Estadio do Dragao, Porto, Portugal
30th May 2021, 3.00 pagi waktu Malaysia
Final Champions League 2020/21
Chelsea vs Manchester City
Aku mengharapkan game yang tak bosan macam final Europa League - Man United vs Villareal pagi semalam. Udahlah meleret-leret sampai ke masa tambahan, sekali ending decide winner melalui sepakan penalti. Kesian peminat Manchester United bersengkang mata sekali kalah pulak. Pada pandangan aku, taktikal dan line up Man United lagi baik, Villareal sekadar bertahan dan rezeki semua penalti masuk. Ah..kesian tolak tepi, bahan tetap bahan!
Anyway, sambung cerita pasal final Champions League musim ni. Perlawanan yang asalnya dijadualkan berlangsung di Stadium Ataturk, Istanbul, Turki dipindahkan ke Portugal kerana Turki under lockdown. UEFA (Persatuan Bola Sepak Eropah) dah request game dilangsungkan di London sahaja memandangkan kedua-dua kelab based in England, tapi kerajaan UK tak benarkan. Tak ikut SOP katanya. UEFA kata kesian penyokong tak boleh datang stadium, so mainlah kat Porto. Eleh, cakap jelah sebab nak kutip duit tiket.
Sokong siapa? Both pun kelab yang aku tak suka. Lol. So just tengok as neutral and enjoy the game. Manchester City tak pernah menang Champions League dan Chelsea hanya pernah menang sekali pada tahun 2012 . Noob je diorang ni, bukan macam Liverpool power dah menang 6 kali. Nak meramal pun tak reti sebab musim ni jarang layan match 2 team ni melainkan kalau diorang lawan Liverpool. Aku harap nanti Olivier Giroud ada baru segar sikit mata.
Oh ye, jangan lupa saksikan perlawanan persahabatan Malaysia vs Bahrain jam 11.45pm di TV1 malam ni. Rindunya nak bersorak untuk Harimau Malaya di stadium.
Dah 7 tahun terlambat. Boleh kejar lagi ni...
Punyalah lama tak update blog sekali cerita pasal bola. Mesti korang menyesal baca. Hahaha. Jaga diri. Majulah sukan untuk negara.
Hahaha zaman minat bola ni zaman belajar je sbb ramai geng2.. Ni dh tua2.. Hilang minat dh kecuali klu org ajak tgk msia lawab maybe bole lagi la setakat tgk je hwhw
ReplyDeleteSamalah dah tua jugak tapi masih ada geng walaupun sikit. Hihi
DeleteHaha baca sahajalah pasal bola. Tidak kisah baca tapi tidak berani komen banyak-banyak.
ReplyDeleteSamala saya kak NA. Kalau blogger tulis topik saya tak arif, baca saja untuk tambah pengetahuan tapi tak komen sangat.
DeleteAdoiii kesiannn fans MU tu hahaha, selalulah jadi bahan lawak kalau kalah dalam game
ReplyDeleteHaha, mesti. Diorang suka gelakkan orang jadi mari kita gelakkan diorang balik
Deletezaman kegemilangan tengok bola dah jauhhhh..haha..tapi, tengok bola kat stadium memang layannn. semangat dia tu lain macam kalau kat stadium..haha
ReplyDeleteKan.. Bila la dapat gi stadium lagi. Rindu teruk
DeleteWaa.. Membahan penyokong Manchester United ke? Haha.. Takpe-takpe, kami ok. Menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Jangan lupa perlawanan persahabatan awal pagi ini antara Malaysia dan Bahrain
ReplyDeleteKena bahan tu biasa la kan. Hati tisu x boleh jadi penyokong tegar. Game Malaysia tu tengah tengok tau2 tertido
DeleteWah, Sal dah buka cerita bola! Kasut bola akak mana eh? Kena cari ni hahahah
ReplyDeleteTak boleh main bola la kak Farrah sebab PKP. Habis covid baru cari balik kasut tu
DeleteTapi bila fikir2 balik, bukan kasut bola...akak kena cari tong air. I bertugas tepi padang je hahahah
DeleteHaha. Sirap ais satu...
DeleteSAL DGN BOLA BERPISAH TIADA
ReplyDeleteKalau saya dah stop minat, tu kena check doktor. Hehe
DeleteAyooo! siap ada poster untuk membahan MU hehehe
ReplyDeleteDah lama tak tengok bola lebih-lebih lagi Premier League sebab dah potong astro sport. Lani tengok game Harimau Malaya jelah
Poster tu biasala dapat kat group wasap. Orang Malaysia ada je idea bila membahan ni
Deleteharap2 Malaysia dapatlah masuk Piala Dunia..kena ambik contoh pasukan Korea & Jepun..
ReplyDeleteTulah. Tapi so far Asean paling jauh pernah pergi Thailand je. Jauh jugakla sampai qualifying round
DeleteBahan tetap bahan...hangin je tetap hangin. hahaha..tak nak sokong team tapi nak sokong Abam Giroud. kenapalah dia keluar Arsenal. Ojil pun xde dah..Support Aubameyang dan lacazette. Tapi game final ni tak tengok pulak. Kecewa jugak tengok game malam tadi MAS vs Bahrain. Errmm kenalah 2-0 kita.
ReplyDeleteGame final ni pun Giroud xde. Dah x power cam dulu kot. Aubamayang kita pun minat dari zaman dia main Dortmund. MAS vs Bahrain tu hurm malas la nak ulas. Nasib baik friendly je
DeleteTapi still perform jugalah berbanding Arsenal dulu kot. huhu. tahu takpe! 1st game pun dah kena 4-0 dengan UAE. errmmm...
DeleteKalah dengan Vietnam tu pun mengecewakan jugak
Deletesekarang ni anak lelaki saya pun dah pandai layan bole, emaknya saja yang tak kuasa nak tengok bola haha
ReplyDeleteBab mengulas sukan pandai betul hehehe.
ReplyDeleteBiasa2 je. Pandai lagi cikgu saya, nama dia Anies
DeleteBahahha baru tahu anies jd cikgu sukan 🤣🤣
DeleteHaha. Banyak belajar dari dia
DeleteRindu cikgu sukan ni entah mcm mana la rupa
DeleteItulah. Senyap je tu update blog pun jarang
Deleteskrg ni harimau malaya main persahabatan pon asek kalah jakk.. huhuhu
ReplyDeleteMungkin boleh menang kalau lawan team negara yang tak minat bola macam India, Taiwan or Canada. Huhu
DeleteWaaahhh.. kagumnya boleh cerita pasal bola. Saya tak tahu nak respon apa, hehheheh sbb memang tak tahu apa pun pasal bola.
ReplyDeleteSaya pun pandai cakap je. Suruh sepak bola pun tak kena
DeleteKemain lagi dia dengan bola dia ye.. hehehe.. sesekali membahan pihak yang kalah tu standard lah kan Sal.. Menang kalah adat pertandingan.. Kena jiwa kental baru boleh jadi peminat bola tegar.. ye tak..
ReplyDeleteBetul-betul. Bahan asalkan tak usik perkara sensitif ok lah kan. Hiburan sahaja nak release stress
DeleteLama tak tenguk sal mengulas bola. Akak suka chealsea sebab warna biru boleh gitu...hahahaha Harimau malaya sekarang mengaum tak semacam dulu kan.
ReplyDeleteKita tengok game esok mengaum ke mengiau. Hehe. Tulah, lama tak tulis pasal bola. Tunggu Euro start nanti, mau jemu semua orang baca
Deletejgn bahan teruk sgt ManU tuuu plsss hahahaa ^_^
ReplyDeleteHaha. Nak bahan jugak. Fan Man Utd kuat bahan orang, so terimala balasan. Hihi
DeleteBest tonton bola dengan gang satu kepala hihihiii!
ReplyDeleteSejak pandemik ni tonton kat TV je. Rindu nak lepak ramai-ramai layan match
DeleteMinat sal dgn Bola.. mama X boleh masyuk hihii
ReplyDeletedah ramal dr awal. luck Pep x kan ada dn city utk UCL ni...😆
ReplyDeletePadan muka City kalah. Menyampah aku tengok muka berlagak Ederson. Haha
Deletetampo je������
Delete