Tom Cruise dah tak kurus

Thursday, 14 October 2021


Maverick is that you?

Penampilan terbaru Tom Cruise menjelang umur 60 tahun yang mengejutkan dunia. Korang rasa kenapa Tom Cruise jadi macam ni?

- Kesan pembedahan plastik. Kemungkinan ini swelling selepas inject filler/ Botox untuk menegangkan kulit wajah.

- Berat badan naik. Bukan korang je tau naik badan sebab PKP, Tom Cruise pun sama

- Berat badan sengaja dinaikkan untuk watak terbaru. Ini perkara biasa di Hollywood. Pelakon di sana sanggup menaikkan atau menurunkan berat badan walaupun secara ekstrem demi memenuhi kehendak karekter.

- Side effect beksin Covid 19. Hahaha.

Ada peminat Tom Cruise kat sini? Kot lah ada yang tau jawapannya. Aku bukanlah peminat sangat. So far takde filem lakonan dia yang betul-betul melekat di hati. Minat sikit masa dia masih bergelar suami kepada Nicole Kidman, sebab aku memang minat Nicole Kidman, so lepas diorang bercerai, aku pun tak minat Tom Cruise dah. Emosi kan aku. Nasib baik time tu takde Twitter, kalau tak aku dah jadi netizen jahat gi serang page si Tom ni. Hehe.



Apa pun kita semua akan menjadi tua. Mana ada orang muda dan lawa selama-lamanya ye tak? Dok kaji muka Tom Cruise, muka sendiri pun hauk. Hihi. 

Tom Cruise jadi macam ni aku boleh terima lagi tapi kalau Johnny Depp atau Hugh Jackman, aku nangis.

p/s : Takde air, mood update blog pun takde.

37 comments

  1. pelakon sanggup ubah diri untuk director sebab sesuai dengan bayarannya, cepat masa berlalu kegemilangan ke matangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, kalau bayarannya lebat, pelakon sanggup merubah badan sendiri

      Delete
  2. 60 dah dia ye, sebaya abah saya rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. lama dah rupanya dia berlakon. tapi masih fit macam orang muda

      Delete
  3. minat Tom Cruise dlm movie Top Gun...perubahan hormon kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti nak keluar top gun baru, bolehlah tengok

      Delete
  4. dia ada cucuk fillers jugak ke? Tapi dah chubby pun still handsome. Bila senyum tetap manis leting haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya memang cucuk. sebab mustahil dah 50 an kulit takde kedut. kalau dia Islam boleh gak kata kesan air wudhuk. huhu

      Delete
  5. hahahaha tom kurus dah tak kurus. Tenguk gambar lama-lama dia rasanya semakin tua semakin hensem. Suka tenguk dia dalam Top Gun

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebiasaan lelaki macam tu. bertambah umur wajah makin matang, makin hensem

      Delete
  6. Kena tukar jadi Tom Bam lah pulak namanya hahaha

    ReplyDelete
  7. Suka juga tonton lakonannya dulu.
    Sekarang tak pernah dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. filem tom cruise bagi saya ok la, tapi saya takde minat sangat

      Delete
  8. Dah habis ke shooting filem Mission: Impossible 7 dia tu? Rasanya baru tahun lepas pernah baca pasal dia marahkan kru yang tak ikut SOP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti pulak sebab tak main socmed sangat. oh, shooting MI terbaru ke. ingatkan Top Gun remake

      Delete
  9. Ni mesti kerja makan tidur je sewaktu PKP ni kan..ehehehe..

    ReplyDelete
  10. Alaa... nnt cepatlah dia slim balik kan? dgr dlm berita di radio pagi td area kelang dijangka paling lmbt dpt air semula sal.. jgn moody² k sal pegi lah check in kt melaka ke.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..dia rajin workout. badan yang fit tu kan aset nak berlakon. kalau berisi cmane nak lompat dari bumbung ke bumbung.
      Alhamdulillah dah ada air. kalau tak memang kena rentas negeri ni, cari air. hehe

      Delete
  11. Mereka kat sana dibayar ratusan ribu kadang juta untuk menjayakan sesuatu watak...kat Malaysia jangan harap la...ada pun dulu si Erra Fazira di bayar lumayan utk bawak watak perempuan gemuk tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya. itu pun Erra pakai sut untuk nampak gemuk, bukan dia betul-betul naikkan berat badan

      Delete
  12. Replies
    1. macam-macam gelaran yang diberi oleh netizen

      Delete
  13. Replies
    1. tapi masih hensem dan tough. kebiasaan orang di umur 60 tak fit dah

      Delete
    2. Yup.. dia jaga betul badan dia..

      Delete
  14. Masuk umur warga emas dah Tom Cruise.
    Takpelah pandailah dia nanti turunkan berat badan. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. kebiasaan artis macam dia ni ada personal trainer

      Delete
  15. selalu org compare tom cruise dgn heroin top gun tu Kelly mcgillis jeer.. 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti mak cik Kelly tu tepuk tangan tengok gambar ni. hehe

      Delete
  16. gemuk tapi sihat tak pe.

    tapi boleh kalau orang gemuk kekal sihat tanpa penyakit

    ReplyDelete
  17. Geng kesan PKP ni agaknya. Hihi.. filem baru mungkin? Tak pasti lah sebab apa. Dorang sanggup je gemuk ke kurus untuk projek filem kan. Saya suka zaman Tom Cruise dengan Katie Holmes.
    Alamak, tak dapat bayangkan kalau johny deep dan hugh jackman jadi macam tu. Tapi kalau Ryan Reynolds gemuk terus terbayang cerita komedi.

    ReplyDelete
  18. Suka betul tgk lakonan dia.. masa muda memang hensem betul syg dia tak ada anak lelaki

    ReplyDelete
  19. Mengikut ramalan batu hikmat akak, semua sebab di atas hahahah
    Akak suka Tom Cruise dalam MI je :)

    ReplyDelete
  20. Haha kelakar tajuk sal.. mama minat tom kurus yg dah kurus Dari dulu lagi

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah