Bukit Melawati Kuala Selangor

Wednesday 23 June 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Lama tak tulis entry jalan-jalan. Suatu masa dahulu inilah forte utama blog aku. Throwback sewaktu hanya rentas daerah dibenarkan. Sebagai warga Selangor yang perihatin, inilah masa untuk menyumbang kepada industri pelancongan negeri. Konon. Padahal selama ni dok terbang ke sana ke sini, halaman belakang 'rumah sendiri' tak dipeduli. Bila dah dirantai kaki, baru terkedek-kedek nak ambil tahu kat mana best jalan-jalan kat Selangor ye.

Actually aku pernah ke Bukit Melawati masa sekolah rendah. Adik bongsu aku je yang tak pernah. So alang-alang dah bercuti di Kuala Selangor, kita jejaklah antara tarikan bersejarah kat situ. 

Before sampai sini aku ada buat research sikit. Kalau ikut website, ada perkhidmatan tram yang disediakan untuk pengunjung dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Tapi, kalau datang hari biasa, boleh je nak drive sendiri atau hiking sampai ke puncak.

Cuaca panaih lit lit walaupun kitorang pergi dalam pukul 10 pagi

Kitorang pergi hari Khamis, so plannya nak drive sampai atas, tapi bila sampai kat gate tutup plak. Bila tanya guard, diorang cakap kena naik tram. Pelik jugak sebab ikut website, tram untuk hari cuti sahaja. Tapi tak kisahlah, sebab bayaran hanya RM 3.00 seorang. Lagipun, anggap saja sumbangan untuk tempat ni yang pastinya agak sunyi dari kunjungan pelancong angkara pandemik Covid 19. Parking di kawasan kedai-kedai berhampiran sebab lengang. Beli saja kupon parking. Bayaran di Kuala Selangor tidak semahal Ampang atau Bangsar.



Ikut SOP walaupun hanya kami berempat

Aku tak pasti sejak tahun bila tram mula beroperasi tapi setahu aku tahun 90-an dan awal 2000an belum ada lagi

Sampai puncak, driver berhenti dan kitorang explore sendiri. Dia tunggu je dalam tram so lepak lah selama mana nak.

Merah kuning lambang kebanggaann.. Selangor mencipta kejayaannn

Dari sini boleh nampak bird eye view bandar Kuala Selangor. Maybe sebab panas sangat lupa amik gambar.

Tempat melihat anak bulan

Terdapat rumah api di puncak Bukit Melawati. Masih digunakan sehingga sekarang

Ahoy mate! Teringin nak masuk ke dalam, tengok apa yang ada tapi tak dibenarkan. Maybe takut pengunjung cuit sana sini alatan dalam rumah api tu kot. Kita pose jelah. 

Ada muzium! Jom masuk!

Kena mendaki sikit

Luar muzium ada meriam. Entahlah replika atau meriam betul. Ada sesiapa tahu?

Pak Haji and Mak Haji dah pernah masuk, so diorang lepak luar. Bagi chance la dating bawah pokok.

Muzium ni free je




Bukan bendera Sepanyol, tapi replika bendera pertama Selangor sebelum Kota Melawati ditawan Belanda pada tahun 1784

Sejarah negeri Selangor kurang didedahkan kepada umum kan, tak seperti sejarah Melaka. Kalau nak tahu kena ziarah muzium atau cari buku. 

Ada tak perkampungan Belanda kat Selangor? Nak jugak jumpa Van Djik, Van Persie ataupunVan Basten





Senjata pahlawan Selangor dulu-dulu.


Monkey everywhere. Dance for me, dance for me, dance for me eh eh..

Takut jugak tengok monyet ada di mana-mana tapi kalau korang tak kacau dia, dia tak kacau korang pun. 

Batu Hampar - Legenda mengatakan batu ni dulu digunakan untuk memancung kepala penderhaka. 

Tak ada bukti kukuh betul ke tidak, tapi kalau tahun 90an dulu, orang tua-tua marah sesiapa datang sini pastu mulut cabul. Wallahu'alam. 

Tembok yang merupakan sebahagian dari Kota Melawati, sebagai kubu pertahanan sewaktu menghadapi serangan Belanda

Busut Melawati - Kawasan lapang ini dikatakan tempat Sultan-sultan Selangor terdahulu bersemayam sambil melihat perlawanan sabung ayam.

Frust jugaklah sebab tak semua tempat kitorang dapat pergi. Makam Diraja dan Perigi Beracun tram tak singgah pun. Best dulu masa pergi dengan kereta sendiri sebab boleh terjah semua tempat.

Itu jelah nak cerita. Banyak lagi kisah Bukit Melawati yang tak dapat aku explore. Kalau nak ikutkan, di Malaysia ni setiap negeri ada sejarah tersendiri. Kalau berpeluang nak pergi tempat-tempat bersejarah di Banting pulak.

Thanks for reading. Oh ye, semua gambar dirakam sebelum Perintah Kawalan Pergerakan. Harap maklong!

39 comments

  1. Oh! Dah ada tram di situ ye. Di Bukit Malawati ini rasa nyaman betul dengan tiupan angin dari Selat Melaka. Zaman remaja purba dulu selalu datangsini dan Bukit Malawati tidak begini. Dulu keadaannya agak menyeramkan terutama tempat pancung kepala penderhaka itu. Entah betulentah tidak tak tahulah. Susunan batu-batunya pun sudah berubah. Monyetnya pun besar-besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aura seram Batu Hampar masih ada. Still macam meremang je bulu roma.

      Delete
  2. bestnya dapat jalan2. tak pernah lagi sampai ke sini, nampak menarik juga tempat ni :)

    https://www.tiarasaphire.com/2021/06/hatimu-sedingin-salju.html

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaa boleh masuk muzium, boleh tahu sejarah sejarah lama. Tapi tak syokkk kan sebab tak pergi ke semua tempat. Terbatas pergerakan nak pergi ke semua tempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi orang bawak macam tu la. Tu sebab akak kalau travel mana-mana suka gi sendiri.

      Delete
  4. cantik betul kat atas tu ya...pernah nk cuba nak naik ke sna tapi masa tu xboleh pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik jugak kak PI, sebab boleh nampak view Selat Melaka dari atas

      Delete
  5. Pernah juga jejak sekali kat meriam atas tu. Itupun singgah kejap je sebab takut juga dengan monyet yang ada. Risau kita dia serbu tak pasal je. Teringin juga naik tram. nantilah lepas covid reda nak juga ke kuala selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Monyet tu memang menakutkan. Berani sebab ada ayah je, dia pencinta haiwan. Huhu. Banyak lagi tempat best kat Kuala Selangor selain Bukit Melawati ni

      Delete
    2. yep, tak habis explore. Kalau ke sana pun sebab nak ke Sabak Bernam rumah kakak. Next timelah singgah singgah kalau sempat.

      Delete
  6. ms memula ddk melawati dulu dah berangan nk g sini. smpi ke sudah x pegi. lps tu ada yg ckp, kat sn byk monyet adehhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bnyak,tapi aku acah-acah berani. Sekarang ni mampu g bukit taman melawati jelah, tengok rumah Yusof Haslam. Haha

      Delete
  7. shida tak pernah lagi jejak ke sana sal..nnt boleh terjah jika dapat pelepasan merentas kan :)

    ReplyDelete
  8. Rindu sangat nak pergi jalan ke negeri orang

    ReplyDelete
  9. Seronok pulak jalan2 time tak ramai pengunjung mcm ni...rasa relaks ja..

    ReplyDelete
  10. Seronok pulak jalan2 masa tak ramai pengunjung mcm ni kan
    ..rasa relaks ja..

    ReplyDelete
  11. Menarik. Rasa hendak juga pergi ke sana. Terima kasih kongsi maklumat.

    ReplyDelete
  12. suka pergi sini, pastu jumpa monyet tu bagi makan heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak takut nak bagi makan. Takut kena serbu

      Delete
  13. Waalaikumussalam best dpt jalan2 lagii

    ReplyDelete
  14. Kalau dapat jalan-jalan sekarang ini memang bahagialah.. huhuhu

    ReplyDelete
  15. Amboiiiii sweetnya couple tu dating bawah pokok. syiok tu pergi orang tak ramai tapi monyet yang banyak...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai monyet tu, tapi biar jelah dah tu rumah dia. Hehe. Kita yang datang kan

      Delete
  16. biasa wak singgah sini nak amek gmbr sunset jakk.,.

    ooh muzium tu wak blom penah singgah lagi., ;p

    ReplyDelete
  17. Belum berkesempatan untuk pergi ke sana.

    ReplyDelete
  18. Tak sampai2 lg walaupun berapa kali pi selangor. Haha. Teringat plan nk ke bukit maxwell tak dpt2. Entah bila dh tua nk baru rasa nk melawat bukit2 ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila x boleh travel ni lagi rasa nak gi macam-macam tempat

      Delete
    2. Dpt explore negeri sendiri pun jadilah tak payah pi taiwan 🤣🤣

      Delete
    3. Taiwan tetap pergi. Duit dah siap tukar dah. Haha

      Delete
  19. Lama dah tak ke Bukit Melawati. Akak rasa last pergi tahun 2000 kot. Monyet kat situ pun dah tukar generasi... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Monyet kak Farrah jumpa tu dah bercucu cicit dah

      Delete
    2. Mungkinlah. Nanti siapa2 pergi lepas ni boleh kirim salam ke... interview ke.... :D

      Delete
  20. Xantik tempat ni mama x penah sampai lagi

    ReplyDelete
  21. Salam singgah, best dibawak ke Bukit Malawati, lengang betul tu, aman pula nampak naik tram tak ramai otang, cantik suasana sana. pernah sampai sana dah nak petang, banyak betul monyet berkeliaran, warna monyet pun agak lain bilahari nak gelap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna monyet di bukit Melawati agak keemasan. Tak sama dengan monyet kita biasa tengok. Tu sebab warnanya cantik menjelang senja

      Delete
  22. tu diaaaaaa acik sejarah kitaaaa😆😆 best laa dah ada tram... x yah keluar peluh. 😊😊

    ReplyDelete
  23. bukit melawati ni antara tempat yang berhantu masa zaman sekolah dulu. Sampai sekarang tak berani nak pergi sana hahaha

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah