Review Filem Mat Kilau- My Love-Hate Relationship with Syamsul Yusof's movie

Wednesday 29 June 2022

Inilah masalah orang Melayu... - Kapten Syers

Pertama sekali, filem ini bukan naskhah sejarah mahupun biopik. Mat Kilau adalah figura terkenal dalam sejarah Melayu, jadi menjadikan beliau dan watak bersejarah sezamannya sebagai inspirasi filem pastinya dapat menarik perhatian orang datang menonton. Kalau diletak judul 'Panglima Pulau Air Tawar' atau 'Pendekar Ahmad (atau mana-mana nama lelaki Melayu)' belum tentu orang akan berminat. Lagipun, filem biopik berdasarkan kisah benar kalau tak diolah dengan baik boleh menimbulkan konflik dengan waris watak-watak yang dilakonkan semula. Jalan selamat, 'pinjam' nama dan letak penafian. Ini Melayu bijak yang kita kena contohi.

Tengok sahajalah kontroversi filem 'Saloma' sampai ada yang nak saman-menyaman. Jadi..jangan percaya bulat-bulat apa yang kau lihat dalam filem. Nak tahu sejarah, pergi muzium atau baca buku. Jangan jadi Melayu malas.

Aku cuma bagi 3 dari 5 bintang bukan sebab aku Melayu yang kuat dengki ya. Mana lagi 2 bintang tu hilang? Jemput baca review di bawah.

Yang aku kurang suka..

Ini kali pertama aku menonton filem yang ada muzik latar di setiap babak dari pembukaan sampai babak terakhir. Serius. Filem muzikal pun tak se'meriah' ini. Muzik latar tu pulak sama je tak kira babak pertempuran, sedih mahupun konfrontasi. Mujurlah muzik latar tak menenggelamkan suara pelakon seperti lazimnya filem Melayu 'muzik kuat tapi cakap tak dengar'.

Bagi aku sesetengah babak tu tak perlu kesan bunyi berlebihan pun, contohnya babak Wahid (Beto Kusyairi) dan Rokiah (Zarina) berbual di rumah. Lakonan diorang memang mantap, boleh rasa emosi tu walau sekadar melalui renungan mata. Begitu juga babak serang hendap yang diketuai Awang (Fattah Amin). Suasana senyap sekadar diringi desir bunyi alam semulajadi pasti akan lebih mendebarkan. Filem ini muzik latarnya dramatik, tapi bagi aku, kau kena tenang sikit Sol.

Watak Awang lakonan Fattah Amin yang menarik. Makin meningkat mutu lakonan beliau. Tahniah!

Cakap pasal tenang, filem ni laju. Mungkin tak nak mengheret durasi menjadi panjang. Dialog laju, pergerakan kamera laju, peralihan babak pun laju. Aduhai penat. Laju-laju nak pergi mana? Mungkin Sol ingin menekankan kepada orang Melayu yang kalau nak maju, kita kena laju? Pandang pada sisi lain, yang bagusnya ia tak buang masa penonton.

Filem Mat Kilau ni dialognya menarik, tapi banyak ayat yang diulang-ulang. Mungkin penulis skrip nak mesej tu sampai. Ini filem yang ditayangkan di layar perak, bukan drama radio, Sol. Tak perlu cakap tanpa henti. Boleh saja ditunjukkan melalui gerak badan atau riak muka. Tapi itulah, bercakap dengan penuh perasaan memang identiti filem Shamsul Yusof. "Wa kasi sengat! Sendiri mau ingat!". Bak kata orang Muar-cakap 'berdegor-degor'. 

Mungkin ini pilihan peribadi sebab aku lebih suka filem yang menggunakan konsep 'Show, not tell' (tak tahu istilah dalam Bahasa Melayu). Antara filem yang ada konsep 'Show, not tell' yang aku suka adalah 'The Social Network', 'The Boy in the Striped Pyjamas', 'Parasite' dan 'Jangan Pandang Belakang'.

Filem ini juga terlampau banyak watak dan cerita sampingan yang tidak perlu. Hampir tenggelam Adi Putra sebagai Mat Kilau, nasib baik bisep dan bunga silat beliau menyerlah.

Yang aku suka...

Idea dan usaha. Jarang filem Melayu yang berani menjentik penjajah Inggeris. Selalunya hanya penjajah Jepun dan Komunis sahaja yang dipaparkan jahat. Memang filem ini berjaya menerbitkan kebencian kepada orang British dan rasa simpati pada nenek moyang kita yang terpaksa melalui perit getir sewaktu dijajah. Peringatan supaya kita mempertahankan kemerdekaan supaya tidak ditindas lagi.

Dialog filem ini juga banyak menjentik sikap dan pemikiran orang Melayu seperti sifat bermuka-muka, dengki dan susah bersatu. Pedih telinga. Hahaha. Mohon terasa. Tapi aku ulas filem ni bukan sebab aku iri hati ya Sol.

Babak perlawanan terutama seni silat yang ditonjolkan memang padu terutama Toga (Yayan Ruhian), Mat Kilau (Adi Putra) dan Awang (Fattah Amin). Filem Mat Kilau ni walaupun babak berlawan lama, tapi tak membosankan langsung. Aku cuma terkilan babak silat Usop (Khir Rahman) pendek sangat sebab aku pernah tonton aksi silat beliau dalam teater 'Semerah Padi' di Istana Budaya dan beliau memang hebat. Kalau korang minat filem aksi mempertahankan diri seperti 'Merantau Warrior' dan 'Geran', memang akan teruja menonton filem ni. 

Dalam bahasa mudah, ini filem tipikal Syamsul Yusof. Tapi aku OK dengan tipikal sebab memang semua pengarah ada identiti diorang sendiri dan ia adalah sesuatu yang perlu diraikan. Bukan pengarah Malaysia sahaja, pengarah luar negara macam Michael Bay, Steven Spielberg, Sanjay Leela Bhansali dan Jackie Chan pun ada identiti sendiri yang bila kau tengok filem tu automatik kau tahu filem tu arahan atau terbitan diorang.

Aku sejujurnya bukanlah peminat filem Syamsul Yusof mungkin sebab aku kurang suka filem tentang barah masalah sosial macam 'KL Gangster' dan 'Bohsia'. Begitupun 'Munafik' dan 'Khurafat' aku suka walaupun aku penakut sebab ia filem seram yang unik.

Pemilihan Adi Putra sebagai watak utama adalah tepat. Terserlah karisma

Apa pun terima kasih Sol sebab tak berlakon dalam filem ini. Kau berbakat sebagai pengarah, penerbit, malahan sebagai penyanyi rap tapi tidak dalam lakonan. Teruskan usaha terbitkan filem yang lain dari yang lain macam ni. Aku akan tetap tonton sebab aku suka sokong filem Melayu kecuali genre seram komedi sebab aku rasa seram dan komedi adalah gabungan yang tak masuk akal. 

Al-fatihah untuk arwah Mat Kilau dan nenek moyang kita yang terkorban di tangan penjajah samada kerana tekanan hidup atau dizalimi. Hargailah kemerdekaan yang kita ada kerana ia boleh dirampas kalau tak dijaga.

Notakaki: Saja mencabar diri mengulas filem Mat Kilau ini dalam bahasa Melayu.

34 comments

  1. Memang berisi ulasan Sal. Terserlah Sal 'peminat' filem Syamsul Yusof. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. Tak minat sangat filem dia tapi tulah hampir semua filem lakonan atau terbitan dia saya pernah tengok. Cmane tu?

      Delete
  2. Perghh ini ulasan yg mantop!! Kita baru nak gi tonton.. Sememang nya kita pun jarang tgk filem melayu.. Bkn boikot cuma x tau nk ckp camne haha.. Tp klu ada ajak tgk kita ok je dan klu cite tu jd sebutan, kita pun nk tau apa yg syiok sgt filem tu kan... Kita pun x pandai sgt nak mengulas cukup sekadar buah fimiran dr kita yg naif ttg dunia filem hajaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. tontonlah kak Ret, bawak Uyum mesti dia suka. Silap-silap lepas tengok dia nak join kelas silat. Hahaha. Filem ni OK, tak macam tipikal filem Melayu lain

      Delete
  3. *kesat peluh di dahi* review yang best walaupun ahkak tak tenguk. Tapi bagus sesekali terbitkan filem patriot seperti ini supaya membangkitkan jati diri anak melayu yang semakin terhakis dalam diri. Supaya mereka kenal pejuang-pejuang tanah air yang sanggup mempertahankan tanahair dari bangsa penjajah walau nyawa jadi gantinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, filem ni memang mesejnya bagus. Cuma saya tak suka filem yang over dan banyak sangat cakap, tapi ramai je bagi bintang sampai 10 untuk filem Mat KIlau ni

      Delete
  4. Memang orang muo sejati ni kalau dah kuo ayat berdegor-degor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muo celup je. Tapi memang selalu guna istilah 'berdegor-degor' tu

      Delete
  5. Sol Sol Sol...tapi good review Sal.
    Ammi belum sempat pegi dan akan cuba pergi sebab ammi suka baca buku perjuangan pahlawan lama untuk mendapatkan kemerdekaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka filem sejarah, terutama sejarah Malaysia. Good effort lah dari sisi Sol, tapi bagi saya ada banyak filem sejarah lagi bagus. huhu

      Delete
  6. Seronok baca ulasan Sal. Jujur dan matang, bukan mengentam sebarangan dan langsung tak ada sisi bagus. Akak suka genre aksi pertarungan, jadinya filem ni memang menarik minat akak. Terus teringat cerita Dirilis Ertugrul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, siapalah saya nak menghentam. Bukan pakar filem, cuma peminat. mana ada benda yang sempurna, mesti ada sikit ruang untuk diperbaiki

      Delete
  7. Terbaik ulasan sal ada yg kata aksi silat dilajukan xnak tunjuk buahkunci silat yg digunakan sbb artisnya mmg pesilat

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya OK je kalau babak silat laju. masalahnya bercakap dan peralihan dari satu babak ke babak pun laju.

      Delete
  8. Belum datang lagi nafsu nak tengok filem ni. Mungkin tunggu reda dulu baru tengok.

    Suka review macam ni. Tak memuji membabi buta dan bila mengkritik, diselitkan dengan fakta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya lama baru hype filem ni reda. tak pun tunggu saja tayang di TV nanti

      Delete
  9. Ramai yg ckp best...terer cheographer silat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..silat antara highlight of this movie

      Delete
  10. ulasan yg baik.. ade sisi baik.. ade sisi krng baik..
    tp xpe.. ulasan ni ikut pendapat masing2.. kita terima je dgn hati terbuka.. chewahh..
    tp tu la.. hakak is xberkesempatan lg nk tgk mat kilau..
    tgh pk kalo g tgk ngn asben mane nk ltk si anak.. hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendapat peribadi je. ramai orang cakap best so diorang pelik kenapa saya bagi 3 bintang je

      Delete
  11. Terbaik! ulasan Sal terperinci sekali dengan fakta. Tak sabar nak tengok huhuhuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenalah fakta. auta kang kena saman. takuuut

      Delete
  12. Rasa teruja nak tengok lepas baca ulasan Sal.. Teringin nak tengok Adi Putra dan Fattah bersilat.. Lagipun pengarah tak berlakon sama kan.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majoriti pelakon filem ni memang pandai bersilat in real life. sebab tu kot Sol tak berlakon

      Delete
  13. scroll laju2 sampai bawah sebab tak nak baca spoiler..esok malam baru nak tengok hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.nanti dah tengok baru baca. samalah saya pun tak suka spoiler

      Delete
  14. wak x tenok lg mat kilau nihh.. nntila tungu nk downlod jeeew 😅😅

    ReplyDelete
  15. Sedang merancang nak pilih hari yang sesuai untuk menonton.

    ReplyDelete
  16. x tgk lagi cerita ni... nk tgu beli kt astro je lah kot

    ReplyDelete
  17. aida beri Mat Kilau full marks, Sal.
    berjaya pada aida. aida suka. teknikal tu, aida letak tepi.

    sebab pertama, pelakon yg diletakkan semua onz bagi aida.
    tepat pada tepat. meskipun beberapa pelakon hanya beberapa minit, ia berkesan!
    kedua, fast. tak meleret. i love it. bab background lagu tu, aida setuju dgn sal.
    kena kurangkan. silent je pun da ok sebab pelakon da mantap dari segi dialog dan lenggok badan.
    ketiga, aida suka sebab yg sama mcm sal, penuh mesej kpd melayu dan islam. menjentik sedikit sebanyak isu semasa sebenarnya. berani! hati keras! perkara yg jarang ada dlm filem melayu. yg ni, mesej jelas, kasar dan padu. love it.

    bab Sol tak berlakon tu, yes yes yes. dia x best. x sesuai terutama citer lama gini. silat bersilat ni :) setakat jadi samseng boleh la Sol ha ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  18. Cenggini 👍👍👍 (I'm giving you three thumbs up hahaha) ulasan dia! Tapi, bab review cakap dengan Sol macam Sol kawan baik Sal tu kelakar hahaha

    ReplyDelete
  19. Bilalah akak dapat pergi tengok ni... asyik fully booked je.

    ReplyDelete
  20. x gi lagi..iris je dah gi...so no comments la

    ReplyDelete
  21. Meletop Filem Mat Kilau ni. Sekali bila keluar filem epic memang dapat sambutan betul. Belum tengok lagi filem Mat Kilau. Sekarang dah cpai 80 juta kutipan dah. Tahniah untuk semua team filem Mat Kilau.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah