Assalamualaikum dan hai semua! Dapat hadiah lagi. Kali ni kiriman sis Babypose sebagai penghargaan cabutan bertuah pengomen tegar bulan September 2021. Walaupun bulan lepas ramai blogger complain dunia blogging sendu sebab pageview merudum tapi seketul Sal tetap ada di mana-mana menyelitkan komen. Hahaha. Jangan jemu dengan aku ye sebab blog je media sosial yang aku aktif so di sini lah tempat lepak bila tak sibuk dengan kerja dan tanggungjawab hakiki.
Inilah hadiahnya. Mangkuk tingkat atau nama omputehnya tiffin carrier dari The Mangkuk Tingkat
Warna pink/purple tu memang sweet. Pandai sis Babypose pilih. Maybe dia perasan yang pink antara warna favourite aku. Mangkuk tingkat pun comel, sesuai dengan aku yang memang kecil molek . Haha. Huduhnya perangai puji diri sendiri. Yelah, nak tunggu orang puji lambert lagi.
Nanti dah kerja opis bolehla guna untuk tapau lauk. Ah..berat bontot bila terbayangkan kena pergi opis. Dah syok sangat kerja di rumah. So far masih bertahan membodek bos supaya mengekalkan work from home. Company pun boleh jimat banyak resources macam elektrik, air dan kos swab test bila ramai kerja dari rumah. Tapi sayangnya niat suci nak mengelakkan 'Kluster Tempat Kerja' disalah erti sesetengah pihak sebagai 'malas'.
Betullah orang cakap, kerja ni jangan beria sangat. Kau mati hari ni, esok bos dah cari pengganti.
Eh jauh pulak aku membebel. Maaf.
Untuk yang belum berkenalan dengan Kak Babypose ni, boleh terjah blog dia di SINI. Aku panggil sahaja akak walaupun aku tak tau umur sebenar. Entah-entah lagi muda atau sebaya. Blog yang unik kerana ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Setiap entry juga diselitkan video. Entry yang menarik tentang kehidupan seharian bersama anak-anak, pemakanan sihat dan jalan-jalan. Kak Babypose selalu share resepi ringkas tapi kreatif, sesuai untuk yang sedang berdiet.
Thanks ye Sis Babypose for the lovely gift.
Alang-alang dah lama tak update, nak share jugak Biskut Mazola sedap yang aku jumpa di blog Adinda Baizura.
Ni biskut favourite mak aku. Bila dah sampai baru teringat yang Mak tengah ikut program lost weight. Adoi, serba-salah pulak. So, pesan kat dia sehari makan sebiji je.
Bahan utama Mazola adalah minyak jagung, kacang tanah kisar dan tepung gandum. Nampak macam simple tapi aku tak pernah buat sendiri.
Sedap jugak Mazola Warisan One Cookies ni. Walaupun saiz kecil, sebesar duit syiling 50 sen baru, tapi tebal. Harga RM40 untuk 48 biji. Mahal ke murah aku tak pasti sebab dah lama tak beli kuih Mazola. Dah 2 tahun raya sendu, so takdela nak beli kuih raya banyak-banyak.
Packaging menarik, cuma aku rasa lebih baik letak sekali senarai bahan-bahan di label. Ni kalau jual di supermarket tak lepas tau. Other than that, takde masalah. Proses pembelian pun senang, sampai dalam masa 4 hari dan dibalut tebal dengan bubble wrap. Kuih sempurna tanpa pecah walau sebiji. I loike. Kita nak makan kuih kan, bukan makan habuk.
First time beli melalui 'Beacon'. Siapa nak beli jugak boleh klik link ni. Ini review tak berbayar ye.
OKlah tu je nak cerita. Thanks for reading! Sibuk sikit Oktober ni.
Giliran Sal pula dapat mangkuk tigkat.
ReplyDeleteHehe sama tidak tahu umur panggil Puan sahaja. Selamat sedikit sebab tahu sudah berkahwin. Hehe. Sama hanya blog tempat aktif.
saya pun kalau tahu dah berkahwin selalu panggil Puan atau akak. Senang
DeleteAlhamdulillah dah sampai, cute kan betulla sapa lagi nak puji kalau
ReplyDeletebukan diri sendiri hehe.. Terima kasih sis Sal sudi terima saguhati biasa tu moga ukhwah berkekalan
Biskut Mazola sedap, bonda sis mengamal program diet ye, tentu best.
Mak saya sedang merancang nak kuruskan badan sebab selalu sakit lutut. Rasanya kena tiru resepi dari your blog lah sis. haha
DeleteTengok biskut tu, teringat zaman sekolah dulu-dulu. Selalu pergi beli kat kedai runcit biskut kacang ni. Seketul 20 sen.
ReplyDeleteoh ya, zaman 90 an dulu kedai runcit jual kuih ni dalam paket-paket kecil. memang sedap makan on the way balik dari sekolah
DeleteAlhamdulilah... Terima kasih atas reviewnya :)
ReplyDeleteComelnya hadiah...boleh bawak bekal ke opis,picnic kan...
