia layan bini dia. Tul tak? Ada sikit rasa bersalah di hati aku sebab memutuskan persahabatan, tapi bagi aku tu cara terbaik untuk aku ubat hati aku.

Sejak tu, aku rasa macam berat hati je nak buat Almond London sebab teringat permintaan dia.. Tak sanggup nak buat sebab teringat kawan yang aku sendiri 'buang' demi perasaan sendiri.

Flash forward ke 5 tahun kemudian, Ramadhan 2015 tetibe aku rasa nak buat Almond London. Tak tahu kenapa. Nak kata aku baru move on, aku move on lama dah. Mungkin sebab raya kali ni ada tetamu dari England. Hehehe!

Untuk Encik A, nanti datanglah rumah bawak anak isteri makan Almond London! Yang dah lepas tu biarlah ye, kita still boleh berkawan. Kalau aku kahwin, jangan tak datang plak.

Oklah, jom kita step off memory lane. Thanks for reading, guys!

**Entry edited**

Saturday, 11 July 2015

The girl who thinks too much


Dalam ramai-ramai spesis manusia, aku jeles dengan orang-orang yang berani. Berani buat keputusan. Berani cuba benda baru. Sebab aku bukan seorang yang berani. Aku banyak fikir. Undecided. Nak buat apa-apa pun, fikir dulu. Memanglah bagus, tapi kadang-kadang ia buatkan pergerakan aku terbatas.

Aku nak cuti raya berapa hari pun dok fikir lama-lama. Dok kira baki cuti, dok belek kalendar. Macamana kalau tu.. macamana kalau ni.. Tanya Mak, tanya Abang, tanya plan semua orang.

Adik lelaki aku yang kerja kat Ipoh tu, walaupun tak tahu dapat cuti raya ke tidak, selamba je beli tiket balik sini. Itu tawakal level 9000 tu dik oi!

Orang kata, aku ni spesis 'banyak sangat fikir pasal orang'. Mungkin. Teringin sangat jadi selfish. Tapi pastu rasa bersalah.

Probably sebab aku selalu silap buat keputusan. So, setiap kali pun aku fikir panjang supaya tak menyesal.

Kalau banyak sangat fikir, banyak benda akan terlepas dalam hidup ni, kan? 

 
credit

Tak sangka aku yang selalunya banyak fikir ni, buat kerja gila - beli tiket pergi dan plan itinerary cuti, tapi tiket balik tak beli lagi. Tunggu promo yang entah bila. Sebab teringin nak bercuti. Sangat-sangat.

Last-last, aku ambil je cuti raya ikut plan asal aku. 

Malas dah nak fikir.

*autopublish*


Friday, 10 July 2015

Otak yang mengawal perut

Aku tak pasti masalah ni aku sorang je ke yang alami, ke korang pun sama. Korang yang aku maksudkan adalah para wanita dan gadis di luar sana.

Dah memang orang perempuan ni Allah beri keistimewaan, 'cuti khas' setiap bulan. Tapi bila bulan puasa, cuti khas tu buat ramai yang tak puas hati. Lagi-lagi kalau cuti khas tu datang di hujung-hujung Ramadhan. Acah-acah lah konon kalau dia tak datang bulan nak bangun malam buat tahajud, padahal tak pun. Aku lah tu.

Isu yang aku nak highlight ni adalah tentang daya tahan lapar yang tetiba ghaib. Serius! Selama berpuasa, perut tu OK je, tapi bila tak boleh puasa, mak aih, urat macam ditarik-tarik. Dipintal-pintal. Seharian berkeroncong. Aku lah tu.

Secara saintifik, bila seorang perempuan sedang period, dia kehilangan banyak air dan zat besi dari badan. Tu sebab dia letih dan kekurangan tenaga. So, orang lelaki janganlah kata perempuan tengah period ni tetibe mengada-ngada tak boleh tahan lapar, itu keperluan biologi dia.

Yang pasti, 'puasa' tu ada berkatnya sendiri. Niat dah mengatakan 'Aku berpuasa kerana Allah Ta'ala'. Kau buat sesuatu kalau demi Allah Ta'ala, memang Dia akan bantu kau. Lagi satu, berkat sahur. Aku kalau tak puasa memang tak lah nak bangun sahur. Kalau ada pun, takat kejutkan Mak or Adik, then lena balik. Tak ada nya nak makan kurma ke, nasi lagilah tak. Untuk mengelakkan lapar, aku akan sarapan dulu before keluar gi kerja, but then sebelum kul 12 dah lapar balik. Wah, apakah! Kalau puasa ,boleh je tahan sampai petang walaupun makan sejemput nasi pada pukul 5 pagi.

Perut ni berkait dengan otak. Kalau otak tahu kau boleh makan, dia akan suruh perut mintak makan. Tak percaya cuba korang pergi ke negara yang susah nak cari makanan halal. Aku sendiri masa kat Australia, tahan je makan sehari dua kali. Cuba kalau kat Malaysia, tiap 4 jam mintak diisi! Mengada kan, sebab dia tahu dia boleh.

Macam kau tengok orang miskin yang dah biasa berlapar. Dalam otak dok fikir, cmanelah diorang survive. Hati tu memang kesian, tapi sampai situ jelah. Bila kau sendiri berpuasa, baru faham kesusahan orang lain. Baru tau, selama ni dok mewah dengan makanan. Bila dah lapar, baru otak boleh fikir, hati boleh merasa. Selama ni kita biarkan hati mengawal perut.

Selamat mengejar malam-malam terakhir Ramadhan.


Friday, 3 July 2015

Final del Copa America!

Assalamualaikum semua.  Tadi bukak blog, ingat nak cerita pasal restoran yang aku gi berbuka hari tu, tapi bila ku cuba transfer gambar dari handphone ke PC macam ada je yang tak kena. Ish, kena beli handphone baru ni. Wah, tetibe!

Emereka sangat tajuk entry aku hari ni kan! Entry ni takde kena-mengena ngan Amerika yang ada Rumah Putih tu, tapi tentang perlawanan akhir Copa America. Apa itu Copa America? Copa America merupakan kejohanan bola sepak 4 tahun sekali, melibatkan negara-negara benua Amerika Selatan seperti Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Uruguay dan lain-lain.  12 negara yang layak bertanding akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Copa America ke 44 kali ini diadakan di Chile, dari 11 Jun hingga 4 Julai 2015. Copa merupakan kejuaraan bola sepak yang lebih tua dari World Cup. Kali pertama diadakan pada tahun 1916, dengan Uruguay merupakan pemegang title terbanyak sebanyak 15 kali, termasuk pada edisi 2011 yang lepas.

Copa America ni biasa aku tengok hujung-hujung je. Kali ni aku sokong Brazil, sebab ada dua orang pemain Liverpool iaitu Coutinho dan pemain baru, Firmino. Kalau Brazil menang, bolehlah berangan sekejap yang Liverpool boleh pergi jauh dengan gandingan Firmino-Coutinho ni. Tapi, nan hado! Kalau korang pernah tengok kehebatan pemain-pemain legenda Brazil macam Ronaldo, Ronaldinho, Cafu, Kaka, Roberto Carlos etc; memang berbulu biji mata tengok team Brazil yang baru-baru ni! Apa-apa pun, aku yakin Firmino-Coutinho akan membawa sinar baru kat Anfield nanti. Tengok jelah, next year will be our year. Hahaha.


Sewaktu entry ini ditulis, hanya satu perlawanan berbaki, iaitu perlawanan akhir antara Argentina vs Chile. Keduanya sama hebat, tapi aku sokong Argentina! Sebab ada banyak pemain favourite aku macam Messi, Kun Aguero, Mascherano dan Angel Di Maria. Masih terasa kecewanya aku bila Di Maria berpindah ke Manchester United season lepas sebab dia memang awesome dekat Real Madrid. Ala, sebab masuk United kan. Kalau masuk Dortmund ke, Arsenal ke, Bengaluru FC ke, JDT ke takde pun kau nak frust, Sal! Bertambah frust bila tengok dia hanya memanaskan bangku simpanan. Ce kalau main untuk Liverpool, kan lagi bagus. Confirm top eleven!

Good luck Angel! Score banyak-banyak ye nanti!

Dia ni takdelah hensem sangat, sebab tu dia segan stay dekat Real Madrid bak kata orang tu. Mungkin jugaklah. Real Madrid daripada dulu memang pemain dia hensem-hensem. Hensem tak hensem belakang kira, kita tengok talent lah. Hensem tapi pass bola ke laut pun tak guna.

Sebenarnya, tak nak sokong Chile sebab luka tahun lepas fresh lagi.. Hahaha. Lagipun, aku still tak puas hati dengan kemenangan diorang ke atas Uruguay yang sangat tidak adil dan kontroversi. Bertahun-tahun aku tengok bola, tak pernah tengok insiden macam tu. Insiden tu kalau aku cerita, takut ada yang batal puasa. Punyalah dahsyat. Hihihi. Sape yang follow Copa kali ni confirm tahu. Kesian Uruguay, tak dapat pertahan kejuaraan.

Oh ye, sebelum korang tuduh aku lalang, kejap Uruguay, kejap Brazil, ni Argentina pulak, harap korang faham yang aku penyokong Spain. Spain tak masuk Copa America walaupun majoriti negara-negara Amerika Selatan bercakap bahasa Sepanyol.

