Tadom Hill Resorts - Part 3

Monday 7 June 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Mereput sudah cerita bercuti di Tadom Hill Resorts (THR) ni dalam draf. Marilah sambung. Jemput baca dulu supaya faham hujung pangkal:

Part 1

Part 2

Masuk hari kedua merangkap hari terakhir di THR, awal-awal pagi aku dah bangun. Lepas solat Subuh, kitorang gi morning walk di kawasan sama kitorang main ATV hari sebelumnya. Bukan jogging, sebab masing-masing stamina tak sama. ND peserta marathon tegar. SR pulak bekas atlit masa zaman sekolah. Aku? Malaih sembang. Kalau masuk rentas desa, Top 10 tu dah dalam tangan. Tapi Top 10 dari belakang la. Sape sama angkat tangan!!


Tak jauh dari chalet kitorang akan nampak 'Hakka Village'. Penginapan stail ni sesuai kalau datang berkumpulan contohnya untuk Team Building Syarikat Megah Holding.

Diinspirasikan dari Kaum Hakka di China

Ada litar Go Kart tapi masa lalu ni pagi lagi so belum bukak


Note to self: Jangan ambil gambar dari bawah lagi. Ever. Sebab kau pendek Sal!


Naik atas bukit untuk tengok sunrise. 'Tali' yang korang nampak tu adalah wayar untuk ' Flying Fox' merentas Tasik Tadom. Takut pulak nak try buatnya tengah-tengah tu tercebor dalam tasik. Ceh, mengaku jelah memang penakut. Banyak nau alasan.

Tiada sesiapa jaga di pondok starting point Flying Fox. Musim pandemik yang sendu. Mesti meriah kan tempat ni bila peak season suatu masa dahulu.

Mintak sorang kakak ni ambilkan gambar. Group aku dengan group dia je ada situ

Binaan yang mengunjur ke tasik tu ala-ala restoran terapung tapi sayang nampak terbiar. Once used to be venue untuk garden wedding dan photoshoot.

Surau disediakan untuk pengunjung, tapi yang ni aku takde gambar dalam dia cmane. Kitorang solat kat bilik je.

Balik dari morning walk, ada buffet breakfast. Biasa je menu dia. Nasi lemak, bihun goreng, roti dan apa lagi entah aku tak ingat. Simple sangat. Nasib lah bukan jenis kuat komplen. 

Lepas makan tibalah masa untuk aktiviti paling aku nantikan : main air! Tapi before masuk dalam tasik, make sure pakai life jacket dulu ye. Dekat pondok life jacket tu takde orang jaga pun. Maybe bila dipanggil baru datang kot? Nasib baik lah kitorang ni kerap jugak snorkelling, so reti nak pilih life jacket yang sesuai dengan saiz badan. Nak pakai pun ada cara dia, kalau tak jacket boleh terlucut dari pemakai If korang tak tahu, better tanya staff THR dulu.

Gambar ni propa je. Bertuah la aku nak terjun dari pelantar tinggi 3 meter. Ada tangga kayu disediakan so spesis takut tinggi macam aku tak perlu risau.

Sis lambai-lambai je. Dah masuk air susah nak keluar

Laju-laju, buaiku laju

Actually tak puas lagi mandi air, tapi pukul 11 macam tu dah stop la, nak mandi and siap-siap. Kul 12 kami checkout. On the way balik google tempat makan best area Sepang dan jumpalah Restoran Pak Tam's Putrajaya cawangan KLIA.



Menu utama kedai ni Nasi Penyet

ND punya Nasi Udang Penyet

SR order Nasi Ayam Penyet. Aku pulak Nasi Sotong Penyet tapi dah lapar lupa amik gambar. Haha.

OK jugaklah Restoran Pak Tam ni. Boleh tahan sedap. Kalau korang stay Sepang bolehla try cari. Harap restoran ni masih 'bernyawa' lah walaupun KLIA tak semeriah dulu.

OKlah tu je nak cerita. Thanks for reading.

Disclaimer : Semua gambar diambil sebelum Perintah Kawalan Pergerakan. 

56 comments

  1. Ntah bila nak try sini.. Dulu mmg ada ura2 nak team buildinh sini tp last2 cancel...buffet bkfs mmg dh termsk harga bilik eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak. Macam hotel gitu. Tapi menu takdela variety sangat. Pasrah la dah duduk dalam hutan

      Delete
  2. Terhibur baca yang part spesis takut tinggi tu ahahaha
    Kita sama! Sama sama takut tinggi! Gayat! >.<
    Padahal dah pakai tali keselamatan apa semua dah, tapi ketakutan tu masih tinggi menguasai diri hahahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam kepala dok terbayang tali tu putus. Haha. Imaginasi sebab banyak tengok tv

      Delete
  3. Teringin nak pergi tadom hill . Nampak macam2 aktiviti yg ada . Memandangkan MCO sekarang entah bila boleh pergi bercuti

    ReplyDelete
  4. Menarik juga tempatnya. Ada ciri adventure.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka aktiviti lasak memang sesuai datang sini

      Delete
  5. Bestnya Sal! bila lagi boleh macam ni ya huhuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggula arahan kerajaan seterusnya. Tak jadi gak lockdown ni tak tau la nak cakap apa

      Delete
  6. seronoknya bercutitiga dara ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudung purple tu dah mak orang kak PI, tapi tempat ni tak sesuia bawak anak kecik. Tu yang satu malam je. Kalau bujang sesaja boleh stay lama

      Delete
  7. Mcm enjoy je tmpt ni sal... rindu nk enjoy² beronggeng sakan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu lepak dengan kawan-kawan macam ni kan. Huhu

      Delete
  8. Jatuh masuk tasik takpe jangan masuk gaung. Haha yang penting yakin posing itu tak nampak takut tinggi.
    Wah tertarik cuba sotong penyet. Entah bila hendak pergi,jarang ada urusan di KL/Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Posing propa tu penting. Sedap jugak sotong penyet cuma sedikit liat

      Delete
  9. menarikk. dari sebelum covid lagi nak ke sini. tak kesampaian pula.

    ReplyDelete
  10. Akak bekas atlit zaman sekolah tapi lah ni klau masuk marathon gerenti org akhir sebab byk kilo bawak....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe marathon sekarang stail virtual. Kita last pun oramg tak tau.

      Delete
  11. Teringin nak flying fox tu tapi terbayang nanti tengah mengelongsor tali putus sebab berat sangat...padahal gayat pun iya...aiyokk

    ReplyDelete
  12. Tu kalau terjun tiruk tu bestnya....keceburrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Tapi kena berani la. N ikat jaket betul2

      Delete
    2. Kan...tu lah dah lama tak berndam dalam kolam...syioknya

      Delete
    3. Teringat homestay kak notie gi kat parit kerome tu. Teringin nak gi

      Delete
  13. Go kart tu teringin nak cuba entah bila lah dapat rasa bawak go kart boleh merempit gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuda pun kak notie boleh bawak, apa sangat la go kart

      Delete
  14. bab main air tu yang best..dah lama tak berendam dlm sungai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca panas mandi sungai best kan. Pastu naik,makan. Pastu mandi balik. Bila la boleh repeat balik cam zaman before covid

      Delete
  15. ya ampun..dah berzaman plan nak kesini tau..asyik tertangguh je..

    ReplyDelete
  16. Megah holding jugak dapat nama. haha projek juta juta. Kalau tak nak nampak pendek dalam gambar, boleh terbalikkan camera gitu. Tricks yang biasa orang buat lah. Tak berani juga nak layan flying fox, takut tersekat di skala 6. Statik dok tengah tu, mati kutu tak tahu nak buat apa dah. Betul betul sendu sampai pekerja pun tak jaga semua tempat eh..ish ish kalau emergency dah parah nak menjerit panggil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. Agak bahaya sebenarnya bila pekerja tak ramai, takut ada yang acah-acah aksi Jackie Chan nak slide guna tali kan haru. Flying fox zaman dulu banyak kali gak try. Dah tua ni takut lah.. Haha

      Delete
  17. menarik kan tempat ni..dekat perkampungan Orang Asli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Pekerja dia pun ada few dari golongan orang asli tempatan

      Delete
  18. Bestnya flying fox tengah tasik tu hahaha . Kenapa lah sal tak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab takde geng kot. Lagipun takut sikit. Padahal dulu2 setakat skytrex tu course paling susah pun boleh habiskan.

      Delete
    2. Kadang2 kalau sorang main memang tak best. Ckp psl skytrex ada satu di langkawi. Hampir2 nk masuk main. Nasib baik xjadi 😂

      Delete
    3. Ha nasib baik x jadi. Allah jaga tu.

      Delete
  19. Worth it kalau cuba semua aktiviti kt sana sbb nampak best. Yg jauh ni boleh hi hi jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau Nina, yang dekat-dekat pun ramai tak sampai lagi. Hihi

      Delete
    2. Baru plan nk ajak main escape kt penang ni hahaha tak nampaknya plan hanya angan2

      Delete
  20. hahah team building syarikat megah holding yaa xD
    dulu pun ada pergi tadom hill ni, masa tahun 2016. masatu tak nampak pulak hakka village ni. cantiknyaa

    ReplyDelete
  21. tempat gini is kegemaran mr.asben la. ada mcm2 aktiviti. kami lom jejak sini lagi, sal. kerap gak baca review blogger. teringin one day. anak2 pulak da besar, sesuai sgt la bwk diorang bertiga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak, anak dah besar and dah boleh jaga diri boleh datang sini. Kawan saya kitorang tak bagi bawak anak sebab baru 3 tahun.

      Delete
  22. Pagi-pagi dah ajak akak ingat Papa Megah Holdings. Okey, tips ambil gambar tu nampaknya akak kena praktikkan jugak hahahah

    Tiba-tiba jadi rindu nak main air... kecebur kecebur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak nampak tinggi better amik gambar dari atas. Best kan main air. Kak farrah jangan berendam dalam kolam rumah pulak. Terkejut Bott nanti

      Delete
  23. Kesian juga pada mereka ini bila musim pandemik.. Harapnya cepatlah berlalu covid19 ini.. Banyak aktiviti yang tertangguh dan terpaksa dipendam..

    ReplyDelete
  24. Cantiknya.. nature yg menhijau. Tengok gambar je dah Rasa tenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. Dapatlah lepas rindu suasana kampung

      Delete
  25. mana bikini merah? kata ada bw sekali?😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut kena miang buluh, tu yang tak pakai.

      Delete
    2. rugi x pakai.... x dpt nk buat dosa kering����������

      Delete
    3. Dosa banyak dah ni.. Huhu

      Delete
  26. Adventurous ni, aktuf beraktiviti lasak Sal, cantik permandangan sunrise..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah