Dilwale filem yang overrated

Thursday, 31 December 2015

Assalamualaikum semua! Yay, dapat jugak aku tengok filem Dilwale minggu lepas! Satu je sebab aku tengok filem ni, iaitu gandingan Kajol dan Shah Rukh Khan, antara pasangan pelakon hindustan yang paling aku minat atas muka bumi ni!

Personal review? Boleh tahan je. Nak kata best giler tu taklah, banyak lagi filem lakonan diorang yang lagi bagus dari ni. Pengarah, Rohit Shetty, nampak sangat recycle plot filem-filem lakonan Kajol dan SRK yang lepas-lepas macam Main Hoon Naa, Josh dan of course, Kabhi Kushi Kabhi Gham. Kena menuntut dengan Karan Johar lagi. Cara KJ recycle dialog Kuch Kuch Ho Ta Hai dalam Kabhi Kushi Kabhi Gham memang kemas. Rohit Shetty pernah cuba dalam Chennai Express. Boleh dianggap berjaya, tapi untuk Dilwale dah macam terlebih dos.

On the bright side (pun intended) , Dilwale bukanlah filem hindustan pertama yang menggunakan kemerduan lagu dan kecantikan sinematografi untuk mengumpan peminat ke pawagam. Filem yang dilakonkan di Goa, Bulgaria dan Iceland ni memang memukau mata. Lagu Janam Janam dan Gerua tu pulak memang addictive. Bab ni memang aku puji. Penerbit filem di India memang sanggup berhabis untuk hasilkan sebuah filem yang cantik dan berwarna-warni.


Sanggup diorang berdua ni tahan sejuk demi nak shooting lagu. Lokasi : Iceland

Tolak tepi soal cliche', sebab filem Hindustan memang terkenal dengan cliche'. Takde apa yang boleh buat korang terkejut pun. Plot twist? Well...tak tau lah korang, aku rasa biasa je. Tapi, itulah Hindustan. Tengok pangkal dah tau ending! Hahaha. Cuma, kalau nak bersaing dengan filem-filem Hindi yang baru kena lebih kreatif . Formula macam ni dengan peminat-peminat dah lama, laku lah. Nak dibanding filem Hindi sekarang, banyak action, daring dan jalan cerita yang lebih fresh.

Varun Dhawan dan Kriti Sanon bagi aku sekadar 'menumpang'. Penyeri filem untuk penonton generasi baru.

So berbaloi ke tonton? Boleh la. Sedih, kelakar, action, semuanya diadun lengkap. Time kelakar tu memang orang gelak non-stop. Tapi ada jugak babak yang nampak try hard.  Lagu-lagu sedap. Lagi-lagi kalau korang peminat SRK-Kajol. Best..tapi takdelah best giler. Bukanlah filem yang kau nak tengok ulang-ulang.  Hype dan kepuasan menonton tak setanding. 

Oh, by the way, aku bersimpati kepada mereka-mereka yang menyangka filem ni ada kaitan dengan Dilwale Dulhania Le Jayange. Takde kena-mengena langsung! Bijak produksi filem ni (tapi agak keji) memulakan promosi besar-besaran pada sambutan DDLJ ke 20 tahun.

Akhir kata dari aku, thanks for reading. Apna khayal rakhna mere dost (Take care, my friends!)


Read More

Melbourne Part 9 - Lavender dan Tulip!

Tuesday, 29 December 2015

Assalamualaikum semua! Jom, kita sambung entry Melbourne. Masih di hari ketiga. Selepas memetik buah di Rayner's Orchard, kami ke Warratina Lavender Farm pulak. Dekat je, kalau drive lebih kurang 20 minit. Warratina ni buka setiap hari, kecuali hari Selasa, Good Friday dan Hari Krismas. Aku pun tak sure Good Friday ni bila, tapi boleh check kat kalendar kuda. Kita ni kalau nak travel, kena plan betul-betul. Memang rugi kalau perabih duit nak sampai sana, tapi tempat yang kita nak pergi tu tutup. Ewah, bagi nasihat macam kau tu traveller tegar pulak ye Sal. Pffft!

Dah nama pun Lavender Farm, top product dia of course lah lavender, tak kan lah bunga raya pulak. Selain dari ladang bunga lavender, ada jugak kedai menjual barang-barang berasaskan lavender dan Tea Room kalau nak lepak-lepak minum teh. Tapi kitorang tak singgah, tengok dari jauh je.

Nampak rumah kat hujung ladang tu, tulah giftshop dan tearoom yang aku maksudkan

Rupa Lavender dari dekat. Cantik, bau pun wangi, memang menenangkan.

Sayangnya, masa kitorang ke Melbourne, musim bunga baru saja bermula. So, agak sendu lah ladang Lavender ni, takdelah sampai ungu mata hitamku.

Sendu tak sendu pun, wajib bergo-pro

Kitorang kat sini sekejap je, sebab memang tak plan nak lama-lama. Oh ye, masuk Warratina ni free . Lepaklah sesuka hati dan amik gambar, tapi since tak nampak plak sesape meredah antara rimbunan lavender tu, so kitorang pun diri tepi-tepi je. 

Settle Lavender, tibalah masa untuk misi wajib aku ke Melbourne ni. Masa Siti buat itinerary, aku pesan kat dia, "taruk lah apa Siti nak taruk, yang penting akak nak gi Tesselaar Tulip Festival! Lain tu lantaklah, ni wajib". Bersungguh pompuan sorang ni nak tengok bunga tulip. Apa boleh buat, minah bunga macam tu lah. Sabar jelah ye, Siti...hehehe.

Tulip Festival ni hanya ada di musim Spring sahaja. Kebiasaanya bulan September-Oktober. Perjalanan ke Tesselaar Tulip Farm dari Warratina Lavender Farm hanya mengambil masa dalam 10 minit. Parking pun banyak.

 Beli tiket dulu. Harga 24AUD, umur bawah 16 percuma! Tak ramai orang time ni. Aku, Siti, Acik Y dan RZ saja yang masuk.

Tak boleh petik ye kawan-kawan!

Dapat tengok Tulip depan mata..bermimpikah aku?

Pegang untuk make sure bukan bunga plastik

Tak dapat tengok Tulip Belanda, Tulip Aussie pun OK jugak.
 
 Nak naik tram pun boleh, tapi aku rasa kena bayar. Hiasan je macam tram, padahal traktor.

Tulip kuning pun cantik

Ayu? Ke kayu? Hehehehe.Ajet-ajet je ni..Kamera kat leher tu pun Siti punya

Boot scraper, untuk buang tanah yang melekat kat tapak kasut.

Aku tak pasti jenis tanah yang digunakan untuk menanam tulip ni, tapi ianya agak berlumpur dan basah, lagi-lagi lepas kena hujan. Nasihat aku, janganlah pakai but mahal korang tu ke Tulip Festival. Sayang wei..aku pakai sneakers beli kat Giant je. Memang kotor kasut. Silap tempat untuk feeling ayu pastu mai sini datang pakai skirt labuh ngan heels.

Bertabah la explore satu-satu batas bunga, sebab tempat ni besar.

Selain dari Tulip Farm ni, you olls boleh jugak tengok gerai-gerai jualan berkonsepkan Holland kat luar tu. Souvenir macam mini terompah pun ada dijual, kira kalau korang beli bagi member sumpah dia percaya korang baru balik dari sana. Padahal, akak gi Melbourne je dik. Tapi, tulah, aku dah perabih bateri kamera kat area farm ni (Tuhan je tahu betapa banyak gambar aku ambil), aku terpaksa tangkap gambar kat area gerai tu dengan handphone. Dan aku ada bagitau before this yang memory card handphone aku crashed! Habis hilang semua gambar dalam tu.

Semua gambar ni dari Siti.


Occasionally ada show kat pentas ni

 Langit mendung

Actually, suasana kat festival ni sangat meriah. Serius! Ada banyak gerai makanan, dan pilihan halal pun senang dicari. Menariknya, pekerja-pekerja kat kedai-kedai ni memakai kostum bertema Holland. Perempuan pakai baju milkmaid, lelaki pakai apa nama entah. Aku beli banyak jugak souvenir kat sini, sebab kat sini je yang ada souvenir bertulis 'Tesselaar Tulip Festival'. Antaranya adalah beg shopping 2AUD dan fridge magnet. Maaflah takde gambar nak tunjuk. Semua dalam memory card yang dah crash tu. Korang tunggu partner travel aku update entry lah.

Thanks for reading!!!


Read More

Apa best sangat Star Wars tu?

Saturday, 26 December 2015

Assalamualaikum dan apa khabar semua! Lama betul tak menaip kat sini. Masa tu ada kalau nak dicuri, cuma mood blogging saja yang turun naik macam prestasi Liverpool. Sudahkah kalian menonton Star Wars Episode VII- The Force Awakens? Kalau sudah, harap dapat menahan diri dari membuli rakan-rakan yang belum menonton dengan membocorkan spoiler. Punyalah hebat penangan 'takut spoiler' sampaikan aku scroll Twitter laju-laju sebab ada pengalaman ngeri member up status ending filem Amazing Spiderman 2 dalam Facebook. Berbakul-bakul dia kena maki. Padan muka!

Tapi, kalau belum menonton..kenapa? Aku rasa ada dua sebab. Sebab yang pertama, belum, atau memang tak ada kesempatan. Kedua, sebab tak minat. Aku pernah baca teori : the only people who don't like Star Wars, have never seen it. Aku pulak, nak kata fanatik tu tidaklah, cuma aku ni memang kaki filem. So, macam tipu je kalau aku tak curi masa sikit dan pergi tengok walaupun sibuk. Sibuk kerja dah satu hal, cuti sekolah ni, biasalah musim kenduri. Kenduri kahwin, bertunang, bersunat, akikah, macam-macam lah.

Actually, korang perasan tak, kebanyakan fanatik Star Wars ni adalah mereka yang agak, ehem, berumur. Mereka yang berumur 30-an ke atas lebih excited nak menonton filem terbaru ni berbanding remaja, apatah lagi kanak - kanak. Tapi kenapa, apa best sangat Star Wars tu?

Star Wars Family Tree
Panduan untuk mereka yang tak follow Star Wars sangat, tapi teringin nak menonton.

Uniknya Star Wars ni, berbanding francais filem lain, adalah ia tidak ditayangkan mengikut turutan. Berikut adalah senarai filem-filem Star Wars yang terdahulu :

1. 1977 - Episode IV - A New Hope

2. 1980 - Episode V - The Empire Strikes Back

3.1983 - Episode VI - Return of the Jedi

4. 1999 - Episode I - The Phantom Menace

5. 2002 - Episode II - Attack of the Clones

6. 2005- Episode III -Revenge of the Sith

7. 2015 - Episode IV - The Force Awakens

Source : Google and 9Gag

Kalau korang perati tahun filem-filem Star Wars ni dikeluarkan, mesti korang dah boleh agak kenapa ia lebih appealing kepada generasi yang lebih berumur. Sebab most of them, membesar dengan filem ni. Masa aku kecik-kecik dulu, TV memang suka ulang-ulang filem Star Wars time cuti sekolah, atau Krismas, atau  Hari Raya. So, walaupun trilogi pertama semuanya keluar sebelum aku lahir, tapi memang dah biasa main pedang kayu ngan cousin dan pretend tu light saber. Bagi aku, Star Wars ni lebih dari sekadar filem Sains Fiksyen. Ianya tentang kekeluargaan, tentang politik, perebutan kuasa, friendship dan kesetiaan.

So, see you later guys..May the Force be with you.

Nota kaki : Pasni nak tengok Dilwale pulak!
Read More

Review - Krampus

Sunday, 20 December 2015

Krampus doesn't rewards, he punishes
He doesn't gives, he takes

Kali pertama menonton trailer filem ni, I was like, Kram-who? Walaupun biasa membaca western folklore (dongeng rakyat dari Barat), tapi Krampus bukanlah watak yang famous macam Santa Claus atau Tooth Fairy.

Apa itu Krampus? Krampus merupakan watak cerita dongeng dari Bavarian countries (German, Austria, Czech Republic etc) yang merupakan antithesis kepada Santa Claus. Kalau Santa Claus tu dikatakan bagi hadiah dekat budak-budak yang berkelakuan baik sepanjang tahun, Krampus pulak spesis monster yang akan memberi hukuman dekat bukan setakat budak-budak je, tapi semua orang dalam kampung tersebut yang dah takde semangat Krismas.

Untuk senarai penuh pelakon, boleh klik SINI .

Filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang berkumpul beberapa hari sebelum Krismas setiap tahun. Setiap kali pun, diorang memang tak ngam. Kali ini, disebabkan tak tahan, anak lelaki keluarga tersebut bernama Max telah 'memberitahu' Santa Claus yang dia membenci keluarga dia dan membenci Krismas. Permintaan Max rupanya didengar oleh Krampus dan ia pun muncul di kawasan perumahan keluarga Max bersama para pembantunya. Krampus mula menziarah satu-persatu rumah-rumah di situ dan....



Nak tahu kena tengok sendiri. Lalalalala



My review? Nak kata best giler tu takdelah, tapi boleh la jugak layan. Krampus ni cerita seram ye, cerita hantu. Banyak jugak part terkejut, tapi takdelah sampai tahap terjerit-jerit histeria. Kalau korang enjoy filem Chucky, It,  Annabelle dan Dead Silence, this is definitely the movie for you!

Sanggup? Kalau sanggup, meh la datang wayang, I tunggu u olls.

Nota kaki : Semalam tengok Star Wars, tertengok trailer filem The Boy, ni macam lagi seram nokharom! Sape berani teman aku tengok? Hehehehe.

Read More