Perlawanan akhir adalah pada 4 Julai nanti, 5 petang waktu Chile, pukul 4 pagi waktu Malaysia. Sahur sambil tengok bola, macam last year. Huhu. Lepas sahur, pagi tu aku nak  balik kampung! Oh oh oh, balik kampung! Hati girang! Raya nanti aku tak dapat nak cuti lama, so aku ganti lah, berpuasa kat sana. Makin aku dewasa, kemeriahan Ramadhan tu nampak lebih besar maknanya dari kemeriahan Syawal. Betul tak? Lagi plak single trang tang tang ni, tak rasa nak raya sangat. Bulan Ramadhan tu nampak lagi banyak keindahannya.


Quote atas ni sangat deep kan?

Dah terbayang-bayang muka Atuk dan sepupu-sepapat kat kampung.Tapi bukan balik raya terus, Isnin depan balik KL. So, jangan rindu aku tau. Hihihi.

Alih-alih pagi semalam bukak suratkhabar..Huwaaaaa...aku keciwa...(bukan terkejut harga minyak naik) bila aku perasan yang suratkhabar tulis perlawanan akhir adalah pada 5 Julai. Eh, kan ke Copa habis 4 Julai?

Rupanya aku terlupa ambil kira perbezaan waktu Chile yang 11 jam lebih lambat dari Malaysia. So, walaupun dia tulis final pukul 5 pm, 4 Julai, dekat Malaysia dah masuk 5 Julai. Means pagi Ahad. Pagi Ahad aku dah kat kampung. Kampung takde Astro. So, tak dapat tengok! Kah kah kah.

Lantaklah, Angel tak Angel! Kalau nak sangat tengok pemain Argentina, turun je Larkin cari Figueroa. Hihihi. Muor, mu tunggu aku datang!

Bulan Ramadhan pun dah masuk quarter final ni. Jemaah masjid dan surau harap tak jadi macam pertandingan bola sepak jugak. Makin hujung, makin kurang bilangan peserta.

Apa-apa pun, selamat berpuasa dan beribadah my dearies. Tulah, jangan suruh aku update blog, kan dah entry panjang berjela. Jumpa lagi, Insha Allah.


Thursday, 2 July 2015

Dugaan 8 Ramadhan

Assalamualaikum semua. Dah lama tak update blog, hari ni nak up cerita panas lagi sensasi. Warning, entry ni panjang tau. Cerita ni terjadi pada 8 Ramadhan lepas. Cam dah agak basi, sebab awalnya aku contemplating nak cerita ke tidak. Tak naklah nampak macam menagih simpati kat korang, tapi aku rasa biarlah dikongsi sebagai pengajaran buat semua. Ewah, acah-acah serius je kan!

Pagi Khamis tu, sama macam pagi-pagi yang lain. Aku bersiap, keluar rumah dan sampai office. Baru nak start buat kerja tetiba dapat mesej dari Adik aku, mengatakan yang dia dan Mak kena SAMUN! Samun ye, kalau balik rumah tetiba dah habis kena geledah tu takpe lagi. 

Aku terus call rumah untuk dapatkan full story. Mula-mula Adik cerita sikit je, sebab time tu ada polis tengah soal-siasat diorang. Moments later, akak aku hantar whatsapp kat group family untuk inform adik-beradik yang di luar KL. Mujurlah akak aku tinggal berhampiran, so pagi tu dia dan abang ipar aku terus ke rumah. Petang tu aku mintak izin balik awal sikit sebab tak sedap hati dok kenangkan Mak. Memanglah, kehadiran aku tak boleh ubah apa-apa pun tapi hati tu still tak tenteram selagi tak nampak Mak depan mata sebab nak tahu keadaan dia.


Kronologi cerita, told by my sis and Mak

-Adik keluar nak ambil kereta kat garaj, nak hantar Mak gi surau

-Dia nampak ada 2 lelaki atas motor, nampak mencurigakan.

-One of them keluarkan parang, Adik aku panik dan jerit panggil Mak.

-Time jadi ni Abah takde kat umah.

-Sebab panik, Adik lari masuk rumah terus gi kat telefon, nak call polis, sampai lupa nak kunci pintu.

-Mak aku keluar, then one of them terus attack Mak. Mak aku bagi je handphone dia, gelang, subang dan duit RM100. Takkan nak melawan, parang dah kat leher!

-Penyangak tu suruh Mak aku masuk rumah, jangan bising dan serahkan barang berharga lain.

-Mujurlah ada jiran nampak, then dia jerit. Mungkin sebab panik, penyangak tu terus blah. Kawan dia dah siap-siap atas motor.

-Diorang call polis, Polis pun datang dan ambil keterangan. Laporan dah dibuat.

Bayangkan, benda ni jadi dalam pukul 8 to 9 pagi, waktu orang gi kerja. Siang-siang buta pun diorang berani buat jahat gitu. Memang kurang ajar! Aku doa polis dapat tangkap penyamun dua orang tu! Ni kali kedua benda ni jadi kat Mak aku. Kali pertama dulu, Myvi yang dirembatnya. Ah, kalau tak kerana mengenang pahala puasa, nak aku carutkan lahabau-lahabau ni! Kesian Mak. Boleh bayangkan tak trauma dia! Orang yang buat jahat ni takde mak bapak ke? Perempuan tua wei, bukan boleh melawan sangat.

Aku dulu pernah kena ragut. Walaupun peragut tu tak dapat apa-apa, aku sendiri trauma berbulan-bulan! Sejak tu aku tak pakai handbag pergi kerja.

Apa-apa pun, syukur ada jiran yang perihatin dan membantu, kalau tak entah apa jadi kat Mak dan adik perempuan aku. Nauzubillah! Mintak jauh. Aku masa dapat berita ni pun gigil sekejap. Diorang yang mengalami entah macamana kan. Syukur, Allah masih sayang. Dia masih lindungi Mak dan Adik walau parang panjang dah sampai ke batang leher. Alhamdulillah, tak terbayang betapa bersyukurnya kami. Jenayah macam ni, bukan kerugian yang jadi persoalan, tapi trauma yang entah bila baru boleh hilang. Mak kata masa benda ni jadi dia dah bayangkan yang dia takkan dapat jumpa kitorang lagi.

Rumah, tempat yang kau selalu anggap tempat paling selamat dalam dunia. Pun tak selamat sebenarnya. Apa-apa boleh jadi. Moga Allah lindungi kita. Berhati-hatilah guys! Hargailah ahli keluarga anda. Pesan pada mereka supaya berjaga-jaga dalam apa juga keadaan. Bila nyawa jadi taruhan, serahkan jelah apa diorang mintak. Biasanya penjenayah macam ni hanya cederakan orang bila dia menggelabah.

Kenyataan yang aku nyaris hilang Mak dan Adik serentak buat aku rasa jantung macam kena rentap. Terima kasih, Allah...


Ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosa kami. Peliharalah negara kami dari jenayah dan musibah. Hindarilah kami dari maksiat dan jaukanlah kami dari pemimpin- pemimpin yang zalim. Amin Ya Rabbal Alamin


Wednesday, 1 July 2015

Penyeri Julai!

Assalamualaikum semua. Bulan Ramadhan ni momentum blogging aku kurang sikit. Blogwalking rajin, tapi blog sendiri sepi aje. Orang nak datang komen pun tak tau nak komen cmane sebab takde entry baru. Hahahaha. Tengok lah, dok join segmen je kerjanya. Tapi aku memang tabik spring kat diorang ni, sebab entry lapuk tahap Bujang Lapuk pakai songkok pun depa komen dengan sepenuh hati. Mereka adalah:

1. Jari Manis
Blog :  http://jarimanistravel.blogspot.com

2.zarul farhana
Blog:  http://sayazarulfarhana.blogspot.com

3. Scdha Sein (SS)
Blog : http://scdhaseinphoto.blogspot.com/

4.Deanna Morni
Blog : http://kameqdeanna.blogspot.com

5.aRz MoHa
Blog : http://www.arzmoha.com

6. Farrah MF
Blog: http://famf-tower.blogspot.com

7.Siti Yang Menaip
Blog:http://sitiyangmenaip.blogspot.com/

8. QasehVee
Blog : http://harumankasehvee.blogspot.com/

9. Mummydearie
Blog : http://mummydearie.blogspot.com/

10.Yana Yani
Blog: http://iamaproudmama.blogspot.com

11.Puan Kutu
Blog: http://puankutu.blogspot.com

12. Amy J
Blog:  http://www.amysyeera.com

13. Qaseh Abadi
Blog : http://syidamenulis.blogspot.com

14. Anies
Blog : http://aniesandyou.blogspot.com/

15.Farah

Blog: http://herlifemanual007.blogspot.com/

I olls sangat terharu dengan kehadiran u olls semua. Aku tau ramai yang  nak komen, tapi tetiba sel-sel otak tak berhubung. Mungkin kerana entry aku yang entah apa-apa. Hahaha. Silent reader pun aku tetap appreciate. Tapi dah silent, aku tak tahu lah sape korang.

Sebagai tanda penghargaan, blog-blog yang tersenarai akan dimasukkan dalam bloglist Julai.

Dah hampir separuh Ramadhan berlalu. Dah masuk fasa 10 kedua terakhir. Semoga korang selamat menjalani ibadah puasa ye. Panjang umur kita jumpa lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com