ReplyDeleteSalam ziarah..menarik kan tempat bekal bertingkat
ReplyDeletecomelnya tiffin tu!
ReplyDeleteAlhamdulillah..Tahniah Sal. Cantiknya mangkuk tingkat tu. Pernah dapat juga dari kak babypose. Pasni lagi semangat bawak bekal. lemau sikit kan nak masuk kerja sekarang. lagi lagi tengah berjaga jaga dengan virus covid ni.
ReplyDeletebiskut mazola tu biskut legend tu, tak pasti harga tu mahal ke murah sebab tak pernah membeli kuih mazola.
Sekarang semua tengah semangat merentas negeri. Semangat nak masuk opis hilang terus
DeleteHahaha..hilang terus mood masuk opis. Sekarang mood merentasi segalanya :)
Deletecantiknya mangkok tingkat hadiah babypose..tahniah sal
ReplyDeleteCantik tona warna mangkuk tingkat tu. Memang sesuai dengan Sal. Akak tolong puji sekali ni hahaha. Biskut mazola tu nampak tempting bebenor. Lama tak makan dan tak jumpa yang betul-betul sedap.
ReplyDeleteHahaha. Terima kasih tolong puji
Deletecantik betul mangkuk tingkat tu! berapa hari ni blog2 macam lambat loading...makan masa pulak nak mengomen..tapi tak semua blog macam tu...kawan kata, blog ciksun sendiri pun sama..adeiii
ReplyDeleteSama lah. Sementara nak tunggu komen loading tu,tetibe page hilang.
DeleteWah comel sgt tu.. Untung dpt❤️
ReplyDeleteSalam ziarah tahniah blog ini terpilih antara hits 10 blog aktif sepanjang masa ya di blog Etuza
ReplyDeleteTerima kasih atas penghargaan cikgu
DeleteComel dan sweet color tiffin.
ReplyDeleteSal memang kecil molek pun orangnya…done memuji 😀
haha. semuanya pun pinjaman Allah.
DeleteAduhaiiiiii seketul sal tu buat akak senyum sendiri...tapi sal memang cute le. Puji ikhlas ni bukan bodek
ReplyDeleteComel je tiffin tu. eh bukan hang suka pink ke girlish sikit. Masa akak pi Padang besar emmm rambang mata tenguk tiffin dia. Macam-macam design ado. Dulu bukan tular ke mangkuk tiffin sampaikan sheila rusly jadi pengumpul tiffin pelbagai design.
ReplyDeletesaya memang suka pink, tu yang dapat tiffin warna pink. babypose teka dengan tepat warna kegemaran
DeleteHaah last month pv sangat sendu sampai hilang semangat saya nak blogging. Blog walking pun terbang melayang moodnya :')
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki dapat mangkuk tingkat. Betul lah tu. Dah kerja rumah malas pula nak masuk office. Tpi kalau saya prefer kerja di office. Banyak kekurangan kerja di rumah berbanding kerja di office. Tpi ikut atas orang jugak lah kan hehe. Pukul sama rata pun tak boleh juga
Mozela. Sedapppp! Ya lah raya 2 tahun tak jumpa kuih muih sila nimati kawan. Eh tu lagu sorry2.
takpe, sejak boleh rentas negeri ni semua orang dok nyanyi lagu raya.hehe. bekerja di opis kalau takde swab test takpe jugak. huhu
Deletecomelnya mangkuk tingkat ni. tahniah sis :)
ReplyDeleteTahniah ciksal🌹🌹
ReplyDeletecomelnya tiffin kaler ungu lembut...ni kena rajin bawa bekal ke ofis..hehe..
ReplyDeletenmpk yummy biskut mazola tu, tebal..semoga Mak Sal berjaya dlm program tu..chaiyokk!!
cantiknya mangkuk tingkat tu. warna ungu pastel pulak tu
ReplyDeleteCantik tiffin tu. Teringat ammi penah beli yg Plastik.. Dah isi lauk pastu ko jalan hayun mcm supermodel. Berterabur lauk. Mujur lalu jalan belakang rumah jadi takde org nampak
ReplyDeleteTahniah Sal dapat hadiah dari Babypose.
ReplyDeleteCantik mangkuk tingkatnya tu.
Teringat pulak kisah budak sekolah yang bawak mangkuk tingkat. Comel.
ReplyDeletebestnya dapat mangkuk tingkat... nama glamer sekarang tiffin kan? ari tu penah viral yg customise nama tu... kakmimmasuk dlm cart je smpai skrg mmg x terbeli... hahaha
ReplyDeleteCantik la mangkuk tingkat tu..akak dah ada 2 dah...tapi gunanya taka lagi...ntah bila nak guna taka tau la...hahahaha...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah Sal.. cantik mangkuk tingkatnya..
ReplyDeleteBiskut mazola tu kesukaan juga.. Sha pernah buat dengan arwah ibu tapi sekarang lama tak buat..
Wah tahniah Sal..
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki sal.. lawa mangkuk tingkat, boleh bawa bekal tu. Hehehe. Sedap mazola sehari dh boleh habis
ReplyDeleteCantik mangkukntingkat kaler pepel. Tahniah sal
ReplyDelete