Pengalaman Menginap di Scapes Hotel, Genting Highlands

Tuesday 7 June 2022

Assalamualaikum semua! Kisah ke Genting Highland bulan Januari lepas masih berhutang review hotel tempat kami menginap. Walaupun dah beberapa kali ke Genting Highland, tapi ni first time tidur di sana. Tunaikan hajat kawan-kawan aku yang kali pertama datang ke Genting, lagipun diorang duduk jauh.

Di Genting Highland ni ada macam-macam pilihan hotel. First World Genting dan Resort World Genting paling famous sebab dekat dengan Genting Skyworlds. So lepas penat main di theme park, boleh terus balik bilik, tidur. If nak lagi high class, boleh pilih Grand Ion Delemen Hotel. Memang feeling kayanganlah, tengok keluar tingkap bilik pun berkabus. 

Hotel di Genting ni kebiasaanya lagi tinggi di atas bukit, lagi tinggilah harganya. Tapi jangan risau, kalau teringin jugak nak ambil angin sejuk Genting tapi malas nak drive jauh ke atas, boleh menginap di area Gohtong Jaya macam kami. Ukur budget di badan sendiri orang kata.

Kami menginap di Scapes Hotel, sebuah hotel bertaraf 4 bintang. Beli masa promo hujung tahun, so dapat harga RM440 untuk 4 orang beserta breakfast. Berpatutan pada pendapat aku sebab bila bahagi 4 jatuh seorang RM110 je. Tapi..berbaloi tak? Ha, kena lah baca review di bawah ni ye.

Bilik Deluxe Quad, ada 2 katil Queen. Sesuai untuk famili jugak.



Bilik air biasa sahaja, tak ada bath tub. Saspen pada awalnya sebab gambar dalam website, pintu bilik air transparent.

Malam kami pergi makan di pekan Genting Permai berhampiran. Masa aku pergi ni, kiri kanan Scapes Hotel sedang pembinaan, nak buat hotel baru, so gelap dan seram je jalan nak ke jalan besar. Tapi bila dah sampai, eh OK je. Pekan biasa. Ada Starbucks, ada banyak warung, ada stesen minyak Petron, Watson's dan Speedmart. Di Genting (sewaktu entry ini ditaip) tak ada Food Panda, Grab Food dan yang sewaktu dengannya ya. So kalau rasa malam tu malas nak keluar, tapau makan siap-siap atau order room service.

Aku lupa ambil gambar suasana pekan dan tempat kami makan. Pekan biasa je. Kalau tak kerana sejuk, rasa macam kat Kajang.


Balik makan singgah IBN Showroom dekat sebelah Scapes. Point singgah sini adalah sebab dari jauh nampak tempat ni cantik walaupun Sales Gallery dah ditutup. 


Dekat bangunan tu ada kedai-kedai makan tapi tutup masa kitorang pergi. Maybe bukak siang or maybe tak bukak langsung sebab masa ni tourism masih sendu

Catwalk ala-ala America's Next Top Model kat sini

Deko Chinese New Year

Punyalah nak menarik perhatian orang datang 'tengok-tengok' rumah untuk dijual, galeri jualan pun dihias cantik macam ni.

Berhampiran Scapes ada air pancut yang cantik ni so tumpang selfie jap

Tak ada apa pun tarikan waktu malam berhampiran Scapes. So, balik bilik dan tidur. Aircond Scapes sejuk juga, campur suhu Genting yang memang dah sejuk. Tapi masa aku pergi ni hari siang cuaca panas sampai mencecah 33 degrees, so malam pun tak sejuk sangat sampai kena pakai sweater. Tido jelah berselimut tebal.

Pagi-pagi dah turun untuk breakfast di Lemon3. Memandangkan ni hari biasa, orang tak ramai. Kami makan dengan selesa. Makanan dia memang sedap dan banyak pilihan.






Malu nak ambil gambar so ambil sikit-sikit je

Sebelum check out, pergi tengok area swimming pool dia. Luas jugak tapi tak nampak orang mandi. Sejuk wei. Siapa je sanggup. Nak kata air panas tak nampak pulak wap pada permukaan air tu. Siapa sangka hotel tempat sejuk tak ada pool. 


Overall aku puas hati stay sini. Makanan sedap, proses check in check out yang mudah, bilik selesa dan bersih serta hotel yang sangat cantik. Terasa mewahnya. Satu je aku geram, volume TV dia maksimum 12 je. Maybe tak nak guest bukak TV kuat-kuat kot.

Korang kalau berminat nak menginap di hotel ni boleh cuba tempah melalui laman tempahan online kegemaran korang atau melalui official website Scapes Hotel, Genting Highland.

Scapes Hotel
Jalan Jaya Permai, Midhills, 
69000 Genting Highlands, Pahang

03-61060833

36 comments

  1. PERCUTIAN MEWAH DI TANAH TINGGI ..SELALU SINGGAH PUSING2 JA

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah mewah kak PI. kalau mewah di Grand Ion nun

      Delete
  2. hotel jenis mati bila malam. Kalau jenis tidur on time boleh lah bermalam dekat sini, tenang pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenang jugaklah berbanding tido first world atau resort world. lagipun nak balik esoknya dah dekat dah

      Delete
  3. Nampak menarik dan selesa hotel tu..
    Ntah bila lah Aini nak jejak kaki kat Genting ni..huhu

    ReplyDelete
  4. Salam, memang utk rest je la dok sini. Makan tido

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah penat berjimba di siang hari, makan dan tido jelah.

      Delete
  5. Berpatutan harga bilik untuk4 orang termasuk sarapan lagi.

    ReplyDelete
  6. Nampak mewah dan exclusive, tak pernah stayed kat Genting, selalu pi, pas tue turun 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. manalah tau pas ni nak cuba menginap. homestay stail apartment pun banyak area Gohtong ni

      Delete
  7. Selalu naik atas, pas tue turun, belum pernah overnight lagi.
    Huhuuu

    ReplyDelete
  8. cantik juga hotel dia tapi bosan juga malam2 xde tarikan kat tempat tu. nak bergambar pun sekejap je lah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hotel kat Genting ni buat pit stop lepas turun dari GPO or theme park tu bolehlah. setakat nak datang tidur macam rugi sebab tol naik Genting ni mahal. hehe

      Delete
  9. Nampak menarik dan selesa tempatnya

    ReplyDelete
  10. Pergi weekday yang seronoknya tak ramai orang. Okay boleh masuk list hotel ni.
    Tak pergi theme park ke Sal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ni tak bukak lagi theme park . kami pergi GPO je

      Delete
  11. dah berkurun tak pi genting. Tapi cam best je hotel ni. Pamandangan sekeliling cantik....ala-ala kat obersea gitu......eh tetiber

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza. pergi Genting memang untuk ambil angin oversea pun. hehe

      Delete
  12. bilik dia nampak okay.. Makanan pun ohsem..
    Kita bookmark dulu.. Manalah tahu satu hari nanti ke Genting, mungkin boleh menginap di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best Sha. Kalau dapat harga promo lagi best. Turun dari puncak boleh tido semalam sebelum balik

      Delete
  13. Thanks Sal.. kita pun mcm Sal naik dah byk kali tp nak stay kat sana mcm takut je bila org ckp hotel situ "keras" tp tgk hotel yg Sal stay nie mcm best je.. boleh plan next staycation nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak jugak hotel keras kat Genting ni. Kena baca review dan blog. Yang ni Alhamdulillah OK. Sebab jauh dari pusat judi kot. Haha

      Delete
  14. Menarik hotelnya. Bab volume tv tu, boleh pulak setting max ya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12 tu volume maksima dia. Slow aje. Nasib baik bukak setakat nak meriah bukan nak beria tengok

      Delete
  15. hotel baru ke sal? sbb tak pernah nampak ke nina yg tak habis jelajah.. not bad la sorang dlm 100++. bab hotel keras ni lg kena avoid,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahulah Nina. tapi nampak macam baru. area ni banyak hotel baru nak naik. sebab tu kot orang tak tau sangat

      Delete
  16. ok juga duduk di Gohtong Jaya, cantik hotelnya...kat atas mcm sesak area nya...dah lama beno tak naik genting...showroom gallery IBN tu pun lawa..

    ReplyDelete
  17. belum berjaya jejak kaki ke situ lagi.. Tempat semua lawa tuk bergambar

    ReplyDelete
  18. Cantik Dan selesa hotel ni sal. Byk port boleh ootd

    ReplyDelete
  19. belum ada rezeki lagi nak ke genting ni...boleh la masukkan hotel ni dalam list sebab harga dia berbaloi sikit..

    ReplyDelete
  20. sy terfkir kenapa Lemons tp gmbr mangkuk? hehehe

    ReplyDelete
  21. aida bookmark ni, sal.
    nurin ada sebut2 ajak naik genting highlands.
    nak survey dulu utk september.
    nak cuti seminggu tu, berjalan2 dgn anak2.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah