Naik Air Asia selepas 2 tahun - First time beli tiket dan cek in pakai apps

Sunday 26 June 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Setelah 2 tahun lebih tak naik flight, dapat jugak lepas rindu, tapi tak jauh pun. Dalam Malaysia je. Flight KL ke Kota Bharu hanya mengambil masa 1 jam 10 minit. 

Dari rumah, aku naik Grab ke KLCC, then naik LRT free ke KL Sentral sempena RKLFR. Rapid KL 30-Day Free Ride (RKLFR) adalah tawaran 30-HARI PERJALANAN PERCUMA kepada semua pengguna Rapid KL dari 16 Jun sehingga 15 Julai 2022. Senang je nak nikmati kemudahan percuma ni, tap Touch n Go masa masuk dan keluar, free of charge. Kalau takde kad TnGo, sila download apps MyRapid PULSE. Eh iklan pulak.

Sampai KL Sentral, aku terus turun ke stesen bas untuk naik bas ke KLIA2. Option naik bas ni lebih jimat berbanding naik KLIA Transit atau KLIA Ekspress. Sewaktu entry ini ditaip, harga tiket adalah RM15 dan perjalanan setiap setengah jam sekali. Check kekerapan pakai apps RedBus je sebab tak tau waktu dan hari lain banyak perjalanan ke tidak. Aku pergi ni hari Sabtu. Ramai jugak orang.

Jangan salah naik bas, karang sampai Genting Highland pulak

Tapi kalau naik bas, kena bersedia untuk tanggung risiko jalan jam. Since aku pergi awal, so takdelah resah walaupun perjalanan 1 jam ke KLIA2 jadi hampir 1 jam 20 minit. 

Baru kutahu bulatan hitam tu ada USB port. Tahu melalui peramugari Air Asia yang duduk sebelah

Sampai airport, terus menuju ke bahagian Departure. Ingatkan nak singgah makan di Food Court Quizin KLIA2 tapi dah tutup. Selalu suka makan situ sebab murah dan banyak pilihan. So, carilah kedai lain. Tak tau nak makan apa pulak so tapau Hot n Roll je sebab kat rumah dah breakfast. Later aku google, rupanya sekarang tinggal Food Arcade di Arrival Hall sahaja.

Apa-apa pun, kita timbang beg dulu. Macam yang aku cerita dalam entry INI, aku ada Thoracic Scoliosis. Pengidap Scoliosis tak digalakkan bawak beban di belakang lebih dari 10% berat badan sendiri. Paling banyak pun 15%. Tapi personally bagi aku, 10% tu cukup dah. If lebih dari tu aku akan rasa sakit belakang.

Ngam-ngam 10%

Sekarang ni check in pakai website dan apps sahaja sebab Air Asia nak limitkan interaksi penumpang dengan staf kaunter. Hanya ke kaunter kalau ada kes khas atau masa nak check in tu dapat notification dari Air Asia supaya minta jumpa petugas sebab ada isu. 

Ini kali pertama aku beli tiket dan check in pakai apps. Senang rupanya. Cuma, berhati-hati masa isi nama penumpang sewaktu nak beli tiket. Salah ejaan walaupun satu huruf, leceh nak tukar. Masa aku beli tiket, aku terlupa letak 'binti' padahal nama aku di I/C ada binti. Nervous jugak masa hulur 1/C pada petugas KLIA2 sebelum masuk ke Domestic Gate. Alhamdulillah untuk flight domestik OK je. If takde bin, binti, A/L, A/P still boleh lepas. Tapi, untuk flight international jangan cari pasal ye. Kena sama sebijik dengan nama dalam passport.

Check in pakai apps, akan dapat E Boarding Pass. Tak perlu print. Tapi kalau ada luggage yang nak dicheck in, print 'bag tag' di airport je nanti. Aku bawa carry on je sebab aku seorang dan setakat pergi 4 hari 3 malam. Bagus E Boarding pass ni. Jimat kertas dan duit print. Print bukan murah weh. Boleh check in pergi dan balik siap-siap.

Alhamdulillah flight tak delay

Perjalanan smooth. Rezeki walaupun tak beli seat, dapat duduk sebelah tingkap. Seronok tengok sayap kapal terbang membelah awan. Cuaca cantik sangat. Flight kalau setakat dalam semenanjung tak terbang tinggi so tengok bawah nampak bangunan macam model lego. Cuma satu je tak best, masa dah nak sampai Kota Bharu, nampak hutan-hutan yang dah togel dan Sungai Kelantan yang keruh macam teh tarik. Alahai sakitnya mata.

Sampai jugak airport KB. Pernah naik fight di sini dahulu so takdelah rasa janggal.

Eh, naik flight pergi Kota Bharu, nak jalan-jalan sana ke nak melawat kampung ex

Aku sebenarnya nak ke Pulau Perhentian. Walaupun Pulau Perhentian terletak di negeri Terengganu, tapi airport yang lebih dekat adalah Lapangan Terbang Ismail Petra / Lapangan Terbang Kota Bharu, bukan Lapangan Terbang Kuala Terengganu ye. Pilihan yang lebih mudah adalah naik bas direct dari KL ke Kuala Besut (jeti untuk ke Perhentian) tapi aku tak suka naik bas lama-lama. Terutama bas malam sebab aku tak tahan sejuk, nanti asyik nak terkencing. Takutlah turun di R&R sorang-sorang tengah malam. Seram. Haha. Dalam berani, aku ni ada penakutnya. 

TBS- Kuala Besut masa perjalanan selama 7 jam 45 minit dengan harga tiket serendah RM45. Nak jimat duit boleh naik bas. Nak jimat masa jugak naik bas malam. Sampai pagi terus pergi jeti. Pilihan masing-masing. Aku naik flight dapat tambang RM99 pergi, RM99 balik. Beli last minit. Nasib kau lah.

Ambil kupon teksi di kaunter, tapi bayar pada driver sebelum turun nanti. Tambang teksi dari airport Kota Bharu ke Jeti Kuala Besut adalah RM80

Dari Kota Bharu nak ke Kuala Besut, aku naik teksi. Mula-mula ingat nak naik Grab tapi harga sampai RM95. So, scan crowd yang ada untuk cari 'mangsa'. Eh dah macam scammer pulak. Tapi tulah orang lain tak nampak macam nak pergi pulau pun, macam orang Kelantan balik rumah ja. Maybe sebab dah petang. Tetibe nampak satu couple 'mat saleh'. Terus tanya samada mereka nak ke Perhentian, nak ajak share teksi. 

Sempat borak-borak dalam teksi dengan diorang on the way ke Kuala Besut. Perjalanan ambil masa 1 jam lebih. Rupanya diorang dari Birmingham. Diorang tanya aku tau ke Birmingham kat mana and pernah sampai UK ke? Aku cakap tak pernah, tapi aku tahu Birmingham City FC sebab aku tengok bola. Haha. Mat Saleh tu tanya aku sokong mana, so mestilah aku jawab Liverpool. Dia sokong Newcastle. Aku pun bagitau dia, Kota Bharu tu loosely translate is Newcastle. Teruja dia sekejap. Tapi diorang nampak macam dah biasa datang Malaysia. Takdelah excited macam aku first time jejak kaki kat Jepun or Australia dulu.

Dipendekkan cerita, drop diorang kat jeti dan aku ke hotel tempat aku akan menginap selama satu malam sebab aku nak masuk pulau pagi esoknya. Rupanya sampai pukul 5 petang pun ada bot lagi kalau cuaca baik. Tapi sebab aku dah book stay overnight dan dah janji dengan ejen nak ke pulau pagi esoknya, aku stay dulu satu malam di Kuala Besut. Tenang aje. Takkan lari Perhentian dikejar.

Cerita pergi pulau aku sambung nanti. Thanks for reading!

32 comments

  1. Wah, perjalanan sudah bermula. Langkah pertama membawa beribu-ribu langkah seterusnya. Selamat memulau.

    ReplyDelete
  2. SELAMAT BERCUTI DI PULAU PERHENTIAN SAL

    ReplyDelete
  3. Hehe berani pula Sal ajak orang putih naik teksi sama.
    Ada bahagian Sal berani ada bahagian yang takut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. di negara sendiri, apa nak takut. or maybe sebab kerja saya dah biasa berbual dengan tourist

      Delete
  4. Replies
    1. hahaha. memori daun pisang je semua tu Mak

      Delete
  5. Suka baca journey sahabat ke tempat yang best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar berkongsi. nanti saya sambung ya

      Delete
  6. warrghh,... kita pun berani tp takut nk travel sorang wkakaka... so kita salute kat awak coz at least travel sorang2 setakat baca ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam Malaysia je kak. kalau saya pergi oversea sorang baru layak dikagumi.

      Delete
  7. Bestnya....4 kilo je beg kalau akak le emm memang lebih kilo kut entah apa aku bawak pun tak tau le tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi tempat panas kak. kalau tempat sejuk, 4kg tu lepas winter coat je. huhu

      Delete
  8. Tengok timbang tu, wah…berat Sal 43kg je.
    Memang traveller sejati ni, tak kisah pun tegur mat saleh utk share tambang 👍🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak jimat kenalah berani. haha. lagipun kesian tengok diorang terpinga-pinga nak pergi mana

      Delete
  9. Adehh! baca post Sal yang ni teringat tahun 2012 Mrs. A pernah juga bercuti ke Pulau Perhentian Kecil dengan kawan-kawan office lama a.k.a girls day out. Masa tu lepak kat Mohsin Chalet

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pernah ke Perhentian tahun 2010 tapi lupa dah nama chalet kitorang duduk tu

      Delete
  10. Replies
    1. yup. kali pertama travel solo ke pulau. selalunya atas darat sahaja. hehe

      Delete
  11. belum lg jejak airport & naik kapal terobang sejak pandemik...sporting couple mat saleh tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. peramah jugak. terutama yang perempuan. ayat tak boleh blah dia kata ramai orang Malaysia diorang jumpa sokong LIverpool

      Delete
  12. Yeah!! Dah mula langkah untuk travel..
    Tak sabar menanti cerita di Pulau pula..

    ReplyDelete
  13. wehh syoknya sal pergi Pulau Perhentian! salute betul sebab berani travel solo!

    ReplyDelete
  14. lama nyer x jejak kapal terbang, sal.
    teringin... tapi tak tau nak ke mana :) ha ha ha ha...
    nak ke sabah, shopping mutiara.
    tapi masa takde hu hu hu hu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. camping lagi best kak Aida dari shopping

      Delete
  15. Oh inilah titik mula kembara solo Sal :)

    ReplyDelete
  16. yeay! Finally Sal dah terbang. Dalam negara warm-up dulu. Perjalanan ke Pulau ni agak costly dan mencabar jugak banyak perhentian naik bas naik flight naik kereta. Pergi dalam group boleh tong tong sikit.

    ReplyDelete
  17. hebat awek KL travel solo merentas pantai dan pulau., ;p

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah