Doa Yang Ditolak?

Monday, 30 March 2020

Asalamualaikum dan apa khabar semua? Rindu nak menulis. Macamana kalian mengharungi PKP?Aku masih perlu ke office 2 kali seminggu. Lagi 3 hari work from home. Kerja essential service kan. Itupun aku bersyukur. Kerana gaji masih berjalan seperti biasa. Tengoklah sejauh mana company aku boleh bertahan. Kerja sahajalah selagi tak dibuang. Pakar ekonomi meramalkan recession kerana Covid19. Agak sukar mencari kerja dalam keadaan ekonomi tak menentu jadi tak digalakkan untuk berhenti kerja waktu macam ni.

Syukur aku tak ikut kata hati dan berhenti sebelum dapat kerja baru. Aku mungkin kurang rasional tapi aku ni mata duitan. Hahaha. Takde keje takde duit lah kan. Takde duit cmane nak makan dan travel. Aku tak reti meniaga, masak tak pandai, bakat luar biasa pun takde, jadi memang tak mampu nak buat freelance.

Bila difikirkan balik, ada hikmah aku tak dapat kerja baru seperti yang dirancang dari tahun lepas. Aku memang beria apply sana-sini dan kebanyakan yang aku apply, semuanya di luar KL. Bukan aku nak menjauh dari famili, tapi aku dah jemu hidup kat KL. Aku nak buka buku baru dan belajar berdikari. Ada hikmah rupanya Allah tolak doa aku. Bayangkan tercampak sorang-sorang di negeri asing sepanjang PKP ni. Syukur mengharungi PKP ni bersama Mak, Abah dan adik bongsu. Takdelah sunyi dan dapat juga berbakti.

Gambar random : Aku craving sate!

Penting sebenarnya bila kita berdoa untuk dapatkan sesuatu, kena tambah "Kalau itu yang terbaik buat aku". Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Mungkin doaku sebenarnya bukan ditolak, tapi Allah nak gantikan dengan yang lebih baik.

Massive respect untuk rakyat Malaysia yang mematuhi PKP terutama golongan yang bekerja sendiri. Ramai terpaksa ikat perut kerana tak boleh keluar mencari rezeki. Yang makan gaji pula ramai berdepan risiko gaji dipotong kerana syarikat nak cover balik business yang tersengguk-sengguk. Survival adalah isu utama waktu ini. Untuk memastikan perut diisi, pada masa yang sama kena jaga diri dari dijangkiti Covid19.

Begitupun, kelakar jugak tengok ramai dok bertikam lidah kat internet. Netizen ngan artis lah. T20 vs B40 lah. Dari dok gaduh tu kan , baik fikir cara nak stabilkan kewangan balik. Kita semua terjejas, tak kisahlah kaya macam mana pun. Tokei kapal terbang pun menung, apatah lagi Mak cik Kiah jual goreng pisang. Kalau nak minta bantuan, guna saluran yang betul. Memekak kat socmed bukan kerajaan ada masa nak layan. Silap-silap lagi keruhkan keadaan. Pastu kena kecam. Maleh aku.

Waktu-waktu macam ni elok muhasabah diri. Lepas ni kena rajin menyimpan dan lebihkan sedekah. Flex sana-sini pun tak guna dik. Handbag mahal bukan boleh makan. Biarlah ukur baju di badan sendiri. Ingat, susah-susah kita, ramai yang lagi susah.

Jaga diri ye semua. Stay safe. Stay at home. Semoga wabak Covid19 ni akan hilang terus dari muka bumi.

Nota kaki : Aku rindu nak tengok bola.

37 comments

  1. Ya kadang kita tak tahu atau belum mengerti hikmah sesuatu perkara berlaku.
    Bukan ditolak tu Sal tapi diberi pahala dan diganti lain.
    Jaga diri

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan sal.

    ReplyDelete
  3. semua org berdoa nk yg baik2 ..
    mugo dipermudahkan urusan.. n
    dijauhkan dari wabak virus covid 19 yg jahat nih

    aminn

    ReplyDelete
  4. jaga diri Sal, semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan Allah swt, aamiin

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Terima kasih atas ingatan. InsyaaAllah, semoga Allah sentiasa beri yang terbaik untuk kita, pada waktu yang terbaik. :)

    ReplyDelete
  6. Aminnnn
    Semoga dipermudahkan 🤲🤲

    ReplyDelete
  7. Banyak perkara yang kita tak jangka akan berlaku. Apapun kita kena kisah tentang virus yang melanda dan kita duduk rumah diam-diam. Semoga semua orang selamat. Aaminn...

    ReplyDelete
  8. Huhuhuu.. tengok gambar sate teringin pulak nak makan sate ha
    Cara kita nak membantu frontliner dan government sekarang adalah stay at home aje kan Sal. InSyaAllah semoga dipermudahkan.
    Samalah Mrs. A ikuti jugak kisah T20 dan artis tu hurm... terbongkar sifat negatif sesetengah mereka. Tengok jelah tak perlu kata apa-apa itu lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Baik jangan komen apa2 kalau x buat tambah dosa je. Makan popcorn jela

      Delete
  9. Alhamdulillah.. Allah lebih tahu mana yang baik buat Sal.. Rezeki tu dapat bersama keluarga di kala PKP ini..
    Pasal artis tu memang Sha sokonglah.. Tak payah layan diorang memekak.. Buang masa je.. Tapi penuh timeline kes artis.. Hiburan dikala PKP bak kata Micheal Ang.. Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau PKP sorang2 mau menangis la hari2. Huhu

      Delete
  10. Yuppp.. Kita mesti kuat untuk harungi semuanya👍👍
    Maybe ade yang lebih baik untuk kita yg kita tak tahu kan.

    ReplyDelete
  11. still good Alhamdulillah.

    mcm2 hal jadi. i'd rather not be too focus on it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Focus on jaga diri n famili. Tu lagi penting

      Delete
  12. Betul...ingatlah kalau kita rasa susah ada orang lagi susah daripada kita. Kafida tak ikut pun kisah netizen dengan artis dok bertekak tu sebab ada benda lain yang perlu difokuskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Baca2 gitu jelah. Nak komen malas takut terfitnah plak

      Delete
    2. baca boleh.
      percaya jgn.
      biar la diorang bercakaran.
      Allah tahu sape yg benar, kan.

      Delete
  13. semua yang jadi ada hikmah. yang terbaik untuk kita.. oooo akak take care ya pergi kerja tu. make sure pakai mask semua k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang work from home je. Lega sikit tak payah kalut2 nak gi opis pagi2

      Delete
  14. Allah Maha mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya..Alhamdulillah..stay healthy..

    ReplyDelete
  15. betul tu, time2 gini la kene banyak berjimat sebab kita tak tahu berapa lama lagi covid19 ni nak ambil masa untuk stop sepenuhnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut jangkaan KKM, covid durjana ni akan berada di sekitar kita at least 2 thn.
      moga cepat la ada vaksin, kan.

      Delete
    2. Kita kena belajar hidup dengan Covid. Macam pepatah Inggeris, If u can't beat em, join em. Huhu

      Delete
  16. Alhamdulillah dengan segala nikamt dariNya.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah,,banyak hikmah PKP..

    ReplyDelete
  18. Perancangan Allah mengatasi segalanya. Kita hanya berdoa Allah yang menentukan segalanya. Mungkin ia tidak di tunaikan kerana Allah yang mengetahui yang terbaik buat hambaNya. Apa pun sentiasa bersyukur dan bersabar menghadapi apa jua rintangan. Bersangka baik lah dengan Allah kerana dia lebih mengetahui yang terbaik untuk kita. Apa pun Akak doakan yang baik-baik untu Sal. Semuga Allah memakbulkan doa Sal selama ini. Aamiin.

    ReplyDelete
  19. pkp ni dugaan.
    pelbagai segi. pelbagai pattern.
    antara tabah dgn tak je, sal.

    ReplyDelete
  20. sepahrusnya kita melihat PKP ni dari sudut positif... byk sebenarnya hikmahnya...cuma bila kita lbh memandang ke sisi negatif maka yg dpt akan jd negatif...

    ReplyDelete
  21. betul.. kadang2 bila fikirkan balik ada hikmah dlm hidup kita ni. semuanya baik2 dh allah susun

    ReplyDelete
  22. nasib baik tak kena buang kerja mcm nina.. sedih bila fikirkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buang dapat pampasan xpe. Hehe

      Delete
    2. dpt la juga tp lama2 habis duit tu. hehe

      Delete
    3. Pampasan ni masa awal dapat je best. Bila dah habis tu yang menung.

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah